Julai 2019 - MRS.A MRS.A : Julai 2019
Wordless Wednesday #125 - Family Days Out

Wordless Wednesday #125 - Family Days Out

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #125

Wordless Wednesday tapi macam tak best jer... kalau takde sepatah dua kata muahhhaaaaa.... Yesterday kekdahnya adalah family days out buat the A's but without Mr. A.

Wordless Wednesday
Late lunch di Black Canyon, Palm Mall
Wordless Wednesday
Along nak makan kat tempat yang nasi petak tu ibu katanya hahaha...
Wordless Wednesday
Cer teka ni air siapa?
Wordless Wednesday
Dessert pilihan Adik
Wordless Wednesday
Nonton the Lion King sobs..sobs..sobs sedih citernya.
Wordless Wednesday
Sementara tunggu nak masuk Hall 2 sempat ha! Siapalah manusia pertama punya idea snap gambar kasut ni ya
Wordless Wednesday
Wefie nak tunjuk kat babah
Wordless Wednesday
Babah a.k.a Mr. A pi Alor Star
Wordless Wednesday
Reunion katanya exmalaysia U16 vs MBAS veteran
 Wordless Wednesday #125



Decoupage Giveaway by Mummy Ayu

Decoupage Giveaway by Mummy Ayu

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Decoupage Giveaway by Mummy Ayu. Rasa macam dah lama Mrs. A tak join giveaway. This Friday morning keinginan datang menjengah lalu Mrs. A pun join Decoupage Giveaway by Mummy Ayu. Adoiii... intro kemahen! hahahaa...

Okay! jom tepek banner seperti di bawah.

Giveaway
Decoupage Giveaway by Mummy Ayu
Decoupage Giveaway by Mummy Ayu ini berlangsung selama satu minggu sahaja ianya telah pun berlangsung mulai 23 Julai yang lalu dan akan tamat pada 30 Julai 2019. Sesiapa yang berminat nak join macam Mrs. A ni boleh klik banner di atas untuk ke blog penganjur giveaway iaitu blog Mummy Ayu.

Mrs. A join Decoupage Giveaway by Mummy Ayu seabgai tanda support kepada rakan blogger semoga Mrs. A bertuah hendakNYA. ;-)



SAINS vs BOMBA

SAINS vs BOMBA

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

SAINS vs BOMBA. Apo ko bondo yang SAINS vs Bomba tu ngeh! ngeh! ngeh! macam tajuk saman-menyaman pulak. Ooops! bukan saman-menyaman ya actually itu adalah friendly match ("FM") netball di antara gang netball office Mrs. A dengan gang Bomba Daerah Seremban.

Hari kejadian adalah pada 26 Jun 2019 yang lalu tempat kejadian tak lain dan tak bukan adalah di Center Court Paroi, Seremban.

SAINS vs BOMBA
sains
Sebelum perlawanan persahabatan bermula haruslah bertukar-tukar souvenir dulu
sains
Team mak ko hijau eh! SAINS bergambar bersama coach
Oleh kerana FM ini memang hanya di antara SAINS dan BOMBA sahaja kekdahnya puas betul we all pulun bermain sampai 4 games uols! satu game 10 minit play, rest 2 minit pastu play 10 minit lagi (10-2-10) . Kepada sesiapa yang berminat nak FM dengan SAINS tu bolehlah hantar surat officially kepada pengurusan macam yang BOMBA buat ni.

SAINS vs BOMBA
sains
Surat jemputan daripada Bomba
Hurmmm... ferfeeling hebat sangatkan team netball SAINS Mrs. A tu muahahhaaa... berani invite tu mana-mana team netball yang berminat nak FM. Its okay verangan itu percuma.

sains
Finally haruslah bergambar bersama semua sekali coach masing-masing dan juga team manager
Okay itu sahaja nak citer kisah netball kali ni. Ha! nak tau tak siapa yang menang? Jeng! jeng! jeng! boleh pulak keputusannya draw uols! hahaha.... 26-26 gittew!

SAINS vs BOMBA majulah sukan untuk negara. Bersukan badan sihat minda cerdas.




Jom Ghayo Kek Sekolah 2019

Jom Ghayo Kek Sekolah 2019

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Jom Ghayo Kek Sekolah 2019. Alhamdulillah seperti tahun lepas jom ghayo kek sekolah 2019 pun Mrs. A hadir bersama seisi keluarga. Walaupun tarikh kejadian itu dah habis Syawal tapi ex-stadian masih lagi berhari raya ngeh! ngeh! ngeh! Kalau ada yang tak faham bahasa Negeri Sembilan apa makna jom ghayo kek sekolah tu meh sini Mrs. A nak bagitahu maknanya tu ialah jom berhari raya di sekolah. Tema jom ghayo kek sekolah 2019 adalah tema peach tapi tahun ni Mrs. A derhaka kepada tema peach muahahaaaa.... tahun 2018 Mrs. A ikut tema mak kau hijau [SINI]

