Oktober 2015 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Oktober 2015
Terima Kasih Untuk Sekali Lagi

Terima Kasih Untuk Sekali Lagi

Terima kasih untuk sekali lagi Mrs. A ucapkan kepada rakan blogger Linda kerana bagi hadiah buku ni pada Mrs. A. Sangat terharu. Al-kisah klik sini

Hadiah GA dari blogger Nota dan Kopi


GMBM 1ST ANNIVERSARRY GIVEAWAY

GMBM 1ST ANNIVERSARRY GIVEAWAY

Bismillahirrahmannirrahim...


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY
Lets go

JOM MERIAHKAN SEGMEN 
KLIK BANNER SEGMEN UNTUK INFO LANJUT

DETAIL SEGMEN

** 19 PEMENANG DI CARI
** MULA : 21 OKTOBER 2015
** TAMAT : 31 OKTOBER 2015


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY ini di taja sepenuhnya oleh Kathy, Mamaniza, Sofu, Suria, Sally,  Hani, Eyra, Fuza, Adna, Ayumie, Yong, Zie, Eda, Hana, Yana Yani, Ida, Fiza, Ida Bits & Aida.
OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE

OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE

Bismillahhirrahmannirrahim...


Suatu waktu dahulu Mrs. A sering juga berkunjung ke blog Mek Zumbie tapi as times goes by tak tahu camne boleh hilang jejak. Tetapi seminggu yang lalu Mrs. A telah menjejaki semula blog Mek Zumbie dengan tagline yang masih lagi Mrs. A ingat iaitu Jangan Hidup Macam Zombie. Blog Mek Zumbie sudah berubah wajah rupanya... sejak bila tu Mrs A pun tak pasti ha.... tulah nampak sangat Mrs. A dah lama tak ke sana kan??? In Sha Allah selepas ini Mrs. A nak ke sana selalu ;-)
Jom kita ramai-ramai ke blog Mek Zumbie sambil joint GA mana tau ada rezeki menang.


Express Quick Laundry

Express Quick Laundry

Last weekend Mrs. A terpaksa mencari alternative untuk membasuh pakaian yang agak banyak. Ini semua gara-gara washing machine yang telah membuat perangai. Tak tahulah apa yang dah Aryssa godek-godekkan washing machine tu sampai rosak. Washing machine tu bukanlah totallly rosak, spin dry masih berfungsi tapi sensor tidak mampu mengesan water level yang telah kita pilih. Bila Mrs. A masukkan air sehingga dah melimpah keluar pun washing machine tu buat donno aje tak start wash pun.

Sewaktu memula tahu washing machine jadi cenggitu memang Mrs. A hangin sampai tahap tendang washing machine tu muuaahhhaaaa.... Cer bayangkan time tu balik kerja pastu dengan terrr....rajin plan nak basuh baju bawalah sebakul baju masukkan dalam washing machine dah letak Dynamo plus letak pulak Downy Unstopables yang pink tu sesambil tu prepare nak memasak. Pastu confuse nape washing machine ni tak start-start lagiks air dah melimpah Downy mak pun dah berenang-renang keluar huuwaaaaaa....huuuwaaaa .. waaaaa... kenapa dengan washing machine ni!!!??? Pastu tanya kids memasing kata tak tahu, pastu Along kata last tadi Aryssa yang guna. Aryssa pulak jawab tadi dia guna ok jerrr... Pastu siap called babah tanya kenapa mesin ni rosak, stressed jadiknya, garang habis [drama sangat manalah dia tahu kansss..??] argue punya argue laaa.. ingat masalah besar sangat boleh dia kata cenggitu. Pastu last sekali Mrs. A cakap malas nak masak dah! awak beli jer... muuahhhaaaaa full stop. 

Friday petang lepas balik kerja Mrs. A tengok bebaju kids semua dah siap basuh dan dah kering. Dalam hati, aiks! washing machine dah elok kerrr??? Takkan babah basuh tangan kot, banyak tu bebaju tu semua.

Kekdahnya basuh di Express Quick Laundry daa....

Gambar kiri atas machine 28 kg (ada satu jer). Gambar kanan atas machine 14 kg (ada banyak tapi tak kira berapa).
Gambar bawah sekali tempat untuk letakkan sabun

Accidentally babah telah menjumpai self service laundry ini sewaktu dia on the way nak pergi solat Jumaat. Laundry ni terletak di Ampangan, dekat aje dengan area rumah we all. Actually we all memang tak tahu sejak bila laundry ini telah wujud. Rasanya dulu takde. Lagipun babah biasa hantar laundry kat tempat lain tapi bukanlah yang self service cenggini.

Tolong jangan ketawakan Mrs. A, ini memang pertama kali Mrs. A menggunakan self service laundry ini, kesian tak tahu guna sabar ajelah terima tunjuk ajar dari babah tu. Action si babah tu mementang dia dah tahu cara-cara penggunaannya. Tapi di machine itu pun ada cara-cara penggunaanya. Tapi itulah kalau ada tukang ajar kita lebih confidentkan.

