July 2018 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: July 2018
GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com

GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com


Jom join GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com. Apa yang menariknya siapa yang bertuah nanti boleh dapat Teddy bear besar macam gambar dalam banner kat bawah ni.

Mrs. A join GA
KLIK 
Giveaway pertama by diyanatjuman.blogspot.com ini akan tamat pada 18 Ogos 2018.

Kepada readers dan blogger yang berminat untuk turut serta sila klik banner di atas untuk ketahui lebih lanjut syarat-syarat penyertaannya. Jom sama-sama kita join sebagai tanda support kepada rakan blogger.


Majlis Penyerahan Bendera & Taklimat Kontinjen

Majlis Penyerahan Bendera & Taklimat Kontinjen

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Majlis Penyerahan Bendera & Taklimat Kontinjen.


Majlis penyerahan bendera & taklimat kontinjen apo ko bondo ea tu? Ha! ingat tak sebelum ni Mrs. A dah pernah cerita pasal SBAM kat [SINI] dan [SINI].

Pada petang [25072018] telah diadakan majlis penyerahan bendera dan taklimat kontinjen oleh Chef De Mission dan juga Tuan Pengarah syarikat. Majlis ini serba ringkas sahaja dan semua yang terlibat di dalam Sukan Bekalan Air Se-Malaysia a.k.a SBAM 2018 adalah diwajibkan hadir. Majlis tersebut telah diadakan di ruang legar DS 2 Mall.

Beratur ikut acara sukan masing-masing
Di antara ucapan Chef-De-Mission dalam taklimat kontinjen yang paling Mrs. A ingat adalah target syarikat pada penyertaan kali ini adalah untuk mendapatkan Top 3 daripada ranking keseluruhan. Katanya lagi, "ialah uols dah training lama dah tu dari awal planning asal SBAM sepatutnya bulan Februari kemudian ke April dan akhirnya Ogos baru menjadi. Kalau dicongak-congak hampir setengah tahun training, rasanya target Top 3 tu adalah realistik," tambahnya lagi.

Kemudian dalam ucapan Tuan Pengarah pula beliau mengingatkan agar semua peserta supaya menjaga nama baik syarikat jaga tingkah-laku masing-masing, bersukan dengan semangat kesukanan yang tinggi dan yang penting sekali team spirit tu haruslah sentiasa ada. Tuan Pengarah juga dalam ucapannya menyatakan bahawa syarikat pada SBAM kali ini memang sengaja melebihkan bajet untuk tempat penginapan para peserta berbanding dengan tempat penginapan yang sebelum-sebelum ini. Beliau mahu para peserta pergi bersukan dan juga terasa selesa seolah-olah pergi holiday bersama family. Apa lagi habis aje dia cakap macam tu we all pun sambutlah dengan sorak-sorai tanda gumbira.... gitewww...

Selepas itu acara kemuncak penyerahan bendera syarikat dan bendera Negeri Sembilan daripada Tuan Pengarah kepada Chef-De-Mission pun dilakukan. Siap dengan parti popper bagai dari pelbagai sudut terkejut Tuan Pengarah hahahaa..... Unfortunaely tiada gambar cos Mrs. A duk busy recording video.

Dah selesai acara serah bendera tu, acara serah barangan yang di sponsor oleh syarikat pula kepada setiap pasukan. Takdelah untuk setiap orang mampuihh... la Tuan Pengarah macam takde kojo lain lak hai!!! simbolik sahaja kepada seorang setiap satu jenis sukan.

Wakil team netball sedang terima barangan sponsor dari Tuan Pengarah. Berterabur ha dengan serdak parti popper
Incomplete team netball sorang lagi takde. Haruslah bergambar kat banner bola jaring tu. Adeh! terlindung la pulek!
Aduh!!! terasa-rasa dah bahang SBAM 2018 yang akan berlangsung dari 4 Ogos hingga 6 Ogos di Johor nanti ha!