Majlis jom ghayo kek sekolah ini adalah anjuran Alumni S.T.A.D a.k.a persatuan bekas pelajar Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah (Ex-Stadian). Dah namanya pun persatuan haruslah ada presiden dan AJK segala bagai kansss... so sebelah paginya tu telah diadakan AGM dan pada tahun ini juga Alumni mengadakan pemilihan kepimpinan yang baharu bagi sessi 2020/21. As usual Mrs. A tak pergi pun bermesyuarat Mrs. A ahli biasa aje takdelah aktif sangat berpesatuan. Sekadar suka hadir event untuk support kawan-kawan AJK batch Mrs. A dan juga jumpa kawan-kawan sekolah. Dari apa yang Mrs. A baca di wall FB persatuan ada jugalah yang tak puashati tapi biasalah tu kan bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Mrs. A ambil pendekatan kalau tak tahu lebih baik diam ha! cenggitulah lebih kurang. Ambil yang positif, barulah baik-baik sahaja untuk ukhwah.

Okay! jom layan gambar.

Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Tahun ni Mrs. A terlupa la pulok! nak bergambar sekeluarga kat photo booth ni huhuhu...
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Eh! sempat pulak 2 orang AJK berbaju tema tu menyelit bergambar
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
T-shirt merah tulah Sani merangkap photographer batch '92
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Yang dua orang sebelah kiri classmate Mrs. A time sekolah sorang lagi tu gang kelas sebelah
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Mr. A, Along dan Adik 
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Aryssa dan Mrs. A table lain barulah boleh membawang ngeh! ngeh! ngeh!
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Persembahan nyanyian dari batch '92 tak tahulah siapa yang pilih lagu. Mrs. A langsung tak familiar so nyanyi hujung-hujung yolah!
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Lelaki dan perempuan batch 1992 yang hadir bergambar bersama 

Jom Ghayo Kek Sekolah 2019
Muaahhaaaaa... bila remaja purba back-to school inilah jadinya
Jom Ghayo Kek Sekolah 2019 bukanlah tahun bertuah untuk Mrs. A berbeza dengan kawan-kawan yang lain boleh dikatakan hampir kesemua batch 92 tu dapat lucky draw termasuklah Mr. A unfortunately tiada satu pun untuk Mrs. A. Takpelah Mrs. A redho cos datang bukanlah mengharapkan lucky draw pun tapi lebih kepada nak berjumpa dengan kawan-kawan sekolah sambil mengimbau kenangan di sekolah ha! gittew... Tahun ini pun gang batch retis Marisa Yasmin takde selalu havoc jugak batch depa tu so tak dapatlah si Aryssa nak bergambar dengan Aunty Marisa dia tu hiks! takpelah Aryssa maybe next time hokeh!

Oh! ya sewaktu majlis tersebut juga pengacara majlis turut mengumumkan YDP Alumni yang baharu bagi sessi 2020/21 adalah Tuan Hj Bahrom Abu Bakar. Beliau menggantikan YDP terdahulu yang menarik diri dari bertanding iaitu Profesor Dato' Sufian yang kini dilantik sebagai penasihat Alumni. Manakala AJK penuh akan disenaraikan dan dimaklumkan secepat mungkin. Tahniah buat yang telah terpilih semoga akan menjalankan amanah dengan penuh dedikasi. Berbanyak-banyak terima kasih juga diucapkan buat Prof. Dato' Sufian atas jasa dan budi beliau yang telah banyak berjasa kepada Alumni sebelum ini.


Injured Semasa Training Ragbi

Injured Semasa Training Ragbi

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Injured Semasa Training Ragbi. Kejadian ini berlaku pada 27 Jun 2019 yang lalu. Kebetulanlah pulak petang tu Mrs. A yang kena fetching Adik dari training ragbinya cos Mr. A ada tugas di luar kawasan. Walaupun pada kebiasaanya tugas hantar dan fetching Adik dari training ragbi adalah tugas Mr. A namun semasa injured tu Mrs. A yang amik. Time Mrs. A sampai di Georgian Green tu Adik dan team ragbinya memang tengah asyik training. Sempat jugaklah Mrs. A perhatikan Adik berlari ke sana, ke sini selayaknyalah nak merebut sebiji bola lonjong tu.

Tapi ntah macam mana hati Mrs. A memang sayu jer... tengok Adik sebelum kejadian tu bermonolog sendiri "kesiannya Adik cuaca panas giler, gigih jugak dia training tu, malam kang pergi ngaji pulak, pastu nak buat homework lagi... sobs...sobs..sob... alahaiii!!! kesian anak ibu" tiba-tiba bergenang air mata haish!!! ntah pape jer perasaan tu huhuhu... tapi tulah tak berapa lama selepas itu Mrs. A tengok Adik dah dibawa oleh coachnya ke tepi padang dan disuruh ke tempat cikgu-cikgi dan ibu bapa lepak. Mrs. A pun melurulah dekat Adik, dia terus pergi kat cikgu ragbi dia dulu sambil cakap injured cikgu berlaga dengan kepala abang senior sambil tunjuk pipi dia yang dah berdarah meleleh-leleh sampai ke dagu tu.

