MRS.A my blog my stori: Hospital MRS.A my blog my stori: Hospital
Memaparkan catatan dengan label Hospital. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hospital. Papar semua catatan
Potong Kek Birthday Kat Hospital

Potong Kek Birthday Kat Hospital

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Potong Kek Birthday Kat Hospital. Kisah campak belakang pada 30 Mei 2024 yang lalu sewaktu dengan Mr. A warded ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… dan nak menjalani ERCP. 

Actually sebelah pagi tu Mrs. A pergi kerja sebabnya ada kerja yang perlu settle ghisauuu jadi isu pulak kalau kerja tu lambat dilaksanakan huhuhuuu... Alhamdulillah kerja tersebut berjaya selesai dan dipermudahkan olehNYA. 

Pagi-pagi tu keluar kereta je dah dapat jeritan happy birthday kak! Allahu terharunya dengan si S ni ingat dia birthday Mrs. A ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ Kemudian gang satu department dan seorang ni buat surprise pulak bagi hadiah  sambil nyanyikan lagu birthday beramai-ramai aduh! iols yang exhausted ni terus menangis touching dan rasa happy bercampur-baur. Hurm! dah tua-tua ni benda simple pun boleh buat meleleh air mata eh! hahaaha...

Potong Kek Birthday Kat Hospital.

Birthday
Mr. A suruh potong kek depan katil dia sambil tu depa duk nyanyi lagu birthday ๐Ÿ˜

Birthday
Sewaktu Mrs. A sedang tunggu Mr. A buat ERCP Along dan Adik minta nak keluar sekejap.
Rupa-rupanya depa pi beli kek

Waktu Mrs. A potong kek tu ada family Ateh dan juga family s.i.l serta f.i.l pun ada. Meriah jugaklah walaupun keadaan Mr. A waktu tu kurang sihat. ๐Ÿ˜Š

Ada jugak adegan lawak dari seorang nurse ni meluru masuk sambil bagitahu eh! tolong jangan nyalakan lilin ya bahaya sini banyak medical instrument, ngeh! ngeh! ngeh! we all sekeluarga golak yolah sebabnya memang family we all dah stop amalan meniup lilin sejak beberarpa tahun lalu #bukananjuranislam

Okay Mrs. A nak shared jugaklah pemberian dari kawan-kawan yang sempat di snap.

Birthday
Dari legal team

Birthday
Dari Dekwa

Birthday
Dari sahabat lama. Terima kasih datang visit

MasyaAllah TabarakAllah terima kasih kepada semua sahabat, sedara-mara dan juga kawan-kawan yang telah menitipkan doa dan ucapan sewaktu birthday Mrs. A yang ke 4 puh tut tahun samada secara bersemuka mahupun di media sosial FB dan IG. InsyaAllah semoga doa yang baik-baik akan berbalik jua kepada kalian semua. Syukur di atas nikmat sihat ini.



Mr. A Warded 7D6N

Mr. A Warded 7D6N

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mr. A Warded 7D6N. Mr. A warded lagi asbab sakit yang sama sepertimana tahun lalu [SINI] Walaupun menjaga pantang larang makanan yang tak boleh diambil oleh pesakit gout, mencuba macam-macam supplement dan makan ubat ikut aturan tapi kalau dah rezeki mendapat sakit tu sakitlah jugak. Sabar dan tabahlah wahai Mr. A ya... ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Itulah orang kata perangai memang boleh diubah tapi itulah payah-sepayahnya kalau nak berubah tanpa azam dan nekad. Macam itu jugalah dengan Mr. A ni payah nak ubah perangai bila diajak ke hospital, menanggung sakit di rumah dah 2 tiga hari, bila Mrs. A ajak ke hospital tak nak pulak.

Selepas subuh Selasa 28 Mei tu Mrs.A dah cakap dengan dia jomlah ke hospital saya boleh amik EL je hari ini sebab takde meeting. Meeting yang dijadual hari Isnin semalam tu dah tangguh ke Jumaat 31 Mei. Eh! tapi dia degil jugak sambil cakap takpelah awak pergi aje kerja. So Mrs. A pergilah kerja walaupun hati galau tetaplah kena profesional bila dah berada di office gittewww...

Mr. A Warded 7D6N. 
Mr. A warded di Mawar Medical Center
Memori bergambar malam akhir di Mawar Medical Center.
Malam sebelum discharge sajalah turun jalan-jalan sampai ke lobby nak menghirup udara segar

Petang hari Selasa 28 Mei, sebaik sahaja Mrs. A habis lunch bersama KN dan Zit tiba-tiba dapat panggilan telefon dari anak bongsu Mrs. A si Adik katanya babah kena admitted di hospital Mawar pergi hospital naik ambulan, Aqil temankan. Apa lagi bergegaslah Mrs. A inform bos dan officemate nak kena pergi hospital sebab husband admitted. Alhamdulillah syukur rezeki dapat bos, officemate dan pengurusan yang memahami.

Dari office nak ke Hospital Mawar takdelah jauh sangat lebih kurang 10 ke 15 kilometer rasanya. Hujan pulak masa ni mujurlah tak lebat sangat so Mrs. A redah ajelah basahlah sikit-sikit. Sampai di hospital terus ke emergency sebab Mr. A masih di situ. Sedih pulak tengok dia terbaring lemah kat atas katil tapi masih boleh bercakap lagi. Tadi dah ambil darah tapi results belum tahu lagi. Tak lama tu nurse datang nak pergi x-tray pulak. X-tray ankle dan knee tempat sakit gout tu. By the time dah habis x-tray tu wad pun dah ready. 

Time tu dah pukul 3 petang rasanya terus ditolak ke wad. Mulanya ditolak ke 4 bedded kemudian Mrs. A bagitahu tadi ada request untuk bilik single check dengan kaunter admission katanya single belum ada kosong. Sebaik sampai di bilik 4 bedded mujurlah belum naik katil lagi. Staff admission bagitahu bilik single dah ada yang kosong. Alhamdulillah terus masuk ke bilik single yang pada masa tu cleaner sedang bersihkah fuh! memang betul-betul hot from oven nih! hahahaaa...

Mr. A warded di Mawar Medical Center
Berkampung di bilik Lili 21 7D6N

Mr.A warded di Mawar Medical Center
Malam pertama Mrs. A teman

Dah masuk wad tu kenalah masuk air dan lain-lain ubat lagi. Kemudian Dr Chan datang tengok lutut Mr. A yang bengkak. Dia bagitahu kena buat procedure nak keluarkan air dari lutut pulak. Haish! bertabahlah Mr. A yang penakut jarum tu huhuhuuu... Procedure tu mudah aje katanya cucuk jarum ke lutut tu kemudian keluarkan air. Air yang Dr Chan keluarkan dalam 4 tabung picagari kata Mr. A.

Sebelah malam Dr Dheepa iaitu Dr yang incharge admission Mr. A datang ward visit dan bagitahu result darah dan scan knee & ankle. Kena buat lagi ujian darah tu untuk monitor lagi dan buat ujian air kencing pulak sebab petang tadi tak buat lagi.

Bila results darah dah keluar untuk kali kedua dan air kencing dah diketahui. Doktor cakap bacaan tak berapa bagus. Dipendekkan cerita beberapa procedure lagi pihak hospital suruh buat iaitu
- ECG
- CT Scan
- Ultra Sound
- Echocardiogram

Setelah semua procedure tu dibuat jumpalah dek doktor-doktor tu batu di dalam hempedu. Ada dua batu kata mereka satu saiz 6mm dan satu 8mm. Sebelum ini ada dua doktor yang terlibat iaitu Dr Chan untuk gout dan Dr Deepa doktor incharge kes Mr. A tambah pulak seorang lagi doktor iaitu Dr Sattian untuk kes batu dalam hempedu. (biliary sepsis secondary o choledochilithiasis)

Dr. Sattian dan Dr Deepa suggest kena buat ERCP. (nak tahu lanjut sila google๐Ÿ˜‰) Dr Chan pulak suggest buat procedure untuk gout di bahagian lutut. Aduh! fening we all mana satu nak buat dulu nih! Setelah Mr. A dan Mrs. A bincang we all putuskan buat ERCP sebab menurut pihak hospital ERCP ni kena buat jugak untuk mengelakkan kuman dari merebak dan keadaan hempedu Mr. A pada masa itu sangat kotor. Buat ERCP usaha untuk keluarkan batu dan letak sten supaya batu tak masuk ke saluran ntah tak ingat saluran apa kencing ke usus dan kuman dalam hempedu tidak merebak. Macam itulah pemahaman Mrs. A dari apa yang Dr Sattian terangkan. 

