Program Audit Akademik UPSR Bersama Ibubapa - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Program Audit Akademik UPSR Bersama Ibubapa

13 Julai 2018

Program Audit Akademik UPSR Bersama Ibubapa

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Program Audit Akademik UPSR Bersama Ibubapa.


Tahun ini adalah tahun Adik ambil UPSR. Hurm... sekejap aje Adik dah 12 tahun. Biasalah selalunya  bagi kelas-kelas yang akan menghadapai peperiksaan pihak sekolah memang akan menganjurkan pelbagai program bersama ibubapa. Terserah kepada ibubapa nak turut serta ataupun tidak? Alhamdulillah pada program audit akademik UPSR baru-baru ini Mrs. A diberi kesempatan olehNYA untuk sama-sama turut serta. Cumanya tulah Adik dan Mrs. A sampai lewat sikit.

UPSR
Sebab pi sarapan dulu pekena roti canai huhuuhu....
UPSR
Seats kat depan dah full house terpaksalah duk yang belakang-belakang but still speaker depa loud and clear
Di antara maklumat yang ingin disampaikan dalam program audit akademik UPSR bersama ibubapa ini adalah supaya ibubapa yang turut serta mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran dan sosial anak-anak. Di samping itu dapat menyalurkan maklumat yang sesuai kepada ibubapa supaya dapat membantu pihak sekolah untuk mendidik anak-anak supaya cemerlang dari segi rohani, jasmani, sahsiah diri, jati diri eh! kalau boleh dari segala segilah ha! gitewww.....

Objektif Program

  • Dapat melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang akademik.
  • Dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah yang positif
  • Dapat membantu ibubapa secara sistematik supaya lebih memahami anak-anak mereka dan dapat berinteraksi dengan lebih berkesan dan bermakna.
Secara peribadi Mrs. A puashati dengan program sebegini. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah terutama sekali unit Bimbingan dan Kaunseling serta unit Kecemerlangan Tahun 6 yang telah berusaha untuk mengadakan Program Audit Akademik UPSR Bersama Ibubapa ini.


UPSR
Program Audit Akademik UPSR Bersama Ibubapa
Mrs. A tertarik dengan perkongsian 'Renungan Bersama' pada muka surat akhir pamplet program ni so meh sini Mrs. A kongsi kat blog pula.

Apa yang kita fikir, apa yang kita tahu, atau
apa yang kita percaya sebenarnya tidaklah begitu penting
kerana yang lebih penting ialah apa yang kita lakukan berdasarkan
apa yang kita fikir, tahu dan percaya. 

Siapa penulis sebenar takde pula tertulis.

Harapan Mrs. A dan juga pastinya harapan semua ibubapa juga semoga Adik dan kawan-kawannya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Seandainya keputusan sebaliknya redhokanlah.

12 ulasan:

  1. good luck utk ank Mrs A dlm exam upsr nanti..anak saya nextyear

    BalasPadam
  2. good luck utk Adik..study hard, study smart..

    BalasPadam
  3. semoga adik cemerlang dalam upsr :)

    Jemput singgah entry terkini & jgn lupa tinggalkan jejak k ^_^
    1. Hadiah dari Shikin Razali aka shikinrazalidotcom
    2. Bung Bratak Heritage Centre
    3. Pengasuh Adam Tidak Salah?
    4. Tanggungjawab Seorang Suami & Ayah Muslim


    Harap sudi join segmen ejulz kalau belum join :)
    1. SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ


    BalasPadam
  4. Wish him the best. Semoga dapat keputusan cemerlang.

    BalasPadam
  5. besar dah diaaa. selamat berjuang untuk upsr dik. banggakan mak ayah tauu

    BalasPadam
  6. Semoga adik berjaya dalam UPSR nanti dan dipermudahkan segala urusan utk menjawab exam.

    BalasPadam
  7. Tulah kan MA rasa sekejap je diaorang ni membesar. Esok esok tgk diaorang dah nak kawen pulak hihi....

    Kadang kadang anak anak ni nak perhatian kita. Kita pun kadang sebok ngan gajet kan

    BalasPadam
  8. good luck Adik! semoga berjaya di dunia dan akhirat

    BalasPadam
  9. Dengan ibu yang sangat supportive, anak pasti akan berjaya.

    BalasPadam
  10. selamat berjaya! moga beroleh keputusan yg cemerlang kelak... tinggal beberapa mggu saja, kn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya.. Anies 20 Sept dah mula untuk Bahasa Cina & Tamil.
      Untuk BM mula 24 Sept.

      Padam

MRS.A my blog my stori ©