Mrs. A pulak terus minta dia buangkan tisu dan tengok betul-betul pipi dia tu "Adik... koyak besar ni dah! jom ibu bawak pergi klinik". Tak koserlah nak tunggu cikgu-cikgi tu yang bawakan ke klinik walaupun depa kata nak bawa klinik. Tak payah! saya bawa sendiri ke klinik cikgu.! emosinal sikit Mrs. A time tu muahhahaaaaa... Berdesup Mrs. A drive nak ke klinik Anjung Karisma yang di Betaria tu unfortunately time sampai tu dah tutup bila Mrs. A tengok jam ohh! patutlah dah 6.15 petang klinik tutup pukul 6.00 dan open semula 8.00 malam. Second choice terpaksalah ke klinik Penawar, Ampangan.

Injured Semasa Training Ragbi.
Training Ragbi
Di klinik Penawar setelah luka dibersihkan
Setibanya di kilinik Penawar petugas terus aje minta Adik masuk bilik emergency sementara tu Mrs. A pun register. Kemudian doktor panggil Mrs. A masuk sambil cakap "dalam dan lebar koyaknya ni puan saya tak berani nak jahit, sebab dekat muka, lagipun peralatan kat klinik tak lengkap" katanya. Doktor advised Mrs. A pergi hospital. Fikir punya fikir Mrs. A pun setuju nak pergi hospital dan minta doktor tu buat referral letter tujuan referral letter tu bukan apa mudah nanti untuk minta GL company. Sambil tu doktor cakap Aqil kena ambil suntikan kancing gigi juga, cuma nak ambil kat sini (klinik Penawar) atau di hospital nanti. Amik kat sini ajelah doktor jawab Mrs. A pastu kena ingat kancing gigi ni life span dia 5 tahun kalau dah amik tu kena ingatlah kalau ada apa-apa kejadian yang perlukan suntikan kancing gigi dalam masa 5 tahun ni tak perlu amik.

Selepas tu Mrs. A cakap dengan Adik kita pergi Jiboi dulu amik Sha cos babah kat K.L tadi sepatutnya lepas fetching Adik terus fetching Sha pulak. Dah jadi macam ni kena jugak amik Sha. Takpelah pergi hospital tu malam sikit. Sesambil tu WhatsApp Mr. A bagitahu kejadian yang menimpa. Pastu dia calling-calling sambil cakap tak payah kot pergi hospital pergi je Klinik Anjung Karisma pukul 8.00 malam nanti. Minta Doktor Miszua yang jahitkan. Hurmm... Mrs. A pun layan jer...

Bila dah sampai kat Jiboi tu lain pulak ceritanya parents in-law Mrs. A bebel ditambah dengan biras dan adik ipar huhuhuhu.... sabar yolah Dik oiii! Mr. A tak lama tu dia call lagi sambil cakap "saya rasa elok pergi hospital ajelah, bila saya tengok betul-betul lagi sekali tadi gambar Adik yang awak sent tu besar jugak koyak dia". Adik pun okay je nak pergi hospital tu. Lagi satu Mrs.A fening nak pergi hospital mana hahahaaaa.... tanya pendapat s.i.l dan biras dan m.i.l mereka suggest pergi KPJ Seremban. Tak mau menyesal di kemudian hari Mrs. A pun setuju pergi KPJ Seremban ajelah. Dipendekkan cerita selepas hantar Aryssa balik rumah lepas maghrib tu Mrs. A dan Adik pun pergilah ke KPJ Seremban. Mrs. A dah suruh Adik bawa baju extra sekali kalau admit nanti senang tak payah fikir baju dah!

Sampai di KPJ Seremban Mrs. A terus aje ke bahagian emergency. Reaksi depa masa tengok luka Adik tu uishhh!!! dalam ni macam mana boleh kena. Adik pun cakaplah berlaga dengan kepala kawan dia time training ragbi tadi. Sambil tu Mrs. A pula kena register, amik nombor dan seterusnya isi form. Kemudian doktor on duty pun sampai bila doktor perempuan singh ke India ntah tapi cun hahaha... check  muka Adik "Puan luka dia besar dan dalam I need to refer to other specialist fo this kind of injury. You ada kenal or prefer any doktor here?" katanya lagi. No I don't think so jawab Mrs. A. Doktor on duty minta izin snap photo nak sent pada specialist cos dia kat rumah on call jerrr....

