Salam Aidil Adha 1444H - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Salam Aidil Adha 1444H

30 Jun 2023

Salam Aidil Adha 1444H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Aidil Adha 1444H. Selamat hari raya Aidil Adha, raya Haji dan raya Korban eh! sama la tu hahahaa... tak kisahlah apa pun raya yang digelarkan namun ianya tetap hari raya yang sama bagi kita umat islam di Malaysia.

Selamat hari raya Aidil Adha Mrs. A ucapkan buat readers my blog my stori dan juga rakan-rakan bloggers sekalian. Aidil Adha tahun ini 1444H Mrs. A memecah tradisi betul langsung tiada mengambil cuti tahunan adeh! kesian betul rasa macam looser pun iya jugak gigih bebenor nak pergi kerja tu, ko dah kenapa Mrs. A hoi muahahhaaa... Pssttt...! yang sebenarnya cuti Mrs. A di dalam sistem i-cuti sehingga Jun 2023 dah tinggal zero. Itulah yang sebenar-sebenar sebab-musababnya. Kalau nak apply manual boleh aje tapi takpelah lagipun Mr. A kata takde nak ke mana-mana. Kekdahnya simpan ajelah cuti tu untuk keperluan di masa-masa akan datang gittewww...

Sehari sebelum hari raya tu Mrs. A masih bekerja lagi. Alhamdulillah rezeki dapat menunaikan puasa sunat Arafah bersama Aryssa. Untuk juadah raya di rumah sendiri Mrs. A order aje rendang daging, kuah kacang dan dodol ada dodol cair dan dodol masak sempurna. Nasi impit tu pulak Mrs. A masak sendiri guna si Noxxa alhamdulillah mudah HP37 minit dah masak. Juadah raya tu pun we all sendiri aje yang makan memang dah boleh agak takde sapae pun nak datang beraya. 

Kebiasaanya bila tak balik kampung tu pagi-pagi raya the boys akan pergi bersolat raya di Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng, Ampangan kemudian terus pergi beraya ke Jiboi berkumpul adik-beradik side Mr. A di situ dah settle beraya we all akan gerak balik kampung side Mrs. A pulak.

Salam Aidil Adha 1444H. 

Aidil Adha 1444H
Sebelum gerak ke kampung kita bergambar dulu. Temanya pokok dek kaulah! 😂 

On the way nak balik kampung tu jalan jem jugaklah tapi masih bergerak perlahan. Sampai di kampung lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Sewaktu Mrs. A sekeluarga sampai Along dan family Alang dah sampai duluan. Family Alang sampai malam sebelum raya dan Banglong pulak sampai pagi-pagi raya tu. Family Angah sampai setengah jam selepas we all sampai. Family maksu (adik bongsu Mrs. A) beraya di Jeli Kelantan kampung husbandnya.

Mrs. A dan husband tak ke mana pun duk lepak-lepak aje kat rumah mak. Sementara anak-anak Mrs. A pulak Along dan Adik pergi menjengok ke masjid tempat orang kampung adakan ibadah korban.

Aidil Adha 1444H
Gotong-royong mengorbankan 4 ekor lembu. Wakil family we all adalah Alang seorang je... anak-anak Mrs. A datang sekejap je melawat kawasan hahahaa...

Aidil Adha 1444H
Juadah biasa hari raya di rumah emak ku sayang 😍

Kemudian selepas asar bila hari dah redup tu Mrs. A dan Kakngah pergi ziarah kubur.

Aidil Adha 1444H
Al-Fatihah buat arwah abah Azalli bin Hj Juri

Aidil Adha 1444H
Al-Fatihah buat arwah Uwan Peah binti Katab

Aidil Adha 1444H
Al-Fatihah buat bapa saudara Razali bin Rasimin

Gambar beramai-ramai di kampung takde pulak yang rajin snap. Dah terlepas moments tu barulah terasa sedikit rugi apasallah tak snap gambar tadi. Gambar selpi-selpot adalah seketul ngeh! ngeh! ngeh!

Aidil Adha 1444H
Angah and Acik

Salam Aidil Adha 1444H. Okay itu sahaja secebis kisah di hari 10 Zulhijjah 1444H sebagai kenangan.









17 ulasan:

  1. Salam Aidiladha Mrs. A. Seronoknya balik kampung dapat sambut raya dengan mak 😃 Meriah raya Mrs. A ye.
    Oo.. rupa2nya cuti dah habis ye. Takpelah, tahun depan boleh apply cuti lama sikit waktu raya hehe

    BalasPadam
  2. Salam Aidiladha Mrs A!!! Semoga terus tenang arwah di 'sana'. Al Fatihah (dibaca) buat mereka yang telah pergi meninggalkan Dunia..

    BalasPadam
  3. Ada juga balik kampung walaupun tidak ambil cuti. Tidak kisah kamoung dekat.

    BalasPadam
  4. Salam Aidiladha.. Amalan ziarah kubur ketika raya aidiladha telah ditinggalkan oleh org skrg.. Sayang nye..

    BalasPadam
  5. Salam Aidil Adha utk Mrs A sekeluarga.

    BalasPadam
  6. SALAM AIDILADHA MRSA N FMILI

    BalasPadam
  7. Selamat Hari Raya Aidiladha

    BalasPadam
  8. salam aidiladha utk sis sekeluarga... btw tu rendang apa tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang dalam bekas tu rendang ayam yang dalam piring Mrs. A tu rendang daging hehehee...

      Padam
  9. Salam Aidiladha. Nampak macam rumput baru dipotong. Bagus dapat mudahkan orang ziarah.

    BalasPadam
  10. Salam Aidiladha....raya haji selalu takde tema, pakai mana yg ada je...hehe..lepas solat, pakai baju basahan tuk lapah daging..

    BalasPadam
  11. selamat hariraya mrs a.. sama la mama pn keje sehari sebelum raya. malam baru masak

    BalasPadam
  12. Tengok gambar kubur teringt lamanya tk ziarah kubur nenek dgn atuk

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah, kampung dekat, boleh juga balik kampung.
    Saya hari tu raya haji, tak balik kelantan pun. Suami cuti sehari je.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©