Kesan selepas buat ERCP ini berbeza mengikut individu menurut kata Dr Sattian. Ada yang selepas ERCP rasa sakit sikit-sikit sahaja. Ada yang akan dapat pancreatitis iaitu radang pankreas dan beberapa kesan sampingan biasa lain-lain. 

Mr. A warded di Mawar Medical Center
X-tray time

Mr. A warded di Mawar Medical Center
Nak pergi ultra sound

Mr. A warded di Mawar Medical Center
Dah bersedia untuk ERCP

Mr. A warded di Mawar Medical Center
30 Mei lebih kurang pukul 3 petang masuk OT untuk ERCP

Time ni Mrs. A menunggu di ruang menunggu luar bilik OT perasaan risau tak payah cakaplah dan macam-macam rasa ada. Tenangkan diri dengan membaca surah Yasin katam 3 kali uols! Actually procedure masukkan scoop dan pasang sten tu dalam 10 minit aje tapi campur tolak procedure bius, tempoh bertenang kat area OT jadilah lebih kurang dalam 2 jam gitteww... Sekejap-sekejap tengok siapa yang keluar dari pintu tu ramai jugaklah yang keluar masuk tapi bukan yang di tunggu. 

Setelah kurang lebih 1 jam setengah kemudian Dr Sattian pun keluar dia datang ke Mrs. A dan bagitahu sten dah berjaya dipasang tapi batu tak dapat dikeluarkan. Tak perlu risau kata dia batu biasanya akanpecah dan keluar sendiri melalui salur kencing.

Tak lama kemudian Mr. A dah disorong keluar dari OT kemudian terus ditolak masuk ke wad semula. Setengah jam awal tu keadaan Mr. A okay. Lapar katanya boleh makan ke? Doktor kata boleh kalau takde rasa nak muntah dan pening. Lalu dia pun makanlah bubur. Lepas makan tu rasa nak membuang pulak dah. Waktu membuang tu dia rasa tak selesa dan sakit di bahagian ari-ari. Kemudian selepas tu terus dia rasa sakit-sakit satu badan dan frust dan down. ๐Ÿ˜ฅ

Gedebak-gedebuk selepas ERCP tu Mr. A adalah salah seorang yang mendapat pancreatitis (radang pankreas) selepas ERCP. Sakit sangat kata dia tak tahan sampai doktor bagi dia morfin untuk kurangkan sakit tu. Menunggu proses nak recover tu yang sampai 7D6N itupun tak recover sepenuhnya.

Kesimpulannya dia memang frust sangat dengan keputusan ERCP tu gout pulih sakit lain pulak yang dapat. Akhirnya discharge pada 3 Jun lebih kurang pukul  3 petang.

Mr. A warded di Mawar Medical Center
Alhamdulillah home sweet home.

Sehingga ke entry ini di tulis dah sempat pergi follow-up Selasa lepas ๐Ÿ˜Š. Mohon doakan Mr. A sembuh sepenuhnya dan tidak sakit selepas itu. Aaamiiin Ya Rabbi.





Ziarah Officemate Di Mawar Medical Centre Seremban

Ziarah Officemate Di Mawar Medical Centre Seremban

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Ziarah Officemate Di Mawar Medical Centre Seremban. Last Friday sewaktu lunch hour rushing ke Mawar Medical Centre Seremban menziarahi officemate Mrs. A yang sedang diuji sakit di blog Mrs. A namakan Kak Y sahaja. Mrs. A pergi berdua dengan seorang lagi kakak iaitu Kak N. Mrs. A gelarkan mereka akak-akak PA [SINI]

Sebelum ini dah beberapa kali Kak Y mengadu sakit di sebelah bahagian badan punggung hingga ke kaki sebelah kanan. Beliau memang tidak boleh angkat berat-berat dan melasak atau terlalu aktif bergerak. Sakitnya bertambah teruk seminggu dua yang lalu akhirnya beliau mengalah dan ikut nasihat doktor itupun beliau memilih untuk menjalani rawatan secara suntikan terlebih dahulu. Mohon readers dan rakan-rakan blogger mendoakan untuk officemate Mrs. A kak Y dikurniakan kesembuhan sepenuhnya selepas menjalani suntikan tersebut tanpa perlu menjalani operation.

Ziarah Officemate Di Mawar Medical Centre Seremban.

Mawar Medical Centre Seremban
Syafahallah Kak Y

Menurut kak Y petang dalam pukul 3.00 petang Friday tu beliau akan menjalani rawatan suntikan tersebut. Sebanyak 9 tempat yang akan disuntik. Sebelum pulang Mrs. A ajak kakak-kakak PA bergambar ๐Ÿ˜ mulanya kak Y keberatan tapi Mrs. A insist sambil cakap kat dia alah kak I nak nak up-date status nih! muahhhaaahaa... akhirnya dia setuju jugak.

Nama sakit Kak Y tu adalah prolapse disc saraf terkoyak hasil google translate ๐Ÿ‘‰ "Cakera prolaps (hernia) berlaku apabila gentian luar cakera intervertebral tercedera, dan bahan lembut yang dikenali sebagai nukleus pulposus, pecah keluar dari ruang tertutupnya". Menurut kak Y dia sebelah kaki kanan dia ni selalu rasa kebas-kebas nak pijak sakit dan sakit tu terassampai ke tulang pinggul sebelah kanan. Sebab-musabab punca dia jadi macam tu tak sempat pulak Mrs. A nak tanya huhuuu... 

On the way nak balik office tu haruslah lunch dulu ๐Ÿ˜Š Bagi menjimatkan lunch hour yang hanya dua setengah jam aje tu Mrs. A dan kak N pun lunch sahaja di cafe hospital, satu-satunya cafe yang ada di situ. Harga agak pricey tapi alhamdulillah sedap berbaloilah dengan harga tu.

Mawar Medical Centre Seremban
Menarik ID nya

Mawar Medical Centre Seremban
Mrs.A pilih nasi lemak ayam sambal dengan air honey lemon hot 
Kak N pilih kuew-tiaw goreng dan jus durian belanda

Alhamdulillah urusan pada hari Jumaat itu dipermudahkan olehNYA. Selamat sampai office dalam pukul 3.00 petang sekali-sekala lewat masuk takpe kan eh! hahahhaaa... Didoakan kak Y dikurniakan kesembuhan sepenuhnya dan tidak sakit selepas itu. Aaamiiin...Ya Mujib.




 


Kisah 1 Januari 2023.

Kisah 1 Januari 2023.

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kisah 1 Januari 2023. Rezeki tahun baharu 2023 Mr. A admit di Mawar Medical Centre. Rezeki sakit di tahun baharu 2023. Sesungguhnya sakit itu juga rezeki. Kalau tahun lepas ceritanya happy [SINI] tahun 2023 ceritanya sedih Allahu kami redha. Sakit gout Mr. A ini memang dah lama menjadi hidap-hidapan dia cuma selalunya tidak kronik sampai tak boleh berjalan langsung.

Actually kaki kiri Mr. A dah mula sakit semenjak dari 26 Disember 2022 iaitu masa pergi KLCC tu cuma masa ni tak teruk. Berdasarkan pengalaman sebelum ini kalau sakit macam tu bila makan ubat rutin, dari klinik tu akan beransur pulih. Namun ditakdirkan pada minggu terakhir Disember 2022 itu sakit gout beliau semakin bertambah teruk, mula sebelah kaki kiri sahaja yang sakit selang sehari berjangkit pula ke kaki kanan bertambah parah tangan kanan pun kena attack juga ๐Ÿ˜ข. 

Dah beberapa kali Mr. A kata nak pergi hospital tapi tak pergi-pergi jugak. Mr. A ni gaya je taiko tapi penakut jarum hospital ๐Ÿ˜„ lagi satu dia memikirkan macam mana nak turun ke bawah huhuuhu...... Mrs. A kata takyah risau fikirkan tu panggil aje ambulan nanti tahulah macam mana nak buat. Akhirnya setelah 5 hari bertahan di rumah dan pada 1 Januari 2023 dalam waktu tengahari Mrs. A call Mawar Medical Centre minta ambulan datang.