Injured Semasa Training Ragbi.
Injured Semasa Training Ragbi
Cutekan plaster tu ngeh! ngeh! ngeh!
Sementara menunggu doktor specialist tu sampai to be exact Doktor Vijaya nama dia. Mereka minta Mrs. A dan Adik tunggu di emergency bed. Dalam masa menunggu tu dapat call dari cikgu ragbi Adik dia ada kat KPJ Seremban ni sengaja datang nak tengok keadaan Adik. Dalam hati Mrs. A hurmmm... bagus cikgu ni datang jugak dia malam-malam ni prihatin sungguh. Tak lama pun  cikgu tu singgah dan borak-borak tanya keadaan Adik cos Adik nak kena pergi masuk bilik x-ray la pulak. Doktor minta buat x-ray jugak takut kalau tulang ada apa-apa fracture.

Injured Semasa Training Ragbi
X - ray di sini. Injured Semasa Training Ragbi
Lebih kurang pukul 8.50 malam ke nak pukul 9.00 malam doktor Vijaya pun sampai. Macam-macam soalanlah yang dia tanya di antaranya last makan dan minum pukul berapa cos nak buat operation kena make sure perut kosong dulu katanya. Mrs. A pun ada bagitahu dia jugak "tolong buat cantik-cantik cos ini muka tau doktor I tak naklah ada kesan yang obvious". "Iya sebab itulah kena masuk O.T. room walaupun luka ni nampak ringan tapi sebab di muka kena guna benang yang halus lebih halus dari bulu" katanya muahhaaaa... "itu kerana kita tak nak ada kesan parut yang ketara dan benang yang halus itu hanya ada di O.T. room sahaja" cenggitulah lebih kurang penerangan dia. Itulah lukanya sikit aje tapi prosedur nak operate tu macam-macam borang kena signed. Settle segala bagai dokumen barulah di tolak ke O.T room.

Injured Semasa Training Ragbi
O.T. Suite ka O.T. room ka yang penting Dewan Bedah gittew...
Injured Semasa Training Ragbi
Adik setelah dipersiapkan lagi satu pintu ke O.T. Mrs. A teman sampai sini je, last briefing dari doktor bius dan doktor yang akan bantu doktor Vijaya
Time Adik masuk O.T lebih kurang pukul 10.00 malam doktor cakap dalam 45 minit dah boleh settle cuma dia akan biarkan sampai sedar di sebelah O.T suite. Kalau Mrs. A tengok lampu dah hijau boleh je tekan button untuk tahu perkembangan. Mrs. A tunggu di ruang menunggu area luar O.T. suite tu sampai pukul 11.00 tengok lampu dah hijau. Tapi Mrs. A tak masuk pun kat O.T. Suite terus aje naik ke room 353 tunggu Adik kat katil dia terus 353a.

Injured Semasa Training Ragbi
Adik time baru keluar O.T. masih mamai-mamai lagi boleh pulak dia tanya Mrs. A ibu Aqil kat mana ni, dah sudah ke belum? muahahaaaa...
Alhamdulillah dah settle operation. Mr. A pun sampai lebih kurang pukul 12.00 tengah malam  haruslah tukar shift pulak dengan Mrs. A. Iols nak balik rumah dah meluruskan pinggang pulak. Sebelum tu sempat Mrs. A request McD set korean burger beef plus hot coffee daripada Mr. A ngeh! ngeh! ngeh! Oh! ya lagipun ini bilik 4 bedded lelaki so penjaga juga mestilah lelaki that is why babah yang kena overnight. Selepas dah settle makan tu Mrs. A pun pulang sampai rumah tengok jam lebih kurang pukul 1.00 pagi. Hurmmm... no wonderlah Along dan Aryssa pun dah masuk tidur esok nak sekolah der...

Esoknya tu Mrs. A tak pergi kerja pun WhatsApp bos kata EL anak admitted. Bos okay je alhamdulillah bos memahami. Lebih kurang pukul 12.00 tengahari barulah Mrs. A pergi KPJ Seremban semula. Dah petang lepas zohor barulah berjumpa doktor Vijaya di bilik dia di tingkat 1. Katanya Adik dah boleh discharge petang tu. Tapi kena datang semula untuk buka jahitan pada Monday 1 Julai 2019 nanti. Dia pun briefinglah serba sedikit katanya kalau boleh jangan kenakan air dulu kat muka tu lap-lap sahaja guna kain basah. Adik pulak dia bagi MC seminggu. Amvoiiii!!! kemahen suka Adik tu tak payah pergi sekolah. Doktor Vijaya pun ada kongsi gambar Adik time kat O.T suite tu.

Injured Semasa Training Ragbi
Gambar atas sebelum jahit. Gambar bawah selepas jahit. 
Sobs...sobs...sobs... sedih Mrs. A tengok gambar Adik yang ni walaupun takdelah seteruk mana tapi tulah naluri semulajadi seorang ibu bila anak dia terluka hati ibu-ibu mudah tersentuh eh! cewah!!