Walaupun terdapat 12 acara sukan yang dipertandingkan tetapi syarikat hanya menyertai 9 acara sukan sahaja. Jumlah peserta yang terlibat dalam acara sukan adalah seramai 110 orang dan 14 orang pula terdiri daripada AJK yang akan bertugas di sana nanti. So jumlah keseluruhan yang akan pergi ke SBAM 2018 di Johor adalah seramai 124 orang. Kalau tak salah Mrs. A kenderaan yang terlibat adalah 2 buah bas 3 van dan beberapa buah kereta. Fuh! dasat rasanya hahaha....

Okay itu sahaja kisah Majlis Penyerahan Bendera & Taklimat Kontinjen. Semoga semua team berjaya merealisasikan target syarikat untuk mendapat Top 3. Semoga Allah memberkati SBAM 2018. Johor mu tunggu kami datang.

Cermin Belakang Kereta Pecah Retak Seribu

Cermin Belakang Kereta Pecah Retak Seribu

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Cermin Belakang Kereta Pecah Retak Seribu.

Adoii... tak tahulah apa, siapa dan bagaimana cermin belakang kereta Viva Mrs. A boleh pecah retak seribu. Petang lepas Zohor time nak balik kampung [21072018] kids angkatlah beg masing-masing nak masukkan dalam boot kereta tiba-tiba.... Aryssa bagitahu 'ibu... cermin belakang pecah ke cuba ibu tengok?' Lalu Mrs. A pun pi la tengok. [kereta parking seberang jalan depan rumah]

Cermin belakang kereta pecah
Huwaaa.... memang pecah retak seribu kiri-kanan dah jatuh bertaburan pun.
Dear kids tak jadilah kita nak balik kampung ni cermin dah pecah. Kids pula macam tercengang-cengang tak percaya cos dah over excited nak balik kampung ha! huhuhu... kesian depa.

Kemudian Mrs. A pun calling-calling Mr. A, dialognya lebih kurang cenggini:-

Mrs. A: Hello! saya rasa tak dapatlah nak balik kampung.
Mr. A: Kenapa? 
Mrs. A: Cermin belakang viva pecah retak seribu. 
Mr. A: Laaa... camne boleh jadi camtu. Tahu ke siapa yang buat?
Mrs. A: Ntah tak tahula... tak nampak sesapa pun. Dah get ready nak balik tetiba tengok cermin dah retak seribu.
Mr. A: Oklah 

Kids: Ibu!... babah cakap apa? Babah kata oklah.

Sambil tu Mrs. A calling-calling juga emak Mrs. A bagitahu tak dapat nak balik kampung disebabkan kejadian itu ler...

Tapikan..... selang beberapa belas minit kemudian Mr. A call semula [hahahaaa... I knew it, dah faham sangat dah fiil Mr. A ni] katanya, boleh tu balik kampung In Sha Allah sempat. Tadi saya dah call Ah Sam [workshop tempat we all selalu hantar kereta] nak tukar cermin tu sekejap jer.. siap. Kejap lagi saya balik amik keta hantar tukar cermin. 

Dipendekkan cerita alhamdulillah petang itu finally tercapai juga hasrat kids dan Mrs. A nak balik kampung cumanya lambat sikit dari masa yang sepatutnya.

Sehingga ke hari ini misteri cermin belakang kereta pecah retak seribu masih tidak diketahui siapakah yang punya angkara. Tapi pada hari kejadian memang ada kontraktor potong rumput di kawasan taman Mrs. A tu nak kata batu terpelanting kena cermin kereta pun Mrs. A tak berani nak tuduh-tuduh. Hanya Allah yang tahu. Bersangka baik ajelah cos we both malas nak fikir. Lagipun alhamdulillah cermin pun dah berjaya diganti.

Next time Mrs. A oiiii.... ko janganlah parked kereta seberang jalan. Parkinglah di depan rumah sendiri. Tapi tulah kalau Mr. A nak keluar/masuk kereta dia leceh arrr...
Jom Ghayo Kek Sekolah 2018

Jom Ghayo Kek Sekolah 2018

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Jom Ghayo Kek Sekolah 2018.