Kisah 1 Januari 2023.
1 Januari 2023
Ambulan dah sampai ๐Ÿ˜‰

Ini adalah pengalaman kedua Mrs. A call ambulan minta datang ke rumah. Yang pertama dulu calling untuk Adik bongsu Mrs. A yang pengsan di rumah masa tu kat kampung ntah tak semena-mena sehari selepas second dos dia tetiba pengsan. Waktu tu call hospital Rembau minta ambulan datang. Alhamdulillah walaupun tersesat ambulan akhirnya sampai jugak ngeh! ngeh! ngeh! 

Tahun baharu 2023 calling Mawar Medical Centre minta ambulan datang. Berbeza dengan yang pertama yang kedua ini interview pihak hospital agak panjang lebar juga. Sakit apa, berapa hari dah kat rumah macam-macamlah Mrs. A bagitahu berat husband berapa, sekarang kat tingkat atas nak turut perlu diangkat, depa pulak tanya siapa lagi ada kat rumah mungkin perlukan manpower nak tolong angkat ke bawah huhuhuuu.... 

Bila sampai tu Mrs. A ingatkan ramai tapi dua orang je uols! driver ambulan dengan seorang misi yang agak comel sizenya hiks! lalu kekdahnya sewaktu proses nak dibawa turun tangga tu Mr. A duduk dalam wheel chair kemudian tonggengkan wheel chair tu roda besar di sebelah bawah dan yang kecik ke atas Along pegang sebelah kanan, Mrs. A sebelah kiri, driver dan misi jaga sebelah bawah. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar dipermudahkan olehNYA Mr. A selamat mendarat ke ground floor.

1 Januari 2023
Dah selamat atas strecher nak masuk ambulan๐Ÿ˜

Mrs. A pun ikut sekali naik ambulan tu, pengalaman pertama naik ambulan best rupanya naik ambulan ni terasa hebat sebab takyah nak ikut peraturan lalu lintas sangat muahahhaaaa bila driver on siren tu semua kereta gerak ketepi bagi laluan, di traffic light lampu merah pun selamba aje U-turn sekejap sangat dah sampai Mawar Medical Centre gittewww... 

Sesampai di Mawar Medical Centre tu depa pun buatlah prosedur apa yang patut pertama sekali jolok lubang hidung untuk covid test. Bertabahlah Mr. A ya... sementara itu Mrs. A pergi uruskan registration di kaunter emergency. Registration berjalan lancar Mr. A pulak okay covid test negatif. Terus ke katil emergency tu memacamlah depa buat kerja. Ambil darahlah, soalan-soalan memacam, ubat-ubat apa yang sedang diambil. Alhamdulillah semua ubatan dia ada dibawa bersama so senang depa nak pastikan. Setelah lebih kurang satu jam di katil saringan emergency tu Mrs. A disuruh ke admission kaunter pulak untuk urusan admit ke wad. 

Kisah 1 Januari 2023.

1 Januari 2023
Masuk wad Lili 2. Siap bawa bantal sendiri uols sebab nak letak kat kaki hiks!

Along, Aryssa dan Adik datang kemudian memang sengaja Mrs. A suruh mereka datang selepas dah settle dapat wad sambil itu boleh pesan apa-apa yang patut dibawa. Ialah masa kelam-kabut tu manalah nak ingat apa yang patut dibawa untuk percutian di Wad Lili 2 tu kah! kah! kah! Malam pertama admit tu Mrs. A bermalam di hospital teman Mr. A mujurlah ada kerusi panjang ala-ala sofa so Mrs. A tidur di situ aje toto dan bantal bawa sendiri. Keadaan Mr. A malam tu bertambah positif dapat tidur elok mungkin asbab ubat-ubatan yang diberikan tak seperti malam-malam sewaktu di rumah tu tak dapat tidur sangat berendoi menanggung sakit.

Sebelah malam tu lebih kurang pukul 9.00 malam Dr deepa yang in-charge kes Mr. A tu ada datang bertanya khabar kemudian esok paginya tu doktor datang lagi maklumkan result dan katanya dia akan minta doktor pakar tulang untuk check jugak mana tahu kot ada berkaitan tulang selain daripada gout. Pada 2 haribulan Abah, Adik-beradik ipar duai Mr. A datang melawat. Kawan-kawan we all tak bagitahu pun sengaja tak nak bagitahu sebabnya nak rest betul-betul nanti ramai sangat visitor langsung tak dapat nak berehat gittewww...

Pada hari kedua tu Mr. A masih belum kuat lagi untuk berjalan. Pada sebelah malam hari kedua tu pakar tulang datang iaitu Dr Chan. Waktu ni Mrs. A dah kemas-kemas nak balik dah sebab untuk malam kedua ni planningnya Along yang akan teman babahnya. Sebabnya esok tu Mrs. A kena pergi kerja. Dr Chan bagitahu dia dah tengok report dan yakin sakit ini berkaitan gout sahaja dia nak bagi ubat radang di lutut kiri Mr. A yang masih belum boleh pijak tu. Nak inject pada lutut katanya. Cuak habis Mr. A time ni banyak kali tanya perlu ke doktor? Doktor kata ubat radang ni bagus nak kasi you cepat baik kalau you tak percaya malam ni I inject esok pagi you dah boleh jalan  Nanti silap-silap you yang minta I inject yang sebelah kanan pulak tambah doktor melawak. Dalam keadaan terpaksa Mr. A akhirnya terima jugalah injection yang doktor suggest tu. 

Pagi esoknya tu Selasa 03012023 sewaktu Mrs. A dah sampai pejabat Mr. A call happy sangat dia bagitahu kaki kirinya tu dah boleh pijak, walaupun tak kuat tapi dah boleh pergi bilik air sendiri. Alhamdulillah betullah cakap Dr Chan tu katanya. Ha! tu la pasal baru dia percaya. Sementara itu Mrs. A pulak rasa macam dah sakit kepala nak kena migrain mula-mula macam boleh tahan. Lama - kelamaan makin bertambah pulak paling sadis bila check ubat migrain dalam handbag tak bawak pulak ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ dah settle kerja sikit Mrs. A pergi surau nak rehat sekejap. Muntah jugaklah kat surau tu lepas tu dapat tidur sekejap ku fikir selepas itu dah okay nan hado uols! sama jugak masih sakit kesudahannya Mrs. A gagahkan diri drive ke klinik lepas tu terus balik rumah makan ubat fengsan terus tidur sampai ke petang.

Malam tu Mrs. A tak pergi pun jengok Mr. A anak-anak aje pergi. Lagipun Mr. A dah semakin pulih dah boleh berjalan cuma terhinjut-hinjut sikit malam tu pun dia tinggal sorang je bila Along nak teman dia kata tak perlu dah sebab dah boleh berjalan ke bilik air sendiri.

Alhamdulillah esoknya tu Rabu, 04012023 dalam pukul 11 lebih Mr. A dah boleh discharge cuma kena pergi follow-up hari Isnin, 09012023. Masa pergi follow-up tu result semua baik alhamdulillah syukur. Happy semuanya telah berlalu.


Ziarah Makcik Sinah Di HTJ

Ziarah Makcik Sinah Di HTJ

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Ziarah Makcik Sinah Di HTJ. Makcik Sinah ini adalah bestfriend mak Mrs. A we are neighbour di kampung pada suatu waktu dahulu. Kiranya zaman muda remaja mak Mrs. A sampailah dah berkahwin, beranak, bercucu dan sehingga sekarang masih lagi berhubung. Kiranya dah macam family friends yang amat rapat dah macam sedara-mara pun ia jugak. Makcik Sinah ni selepas berkahwin dia berpindah duduk di Lui Timur. Balik kampung bila time-time raya atau bila ada kesempatan ajelah.

Thursday 23012020 dalam tengahari macam tu mak calling-calling Mrs. A sajalah dia nak tahu balik kampung sempena cuti CNY bila, pukul berapa? Mrs. A cakaplah macam biasa Saturday tengahari lepas dah settle laundry baharulah pulang ke kampung heheheee... Lepas dah letak telefon tu tak lama tu mak call lagi katanya Zura (anak makcik Sinah) call tadi bagi tahu "cik Sinah kau masuk hospital dia teringin nak jumpa mak. Tapi tulah takde siapa nak bawak mak ha, kau kalau senang kau pergilah dulu ziarah dia kata mak kirim salam ya". Hurmmm... bila mak Mrs. A dah cakap macam tu serba salah pulak rasanya. So Friday tu Mrs. A minta excuse dengan bos nak balik half day cause nak pergi HTJ. Alhamdulillah bos memahami.