Kalau tak buat-buat tahu aje ikut arahan tu. Memula masukkan kain baju, kedua masukkan sabun kat sebelah atas machine tu [tapi kalau tak nak letak pun ok jer.. sebab sabun automatik ada] tapi Mrs. A letak gak dynamo sendiri. Ketiga choose temperature nak hot, warm or cold. Bila time Mrs. A basuh toto tu ai choose hot [biar hama-hama sumer mati]. Keempat part paling penting masukkan coin 6 hengget. Ini kalau tak masuk memang tak gerak la machine ko.. tu ya..... ngeh!ngeh!ngeh! Last sekali press start button. Kemudian tunggu.....!!! selepas 25 minit siap.

Ini machine yang 14 kg RM6.00 untuk satu basuhan

Vending machine untuk tukar coin. Coin baru sahaja

Kemudian ada jugak dryer. Ini kalau kita dah basuh pastu malas nak jemur masukkan jer kat dryer ni kering terus. Bayaran untuk dryer ni pulak 4 hengget.

Dryer ada 4 machine. Kita boleh choose nak dry tahap mana regular, medium or hot.

Sewaktu Mrs. A sampai itu takde orang pun ada pun seorang aje. Dalam hati lorrr... takde orang ke tak laku laundry ni. Haish! tak laku ko! kata Mrs. A oooiii...??? Silap besar ya setengah jam kemudian berdedai yang datang. Fully utilies semua washing machine tu. Lagi satu yang buat Mrs. A rasa heaven kat sini disediakan Wifi percuma. Memang best sesangatkan sambil laundry sambil mentenet.

Untuk puaskan hati sendiri ertikata lain busybody bila wujudnya laundry ni Mrs. A telah menggoogle map tempat ni. Hasilnya memang sewaktu Google membuat map kat sini at that time memang belum wujud lagi Express Quick Laundry 24hour Self Selvice ni tak caya tengok ni.


Image yang Mrs. A amik dari google

Time tu yang wujud adalah Dobi Ummi. No wonderlah Mrs. A tak tahu. Pendapat Mrs. A laundry self service ini memang sesuai untuk orang-orang yang sibuk. Patutlah kawan Mrs. A yang duduk di Selangor tu suka jer... pi basuh baju kat laundry self service memang mudah dan kurang memenatkan.

Tapi tak semuanya positif adat membasuh guna washing machine bukan semua kita boleh basuh guna machine ya...idak?? Coz ada pakaian kita perlu basuh guna tangan jugak kalau tak kotoran tak hilang contoh macam bebaju sekolah kids tu memang tak lah kannnn..... Lagi satu kalau selalu-selalu guna laundry ni rasanya pakaian akan mudah reput al-maklumlah dia punya putar tu laju bangat sih!!

Moral of the story: Jangan kumpul kain baju seminggu baru nak basuh, basuhlah kain baju setiap hari dan jugak jangan terlalu bergantung harap sangat dengan washing machine. ngeh! ngeh! ngeh!


Wordless Wednesday #55

Wordless Wednesday #55

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yang sama dan diedarkan oleh BNM.
Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi terpisah di bank dan beredar di masyarakat.
Bagaimanapun empat bulan kemudian mereka bertemu semula 
 secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda.
Maka mereka pun berbual: Wang RM100 bertanya kepada RM1; 
"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"
RM1 menjawab; "Kerana sebaik sahaja aku keluar dari BNM, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."
Lalu RM1 bertanya balik kepada RM100; "Kenapa kau begitu baru, rapi dan masih bersih?"
RM100 menjawab; "Kerana sebaik sahaja aku keluar dari BNM, terus disambut oleh perempuan cantik dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks beli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga  dan jarang keluar dari dompet."
Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"
RM100 menjawab; "Belum pernah".
RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, ditangan anak-anak yatim-piatu dan fakir miskin bahkan aku bersyukur kepada Allah.
Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat.
Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Moral of the story: Hidup kita janganlah sombong dan ego dengan kedudukan dan pangkat, kerana adakalanya sesuatu yang kita hina itu adalah lebih baik dan bermanfaat kepada masyarakat.

Share from WhatsApp Group


Koko Dah Ada Baby

Koko Dah Ada Baby

This morning sewaktu Mrs. A tengah iron tudung Aryssa panggil dengan excitednya ibu..ibu... hah! kenapa ni tanya Mrs. A??? Koko dah beranak bu? Yeke kat mana, camne Sha tahu? Kat kotak yang ibu sediakan tu Sha terdengar bunyi baby cat kata Aryssa. Alahai Koko dah ada baby dah bergelar ibu si Koko yang tecik dulu tu. Mrs. A pesan kat kids jangan asyik duk tengok-tengok Koko tu dia tak sukalah, nanti takut kot dia pindah tempat.

Walaupun dah pesan cenggitu tapi kid always a kid. Lebih kurang pukul 11.30 pagi tadi Along telah whatsApp gambar Koko dan anak-anaknya di family group we all.

Haish! apalah si Along ni aku tengah susukan baby pun dia nak amik gambar malu la....!!! 

