As Salam and greetings to dear readers.
Ziarah Officemate Di Mawar Medical Centre Seremban. Last Friday sewaktu lunch hour rushing ke Mawar Medical Centre Seremban menziarahi officemate Mrs. A yang sedang diuji sakit di blog Mrs. A namakan Kak Y sahaja. Mrs. A pergi berdua dengan seorang lagi kakak iaitu Kak N. Mrs. A gelarkan mereka akak-akak PA [SINI]
Sebelum ini dah beberapa kali Kak Y mengadu sakit di sebelah bahagian badan punggung hingga ke kaki sebelah kanan. Beliau memang tidak boleh angkat berat-berat dan melasak atau terlalu aktif bergerak. Sakitnya bertambah teruk seminggu dua yang lalu akhirnya beliau mengalah dan ikut nasihat doktor itupun beliau memilih untuk menjalani rawatan secara suntikan terlebih dahulu. Mohon readers dan rakan-rakan blogger mendoakan untuk officemate Mrs. A kak Y dikurniakan kesembuhan sepenuhnya selepas menjalani suntikan tersebut tanpa perlu menjalani operation.
Ziarah Officemate Di Mawar Medical Centre Seremban.
Syafahallah Kak Y |
Menurut kak Y petang dalam pukul 3.00 petang Friday tu beliau akan menjalani rawatan suntikan tersebut. Sebanyak 9 tempat yang akan disuntik. Sebelum pulang Mrs. A ajak kakak-kakak PA bergambar 😍 mulanya kak Y keberatan tapi Mrs. A insist sambil cakap kat dia alah kak I nak nak up-date status nih! muahhhaaahaa... akhirnya dia setuju jugak.
Nama sakit Kak Y tu adalah prolapse disc saraf terkoyak hasil google translate 👉 "Cakera prolaps (hernia) berlaku apabila gentian luar cakera intervertebral tercedera, dan bahan lembut yang dikenali sebagai nukleus pulposus, pecah keluar dari ruang tertutupnya". Menurut kak Y dia sebelah kaki kanan dia ni selalu rasa kebas-kebas nak pijak sakit dan sakit tu terassampai ke tulang pinggul sebelah kanan. Sebab-musabab punca dia jadi macam tu tak sempat pulak Mrs. A nak tanya huhuuu...
On the way nak balik office tu haruslah lunch dulu 😊 Bagi menjimatkan lunch hour yang hanya dua setengah jam aje tu Mrs. A dan kak N pun lunch sahaja di cafe hospital, satu-satunya cafe yang ada di situ. Harga agak pricey tapi alhamdulillah sedap berbaloilah dengan harga tu.
Menarik ID nya |
Mrs.A pilih nasi lemak ayam sambal dengan air honey lemon hot Kak N pilih kuew-tiaw goreng dan jus durian belanda |
Alhamdulillah urusan pada hari Jumaat itu dipermudahkan olehNYA. Selamat sampai office dalam pukul 3.00 petang sekali-sekala lewat masuk takpe kan eh! hahahhaaa... Didoakan kak Y dikurniakan kesembuhan sepenuhnya dan tidak sakit selepas itu. Aaamiiin...Ya Mujib.
Syafakillah utk Kak Y 🤲
BalasPadamMudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan dan rawatannya aamiin.
Semoga kak y cepat sembuh kekdahnya
BalasPadamSemoga cepat sembuh Kak Y.
BalasPadamsemoga Allah beri kesembuhan buat sahabat Mrs A. Allahumma ameen.
BalasPadamsemoga cpt sembuh y amiin
BalasPadamSemoga ofismate Mrs. A segera sembuh. Aminn...
BalasPadamsemoga Kak Y akan kembali pulih spt sediakala. Aamiin...
BalasPadamSemoga Kak Y cepat sembuh...
BalasPadamSemoga Kak Y cepat sembuh. Lebih kurang slipped disc jugak ye simptom2 tu, rasa kebas2 dan semut2 lepas tu sakit menyucuk2.
BalasPadamMacam seram penyakit tu..Moga Allah sembuhkan penyakit kwn akak ni .. Aamin! Baru tahu wujud penyakit tuh..
BalasPadamSemoga Kak Y terus Allah kurniakan kesembuhan atas ujian sakit yang dialaminya...sakit ini ujian untuk lihat sejauh mana rasa sabar dan reda hambaNya..aamiin
BalasPadam