Ziarah Makcik Sinah Di HTJ.
Ziarah Makcik Sinah Di HTJ.
Kredit Google image
Petang Jumaat tu Mrs. A ziarah bersama Aryssa dan Adik sahaja. Mr. A pulak tukang hantar dan amik sahaja Haish! macam-macam hal lah dia tu. Its okay its alright yang penting dia hantar dan jemput so tak payahlah Mrs. A terkial-kial nak cari parking kanss... Lagipun tahu-tahu ajelah parking kat HTJ ni memang hazabbbb... ha gittewww...

Waktu ziarah HTJ pada hari biasa sebelah petang adalah pukul 4.00 petang sehingga 7.00 malam. Manakala pada hari cuti pulak contoh Saturday/Sunday 12.30 tengahari sampai pukul 7.00 malam. Time Mrs. A sampai di Wad 2B tu lebih kurang 4.30 petang. Mencari-cari jugaklah cik Sinah di katil mana al-maklumlah mak tak bagitahu pulak katil nombor berapa. Tapi senang je jumpa ternampak kak Zura dan dia pun lambai tapi tulah kebetulan pulak makcik Sinah time tu takde di wad kak Zura kata dia kat bawah sedang buat procedur X-Ray dan dressing kaki.

Sementara menunggu makcik Sinah tu sempatlah Mrs. A borak-borak dengan Kak Zura. Katanya mak dia admitted ni sebab mengadu sakit pinggang dan perut bukan sebab kaki dia tu. Mrs. A difahamkan kaki makcik Sinah tu dah kerat dua jari dia sebab kencing manis. Itulah anak-anak dia sedikit kesal dengan perangai degil makcik Sinah ni. Mak dia ni memang sejenis yang susah dan degil sangat kalau nak makan ubat. Dah banyak kali nak bawa hospital pun tak nak. Tapi katanya mungkin kali ni dah sakit sangat sampai dia sendiri yang nak pergi hospital mulanya dia ingat check sekejap aje tapi tak sangka pulak kena tahan wad haish! punyalah dia bising nak balik tapi tulah anak-anak nasihat dia minta stay sampailah doktor sendiri yang suruh discharge nanti.

Ziarah Makcik Sinah Di HTJ

Ziarah Makcik Sinah Di HTJ
Gambar crop pun bolehlah katil No 20 ke 21 tak dapat dipastikan huhuhu...
Lebih kurang 10 minit Mrs. A borak-borak dengan Kak Zura. Makcik Sinah pun sampai dah dengan ditolak oleh dua orang nurse. Bila Mrs. A tengok aje dia aduhai! sedih sangat rasanya memang mata masuk habuk sungguh mujurlah ada tisu. Ialah selalu tngok dia ceria sangat-sangat dan elok aje sihat bergurau senda. Makcik Sinah memang suka mengusik dan buat lawak-lawak. Bila tengok dia sakit macam tu memang hati sayu bukan Mrs. A je Aryssa pun sedih jugak. Tapi alhamdulillah dia kenal je orang-orang yang datang ziarah dia termasuklah Mrs. A dan Aryssa time tu. Adik ntah mana ntah duk luar wad, dia kata malu sumer pompuan je.

Makcik Sinah tanyalah jugak mak Mrs. A tak datang ke? Itulah mak tak dapat datang sama dengan Mrs. A petang tu. InSyaAllah nanti dia datanglah tu jawab Mrs.A. Time tu teringat Mrs. A kata-kata ustaz, betullah ustaz cakap ketika seseorang ditimpa musibah apalah yang mampu kita buat lagi, selain dari ucapkan sabarlah banyak-banyak, istighfar banyak-banyak dan doakan yang terbaik buat mereka. Bersangka baik padaNYA pasti ada hikmah, mana tahu Allah nak bagi anak-anak dia pahala banyak cause sabar dalam menjaga ibu mereka dan jugak Kak Zura, Wati dan Aboy adik-beradik bertambah rapat sesama mereka. InSyaAllah.

Sebelum Mrs. A nak balik tu Wati pulak sampai iaitu anak kedua makcik Sinah dapatlah jugak Mrs. A jumpa Wati yang dah lama tak jumpa tu. Dia datang dengan anak perempuan dia. Tak sangka anak dia tu sebaya anak Mrs. A si Along yang sedang tunggu result SPM. Wati amik Shift malam jaga makcik Sinah depa take turn jaga makcik Sinah. Mujurlah depa pun memang duduk area Seremban so takde masalah nak ulang-alik HTJ.

Oh! ya Saturday tu Mrs. A balik kampung ingatkan mak pergi ziarah ikut Angah Mrs. A tapi Saturday tu mak tak pergi pun katanya dia nak pergi Sunday dengan Adik bongsu Mrs. A. Alhamdulillah dengan izinNYA on Sunday tu mak Mrs. A, Aryssa dan Maksu sekeluarga pergi ziarah makcik Sinah di HTJ. Aryssa cakap nenek dengan uwan Sinah nangis teroks! Sampai Sha pun nangis jugak. Adehhh! drama air mata la pulak.

Itu sahaja nak share kisah Ziarah Makcik Sinah Di HTJ. Mrs. A serta keluarga mendoakan yang terbaik buat makcik Sinah. Sekiranya kesembuhan itu adalah yang terbaik buat beliau maka sembuhkanlah Ya Allah andai sebaliknya permudahkanlah. Aamiin...Ya Rabbal Alamin...



Appointment Dengan Physiotherapist Terus Kena Admission

Appointment Dengan Physiotherapist Terus Kena Admission

As Salam and greetings to dear readers.

Appointment Dengan Physiotherapist Terus Kena Admission.


Sudah hampir seminggu tidak berkesempatan nak up-date haish! haish! haish! alasan cliche. Rindu blog picisan Mrs. A ini, rindu readers dan juga rakan-rakan blogger. Permulaan tahun 2018 ini work life Mrs. A agak hectic huhuhu... rasa macam tak cukup-cukup masa sebab nak kejar date line. 

Appointment Dengan Physiotherapist Terus Kena Admission telah membuatkan jadual harian Mrs. A agak kucar-kacir dan caca-merba. Bayangkanlah tak bersedia apa-apa tetiba ko kena masuk hospital ha!!! 

Mulanya Mrs. A bukanlah beria sangat nak jumpa physiotherapist ni lagipun Mrs. A rasa lutut kanan Mrs. A ni mampu baik setelah makan ubat-ubatan dari klinik biasa yang Mrs. A dapatkan rawatan. Namun setelah dua bulan berlalu lutut kanan Mrs. A ni masih tidak boleh dibengkokkan sepenuhnya kalau nak duduk antara dua sujud tu memang terasa sakit sangat dan selama itu juga Mrs. A bersolat di atas kerusi. Atas nasihat gang netball dan tak larat dah dengan bebelan depa terutama dengan mereka yang dah berpengalaman menghadapi masalah lutut tu, kekdahnya Mrs. A pun mengalah dan jumpa physiotherapist.

Physiotherapist yang Mrs. A jumpa tu adalah Prof. Dr Wan Hazmy dari hospital KPJ Seremban. Time doktor check tu berdebar-debar jugalah terutama sekali bila sampai part dia cuba twist lutut tu tapi bila Mrs. A kata sakit doktor tak twist habislah. Doktor kata berdasarkan beberapa procedure yang dia buat tadi tu dia rasa meniscus Mrs. A yang bermasalah kemungkinan ada sedikit koyak. Tapi untuk kepastian perlu menjalani kaedah Magnetic Resonance Imaging a.k.a MRI

Appointment Dengan Physiotherapist
Google Image
Ha! macam kat atas tulah rupa machine MRI tu. Mrs. A ingatkan jumpa doktor pastu terus aje boleh buat MRI. Kenyataannya bukan begitu uols!!! kena admission ha! tapi mujurlah Mrs. A boleh balik rumah dulu cos bilik yang Mrs. A akan admit tu baru aje discharge patientnya. Pihak hospital perlu membersikan terlebih dahulu bila dah ready mereka akan calling-calling Mrs. A, besar kemungkinan di sebelah petang.