Koko ni macam faham-faham aje bila Mrs. A kata nanti kalau nak beranak, beranak dalam kotak ni ya. Kotak ini ibu sediakan khas untuk Koko sambil bawa si Koko tu letak kat dalam kotak tu ngeh!nghe!ngeh!. Kotak tu Mrs. A dah sediakan awal-awal lagi time tu we all tengok si Koko tu asyiklah mencari-cari tempat. Gayanya nak cari tempat untuk beranak lerr... bila Mrs. A buka almari aje dia nak masuk, pastu panjat atas almari. Masuk bilik Aryssa pun sama nak masuk dalam almari Aryssa. Itu yang Mrs. A pakat-pakat dengan kids sediakan kotak untuk dia pastu selalu-selalu cakap  dan tunjukkan dia bila nak beranak nanti masuk dalam kotak ini. Tak sangka si Koko faham.

Alhamdulillah Koko telah selamat melahirkan actually ini adalah kelahiran sulung si Koko. Kiranya ini pengalaman pertama dia. Semoga Koko terus sihat walafiat disamping anak-anaknya. 
I Hate Both Of You Another Episode

I Hate Both Of You Another Episode

Beberapa bulan yang lalu Mrs. A pernah posted kisah yang hampir sama nak tau klik SINI. I hate both of you another episode ni pulak sudah bertukar tempat siapa yang membenci dan dibenci ngeh! ngeh! ngeh! Dua hari lepas time kids balik dari Jiboi depa telah membawa si Tompok. Sesampai aje rumah ibu.. ibu... Opah bagi kita anak kucing ni.. hah! mana dapat tanya Mrs. A? kawan maksu yang bagi laaa ikut Ibu macam tak naklah. Kan Koko dah nak beranak nanti anak dia kita nak letak dalam sangkar tu. Alah ibu ni Opah dah bagi tu amik ajelah. Hurmmm...okeh layankan ajelah.. dah mil ko bagi Mrs. A oiii ko berani kerr... kata tak nak? ngeh!ngeh!ngeh!

Ini dia our new isi rumah.
Kids bagi nama Tompok tapi Mrs. A dah tukar nama dia Oren
Alahai kesian jerr.... tengok dia ni sesekor takde gang pastu tercium-cium sana, sini, situ. ke depan, ke belakang. Ibu kenapa dia nak bau-bau arrr tanya adik? Memanglah cat cenggitu kalau datang kat tempat baru yang dia tak biasa lagi. Ingat tak Koko dengan Lilo dulu kan dia bau-bau jugak.

Sebagaimana yang telah dijangka si senior Koko memang tidak suka kehadiran si Oren ni. Tapi Koko takdelah bertindak ganas cuma dia buat bunyi deraman menciks dia tu aje... haish nyah! ko dari sini pastu bila kids main-main dengan Oren dia tengok aje kesian dia jeles lettew. Tapi Koko jangan risau we all tetap sayang Koko. Dari apa yang Mrs. A baca kalau ada kehadiran junior kita kena pandai-pandailah pujuk si senior tu kena bagi perhatian yang sama rata. Bagi lebih perhatian pun lebih baik dan lagi tempat makan dia jangan terus bagi sama tempat kena asing-asingkan dulu kerana bau mereka berbeza belum serasi lagiks!

Koko kaklong kawasan

Esok tengaharinya tu Mrs. A ada extra task iaitu kena fetching Aryssa dan Adik dari sekolah coz babah outstation. Along pulak time ni sesi petang cuti. Dia lepaking Jiboi. Sampai rumah tengok dalam sangkar ada seekor lagi uols...!!

Surprise!!!!
Adik-beradik si Oren tu kata kids Mrs. A namakan Mable walaupun dia tak berapa nak marble lebih kepada tompok tapi nak ferfiling Mable jugak

Eh! ibu... ada sekor lagi tu la... camne ada kat sini kata adik? Cer call Along tanya. Along kata itu Opah hantar pukul 10.30 pagi tadi. Opah kata kesian dia sekor jer... bagi dia ada kawan. Muuaaaaahaaaaaaa sabar yolah! Haish!!! bertambah-tambah menciks lagi lerrr... Si Koko tu ya.. sabar jugaklah ye Koko.

Mable & Oren si junior in da house

Kata suka cats??? ha! baru tiga ekor tak kan tak boleh handle kot???

Segmen Ucing Nak Url 2

Segmen Ucing Nak Url 2

Bismillahhirahmannirahim...

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/10/segmen-ucing-nak-url-2.html

Hi Blogger Kali ini Saya Nak Buat Segmen "Ucing Nak Url Bahagian 2" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 1.Bolehlah Menyertai Segmen ini.

Syarat-syarat nya Mudah :

1) Masukkan Email Anda Kekotak (Animasi Melalui Email Mudah) Tekan Subscribe dan Cek Email Anda   Aktifkan.
2) Buat Tajuk Post " Ucing Nak Url 2 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.


Wordless Wednesday #54

Wordless Wednesday #54

 HaOuS 
Falsafah Buah-Buahan

Falsafah Buah-Buahan


Jagung membungkus bijinya yang banyak
Jadilah seperti BUAH JAGUNG, jangan jadi buah gajus... Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.

Maksudnya: Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.


Berbuah sekali kemudian mati
Jadilah seperti POKOK PISANG, pokok pisang kalau berbuah hanya sekali kemudian mati.

Maksudnya: Kesetiaan dalam perkahwinan.


Diluar berduri didalam isinya lembut dan manis
Jadilah seperti BUAH DURIAN, jangan jadi buah kedondong. Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan didalamnya ada biji berduri.