Jom ghayo kek sekolah pada tahun ini temanya adalah hijau. Hah! ramailah mak kau hijau! kat dewan time tu ngeh! ngeh! ngeh! Walaupun pada mulanya Mrs. A macam malas-malas nak pergi tapi ntah! macam mana Mr. A pula yang terajin nak pergi. "Jomlah kita pergi si H tu banyak kali ajak saya kesian pulak kat dia tu, nanti cakap kita tak support event kengkawan pulak". Eh! Mrs. A okay jer... layanz.... lagipun memang annual event Alumni yang ni we all rajin pergi. Jom ghayo kek sekolah tahun [2017] [2016] [2015] dan [2014].

2018
Seperti tahun lepas The A family datang sekeluarga. Opps!! pandang lain camera da...
Tahun ini batch 1992 tak ramai yang datang huhuhuhu... ada yang pm Mrs. A ajak datang tapi sayang dia pula yang akhirnya tak jadi datang. Tapi bila Mrs. A dengar cerita yang kereta dia problem time dia nak datang kesian pula mendengarnya. Takpelah kawan-kawan tahun depan masih ada In Sha Allah.

2018
Ku lihat hijau.... hehehe... tema tahun ini 'hijau'. Majlis diadakan di dewan besar STAD
Ini jer...batch 92' yang hadir inipun termasuk AJK 
Sumer pandang kat Mr. A sebab dia kata alergi kepada nama M yang baru datang hahaha... tak pasal-pasal sama nama pun boleh jadi hal #itumacampunbolehka
Ha! nak tahu tak jom ghayo kek sekolah tahun ini memang tahun bertuah buat Mr. and Mrs. A cos we both dapat lucky draw.

Mula-mula nama Mr. A kena petik
Kemudian nama Mrs. A pula. I likes dapat tupperware giteww...
We all dah nak balik dah bila dedua dah dapat lucky draw tu ngeh! ngeh! ngeh!. Tapikan tak sangka pulak nama Mrs. A kena petik sekali lagi menang 'Best Dress' kategori perempuan.

Buruk nau ternganga hahaha...
K.Mid: Kalau tak keberatan boleh bagitahu tahun bila ni baju nikah ni?
Mrs. A: Tahun 2001 hehehe...
Kebetulanlah pulak baju nikah Mrs. A hijau tu yang timbul idea pakai jelah baju tu. Tapi tak sangka pula menang best dress Alhamdulillah rezeki
Finally sebelum pulang bergambar bersama AJK-AJK yang awesome
Hadiah menang best dress sumbangan daripada batch '78 rupanya.
Thank you batch '78 bagi Steamer brand Pensonic
Majlis jom ghayo kek sekolah adalah annual event Alumni SMKSTAD yang Mrs. A sekeluarga rajin support. Semoga ukhwah dan silaturrahim yang terjalin akan berterusan sampai ke syurga. In Sha Allah. 
Wordless Wednesday #115 - Open House

Wordless Wednesday #115 - Open House

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #115 - Open House 

22 Syawal 1439 H Menghadiri jamuan hari raya office sendiri ngeh! ngeh! ngeh!

Mulanya Mrs. A macam malas nak pergi tapi bos kata datanglah sekejap pun takpe tunjuk muka. Hurm... iyolah bos saya yang menurut perintah. Alhamdulillah daripada maklum balas yang Mrs. A dengar jamuan hari raya ini berjaya mencapai objektifnya. Tetamu luar ramai hadir walaupun diadakan pada waktu malam. Food pun alhamdulillah cukup-cukup tiada pembaziran.

Majlis disempurnakan oleh YAB MBNS dan VVIP kerajaan Negeri Sembilan yang lain-lain

Ganglunch and gangnetball
Ibu-ibu dan anak-anak
Rajin depa dua orang tu datang dari Port Dickson

 23 Syawal 1439 H pergi open house ex-lady bos kat Taman Tuanku Jaafar. 

Aryssa dengan Mrs. A aje yang pergi The boys tak ikut
Sebelum pulang haruslah bergambar dulu.
Walaupun dah tak sama tempat kerja tapi we all still keep in touch
S pun sama juga dulu satu office tapi sekarang dia dah ikut ex-lady bos kerja kat K.L

28 Syawal 1439 H memenuhi jemputan open office Percetakan Nasional Malaysia Berhad a.k.a PNMB di Puspanitapuri, Dewan Sri Endon, Putrajaya.