On the way balik tu bagitau Mr. A yang Mrs. A akan masuk hospital petang nanti, discharge tak pasti bila? Hahahahaa... tergelak dia dengar. Oleh kerana hari tu Thursday (18.01.2018) esoknya Friday Balik tu haruslah Mrs. A sediakan kelengkapan sekolah kids dulu, gosok uniform sekolah, pesan itu ini. Kucing jangan lupa bagi makan muahahhaha.... nampak tak! nampak tak! tugas ibu-ibu memang cenggitu tau. Walau kemana sahaja ibu-ibu berada family is always our priority. [poyolah ko Mrs. A hoi!]

Dipendekkan cerita petang tu lebih kurang pukul 5.30 petang pihak hospital call dah boleh datang katanya paling lewat sehingga pukul 8.00 malam. Mrs. A pergi sebaik sahaja selepas dapat call lagipun memang dah get ready dari tengahari lagi. Mr. A, Aryssa dan Adik ikut sekali hantar ngeh!ngeh!ngeh! gaya macamlah sakit bebenor.

Mr. A, Aryssa dan Adik hantar Mrs. A sampai ke katil wad adoiii.... bila depa dah balik rasa semacam la pulak tak bestnya lahaiii... tak berapa lama kemudian nurse on duty pun datang story-moryla procedure hospital kemudian jeng..jeng..jeng...

Appointment Dengan Physiotherapist
Kalau ko dah admitted like it or not mesti mendapat punyalah benda ini. Last merasa benda nih! time delivered Adik dulu sekarang Adik dah 12 tahun umur dia.
"Mem after this kita pergi buat MRI ya get ready, please bring your purse, handphone or any value things" kata nurse. Lorrr... I thought MRI tomorrow. To night mem, because tomorrow morning dah boleh tahu result and doktor akan bagi tahu whats up next. Sesampai aje kat room yang nak buat MRI tu gila berdebar Mrs. A tau. Haruslah tukar pakaian dulu memula buat x-tray biasa kemudian baru buat MRI. Bila PIC tengok muka Mrs. A semacam dia pun cakap "jangan takut Puan, kepala tak masuk pun, kaki sehingga paras pinggang aje". Fuh! barulah lega rasanya terus tersenyum gelakkan diri-sendiri ngeh! ngeh! ngeh!

Hurmmm... lupa la pulok berapa minit ntah separuh badan Mrs. A ada kat dalam machine MRI tu. Lagipun time buat tu dia minta kita rilex aje jangan gerakkan lutut kanan tu. Banyak kali PIC pesan jangan sekali-kali gerakkan kaki kalau bergerak ada kemungkinan tak dapat result sebenar dan kena buat lagi. Memula tu memanglah dengar memacam bunyi tapi lepas dia pakaikan earphone sambil Mrs. A dengar lagu terus Mrs. A pun terlelap derrrr....

Esoknya lebih kurang pukul 9.00 pagi doktor pun datang sambil bawa result MRI dan terangkan kat Mrs. A "you tengok ni ada bahagian-bahagian yang kosong [sambil tunjuk image film b&w], yang ni pula penuh so I think memang ada sedikit koyak pada meniscus you yang bahgaian sebelah dalam. Lain-lain tu macam ligamen ni I nampak normal, ACL pun normal dan blaaa..blaaa..blaa.. katanya panjang lebar [dalam hati Mrs. A] adeh! doktor ni macamla aku faham semua apa yang dia carut muahahhaaa... pastu doktor bagitahu ada dua choice nak makan ubat dulu wait and see ataupun nak terus buat scoop jahitkan/ buangkan bahagian yang koyak tu. Meniscus tu adalah sejenis pelapik di antara  tulang lutut fungsi dia lebih kurang macam absorber. Bila koyak atau torn/haus/nipis itu yang sakit. Kalau nak faham lagi boleh tengok image kat bawah ni.

Google Image
Doktor minta Mrs. A fikirkan apakah pilihan Mrs. A? Nanti bagi tahu dia lagipun Mrs. A kena stay sehingga Saturday in between tu doktor suruh Mrs.A buat fisio pagi dan petang sehinggalah hari discharge huwaaa..waaa...waaa..... kesudahanya 3 hari 2 malam tau Mrs. A duk spital. Time stay kat hospital tu memang terlupa terus pasal kerja.

Menu lunch Friday
Fisio time
Oleh kerana Mrs. A dah tahu bilik physiotherapy tu kat mana, so bila tiba masa perlu buat fisio Mrs. A pergi sendiri aje. Sewaktu menjalani fisio PIC pun turut tunjuk ajar cecara buat fisio sendiri. Puan kena buat sendiri kat rumah pun kena buat at least tiga kali sehari ikut dan tiru aje semua yang kat pamplet tu katanya. Dah sampai rumah memula aje rajin buatnya dah seminggu tu kelaut jah!! muahahahaaaa.....

Visitor yang setia datang selalu, bertungku-bertangka teman ibu sampai food hospital pun depa bedal
Apakah pilihan Mrs. A? Rasanya readers mesti dah boleh agak kan...kan..kan... makan ubatlah dulu wait and see. Mudah-mudahan sembuh seperti sediakala hendakNYA. Finally Saturday tengahari Mrs. A discharge alhamdulillah dapat balik rumah. Dapatlah tiga empat jenis ubat/supplement bagai. Lagi satu yang sukar nak percaya tu dapat 14 hari home hospitalization iaitu sehingga 5 Februari di mana time tu Mrs. A kena datang for follow-up.

Tiga hari 2 malam di KPJ Seremban pengalaman yang mahal harganya. Itulah kalau boleh jagalah kesihatan kita sebaik-baiknya kerana mencegah sememangnya lebih baik dari mengubati.

Walaupun 14 hari home hospitalization tapi Mrs. A datang kerja juga tau. Ialah yang sakit lutut kanan jer... lain-lain anggota masih sedia berkhidmat demi tugas. #tolongjangankecam.

Thats all nak share kisah Appointment Dengan Physiotherapist Terus Kena Admission


Pertama Kali Kena 'Mild Heart Attack'

Pertama Kali Kena 'Mild Heart Attack'

As Salam and greetings to dear readers.

Walaupun dah hampir 2 minggu kejadian ini berlaku sajalah Mrs. A nak kongsi kisah pertama kali kena mild heart attack ini atau dalam bahasa melayunya serangan jantung ringan. Actually ini adalah kejadian pertama Mr. A tu sakit sangat sampai dia sendiri yang minta Mrs. A yang hantar pergi hospital.

Ini memang rare dan sangat pelik. Selama ini Mr. A tu memang penakut kalau disuruh pergi hospital liat sangat sanggup menahan sakit, demam, pening kat rumah aje, takut sangat kalau dirinya dicucuk-cucuk dengan jarum. Biarlah parang ke pisau ke orang gertak kat dia itu lagi okay dari jarum hospital katanya.

Seawal pukul 7.30 pagi macam tu we both dah gerak dari rumah untuk ke hospital KPJ Seremban. Actually Mr. A dah mengadu sakit dada tu dari pukul 4.00 pagi lagi. Katanya dada dia sakit sangat mencucuk-cucuk bukan itu sahaja kat bahagian belakang belikat ni pun sakit katanya. Time tu dia suruh sapu tiger balm aje. Mrs. A pun sapulah kat dada dan kat belakang tapi yang akhirnya Mrs. A pulak yang tertidur. (Haish! teruk punya bini tolong jangan tiru ya).

Lepas solat subuh tu sakitnya tak hilang jugak bertambah sakit adalah. Itu yang dia minta hantar pergi hospital. Setiba di hospital Mr. A terus masuk ke bahagian emergency sementara tu Mrs. A pergi parking kereta dulu. Alhamdulillah parking lot masih banyak kosong. Kemudian terus mendapatkan Mr. A di bahagian  emergency. Tanya kat nurse katanya Mr. A ada kat dalam tengah buat procedure pastu nurse suruh Mrs. A tunggu. Sambil tunggu tu punyalah tak tentu arah, risau, panik semua perasaan bercampur-baur. Doa pada Allah minta takde apa-apa yang serius.

Tak lama kemudian Medical Officer panggil Mrs. A katanya berdasarkan procedure yang mereka buat antaranya check ecg, bp dan lain-lain tu "kami dapati husband puan kena mild heart attack. Tapi untuk pengesahan sebentar lagi kita tunggu pakar jantung sampai. Tapi takpe puan tak perlu bimbang kami dah bagi ubat dan sekarang kita nak bagi keadaan dia stabil."