Pada Monday 1 Julai 2019, sebelah petang Mrs. A dan Adik pun pergi follow jumpa doktor Vijaya di klinik dia Mr. A setakat hantar je kat bawah susah nak parking katanya yolah! alasan sangat. Time nak buat prosedur gunting jahitan tu ada bilik khas dia Mrs. A ingatkan nurse yang buat sebab ada nurse je... tapi rupanya tunggu sampai doktor Vijaya datang dia yang akan gunting sendiri hahahaa... gelabah Iols. Mrs. A tengoklah jugak time dia gunting, satu persatu benang yang ada simpulan tu dia gunting. Mulanya Mrs. A buat video tapi dia ingatkan Mrs. A snap photo dia kata tak perlu dulu lepas ni dah settle gunting kita snap photo. So takdelah video adegan gunting tu haish! tak dapatlah nak tunjuk kat Mr. A. Tapi nak dijadikan cerita lepas dah gunting dan dibersihkan tu boleh pulak we both terlupa nak snap photo. Cos bila Mrs. A tengok luka Adik tu macam tak confident aje nak dibiarkan cenggitu ialah manalah tahu kot terkena tangan ke, terhantuk ke. So Mrs. A minta doktor Vijaya cover semula dengan steri-strip tu untuk semantara waktu till the next follow up iaitu pada 5 Julai 2019. Kekdahnya selepas gunting tu Adik sendiri pun tak tengok macam mana keadaan luka dia tu.

Menurut doktor Vijaya selepas dah gunting jahitan lebih kurang seminggu kemudian barulah masa yang sesuai untuk letak krim/gel atau apa-apa ubat anti parut. oh! barulah Mrs. A faham next follow up baru dia akan bagi ubat a.k.a krim anti parut. Pada 5 Julai 2019 tu Adik pergi follow bersama babah. Mrs. A kerja daa... lepas solat jumaat baru depa dua tu pergi. Doktor puashati dengan perkembangan luka Adik tu so doktor bagi ubat tu, guna 3 kali sehari dan lagi satu dapat jugak surat yang Adik nak iaitu recommendation letter kepada sekolah supaya dibenarkan untuk tidak menjalankan aktiviti luar yang terkena direct kepada cahaya matahari muahhaaaa...macam-macam hal si Adik nih! menurut doktor kalau tak nak parut tu hitam kena avoid cahaya matahari lebih kurang tiga bulan cenggitu. Alahmdulillah sekarang Adik dah pulih cuma kesan parut tu ambil masa untuk hilang. Itulah sahaja nak share kisah Injured Semasa Training Ragbi.







MyKori Seremban 2

MyKori Seremban 2

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

MyKori Seremban 2

kakigori
Mini Kakigori harga berbeza ikut flavor
kakigori
Chocoreo Kakigori pilihan Aryssa
kakigori
Strawberry Cheesecake Kakigori pilihan Adik
Yang Mrs. A pergi ni MyKori Dessert Cafe yang di Seremban 2 ada satu lagi MyKori yang baharu open di Senawang area Mydin Senawang kalau tak silap itu belum pernah pergi lagi. Ini pun 1st time Mrs. A pergi sajalah layan permintaan budak berdua ni

kakigori
InSyaAllah nanti parut tu hilanglah tu anyway Adik tetap handsome di mata ibu
kakigori
Duduk dulu dan jangan lari ehhh!!!
Order di kaunter dan terus bayar. Kemudian duduk sambil tunggu nombor order yang akan dipaparkan di screen, tink tonk bunyinya (ok tipu) bila dah sampai nombor giliran tu. Serve service pi la amik Kakigori yang dah ready tu di kaunter "take your order here" muahahhaaaaa.....

kakigori
Mrs. A dapat kad ni cos order lebih RM20 - Hurm... macam suruh datang lagi jer...
Pendapat personal Mrs. A okaylah untuk orang yang suka dessert tapi tak suka yang manis-manis sangat. Tapi tulah Mrs. A ni suka dessert yang manis-manis so 2 pilihan di atas tu tak sesuai dengan selera Mrs. A. Mujurlah Mrs. A ada tapau satu untuk Along sebab dia tak ikut, pilihan Mrs. A ialah Signature Kakigori - "Honeydew" ha! yang ni sedap, manis dia up to my expectation. Kalau nak tapau kena amik big size dan tiada hiasan kulit buah disertakan huhuhuuu....


Selamat Pengantin Baru Hafiz & Amirah

Selamat Pengantin Baru Hafiz & Amirah

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baru Hafiz & Amirah. Last Sunday dengan izinNYA Mrs. A sekeluarga menghadiri jemputan wedding office mate. Mrs. A memang nak pergi sangat wedding ni cos mak sedara office mate tu adalah bff Mrs. A time kecik-kecik sekolah rendah dulu. Lama sangat dah tak berjumpa dengan bff Mrs. A ni ialah masing-masing busy dengan life. Plan nak jumpa tu ada tapi asyiklah tak menjadi kenyataan huhuhuu.... Actually we all ni adalah kawan satu kampung a.k.a childhood friend. Tapi tulah bila dah dewasa dah merantau duduk kat Seremban.