Muka ada senyum dapat pi beraya nun jauh ke Putrajaya ngeh! ngeh! ngeh!
Meriah sangat jamuan raya PNMB ni cer tengok kat belakang we all tu ramaikan tetamu yang hadir.
Finally sebelum pulang team SAINS bergambar di photo booth bersama tuan rumah yang manis si baju biru tu.

1 Zulkaedah 1439 H

Okay finally pergi open house Syamsul Debat. Tapi open house Syamsul debat ini di buat pada 1 Zulkaedah 1439 H. Hehehe.... Syawal satu bulan pun masih tak cukup uols.

Sebelum pulang kita bergambar dulu....
Actually rumah yang Syamsul Debat buat open house ini adalah rumah parents dia iaitu di Kg. Panchor. Terima kasih ostaz di atas jemputan.

Thats all kisah Wordless Wednesday #115 - Open House
Surprise! Birthday For Coach

Surprise! Birthday For Coach



Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Surprise! Birthday For Coach.


Last Friday time biasa training petang tu team netball dah pakat-pakat nak buat surprise birthday untuk coach. Manager siap pesan jangan wish coach dulu sehingga petang. Memang kebetulan tarikh birthday coach exactly hari yang sama we all training hahaha... kena sangat buat surprisenya pun.

Hurm... dari pagi dah plan kat grup WhatsApp pembahagian tugas masing-masing ada yang beli kek, ada yang buat Oglio-Olio, ada yang beli belon, ada yang beli air, ada yang beli paper plate, sudu, garpu dan alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Cumanya oit! uols ni nak training ke nak berfoya-foya ha!? Takpe kita training dulu pastu barulah berfoya-foya muahahhaaaaaaaa....

Surprise! Birthday
Coach kena dera bergambar ngeh! ngeh! ngeh!
Actually! time berkumpul ramai-ramai pukul 5.00 petang for the klimaks nak wishing 'Surprise!!!' tu Mrs. A tak sempat join pun huk! huk! huk! [teruklah ko nih! Mrs. A] sorry la team Asar masuk 4.45 der... tu pasal I cadangkan buat semuanya lepas training tapi uol insist nak buat pukul 5.00 juga so takpelah takde rezeki I nak wat ucapan 'Surprise' sesama uols. Anyway we are okay no heart feeling alhamdulillah.

Surprise! birthday for coach. We all celebrate selepas habis training petang tu di court netball Kompleks Belia dan Sukan, Paroi a.k.a KOMBES.

Surprise! Birthday For Coach
Okay! cepat keluarkan semua apa yang ada

Surprise! Birthday For Coach
Eh! apsal Mrs. A dengan Fadz jer.. yang peace yo
Surprise! Birthday For Coach
Okay dap pulak sekadar hiburan #jangankecam
Surprise! Birthday For Coach
Finally tunjuk birthday girl ;-)
Ucapan birthday Mrs. A untuk coach yang dihormati:-

"Semoga dikurniakan umur panjang yang berkat, sihat-sihat selalu, dipermudahkan segala urusan dan sejahtera di dunia sampai akhirat". 

In Sha Allah Amin YaRabbal Alamin.

Surprise! Birthday For Coach walaupun kecil-kecilan tapi bagi Mrs. A tetap manis untuk dikenang dan semoga ukhwah yang terjalin akan berterusan sampai bila-bila.

Program Audit Akademik UPSR Bersama Ibubapa

Program Audit Akademik UPSR Bersama Ibubapa

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Program Audit Akademik UPSR Bersama Ibubapa.