Maksudnya: Don't judge a book by its cover. Jangan menilai orang dari luarnya sahaja.


Ubi kayu hidup dalam tanah tapi isi putih bersih
Jadilah seperti UBI KAYU. Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.

Maksudnya: Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tempat yang penuh kekotoran.


Tangkai petai memberi makan sama ratake biji petainya
Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai mempelam. Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam ada yang kecil dan ada yang besar.

Maksudnya: Selalulah bersikap adil.


Kelapa tua, semakin tua semakin pekat santannya
Jadilah seperti buah KELAPA, semakin tua semakin pekat santannya.

Maksudnya: Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.


Buah manggis
Jadilah seperti buah MANGGIS, berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi didalam.

Maksudnya: Kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.



Credit to:- 
Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Google Image

Aku Malas

Aku Malas

FB
Six Flying Dragons

Six Flying Dragons

Drama Korea terbaru yang telah berjaya membuat Mrs. A addicted iaitu Six Flying Dragons. First time tengok iklan dia terus aje tergoda wow! mesti tengok ni. Di antara sebab-musabab mesti tengok tu coz hero dia adalah Yoo Ah In pastu pulak heroin dia Shin Se Kyung. Walaupun ada ramai pelakon lagi tapi yang lelain tu Mrs. A tak kenal sangat dan tak kenal langsung.


Sesiapa yang tak kenal yang lelaki tulah Yoo Ah In dan yang pompuan tu Shin Se Kyung

Sekarang ni dah ditayangkan sebanyak empat episod ada banyak episod lagi coz all together ada lima puluh episod. Episod satu sekejap aje tunjuk depa besar pastu flashback. Episod dua hingga tiga semua cerita flashback masa kecik tapi episod empat dah nak habis baru tunjuk current story.

Peringatan kepada yang bukan peminat cerita sejarah lelama nak tu pulak sejarah lama Korea zaman Dinasti Joseon so baik tak payah tengok muuaaaaahhaaaaaaa... coz cerita ni memang so historical and political. Tetapi sesiapa yang suka boleh ler layannnnssssssss tengok di SINI



Salam Maal Hijrah 1437H

Salam Maal Hijrah 1437H

Salam Maal Hijrah 1437H Mrs. A ucapkan kepada readers. Tiada apa yang menarik untuk dikongsi sekadar mahu mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah ataupun Awal Muharram. Tak lupa jugak happy holiday. Happy sesangat bagi kita yang bekerja ni kansss...

Uols tahu ke tema sambutan Maal Hijrah 1437H??? Kalau tak tahu ni Mrs. A share temanya adalah "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Dah! tak payah nak terkezut sangat memang pun sama macam tahun lepas. Kenapa sama? ha! itu Mrs. A belum amik tahu lagi ngeh! ngeh! ngeh!

Anyway jangan lupa baca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah ya. [peringatan untuk diri sendiri jugak]. Kita sangat digalakkan membaca doa akhir tahun sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar dan sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijah. Kemudian baca juga Doa Awal Tahun sebanyak tiga kali selepas maghrib pada malam satu Muharram (hari yang sama iaitu hari ini Selasa 13 Oktober 2015). 

Oh! ya doa-doa tu kalau  nak tahu sila ler... google sendiri sebab memang beribu-ribu lemon yang share. Maaf Mrs. A ada penyakit  'm' muaaaahhaaaaa.....
Hari Sukan Negara

Hari Sukan Negara

Hari Sukan Negara katanya bermula dari tahun 2015 pada bulan Oktober, hari Sabtu kedua untuk tahun seterusnya akan diadakan sambutan hari sukan negara.

Haish! Macam-macam hari dah adanya. Layankan ajeler... Kids memang excited, on Friday tu siap pesan, ibu esok jangan lupa tau kitaorang sekolah ada hari sukan negara kata depa.

Babahnya pun sama ke Kuala Pilah HSN peringkat negeri di Kuala Pilah. Kekdahnya semalam di waktu pagi Mrs. A seorang aje kat rumah. Mrs. A pun HSN jugak.

Tadaaaa.....

#harisukannegara

Bergaya dengan Tshirt HSN aje itupun kat dalam bilik jer... muaahaaahhhaaa....Moral of the story Majulah Sukan Untuk Negara.

Terima Hadiah Giveaway Dari NOTA DAN KOPI

Terima Hadiah Giveaway Dari NOTA DAN KOPI

Alhamdulillah Mrs. A dapat hadiah giveaway lagi........ kali ini dari Linda pemilik blog Nota dan Kopi. Terima hadiah giveaway dari Nota dan Kopi ini terdapat kisah disebaliknya. Tapi tak perlu ceritalah kot yang penting kalau dah rezeki tertulis untuk Mrs. A cepat atau lambat tetap dapat jugak kannssss....

Buku padanya ada hikmah baru baca sikit tapi best

Sebenarnya GA ini dah agak lama, sampai Mrs. A pun dah lupa ngeh! ngeh! ngeh! tak percaya klik sini . Anyway Mrs. A nak ucapkan syabas dan tahniah pada Linda kerana berjaya juga merealisasikan GA beliau. Compare dengan Mrs. A ni puan Linda hoi! tak berani arrr.. nak anjur segmen ke? GA ke? Expecially dalam masa terdekat ini. Ceh! gaya macamlah esok lusa nak buat. Takpelah thank you but no thanks. Biarlah Mrs. A sedar diri tak pandai nak buat segmen ataupun GA takut tak terkejor yeop! dan yang paling haru kalau takde sorang pun yang nak joint muuahhaaaaaaa.....