Pastu dengan muka blurred tanya mild heart attack!? Setahu saya selama ini husband saya tak pernah ada sakit jantung. Lalu MO pun menerangkan bahawa sakit jantung tu ada banyak jenis dan pelbagai peringkat. Jenis sakit jantung Mr. A ini adalah saluran darah di jantung tersumbat. Saluran darah di jantung tersumbat disebabkan oleh kolesterol tinggi. Punca utama kolesterol tinggi adalah cara pemakanan yang salah dan tidak sihat. Bila dingat-ingat balik lifestyle Mr. A tu hurmm... ada benarnya tu.

Kemudian Mrs. A pun pi tengok Mr. A kat dalam tirai tu dah tukar baju hospital pun terbaring lemah, badan semua dah penuh dengan wayar-wayar, air dah masuk, hidung pun dah bersambung dengan wayar oksigen, sedih sangat tapi tahan jer.. buat-buat senyum dan macam takde apa-apa, tak naklah bagi dia tengok kita sedihkan nanti dia lagi sedih.

Nurse dah minta dia kumpulkan barang-barang peribadi bagi kat Mrs. A iaitu wallet, handphone, baju dan cincin. Kena admitted masuk C.I.C.U (Cardiac Intensive Care Unit). Rupanya admitted terus ingatkan kena tunggu pakar jantung dulu. Admitted dulu pakar jantung tu cerita kat CICU nanti.

Mrs. A pulak kena pergi kat kaunter admission isi form and personal information Mr. A dah settle segala procedure admission barulah masuk ke CICU di level 2.

Untuk gambaran lebih jelas. Okay! shared gambar sikit dari blog Dr Norman

Artery (saluran) terhalang oleh kolesterol (Cholesterol plaque) menyebakan darah (blood clot) tidak dapat mengalir ke jantung.


Oooopsss tapi jangan salah faham pula ya itu bukan doktor yang merawat Mr. A itu sekadar nak shared dengan lebih detail mana letaknya saluran di jantung kita tu (artery). Doktor yang merawat Mr. A namanya Dr. Choo WS.

Sambung cerita di CICU pulak. CICU ini samalah dengan ICU cuma dia special untuk pesakit jantung. Kat sini bukan semua orang boleh masuk dalam satu-satu masa. Biliknya sentiasa berkunci nak masuk kena tekan button. Setiap patient ada seorang nurse masing-masing.

Lebih kurang 20 minit kemudian Dr. Choo pun sampai check sana sini aka exam Mr. A. Baca medical report then terangkan kat we both katanya ini memang mild heart attack, maybe salah satu dari saluran utama di jantung Mr. A tersumbat berapa peratus tidak pasti, Tapi maybe lebih dari satu yang kecil-kecil pun ada yang tersumbat peratusan tidak pasti.

So kena buat angiogram. Lepas buat angiogram baru boleh pastikan berapa tersumbat dan berapa peratus keadaan tersumbat itu. Jika tersumbat itu 50 peratus kebawah masih boleh di rawat dengan ubat sahaja katanya. Tapi kalau lebih dari 50 peratus dicadangkan supaya buat rawatan angioplasti.

Apa itu angiogram dan apa itu angioplasti? Mrs. A nak terangkan secara details pun tak pandai tetapi secara ringkasnya dan apa yang Mrs. A faham angiogram tu adalah ujian x-ray salur darah jantung. Satu tiub kecil (catheter) akan dimasukkan ke dalam salur darah tangan (radial artery) tetapi kalau tidak boleh di tangan. Angiogram akan dibuat melalui kaki (femoral artery) dan terus ke jantung.

Dalam kes Mr. A doktor gunakan tangan iaitu tangan kanan. Apabila tiba di salur darah jantung, cecair pewarna (contrast) akan dimasukkan dan gambar x-ray akan diambil. Melalui proses tersebut doktor dapat mengenalpasti samada terdapat sumbatan di dalam salur darah jantung dan juga sesuai atau tidak untuk rawatan angioplasti atau sebaliknya.

Angioplasti pulak adalah proses di mana doktor akan cuba membuka salur darah jantung yang tersumbat dengan menggunakan belon khas atau 'stent'. Ia hanya akan dilakukan sekiranya doktor merasakan perlu dan kebiasaanya untuk sumbatan yang melebihi 70% (diameter salur darah) sahaja akan dibuat angioplasti. Untuk sumbatan yang tidak serius rawatan dengan ubat-ubatan sudah memadai.

Dr. Choo bercadang untuk buat angiogram kat Mr. A pada pagi Isnin dan jika semuanya berjalan lancar dan dipersetujui oleh kami bolehlah diteruskan dengan angioplasti sejurus selepas angiogram dilakukan.

Lebih kurang pukul 9.30 pagi Saturday tu Mrs. A pun pulang dulu lagipun Dr. Choo kata biar patient tidur dan rilex jangan diganggu. Maka Saturday dan Sunday tu dengan rasminyalah Mr. A menjadi patient di sini.

Katil Mr. A nun dihujung sana sebelah kanan.  Nampak tak?? tengah duduk tu Dr. Choo.
Hurmmm... memang tak nampak pun saja buat lawak.

Dipendekkan cerita pada pagi Isnin lebih kurang dalam pukul 8.30 pagi. Mr. A pun masuk ke bilik lain [tak ingatlah nama bilik tu ala-ala bilik bedah la] untuk menjalani procedure angiogram dan angioplasti. Masa yang diambil untuk buat angiogram tu katanya setengah jam aje tapi time Mrs. A tunggu kat luar tu lebih kurang satu jam jugaklah.

Settle angiogram Dr. Choo panggil Mrs. A masuk bilik yang depa buat angiogram di suatu sudut yang lain lalu memberi penerangan dengan apa yang dia buat tadi katanya ini salur jantung utama yang tersumbat sudah 100% tersumbat sambil tunjuk kat screen komputer. Ini yang kecil-kecil yang tersumbat lebih kurang tiga saluran ada 30% dan ada 70% tapi itu tidak mengapa hanya perlu makan ubat katanya. Sekarang yang ini sambil tunjuk saluran utama tu perlu buat angioplasti. Kita cuba tembak belon dulu tapi kalau tak boleh perlu masuk stent katanya. Kemudian Mrs. A disuruh keluar semula dan Dr. Choo and the gang meneruskan procedure untuk angioplasti.

Tambah masa lagi lebih kurang satu jam cenggitu baru settle proses angioplasti tu. Alhamdulillah syukur, thank you Allah. Angioplasti berjaya dan sekali lagi Dr. Choo panggil Mrs. A masuk dan menerangkan kepada Mrs. A apa yang telah mereka buat tadi. Katanya yang tersumbat tu terpaksa masukkan stent aka spring dan agak panjang jugaklah stent tu coz percubaan untuk guna belon sahaja tidak berjaya sebab sumbatnya terlalu tebal dan panjang. Hah! cenggitulah lebih kurang penerangannya dalam bahasa mudah untuk difahami. Kalau dia guna medical term kang haru pulak Mrs. A nak faham. Actually procedure untuk buat angiogram dan angioplasti tu hanya menggunakan saluran darah sahaja takde bedah-bedah pun.

Tengok tu sejurus selepas angioplasti aje dah boleh guna phone berWhatsApp

My parents in-law always there for us. Thank you emak dan abah.

Sejurus selepas itu Mr. A dimasukkan semula ke CICU dan Dr. Choo buat scan tengok kat jantung yang tersumbat sebelum ini time scan tu nampaklah jantung tu dah tak tersumbat lagi dan darah dah mengalir. Mr. A pun kata dada dia terasa lapang dari sebelum ini. Pastu duduk sehari lagi kat CICU tu Haish! ingatkan dah boleh balik. Tuesday pulak kata Dr. Choo kena pindah ward biasa unfortunately tiada ward yang kosong uols, one bed fully occupied begitu juga dengan four bedded. Tengah malam barulah dapat pindah ke ward four bedded. Adoi! hospital pun ngalahkan hotel uols. Finally Wednesday morning takdelah morning pun dalam pukul 12.00 tengahari cenggitu barulah dapat discharge.

Tu dia dengan segala macam ubat yang perlu di makan setiap hari.