Walaupun pada mulanya Mr. A macam 50/50 nak pergi cos dia ada appointment lain, tapi bila Mrs. A cakap nak jumpa K dah tu nanti boleh jumpa makcik T jugak iaitu mak K yang jugak nenek si Hafiz tu terus Mr. A okay so appointment dia tu tukar time lain. Ha! boleh pun heheheee... tersenyum puas iols.

Mrs. A datang lepas Zohor lebih kurang pukul 2 lebih sengaja datang lambat cos memang plan nak bergambar dengan  pengantin dan jugak nak membawang muahahhaaaa.... ialah kalau datang peak hours tetamu tengah ramai susahlah nak beramah mesra kans...

Selamat Pengantin Baru Hafiz & Amirah.

selamat-pengantin-baru
With my bff time sekolah rendah @ maksu Hafiz (pengantin lelaki)
Selamat Pengantin Baru
Selamat Pengantin Baru Hafiz & Amirah
Selamat Pengantin Baru
Mesti nak freestyle jugakkan... ngeh! ngeh! ngeh!
Selamat Pengantin Baru
Kakngah dulu intern kat office tu yang kawan dengan Hafiz
Selamat Pengantin Baru
Last snap. Perasan tak? kat pelamin tadi Adik takde
Selamat Pengantin Baru Hafiz & Amirah semoga berbahagia till Jannah. Perkahwinan itu banyak cabaran dan dugaanya, kedua-dua belah pihak kena saling bantu-membantu dan pandai main peranan masing-masing sebagai suami isteri dalam melengkapi kekurangan pasangan. Ehh!!! tiber...

Alhamdulillah Mrs. A excited sangat tau dapat jumpa K, makcik T dan semualah kaum keluarga Hafiz si pengantin tu al-maklumlah nama pun sekampung so dah tentulah dari kaklong, mak pengantin dan lain-lain mak sedaranya Mrs. A kenal dan berkawan ha! gitteww....


Pengalaman Pertama Menyertai Acara Larian - Georgian Charity Run 2019

Pengalaman Pertama Menyertai Acara Larian - Georgian Charity Run 2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Pengalaman Pertama Menyertai Acara Larian - Georgian Charity Run 2019. Okaylah demi memenuhi permintaan rakan blogger Nohas yang tak sabar nak tahu keputusan Georgian Charity Run Mrs. A bersama Aryssa dan Adik gigih tau Mrs. A siapkan entry ni yang dah berminggu pending kat draft ngeh! ngeh! ngeh!

Setelah sekian lama tertangguh finally pada 22 Jun 2019 seawal jam 6.30 pagi Mrs. A, Aryssa dan Adik dah bersiap-siap, paling excited tak lain dan tak bukan mestilah si Adik. Kalau ikut tentative kena ada di Georgian Green pukul 6.30 pagi. Tapi Mrs. A takdelah ikut sangat time tu oopsss!!! cos sedia maklum flag off adalah pada pukul 8.00 pagi. Lebih kurang pukul 6.50 pagi macam tu Mrs. A sekeluarga gerak dari rumah minta Mr. A yang hantar sebab dah boleh agak haru-biru nak cari parking nanti. Beribu-ribu manusia kat situ. Mujurlah we all ada driver muahahahaaaaa....

Time we all sampai kat Georgian Green dah macam Georgian purple gittew...! time tu lebih kurang pukul 7.00 pagi.

Pengalaman Pertama Menyertai Acara Larian - Georgian Charity Run 2019.
Pengalaman Pertama Menyertai Acara Larian - Georgian Charity Run 2019
Ramai murid-murid sekolah dari pelbagai sekolah, ada juga dari K.L dan Melaka
Pengalaman Pertama Menyertai Acara Larian - Georgian Charity Run 2019
Ku lihat... purple hiks! nampak tak langit tu? Mendung uols!
Walaupun ada sedikit drama di antara ibu dan anak-anak ha! sempat uols!. tapi mujurlah drama cepat habis. Sabar yolah dengan karenah anak-anak ni boleh pulak depa dua tu buat hal. Haish! sabar yolah. Tapi ibu tetap maintain nak snap-snap sana, sini, situ bloggerlah katakan boleh! gittew...!

Sebelum ramai orang haruslah ibu bergambar di atas pentas ya anak-anak. Belakang yang bertopi tu adalah leader Zumba import all the way from Kuala Lumpur katanya.