Tahun ini adalah tahun Adik ambil UPSR. Hurm... sekejap aje Adik dah 12 tahun. Biasalah selalunya  bagi kelas-kelas yang akan menghadapai peperiksaan pihak sekolah memang akan menganjurkan pelbagai program bersama ibubapa. Terserah kepada ibubapa nak turut serta ataupun tidak? Alhamdulillah pada program audit akademik UPSR baru-baru ini Mrs. A diberi kesempatan olehNYA untuk sama-sama turut serta. Cumanya tulah Adik dan Mrs. A sampai lewat sikit.

UPSR
Sebab pi sarapan dulu pekena roti canai huhuuhu....
UPSR
Seats kat depan dah full house terpaksalah duk yang belakang-belakang but still speaker depa loud and clear
Di antara maklumat yang ingin disampaikan dalam program audit akademik UPSR bersama ibubapa ini adalah supaya ibubapa yang turut serta mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran dan sosial anak-anak. Di samping itu dapat menyalurkan maklumat yang sesuai kepada ibubapa supaya dapat membantu pihak sekolah untuk mendidik anak-anak supaya cemerlang dari segi rohani, jasmani, sahsiah diri, jati diri eh! kalau boleh dari segala segilah ha! gitewww.....

Objektif Program

  • Dapat melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang akademik.
  • Dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah yang positif
  • Dapat membantu ibubapa secara sistematik supaya lebih memahami anak-anak mereka dan dapat berinteraksi dengan lebih berkesan dan bermakna.
Secara peribadi Mrs. A puashati dengan program sebegini. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah terutama sekali unit Bimbingan dan Kaunseling serta unit Kecemerlangan Tahun 6 yang telah berusaha untuk mengadakan Program Audit Akademik UPSR Bersama Ibubapa ini.


UPSR
Program Audit Akademik UPSR Bersama Ibubapa
Mrs. A tertarik dengan perkongsian 'Renungan Bersama' pada muka surat akhir pamplet program ni so meh sini Mrs. A kongsi kat blog pula.

Apa yang kita fikir, apa yang kita tahu, atau
apa yang kita percaya sebenarnya tidaklah begitu penting
kerana yang lebih penting ialah apa yang kita lakukan berdasarkan
apa yang kita fikir, tahu dan percaya. 

Siapa penulis sebenar takde pula tertulis.

Harapan Mrs. A dan juga pastinya harapan semua ibubapa juga semoga Adik dan kawan-kawannya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Seandainya keputusan sebaliknya redhokanlah.

Balik Kampung Makan Buah Durian dan Rambutan

Balik Kampung Makan Buah Durian dan Rambutan

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Balik Kampung Makan Buah Durian dan Rambutan

Friday petang mak Mrs. A dah calling-calling tanya balik kampung ke tidak? Mulanya Mrs. A macam malas nak balik cos Saturday morning tu Adik ada taklimat di sekolah dan sebelah petang pula ada jemputan ke open house di Taman Tuanku Jaafar. 

Tapi macam tak sampai hati nak hampakan hati emak tersayang beria benar dia suruh balik makan durian katanya. Durian dah mula gugur dan juga buah rambutan dah masak. Hurm... serius touching iols. Jadinya Sunday dalam tengahari Mrs. A & kids pun balik kampung dan malamnya selepas maghrib balik semula ke Seremban.

Emak Mrs. A memang faham yang anaknya ni suka sangat makan serawa durian dengan pulut, dengan roti pun layan juga tapi lebih suka dengan pulut. Biasanya emak Mrs. A akan buat dengan portion yang banyak cos Mrs. A akan makan berulang-ulang kali bukan Mrs. A sorang aje cecucunya pun sama.

Serawa in the making satu periuk besar gitew.... pakej tapau bawa balik Seremban hehehe...
Adeh! tengok gambar tu dah rasa nak makan lagi ha kah! kah! kah!
Tak berapa lama setelah sampai kat kampung tu. Mrs. A dan Aryssa pun pi la jalan-jalan cari durian. Actually Mrs. A jarang jalan-jalan kat area bawah ni (area pokok-pokok buah) kalau bukan musim buah. Al-maklumlah banyak nyamuk nanti tergaru-garu gatal huhuhuu... tapi sebab durian punya pasal nyamuk jer... pun. Apa ada hal!!!