Untuk memudahkan Mr. A kekdahnya Mrs. A belikan dia container macam tu. Hijau untuk selepas makan, purple untuk sebelum makan.

Ini pulak Beta Oat yang Mil bagi untuk permulaan. Lepas ini beli sendiri la nok!!!
Beta Oat ini bagus untuk mereka yang bermasalah kolesterol tinggi katanya. 

Ini surau kat KPJ terletak di ground floor cantik dan bersih.
Telekung pun tersedia stylo lagi bersih dan selesa untuk digunakan

Ini we both naik buggy service. Minta untuk dihantar ke tempat parking

Maknanya sesiapa yang parking agak jauh nun di belakang hospital tak perlu risau untuk berjalan jauh. Panggil aje buggy tu minta hantar. Sekali jalan boleh muat tiga orang sebelah driver satu belakang dua.

Oh! ya cost untuk buat angiogram di KPJ Seremban adalah RM5K. Manakala untuk angioplasti pula RM15K untuk satu stent sahaja. (Mujur Mr. A satu stent aje). Huhuuuu... itu tak termasuk cost CICU, ubat dan lain-lain lagi tu. Itulah kalau dah sakit untuk mengubatinya adalah lebih mahal dari mencegahnya.

Oleh  yang demikian dear readers jagalah kesihatan ya... sebab mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Okay itu saja kisah pertama kali kena Mild Heart Attack.


Kredit to alinmarlini.com & drnorman.com.my



Discharged

Discharged

As Salam and greetings to dear readers.

Alhamdulillah semalam Along dan Adik dah discharged. Fuh! lega tak payah beraya di hospital. Mrs. A tak menyumbang pun dalam urusan discharged depa semalam tu ngeh!ngeh!ngeh! semuanya Mr. A yang uruskan alhamdulillah mujur orang tua tu faham yang wife dia ni berkerja.

Time Mrs. A calling-calling apa citer katanya tengah prepared dokumen untuk discharged dan ambil ubat. Actually walaupun Along dan Adik dah discharge tapi mereka sebenarnya belumlah fully recovered. Masih perlu makan ubat on time sebab itulah doktor beri MC sehingga raya.

Menurut doktor MC itu adalah lebih baik buat mereka coz bila makan ubat akan jadi mengantuk dan perlu berehat kalau pergi sekolah mesti tak dapat tidur dan berehat. 

Mrs.A- sukaler tu... tak yah gi sekolah
Sukaler tu... tak yah gi sekolah
Harga yang terpaksa dibayar pulak bukanlah murah kalau dah sakit ni. Sebab itulah orang kata mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil.

Okay! itu sahaja kisah discharged. Selamat menjalani ibadah puasa hari ke 25 buat readers. Semoga puasa kita hari ini penuh berkah.

Tinggal Seminggu Lagi

Tinggal Seminggu Lagi


As Salam and greetings to dear readers.

Sekejap benar rasanya dah tinggal seminggu lagi nak raya. Dah banyak dapat kad raya? Mrs. A semalam dan hari ini kena settlekan kad raya bos. Haish! bos ni lambat pulak dia suruh hantar tahun ini. Last week busy dengan preparation untuk meeting lagipun Mrs. A EL dua hari itu pasal lambat kata bos.


Kad raya company. Cantik tak?
Serunding daging pun nak enter frame ha! RM10 beli kat Aeon S2

Duit raya dah tukar? Mrs. A alhamdulillah semalam berkesempatan menukar duit raya. Takdelah banyak pun, berpada-pada aje itu pun lebih kepada anak-anak sedara aje.

Actually raya tahun ini kurang excited bila mengenangkan Along dan Adik yang masih di hospital tu. Exhausted pun iya jugak bila mana Mrs. A dan Mr. A terpaksa ulang-alik hospital. Mujurlah working hours Mr. A tu flexible kekdahnya siang bila time Mrs. A kerja dia jaga. Malam pulak Mrs. A akan take turn jaga sampai pukul 11.30 malam lebih kurang la... kemudian passing baton semula ke Mr. A.

Tapi mujurlah mereka dah besar-besar dah pandai berkata-kata mana yang sakit, apa yang sakit lainlah kalau baby, degree kerisauan tu mesti terlebih-lebih sebab kita tak tahu apa yang sakit.

Bercakap dengan Mr. A tadi doktor kata In Sha Allah esok Along dah boleh discharge. Cuma adik belum tahu lagi bila coz adik masih demam. Keadaannya masih tak memuaskan hati doktor sekejap demam, sekejap okay. Adik ini dia susah sikit nak makan ubat, bila nak ambil gas (nebulizer)  pun payah. Malam tadi Mrs. A siap cakap kat dia, Adik please makan ubat jangan cheating, kalau tak sihat lagi tinggallah kat hospital ni raya sorang-sorang. Ibu dan yang lain-lain nak balik kampung ni. Hahhaaaaa... meroyan dia sekejap terus jadi baik nak pergi mandilah nak amik gaslah. Macam-macam karenah.

Petang nanti nampak gayanya berbuka di hospital lagilah. Experiences itu bukan semua orang merasa. #syukurselalu.

Okay! itu sahaja kisah Tinggal Seminggu Lagi. Selamat menjalani ibadah puasa hari ke 23 buat readers. Semoga puasa kita hari ini penuh berkah.

Dugaan Di Bulan Ramadhan 2016

Dugaan Di Bulan Ramadhan 2016

As salam and greetings to dear readers.

Selamat berpuasa hari ke 19 buat semua readers. Buat mereka yang bergelar ibu ataupun dalam erti kata lain orang perempuan masih berpuasa ke... atau ada yang dah bercuti ngeh! ngeh! ngeh!. Pejam celik pejam celik malam ini dah malam ke 20 kita berpuasa. Sebagai umat islam Mrs. A pasti dan yakin kita semua mahu bertemu malam Lailatul Qadar iaitu malam yang diibaratkan lebih baik dari malam seribu bulan. In Sha Allah perancangan Allah tiada siapa yang tahu.

Amboi! panjang benar pulak mukaddimah Mrs. A nih! Actually Mrs. A nak citer kisah anak-anak Mrs. A yang kurang sihat. Memula Along demam, dari balik kampung last week Along dah demam tapi dia rajin aje makan ubat. Dah tu pulak walaupun demam tapi dia tetap cergas di kampung ke sana ke mari. 

Kemudian adik pulak demam, tapi masih bertahan lagi cuma adik ini susah nak suruh dia makan ubat. Kemudian Tuesday night demam Along semakin teruk, panas sangat badan dia cakap pun dah merapu-rapu itu yang we all decided hantar dia ke hospital. Babahnya hantar ke hospital Columbia di Oakland tetapi bila jumpa doktor tu dan bagitau apa masalah terus aje doktor tu kata denggi dan tak nak terima. Dia terus refer HTJS siap hantar dengan ambulan bagai. Haish! macam ini punya doktor pun ada ka???? Mengamuk orang tua tu kat situ terus blah! baki duit pun tak amik. Mrs. A tahu pun sebab cashier hospital called Mrs. A suruh datang amik baki terlebih bayar katanya.


Along sewaktu di HTJS sebelum bertukar ke SALAM

Along & Adik satu bilik katil sebelah menyebelah

Finally Along dan Adik admitted ke SALAM. Along yang pada mulanya suspect denggi tetapi sewaktu di HTJS mereka kata bukan denggi cuma simptomnya itu seakan denggi tetapi ianya adalah virus fever.

Adik pulak yang we all fikir demam biasa tetapi sebenarnya adalah denggi. Sehingga entry ini ditulis Along dan Adik masih lagi dirawat di SALAM namun begitu alhamdulillah beransur pulih. Bagaimana dan macamana boleh terkena tidaklah diketahui apa puncanya. Doktor pun susah nak pastikan. Sekarang ini macam-macam penyakit ada.

Semoga Along dan Adik segera sembuh huhuhu.... Nak raya ni... tak mau arrr... beraya di hospital. Dear readers tolong doakan bersama-sama semoga mereka segera sembuh ya...

Dengue Fever

Dengue Fever

Dengue Fever

Sebelum ni Mrs. A ada bagitau nak up-entry bergambar pasal Aqil Hayyi a.k.a Adik iaitu anak bongsu Mrs. A yang admitted coz of dengue fever. Sorry lambat bebenor la pulak. Lagipun seminggu dua ni memang busy sesangat dicampur pula dengan penyakit M huhuuuu.... tu yang sebenor-benornyer...penyebab lambat ngeh..ngeh..ngeh..