Terima kasih berbanyak-banyak Mrs. A ucapkan pada Linda walaupun kita tidak saling mengenali sekadar rakan di alam maya harapan Mrs. A semoga ukhwah  yang terjalin akan berpanjangan sampai bila-bila. In Sha Allah. Amin...

Tapi apa maksud??? "Buku kedua akan menyusul" jeng! jeng! jeng! Tunggguuuu.......



GIVEAWAY:NOVEL KESAYANGANS

GIVEAWAY:NOVEL KESAYANGANS

Bismillahhirrahmannirrahim...

Oleh kerana Mrs. A memang pembaca novel tegar boleh dikatakan sebulan 4 novel, tegar tak? tegar tak? kiranya tu. Tapi itu adalah kisah 5 ke 6 tahun yang lalu sewaktu Mrs A travel Seremban-KL by komuter. ngeh!ngeh!ngeh! Tapi sekarang pun masih layan gak lagi baca novel cuma dah tak tegar,  itu pasal yang
 Mrs. A joint GA yang dianjurkan oleh empunya blog SteLLA iSLE

Hah! ini yang paling Mrs. A suka syaratnya mudah yang amat cuma perlu follow blog dia sahaja.
Okay sesiapa yang berminat boleh ler click banner di bawah untuk joint sesambil support rakan blogger.

 Click banner
Click banner

Wordless Wednessday #53

Wordless Wednessday #53


About; Contact Me; Segment&Giveaway; Disclaimer

About; Contact Me; Segment&Giveaway; Disclaimer

Adalah dimaklumkan bahawa Mrs. A telah membuat sedikit penambahbaikkan kepada blog ini. Walaupun sudah agak ketinggalan dan belum siap sepenuhnya and to be honest bukan Mrs. A pun yang sebenar-benar membuatnya. tapi nak up entry jugak muaaaahaaaaaaa....mesti uols muntah hijau baca ayat skema tu kannsss...

Actually dah lama berkira-kira nak letak menu tu tapi tak tahu la apa kes yang jadi lambat sangat kurang kesungguhan la kot. Tapi finally dah berjaya letak ok lettew! untuk kepuasan diri sendiri. Nanti boleh tetambah lagiks nampak macam boleh buat lagi beberapa menu.


Nnampak tak?

Tapikan huhuuuhuuuuu... dalam usaha Mrs. A dan kawan Mrs. A membege-bege tu berlaku sedikit kesilapan teknikal. Tak tau ler... uols perasan ke tidak kat tempatle Mrs. A atas sekali tu samada yang kat pc or mobile ada kata-kata cenggini ha! TEMPLATE ERROR: Invalid data reference mobile: No dictionary named: '' in: ['blog', 'skin', 'view']

Hurmmm... sekarang ni tengah usaha camne nak betulkan balik. Mohon jugak kalau ada pakar yang sudi membantu. Kecil tapak tangan nyiru Mrs. A tadahkan.




Segmen Join Blogger Ku

Segmen Join Blogger Ku

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/10/segmen-join-blogger-ku.html

Blogger Ku Komuniti  adalah komuniti untuk para blogger yang ingin mengikuti perkembangan Blog yang Update Setiap hari.

Syarat Syarat Nya Mudah :

1.Join Blogger ku Komuniti.
2.Buat Tajuk Post "join Blogger Ku".
3.Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4.Share Post Anda ke Blogger ku dan Mana-mana Google Plus Community.
5.Tinggalkan Url Post Anda Ke Ruangan Komen Disini.
GIVEAWAY DIANARASHID BERSAMA MAMALINK .COM.MY

GIVEAWAY DIANARASHID BERSAMA MAMALINK .COM.MY

Assalamualaikum..




Hari ini saya nak jemput semua blogger untuk sama-sama meriahkan Giveaway saya .Hadiah berupa   beberapa produk Mustela yang bakal di berikan kepada 10 pemenang.Saya dan Mamalink.com.my selaku penaja utama give away ni   ada juga menjemput beberapa penaja lain untuk sama2 memeriahkan Giveaway kali ini.

Untuk melayak kan kawan2 semua menyertai Giveaway ini ada beberapa syarat mudah yang perlu kawan-kawan patuhi..Sebelum tu mari tengok senarai hadiah dulu.


SENARAI HADIAH

*Mustela travel pack x 10 pemenang
setiap pek mengandungi :-
  • Mustela Dermo Cleansing 50ml
  • Mustela Cleansing Milk 50ml
  • Mustela PhysioBebe 50ml
  • Mustela 1-2-3 Vitamin Barrier Cream 10ml
  • Mustela Soothing Comfort Balm 3ml
  • Mustela Cold Cream 5ml
( Baca disini maklumat mengenai produk Mustela)

*Wang tunai Rm30 x 1 pemenang

*wang tunai Rm20 x 1pemenang

*sehelai instant shawl + broach x 1 pemenang

*1 set produk kecantikan x 2pemenang

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

-Like facebook penaja.
Asyalya
Mamalink



-Follow instagram penaja.
@mnizamyusof
@dianarashid80
@safurara

-Follow blog penaja
Bahejabella
Safurara.com
Dianarashid.com
Asyalya

-Buat satu entry khas dengan tajuk GIVEAWAY DIANA RASHID BERSAMA MAMALINK DOT COM.