Sementara menunggu VVIP sampai kita wefei dulu ya Aryssa. Adik tak nak.
Time Mrs. A tengah selfie-selphot tu terjumpa pulak member office dan juga gang netball yang hantar anak-anak depa untuk Georgian Charity Run tu. Sempatlah Mrs. A minta tolong dia snapkan gambar we all F 007. Nampak tak nombor penyertaan tu dah tukar ke depan. Maklumat awal yang Mrs. A terima, tak kisah depan ke, belakang ke, tapi pagi tu ada announcement nombor semua sebelah depan mesti ada. Kalau nak letak depan dan belakang lagi bagus.
Drama sangat Adik tu tau tak nak bergambar - F 007
Lebih kurang pukul 7.30 pagi barulah kesemua VVIP sampai. Acara pun dimulakan dengan bacaan doa daripada salah seorang murid SMK KGV dengan bimbingan Ustaz Sofie. Walaupun plan asalnya yang akan merasmikan Georgian Charity Run tersebut adalah Menteri Pengangkutan Malaysia tetapi pada masa tu YB tidak dapat hadir kerana berada di luar negara atas urusan kerja rasmi beliau telah mewakilkan huhuhu... Mrs. A tak ingat la pulok siapa nama wakil dia tu.

Wakil Menteri Pengangkutan Malaysia sedang memberi ucapan dan turut menyampaikan sumbangan untuk Georgian Charity Run iaitu sebanyak RM5k
Di antara ucapan wakil MP tu yang Mrs. A ingat adalah jumlah keseluruhan peserta Georgian Charity Run 2019 adalah seramai 5781 orang dan dia pun rasa sangat teruja tengok crowd yang color purple tu hahahaa... beliau turut mengucapkan tahniah kepada penganjur dan semua yang terlibat. Setelah habis ucapan beliau pun merasmikan.

Selepas  itu sebagai acara memanaskan badan kita berzumba-zumba dahulu. Frankly speaking Mrs. A memang follow seriuosly step-step zumba tu cos memikirkan ini adalah warming up terbaik sebelum berlari-larian nanti. Kalau tak follow bila masa pulak nak warm-up. Haish! umur macam Mrs. A ni giler tak warm-up sakit-sakit badan jadinya nanti. Better safe than sorry.

Bila dah penat tu stop sekejap snap-snap gambar hehehe...
Fuhh!!! happening berzumba lupa diri sekejap. Agaknya apalah kata bebudak sekolah tu kans... nengok makcik zumba muuaahahhaaa....  Adik dengan Aryssa memalu la pulak ketawa je lebih.
Sporting Atok tu suko deh Mrs. A amik gambar
Lebih kurang 15 minit macam tu Zumba pun tamat kemudian penganjur pun buat announcement kepada peserta-peserta bagi kategori terbuka 5km dan juga kategori family 3km sila bergerak dahulu ke garisan permulaan cos Georgian Charity Run ini akan dilepaskan secara berperingkat-peringkat ikut kategori. iaitu di hadapan bangunan MAINS. Bangunan MAINS tu di sebelah atas dari padang so kena gerak ikut terowong melalui kawasan sekolah.

Inilah terowong tu cumanya gambar ni Mrs. A snap time dah habis larian dari sekolah ke Georgian Green kekdahnya turun tangga. Kalau dari  Georgian Green ke sekolah menaiklah jawabnya
Ha! tu diaaa... kategori terbuka 5km nak mula dah! lebih kurang pukul 8.00 pagi
Ini pulak time kategori family bersiap siaga untuk bermula haruslah Mrs. A snap for that moment.
Untuk kategori family yang Mrs. A join ni ramai juga ibu-bapa yang join tu bawa anak-anak kecil sekali. Ada yang depan Mrs. A tu siap berdukung lagi anak dia dan ada jugak yang dalam stroller. Tapi tulah pagi tu cuaca mendung dan dah renyai-renyai pun time nak mula tu. Terdetik jugak dalam hati Mrs. A adoii!! kalau melebat kang acaner bebudak ni...

Permulaan larian Mrs. A seperti biasa ikut rentak sendiri jer... tak laju dan jugak tak terlalu perlahan. Walaupun si Adik tu heboh suruh follow dia memang taklah Mrs. A nak follow choiii! kalau follow ko dik oiiii!!! pancit awallah ibu nanti. Aryssa pula follow si Adik laju di permulaan pastu baru 200 meter dah pancit. Mrs. A tetaplah berlari sambil tu menarik dan menolak Aryssa jangan berjalan lama sangat kalau jalan pun jalan laju-laju jer...semangat kena kental target nak dapatkan finisher medal, ha..gittew!

Fuhh!!! setelah lebih kurang 500m berlari-larian tu hujan turun uols! hujan yang agak lebat bukan renyai-renyai ya [tiada gambar dalam hujan cos takut phone rosak kena hujan eh! tiberr...] cuma yang bagusnya tiada petir dan kilat. Alhamdulillah hujan pun hujanlah Mrs. A okay jer.. takdelah rasa penat sangat cuma tulah berat sikit nak berlari dan kena extra careful cos jalan licin. Berlari dalam hujan tau peserta-peserta pagi tu tapi tulah tak lama pun hujan tu dalam 15 minit kot pastu berenti dah. Dalam masa berlari-larian tu Adik, Aryssa dan Mrs. A dah terpisah dah. Adik for surelah di depan sekali kemudian Mrs. A dah lari dulu tinggalkan Aryssa sedikit ke belakang cos bila Mrs. A suruh dia lari dia tak nak. Haish! tak dapatlah ibu nak tunggu ko Aryssa oiiii!!!