Actually Adik dah menunjukkan tanda-tanda tak berapa sihat sejak hari Ahad (01022015) dan Ahad malam Isnin tu badan dia bila kita rasa panas sangat tapi dia rasa sejuk sangat. Esoknya Isnin (02022015) tu dia tak gi sekolah Mrs. A minta babahnya yang hantar gi klinik unfortunately dia tak pergi pun cuma makan ubat demam aje yang memang ada stok kat dalam fridge. In between Isnin hingga ke Khamis tu Adik berlanjutan demam tak baik-baik actually siang dia ok bila malam demam dia jadi teruk badan dia panas.

Haish!!... apalah yang tak kena dengan ibu dan babah ko ni dik sibuk sangat dengan benda ntah apa ntah tak ingat apa yang disibukkan sangat walaupun Mrs. A emergency leave on Wednesday (04022015) but still adik tak gi jumpa doktor. Kalau tak silap time tu babahnya yang bawa Adik gi klinik tapi ramai sangat manusia then babahnya decided untuk ambil ubat je di kaunter. Lagipun pada minggu tersebut we all asyik duk ulang alik ke HTJS coz FIL admitted akibat sakit lemah jantungnya. Hinggakan anak demam pun Mrs. A dan babahnya amik mudah. Thursday night (05022015) barulah Mrs. A berkesempatan bawa adik gi klinik dan berjumpa dengan doktor.

Doktor siap bising kenapa lambat sangat bawa dia ke klinik dan suspect Adik kena denggi doktor suruh datang esok paginya untuk check darah coz memalam lab dah tutup da.... Katanya kalaulah datang awal masa dia memula demam In Sha Allah boleh dicegah dengan antibiotik. Huhuuhuuuhuuu... to late hokeh! padan muka ko Mrs. A sesal dahkan tapi tak guna dah pun.

On Friday morning (06022015) turn babahnya pulak bawa adik gi check darah coz Mrs. A kerja da... Esokya tu pulak (Saturday 07022015) pepagi tu babahnya dan Adik gi klinik semula untuk amik result blood test. Positif denggi katanya terus aje doktor suruh masuk hospital.

Sebelum tu they both balik rumah dulu kemudian barulah ke Senawang Specialist Hospital @ SALAM. Babahnya kata biar dia yang hantar seorang nanti ibu, Along & Aryssa datang kemudian. Yalah routine di hari cuti tetap kena buat jugak as for Along & Aryssa kena basuh kasut sekolah ibu pun sama kena settle apa yang patut.

Walaupun klinik yang Adik pergi tu dah sahkan result blood test Adik positif denggi tapi SALAM pulak at the same time nak jugak!!! buat blood test depa sendiri prosedur katanya. Huh! macam-macam hal undang-undang manusia aje pun.

Dengue Fever
1st day - demam sesangat dan tak ceria langsung
Lebih kurang pukul 12.30 tengahari Mrs. A, Along & Aryssa pun sampai di SALAM time we all sampai Adik ada di wad 225 tengah tidur babahnya pun sama tidur tapi di atas kerusilah ish..ish..ish... kesian-kesian-kesian. Tetapi tak lama kemudian we all pindah ke wad 339 (Jasmin). Wad 225 (4 bedded) Babahnya prefer single bed tapi time admission tu fully occupied tu yang kena transit dulu sementara tunggu patient discharge. Hospital pun full u ooollsss... Mrs. A ingat hotel aje fully booked ngeh..ngeh..ngeh....

Kekdahnya Saturday & Sunday percutian tidak dirancang di SALAM huhuuhuuuu... Saturday night kawan Mrs. A singgah visit Adik katanya dia on the way nak balik rumah dah habis kerja. Dia nurse di HTJS bahagian dewan bedah. Time we all tengah syiok chit-chat tetiba nurse datang bawa Adik ke treatment room.

Dengue Fever
Adik jer masuk Mrs. A tunggu luar 

Dengue Fever
Keluar dari treatment room dah dua-dua tangan berbalut satu untuk amik darah satu untuk masuk air.
Nurse kata oleh kerana Adik kanak-kanak lagi adalah lebih senang buat parking untuk amik darah nanti tak perlulah setiap kali nak amik darah cucuk setiap kali nak amik darah cucuk tak sessuai.... Platelet Adik masa memula admitted turun sedikit dari yang normal tapi doktor kata tak perlu risau coz masih di tahap yang tidak membimbangkan. Second time punya result turun lagi. Ermmm... risau dan bimbang memanglah lagipun masalah kanak-kanak ni dia tak mahu makan memang takde selera pun kepada sesiapa yang menghidap denggi ni. Tapi kita kena paksa dia makan segala petua dan nasihat tu Mrs A usahakan contoh macam bagi makan sup ketam, buah kiwi, buah kurma air 100 plus (kena buang gas dia dulu) pastu kena paksa dia makan.

Sesiapa aje yang datang melawat tu Mrs. A minta they all yang nasihatkan Adik kena makan baru ada tenaga pastu barulah boleh bina semula antibodi tu. Sesiapa yang ada anak sure ada pengalaman yang anak-anak kita ni lebih mendengar kata pihak ketiga dari ibu bapa mereka sendiri. Ialah bila cikgu yang kata kemain lagi mengikutnya bila ibu yang kata, nantilah kejap, ada saja alasan mereka.

Dengue Fever
Paklang datang ziarah
On Sunday tu memang ramai yang datang ziarah Adik. Semua cousins dia dan pak/ mak sedara side babahnya. Actually they all on the way to IJN nak visit father in-law Mrs. A if Adik tak admitted time ni we all pun plan nak turut serta tapi manusia hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Dah takde kesempatan Mrs. A dan kids untuk gi visit Atok depa. Cuma babahnya sorang jer... yang usaha pergi jugak walaupun tak sekerap adik-beradik dia yang lain. Lagipun kat IJN kids dilarang masuk kecualilah wad biasa if CCU dan separa klinikal macam FIL tu kekanak dilarang.

Dengue Fever
Dah banyak kali sangat amik darah, Adik pun dah pasrah dan redho aje
Hari ketiga kat SALAM demam Adik masih ada dan dah keluar ruam-ruam merah. Doktor kata itu memang dah dijangka dan kalau keluar tu elok cuma panas badan dia yang perlu dipantau malam tu Adik gegatal pastu putih satu badan coz kena sapu dengan calamine lotion. Platelet dia naik dari semalam dan kalau terus menerus naik bagus maknanya dah stabil.

Hari keempat platelet result pagi naik tapi masih demam ingatkan dah boleh discharge disebabkan demam kena tahan lagi sehari. Tapi sebelah malam demam dia dah okay pastu esok paginya bila doktor check alhamdulillah demam dah okay dan dah boleh keluar.

Dengue Fever
Walaupun food ikut selera Adik yang pilih tapi yang tukang makan adalah Aryssa. MC sebanyak 7 hari tapi sebelum tu pun dah MC jugak campur tolak 2 minggu MC
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan izinya Adik kembali sembuh. Setelah hampir seminggu we all sekeluarga berulang-alik ke SALAM, finally di hari kelima lebih kurang pukul 2.30 petang cenggitu dan setelah official bil dibayar we all pun selamat discharge dan pulang ke rumah. Oh! hohoho.. home sweet home.

Actually we all pun tak pasti kat mana sebenarnya adik digigit oleh nyamuk Aedes tu tapi kat taman yang we all tinggal memang ada kes denggi. Tahukah anda apabila ada kes denggi maka Kementerian Kesihatan akan datang ke rumah anda dan menyembur racun ye ker racun ntah apa ke nama benda yang depa sembur tak tanya pulak secara detailnya, seluruh kawasan rumah luar dan dalam habis uuuoolllsss kena sembur. Huhuuuhhuuu... redho ajelah ya.

Sekarang ni memang banyak kes denggi maklumlah musim panaskan musim ekuinoks katanya. Di nasihatkan kita semua supaya menjaga kebersihan dan jangan kasi peluang untuk nyamuk aedes membiak. Hapuskan nyamuk Aedes cegahlah denggi. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Harga mengubati tu mahal kosnya. Lima hari empat malam di SALAM lebih kurang RM3800 cenggitu.
MRS.A my blog my stori ©