Melaju Aryssa nak pi cari durian

Hasil petang tu dapatlah dalam dua bakul ni
Sambil kutip-kutip durian tu terperasan pulak ayam-ayam ni dah besar kejadiannya. Tiga empat bulan lepas mak Mrs. A dah membela ayam untuk makan sendiri. Time Mrs. A ikut beli dulu ayam-ayam ni kecik lagi sekor harga dia dalam 3 hengget tak silap. Sekarang ni dah besar kekdahnya dah banyak kali juga dijadikan rendang. Ayam-ayam ini daging dia dah pejal sebab dibagi makan jagung dan lebih-lebih nasi so kalau buat rendang memang sedap dah rasa macam ayam kampung giteww...

Hai!!! cik yam dah besar gedompol awak ya...
Adeh! sakit tengkuk den
Rambutan merah yang dah masak meranum. Tapi tulah kena jaga-jaga cos monyet rajin datang mencuri.
Tahun ini buah-buah kat kampung Mrs. A memang menjadi, berbeza dengan tahun lepas apa pun takde tu yang buah durian pun jadi mahal tu. Tapi tahun ini sana, sini, situ semuanya berbuah terutama sekali buah durian dan rambutan. Buah-buah tu kalau nak berjual kat kampung tu memang tak laku ler.... dah satu kampung masing-masing ada pokok durian dan juga pokok rambutan. Itulah macam semalam adik Mrs. A WhatsApp kata jiran sebelah bagi durian walhal durian we all pun ada banyak. Katanya takpelah rumah we all ramai yang tukang makan ngeh! ngeh! ngeh!

Alhamdulillah syukur semoga rezeki tersebut mendatangkan pahala amal jariah buat arwah abah Mrs. A kerana pokok- pokok ini dahulu arwahlah yang menanamnya. Al-fatihah buat arwah abah Mrs. A Azalli bin Hj Juri.
'GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP'

'GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP'

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Giveaway Souvenirs By Sitiyangmenaip

Sedang blogwalking tadi terjumpa pula Giveaway Souvenirs By Sitiyangmenaip. Bila teliti syarat-syaratnya alahai mudahnya dah tu pulak boleh dapat T-Shirt dengan fridge magnet lagilah lelaju Mrs. A menjoinkan diri ngeh! ngeh! ngeh!

giveaway

Mangsa TAG Mrs. A adalah - LZ pemilik blog Ladyinredplanner

Team pilihan Mrs. A adalah #teamsydney

Kepada readers yang nak join juga sila klik banner di atas untuk ke blog Sitiyangmenaip for more details. Jom cepat cos Giveaway Souvenirs By Sitiyangmenaip ini tak lama tempoh masanya lebih kurang 10 hari sahaja iaitu dari 3 Julai sehingga 13 Julai 2018.

Wordless Wednesday #114 - Jalinan Mesra Aidilfitri PKNNS

Wordless Wednesday #114 - Jalinan Mesra Aidilfitri PKNNS

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #114 - Jalinan Mesra Aidilfitri PKNNS


Eh! masih berhari raya lagi la uols! semalam baru 19 Syawal 1439 H. Rayakan sebulan....

Aidilfitri
Jom kita wefie ajak Sis N
Aidilfitri
Semalam kami pi raya sini der...
Aidilfitri
Booth cendol. Alhamdulillah dapat merasa hurm...I likes it
Aidilfitri
Gang lunch tengah pakat-pakat nak amik apa la tu....
Aidilfitri
Warga SAINS datang raya ni.... hehehehe...
Aidilfitri
One more free style katanya mesti ramai cengginikan bila bergambar!
Aidilfitri
Tuan rumah kawan Mrs. A yang juga netballers dan exstadian
Okay itu sahaja kisah semalam pi beraya di Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan a.k.a PKNNS. Haish! dah tajuk pun Wordless Wednesday #114 - Jalinan Mesra Aidilfitri PKNNS itu je ler...

MRS.A my blog my stori ©