-copy codding di bawah dan paste kan di html blog post anda.

<div dir="ltr" style="text-align: left;" trbidi="on">
Assalamualaikum..<br />
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="http://1.bp.blogspot.com/-MQlQxpHKJfY/VgySnCkWP4I/AAAAAAAAkGY/46Q7ypxaeuU/s1600/20151001071835.png" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="320" src="http://1.bp.blogspot.com/-MQlQxpHKJfY/VgySnCkWP4I/AAAAAAAAkGY/46Q7ypxaeuU/s320/20151001071835.png" width="320" /></a></div>
<br />
<span id="goog_554192491"></span><span id="goog_554192492"></span><br />
<br />
Hari ini saya nak jemput semua blogger untuk sama-sama meriahkan Giveaway saya .Hadiah berupa &nbsp; beberapa produk Mustela yang bakal di berikan kepada 10 pemenang.Saya dan <a href="http://www.mamalink.com.my/" target="_blank">Mamalink dot com</a> selaku penaja utama give away ni &nbsp; ada juga menjemput beberapa penaja lain untuk sama2 memeriahkan Giveaway kali ini.<br />
<br />
Untuk melayak kan kawan2 semua menyertai Giveaway ini ada beberapa syarat mudah yang perlu kawan-kawan patuhi..Sebelum tu mari tengok senarai hadiah dulu.<br />
<br />
<br />
<b><span style="color: #cc0000;">SENARAI HADIAH</span></b><br />
<b><br /></b>*Mustela travel pack x 10 pemenang<br />
setiap pek mengandungi :-<br />
<ul style="text-align: left;">
<li>Mustela Dermo Cleansing 50ml</li>
<li>Mustela Cleansing Milk 50ml</li>
<li>Mustela PhysioBebe 50ml</li>
<li>Mustela 1-2-3 Vitamin Barrier Cream 10ml</li>
<li>Mustela Soothing Comfort Balm 3ml</li>
<li>Mustela Cold Cream 5ml</li>
</ul>
( Baca<a href="http://www.mamalink.com.my/" target="_blank"><b><span style="color: #9fc5e8;"> </span><span style="color: blue;">disini</span><span style="color: #9fc5e8;"> </span></b></a>maklumat mengenai produk Mustela)<br />
<br />
*Wang tunai Rm30 x 1 pemenang<br />
<br />
*wang tunai Rm20 x 1pemenang<br />
<br />
*sehelai instant shawl + broach x 1 pemenang<br />
<br />
*1 set produk kecantikan x 2pemenang<br />
<br />
<b><span style="color: #cc0000;">SYARAT-SYARAT PENYERTAAN</span></b><br />
<br />
<b>-Like facebook penaja.</b><br />
<a href="https://www.facebook.com/Tempahan-Jahitan-Sue-Ezalya-1041196959237511/timeline/?ref=bookmarks" target="_blank">Asyalya</a><br />
<a href="https://www.facebook.com/mamalinkfans" target="_blank">Mamalink</a><br />
<b><br /></b>
<b><br /></b>
<br />
<div class="fb-like" data-action="like" data-href="https://www.facebook.com/Tempahan-Jahitan-Sue-Ezalya-1041196959237511/timeline/" data-layout="box_count" data-share="false" data-show-faces="false">
</div>
<div class="fb-like" data-action="like" data-href="https://www.facebook.com/mamalinkfans" data-layout="box_count" data-share="false" data-show-faces="false">
</div>
<b>-Follow instagram penaja</b>.<br />
<b><a href="https://instagram.com/mnizamyusof/" target="_blank"><span style="color: #990000;">@mnizamyusof</span></a></b><br />
<b><a href="https://instagram.com/dianarashid80" target="_blank"><span style="color: #990000;">@dianarashid80</span></a></b><br />
<b><a href="http://www.instagram.com/safurara" target="_blank"><span style="color: #990000;">@safurara</span></a></b>
<br />
<br />
<b>-Follow blog penaja</b><br />
<a href="http://www.bahejabella.com/" target="_blank">Bahejabella</a><br />
<a href="http://www.safurara.com/" target="_blank">Safurara.com</a><br />
<span style="color: #e06666;"><a href="http://www.dianarashid.com/" target="_blank">Dianarashid.com</a></span><br />
<a href="http://blogashalya.blogspot.my/" target="_blank">Asyalya</a><br />
<br />
-Buat satu entry khas dengan tajuk GIVEAWAY DIANA RASHID BERSAMA MAMALINK DOT COM.<br />
<br />
-copy codding di bawah dan paste kan di html blog post anda.<br />
<br />
<center>
<div style="background-image: url(&quot;https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQcjHmqNSEXYkQZumugT_hamp1tcppTY0kt6-47HHnyg5VPWGWC&quot;); border: 2px dotted #FF3399; height: 150px; overflow: auto; width: 400px;">
<div dir="ltr" style="text-align: left;" trbidi="on">
&lt;div dir="ltr" style="text-align: left;" trbidi="on"&gt;<br />
Assalamualaikum..&lt;br /&gt;<br />
&lt;div class="separator" style="clear: both; text-align: center;"&gt;<br />
&lt;a href="http://1.bp.blogspot.com/-MQlQxpHKJfY/VgySnCkWP4I/AAAAAAAAkGY/46Q7ypxaeuU/s1600/20151001071835.png" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"&gt;&lt;img border="0" height="320" src="http://1.bp.blogspot.com/-MQlQxpHKJfY/VgySnCkWP4I/AAAAAAAAkGY/46Q7ypxaeuU/s320/20151001071835.png" width="320" /&gt;&lt;/a&gt;&lt;/div&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
&lt;span id="goog_554192491"&gt;&lt;/span&gt;&lt;span id="goog_554192492"&gt;&lt;/span&gt;&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
Hari ini saya nak jemput semua blogger untuk sama-sama meriahkan Giveaway saya pada kali ni.Hadiah berupa &amp;nbsp; beberapa produk Mustela yang bakal di berikan kepada 10 pemenang.Saya dan Mamalink dot com selaku penaja utama give away ni &amp;nbsp; ada juga menjemput beberapa penaja lain untuk sama2 memeriahkan Giveaway kali ini.&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
