Koko Dah Ada Baby

October 26, 2015

This morning sewaktu Mrs. A tengah iron tudung Aryssa panggil dengan excitednya ibu..ibu... hah! kenapa ni tanya Mrs. A??? Koko dah beranak bu? Yeke kat mana, camne Sha tahu? Kat kotak yang ibu sediakan tu Sha terdengar bunyi baby cat kata Aryssa. Alahai Koko dah ada baby dah bergelar ibu si Koko yang tecik dulu tu. Mrs. A pesan kat kids jangan asyik duk tengok-tengok Koko tu dia tak sukalah, nanti takut kot dia pindah tempat.

Walaupun dah pesan cenggitu tapi kid always a kid. Lebih kurang pukul 11.30 pagi tadi Along telah whatsApp gambar Koko dan anak-anaknya di family group we all.

Haish! apalah si Along ni aku tengah susukan baby pun dia nak amik gambar malu la....!!! 

Koko ni macam faham-faham aje bila Mrs. A kata nanti kalau nak beranak, beranak dalam kotak ni ya. Kotak ini ibu sediakan khas untuk Koko sambil bawa si Koko tu letak kat dalam kotak tu ngeh!nghe!ngeh!. Kotak tu Mrs. A dah sediakan awal-awal lagi time tu we all tengok si Koko tu asyiklah mencari-cari tempat. Gayanya nak cari tempat untuk beranak lerr... bila Mrs. A buka almari aje dia nak masuk, pastu panjat atas almari. Masuk bilik Aryssa pun sama nak masuk dalam almari Aryssa. Itu yang Mrs. A pakat-pakat dengan kids sediakan kotak untuk dia pastu selalu-selalu cakap  dan tunjukkan dia bila nak beranak nanti masuk dalam kotak ini. Tak sangka si Koko faham.

Alhamdulillah Koko telah selamat melahirkan actually ini adalah kelahiran sulung si Koko. Kiranya ini pengalaman pertama dia. Semoga Koko terus sihat walafiat disamping anak-anaknya. 

You Might Also Like

8 comments

  1. Jenuh la nanti nak buang taik anak kucing tu hehe

    ReplyDelete
  2. Wahh lepas ni meriah rumah Mrs. A dgn kucing..
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. tahniah koko.......jaga baby tu baik2 yer.haha

    ReplyDelete
  4. alo alo.. comelnya bulu depa

    tahniah menang

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

    ReplyDelete
  5. teringat rumah mak kat kampung. kami memang jenis bela kucing banyak. ada satu tempat tu memang kucing kalau nak beranak situlah port dia macam wad bersalin.. sekarang kucing pun xde. tapi anak nampaknya ikut jejak suka kucing. maybe sebab dua2 belah (suami & saya) jenis bela kucing so anak pun sama la kot

    ReplyDelete
  6. wah... ramai nyer baby koko.
    yes. ajar dia and dia tau la ekk tempat beranak dia :)
    if not nanti beranak di tempat yg x sepatutnya. jenuh nak kemas.

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me