Oleh kerana ini pengalaman pertama Mrs. A join Charity Run jakun sikit bila sampai kat 1st check point tu hahhaaaa... sebab kena pakai rubber band (gelang getah). Rubber band untuk 1st check point color biru petugas yang akan bagi dan tak boleh amik untuk orang lain hanya dapat untuk diri sendiri je. Kalau tak salah Mrs. A 1st check point tu adalah di 1km pertama. Kemudian Mrs. A meneruskan lagi larian tujuannnya nak kejar si Adik berlari together-gether dengan anak-anak kecik yang turut serta dan juga yang muda-muda remaja macam Mrs. A #mudaremajakerrr  semangat tu potong-memotong larian orang muahahaaaaa.... kemudian di 2km seterusnya iaitu 2nd check point dapat satu lagi rubber band kali ni rubber band tu color putih pulak.... time ni pun Aryssa tak muncul lagi.

Kemudian bila Mrs. A dah sampai kat depan tasik yang depan bangunan A&W tu (dalam 200m ke garisan penamat rasanya) barulah nampak Adik dia tengah duduk tunggu ibu dan kakaknya alahai!!! kesian ko dik. Dari situ jugak Mrs. A boleh nampak kekdahnya ada lagi kategori larian yang baharu nak bermula. Fuhh!!! iols dah sampai depa baru nak mula [dalam hati cakap hebat jugak aku ni tiber... puji diri-sendiri]. Adik cakap dia dah lama sampai, tadi dia nombor empat pastu sekarang dah tak tahu nombor berapa ramai sangat dah potong dia katanya. Dalam 5 minit Mrs.A dan Adik tunggu Aryssa dia tak muncul jugak. So Mrs. A dengan Adik teruskan aje ke garisan penamat tengok macam manalah nanti. Time Mrs. A dan Adik sampai kat garisan penamat tu dapat no 29 tapi bila penganjur realise seorang lagi tak sampai terus depa amik balik no 29 tu dan bagi kat family lain yang dah cukup korum huhuhuuu... sabar yolah.

Tunggu punya tunggu punya tunggu sambil berdoa selamatlah Aryssa sampai sempatlah F 007 mendapatkan nombor untuk layak dapat finisher medal. Finally Aryssa muncul sambil Mrs. A dan Adik menjerit kat dia Aryssa cepat sini sini hahahaaa.... suspense sungguh! time tu. Kemudian we all pun pergi ke salah seorang penganjur tu dahn akhirnya F 007 dapat jugaklah nombor iaitu nombor 34. Kemudian terus diminta pergi ke khemah hadiah untuk terus collect finisher medal. Kat khemah tu kena pulangkan semula nombor sambil direkod dalam list dan jugak pulangkan rubber band yang diberi tadi.
Alhamdulillah we made it! 2 medal gambar orang berlari 1 medal tulisan finisher
Terserempak dengan childhood friend Mrs. A,  Ustaz Sofie (organiser on duty) dia mengajar kat situ tapi tak ajar kelas Adik pun.
Walaupun Sha last gaya harus menang katanya 
Dah! dapat medal barulah dia puashati
Georgian charity run Finisher
No 1, 2 dan 3 setiap kategori selain medal akan dapat hadiah piala dan juga wang tunai. Mrs.A mampu tengok jer...
Setelah settle collect medal dan borak-borak dengan Ustaz Sofie tu. We all turun semula ke Georgian Green untuk collect sijil pulak di khemah yang disediakan. Sambil-sambil tu haruslah selfie-selphot gittew. Adik pulak sempatlah dia jumpa kawan-kawan dia sambil membawang la kot. Pastu up-date kat Mrs. A cakap kawan-kawan dia ramai tak dapat medal. Oh! takde rezeki la tu Mrs. A cakap so tak payah nak bahan Aryssa sangat ya Dik oiii!!! at least Aryssa lambat pun still dapat finisher medal. Kalau tak silap Mrs. A finisher medal dapat sehingga top 200 sahaja tapi tak pastilah untuk semua kategori top 200 ke ada yang kurang lagi.

Pengalaman Pertama Menyertai Acara Larian - Georgian Charity Run 2019 apa yang Mrs. A boleh katakan adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan menyesal kalau tak join. Pendapat personal Mrs. A dari segi penganjuran sangat baik dan teratur, ciri-ciri keselamatan juga nampak diutamakan dan aturcara yang menepati masa. Cumanya Mrs. A tak tunggu sampai habis pun siapa-siapa yang bertuah mendapat medal tu pun we all tak tahu cos selepas collect sijil dan selfie-selphot we all pun suruh babah amik dan pergi breakfast hiks!



MRS.A ©