Untuk melayak kan kawan2 semua menyertai Giveaway ini ada beberapa syarat mudah yang perlu kawan-kawan patuhi..Sebelum tu mari tengok senarai hadiah dulu.&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
&lt;b&gt;&lt;span style="color: #cc0000;"&gt;SENARAI HADIAH&lt;/span&gt;&lt;/b&gt;&lt;br /&gt;<br />
&lt;b&gt;&lt;br /&gt;&lt;/b&gt;*Mustela travel pack x 10 pemenang&lt;br /&gt;<br />
setiap pek mengandungi :-&lt;br /&gt;<br />
&lt;ul style="text-align: left;"&gt;<br />
&lt;li&gt;Mustela Dermo Cleansing 50ml&lt;/li&gt;<br />
&lt;li&gt;Mustela Cleansing Milk 50ml&lt;/li&gt;<br />
&lt;li&gt;Mustela PhysioBebe 50ml&lt;/li&gt;<br />
&lt;li&gt;Mustela 1-2-3 Vitamin Barrier Cream 10ml&lt;/li&gt;<br />
&lt;li&gt;Mustela Soothing Comfort Balm 3ml&lt;/li&gt;<br />
&lt;li&gt;Mustela Cold Cream 5ml&lt;/li&gt;<br />
&lt;/ul&gt;<br />
( Baca&lt;a href="http://www.mamalink.com.my/" target="_blank"&gt;&lt;b&gt;&lt;span style="color: #9fc5e8;"&gt; &lt;/span&gt;&lt;span style="color: blue;"&gt;disini&lt;/span&gt;&lt;span style="color: #9fc5e8;"&gt; &lt;/span&gt;&lt;/b&gt;&lt;/a&gt;maklumat mengenai produk Mustela)&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
*Wang tunai Rm30 x 1 pemenang&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
*wang tunai Rm20 x 1pemenang&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
*sehelai instant shawl + broach x 1 pemenang&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
*1 set produk kecantikan x 2pemenang&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
&lt;b&gt;&lt;span style="color: #cc0000;"&gt;SYARAT-SYARAT PENYERTAAN&lt;/span&gt;&lt;/b&gt;&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
&lt;b&gt;-Like facebook penaja.&lt;/b&gt;&lt;br /&gt;<br />
&lt;a href="https://www.facebook.com/Tempahan-Jahitan-Sue-Ezalya-1041196959237511/timeline/?ref=bookmarks" target="_blank"&gt;Asyalya&lt;/a&gt;&lt;br /&gt;<br />
&lt;a href="https://www.facebook.com/mamalinkfans" target="_blank"&gt;Mamalink&lt;/a&gt;&lt;br /&gt;<br />
&lt;b&gt;&lt;br /&gt;&lt;/b&gt;<br />
&lt;b&gt;&lt;br /&gt;&lt;/b&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
&lt;div class="fb-like" data-action="like" data-href="https://www.facebook.com/Tempahan-Jahitan-Sue-Ezalya-1041196959237511/timeline/" data-layout="box_count" data-share="false" data-show-faces="false"&gt;<br />
&lt;/div&gt;<br />
&lt;div class="fb-like" data-action="like" data-href="https://www.facebook.com/mamalinkfans" data-layout="box_count" data-share="false" data-show-faces="false"&gt;<br />
&lt;/div&gt;<br />
&lt;b&gt;-Follow instagram penaja&lt;/b&gt;.&lt;br /&gt;<br />
&lt;b&gt;&lt;a href="https://instagram.com/mnizamyusof/" target="_blank"&gt;&lt;span style="color: #990000;"&gt;@mnizamyusof&lt;/span&gt;&lt;/a&gt;&lt;/b&gt;&lt;br /&gt;<br />
&lt;b&gt;&lt;a href="https://instagram.com/dianarashid80" target="_blank"&gt;&lt;span style="color: #990000;"&gt;@dianarashid80&lt;/span&gt;&lt;/a&gt;&lt;/b&gt;&lt;br /&gt;<br />
&lt;b&gt;&lt;a href="http://www.instagram.com/safurara" target="_blank"&gt;&lt;span style="color: #990000;"&gt;@safurara&lt;/span&gt;&lt;/a&gt;&lt;/b&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
&lt;b&gt;-Follow blog penaja&lt;/b&gt;&lt;br /&gt;<br />
&lt;a href="http://www.bahejabella.com/" target="_blank"&gt;Bahejabella&lt;/a&gt;&lt;br /&gt;<br />
&lt;a href="http://www.safurara.com/" target="_blank"&gt;Safurara.com&lt;/a&gt;&lt;br /&gt;<br />
&lt;span style="color: #e06666;"&gt;&lt;a href="http://www.dianarashid.com/" target="_blank"&gt;Dianarashid.com&lt;/a&gt;&lt;/span&gt;&lt;br /&gt;<br />
&lt;a href="http://blogashalya.blogspot.my/" target="_blank"&gt;Asyalya&lt;/a&gt;&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
-Buat satu entry khas dengan tajuk GIVEAWAY DIANA RASHID BERSAMA MAMALINK DOT COM.&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
-copy codding di bawah dan paste kan di html blog post anda.&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
-tinggalkan link entry di kotak komen &lt;b&gt;&lt;span style="color: #cc0000;"&gt;&lt;a href="http://www.dianarashid.com/2015/10/giveaway-dianarashid-bersama-mamalink.html" target="_blank"&gt;di entry ini&lt;/a&gt;.&lt;/span&gt;&lt;/b&gt;&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
- tarikh tutup pada 18 oktober 2015 jam 12 malam.&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
Semoga berjaya semua..&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
&lt;br /&gt;<br />
sekian..&lt;/div&gt;<br />
<div>
<br /></div>
</div>
</div>
<center>
<br /></center>
<div style="text-align: left;">
<span style="text-align: left;">-tinggalkan link entry di kotak komen </span><b style="text-align: left;"><span style="color: #cc0000;"><a href="http://www.dianarashid.com/2015/10/giveaway-dianarashid-bersama-mamalink.html" target="_blank">di entry ini</a>.</span></b></div>
<div style="text-align: left;">
<br /></div>
<div style="text-align: left;">
<span style="text-align: left;">- tarikh tutup pada 18 oktober 2015 jam 12 malam.</span></div>
<div style="text-align: left;">
<br /></div>
<div style="text-align: left;">
<span style="text-align: left;">Semoga berjaya semua..</span></div>
<div style="text-align: left;">
<br /></div>
<br />
sekian..</center>
</div>



