Falsafah Buah-Buahan - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Falsafah Buah-Buahan

20 Oktober 2015

Falsafah Buah-Buahan


Jagung membungkus bijinya yang banyak
Jadilah seperti BUAH JAGUNG, jangan jadi buah gajus... Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.

Maksudnya: Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.


Berbuah sekali kemudian mati
Jadilah seperti POKOK PISANG, pokok pisang kalau berbuah hanya sekali kemudian mati.

Maksudnya: Kesetiaan dalam perkahwinan.


Diluar berduri didalam isinya lembut dan manis
Jadilah seperti BUAH DURIAN, jangan jadi buah kedondong. Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan didalamnya ada biji berduri.

Maksudnya: Don't judge a book by its cover. Jangan menilai orang dari luarnya sahaja.


Ubi kayu hidup dalam tanah tapi isi putih bersih
Jadilah seperti UBI KAYU. Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.

Maksudnya: Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tempat yang penuh kekotoran.


Tangkai petai memberi makan sama ratake biji petainya
Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai mempelam. Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam ada yang kecil dan ada yang besar.

Maksudnya: Selalulah bersikap adil.


Kelapa tua, semakin tua semakin pekat santannya
Jadilah seperti buah KELAPA, semakin tua semakin pekat santannya.

Maksudnya: Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.


Buah manggis
Jadilah seperti buah MANGGIS, berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi didalam.

Maksudnya: Kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.



Credit to:- 
Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Google Image

10 ulasan:

  1. mmmm sy nak jadi mcm durian ;-)

    BalasPadam
  2. Menarik buah buahan boleh jadikan falsafah.makan durian sedap tu.;)

    BalasPadam
  3. Orang dulu-dulu memang pandai berkias..
    - deep..

    BalasPadam
  4. Menarik perumpamaan yang digambarkan.
    Dalam masa yang sama terliur tengok durian.. :-(

    BalasPadam
  5. buah kedondong pon sedap jugak nih., ;p

    BalasPadam
  6. asalam dari laman mialiana..dah lama follow blog ini ya

    BalasPadam
  7. walaupun tak berapa faham sangat pasal falsafah bagai ni tapi entry ni cukup menarik

    BalasPadam
  8. Jika kita melihat sesuatu dari sudut berbeza, memang pelbagai falsah boleh jadi!
    Saya kalau tengok buah, hanya tahu nak makan jer... hehe

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©