-tinggalkan link entry di kotak komen di entry ini.

- tarikh tutup pada 18 oktober 2015 jam 12 malam.

Semoga berjaya semua..


sekian..
Terima Hadiah Saguhati Dari Dramaticuniq

Terima Hadiah Saguhati Dari Dramaticuniq

Tiga hari yang lalu sewaktu balik dari lunch tetiba member office di kaunter panggil. Kak ada parcel untuk akak. Mrs. A expected lain tapi yang dapat lain. Anyway excited jugak tapi dah boleh agak ni mesti dari blogger Dramaticuniq. Bila buka betul tepat sekali tekaan Mrs. A


Hadiah saguhati dari Ain Dramaticuniq

Mrs. A joint GA yang dianjurkan oleh blogger Dramaticuniq bulan Ogos yang lepas klik sini. Walaupun takde rezeki nak menang hadiah utama tetapi Ain baik hati dia bagi semua yang joint GA tu hadiah saguhati. Errrrmmm.... bestkan?

Walaupun hadiahnya tak selumayan hadiah utama tetapi apa yang lebih penting adalah kesudian Ain "memberi" itu yang tak sangka ialah Mrs. A dan Ain hanya kenal di alam maya.  Terima kasih Ain, Mrs. A sangat menghargainya dan sangat suka dengan bau wanginya. Semoga ukhwah yang terjalin di antara kita akan berpanjangan dan berkekalan hingga ke Jannah. In Sha Allah.



Our 14th Wedding Anniversary

Our 14th Wedding Anniversary

Alhamdulillah dua hari lepas iaitu 29 September 2015 adalah our 14th wedding Anniversary. Celebrate with our small family only di home sweet home. Kek dan sate dibeli oleh Mr. A. Hurmmm... mata Mrs. A bengkak uols coz menangis banyak sangat. sobs..sobss..sobs.. Lilo telah pergi buat selama-lamanya. [iklan la pulok!] 

Acara wajib memotong cake

Menunya sate dan kek aje

Tak sah if takde cake kannssss

Sekejap aje masa berlalu pejam celik, pejam celik dah 14 tahun usia perkahwinan kami. To be honest takdelah semuanya indah adat berumah tangga kadang-kadang mendung, kadang-kadang ribut, kadang-kadang badai. Ialah bak kata P.Ramlee sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Anyway Mrs. A tetap bersyukur kerana we all berjaya mengatasinya. Doa-doakan we all semoga selalu berbahagia hingga ke Jannah. In Sha Allah. Amin...



MRS.A my blog my stori ©