MRS.A my blog my stori: back to work MRS.A my blog my stori: back to work
Memaparkan catatan dengan label back to work. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label back to work. Papar semua catatan
4 Syawal dah kembali bekerja

4 Syawal dah kembali bekerja

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

4 Syawal dah kembali bekerja. Aduhhh! kalau ikutkan hati memang malas jer... nak pergi kerja tapi tu lah dah namanya makan gaji kenalah ikut peraturan gitttewww... Pagi-pagi subuh tadi cakap dengan Mr. A macam malaslah nak gi kerja mata kanan saya ni sakit macam nak ketumbit jer... tapi yang kelakarnya ambil baju kerja pi iron turun bawah ke dapur masak air, buat air nescafe tapau bawa gi kerja dah tu terus bersiap. Hurmmm...percakapan tak seiring perbuatan muahahhaahaaa...

4 Syawal dah kembali bekerja.

4 Syawal 1444H
Perasan tak mata kanan Mrs. A tu ada sembab sikit ๐Ÿ˜

Keluar rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi jalan clear ya'amat. Tengok jam masih awal sempat singgah 7-E Bukit Chedang beli roti dengan semekut sebab dah boleh agak mesti kedai belakang office tutup lagi huhuhu....

4 Syawal 1444H
Nak roti flavor bilis tiada pulak. Ada semekut blackpink ๐Ÿ˜

Hari ini Mrs. A pergi office drive the blue sebabnya Along, Aryssa dan Adik nak pi beraya drive the red. Aduhh!!! kekok sikit drive the blue sebab dah lama tak driving maafkan ibu the blue dah lama tak bertegur sape.

4 Syawal dah kembali bekerja

4 Syawal 1444H
the blue yang banyak jasanya

Alhamdulillah selamat tiba di office sebelum pukul 8.00 pagi. Sunyi aje office pagi ni al-maklumlah masih ramai lagi yang bercuti raya. Haish! bertabahlah ya seorang Mrs. A. Okay siapa yang dah mula kerja tu sep sikit kita geng gittewww...


Wordless Wednesday - Sekretariat

Wordless Wednesday - Sekretariat

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - Sekretariat. Tengok dalam galeri phone ada gambar-gambar sewaktu Mrs. A menjalankan tugas sekretariat untuk mesyuarat Lembaga Pengarah (MLP) dan Pengurusan Kanan (SMC) dari awal Januari tahun ini daripada terbiar sepi biarlah jadi entry di Mrs. A my blog my stori gittewww... ๐Ÿ˜Š

Wordless Wednesday - Sekretariat.

Wordless Wednesday
MLP 28.01.2022 kena jadi juru kamera time ni

Wordless Wednesday
MLP 28.01.2022 Pengerusi & seorang ALP potong kek belated birthday ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Wordless Wednesday
SMC1/2022 - 25.02.2022 masa ini masih perlu penjarakan fizikal

Wordless Wednesday
SMC2/2022 - 25.03.2022

Wordless Wednesday
SMC3/2022 - 22.04.2022 eh! apsal takde refreshment ni ๐Ÿ˜œ bulan puasa der...

Wordless Wednesday
MLP - 26.05.2022

Wordless Wednesday
SMC4/2022 - 22.07.2022

Wordless Wednesday
MLP - 26.07.2022

Wordless Wednesday
SMC5/2022 - 26.08.2022 tiada lagi penjarakan fizikal so tukar ke BBR

Wordless Wednesday
MLP - 27.09.2022 FM dah tak mandatory lagi.๐Ÿ˜Š

Wordless Wednesday
SMC6/2022 - 12.10.2022 minit pun sedang dalam pembikinan lagi huhuhuu..

Wordless Wednesday - Sekretariat
Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan

Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan. Setelah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan oleh kerajaan pelbagai reaksi rakyat Malaysia dapat kita lihat. Ada yang setuju ada yang tak setuju. Siap ada petisyen jugak tu "teruskan PKP. Batalkan PKP Bersyarat" heheheee... Mrs. A sign jugak petisyen tu kah! kah! kah!

Pada 2 Mei, bos ada WhatsApp Mrs. A dengan soalan bahasa nogorinya "Isnin ni dah boleh kojo lum?" Mrs. A pun jawablah "I ikut arahan la bos. Kalau kena kojo pegilah huhuhu... [krik! krik! dalam hati] "haish! malasnya dah le bulan puasa, biarlah sampai habis PKP". Panjang lebar jugaklah chit-chat dengan bos last sekali message dia paling win "probably lopeh rayo kut" dengan emoji  ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ sekali. Mrs. A pun balaslah dengan emoji dancing kegumbiraan gitteww...

Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan. 
Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan
SOP Sektor Bekalan Air (operator air)
Sajalah Mrs. A nak share SOP untuk operator air. Sementelah sekarang ni sikit-sikit SOP, SOP, SOP huhuhuuuu... kalau Shopee okay lagi eh!

Al-kisahnya on Monday 4 Mei tu staff tak perlu datang office lagi atas arahan Pengarah yang kena datang Head of department dan kesemua Pengurus Air Daerah sahaja. Pengarah nak adakan meeting untuk tindakan selanjutnya. Oh! ya staff HR memang kena datanglah cause depa kena set up segala mak nenek SOP yang KKM arahkan. Monday tu Mrs. A tertunggu-tunggulah juga WhatsApp dari bos apakah keputusan meeting tersebut. Jeng..jeng..jeng... lebih kurang pukul 12.00 tengahari cenggitu dapat message dari bos, minutes [meeting pagi tadi memutuskan tarikh mula bekerja adalah pada Rabu 6 Mei 2020. Sila pakai face mask ketika berada di pejabat].

Sejujurnya perasaan Mrs. A pada ketika itu adalah down. Walaupun rindu nak masuk office tapi tak naklah ketika di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini ha boleh! cenggitu. Memang taklah kan... Nak ke tak nak ke haruslah kena pergi juga dah namanya ko bekerja Mrs. A hoi! kenalah ikut arahan. Tak nak kalu bukaklah syarikat sendiri muahhahaaa....So kekdahnya Mrs. A pun war-warkanlah pada Mr. A, Along dan Aryssa yang Mrs. A akan mula kerja Rabu. Pastu minta Mr. A tolong belikan face mask yang jenis bertali kat rumah ni stok face mask yang ada hanyalah yang sangkut kat tinge tu aje.

Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan. 
Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan
Jenis macam ni kena beli satu kotak terus nak beli satu-satu takde jual #sabaryolah
Disebabkan dah 49 hari PKP so persiapan nak pergi bekerja tu Mrs. A memang prepare awal-awal. Baju, tudung malam tu dah siap iron kalau sebelum ni pagi-pagi nak pergi kerja tu baru terhegeh-hegeh nak iron, face mask dah get ready kat dalam keta, kasut semua dah cek okay mana tahu kot-kot kasut dah berkulat ke hahahaa... handbag dah siap pilih,  ID kad cek, make - up cek haish! dahsyat vetul penangan PKP 49 hari tu. Alhamdulillah pagi Rabu 6 hari bulan tu selepas sahur tengok jam awal lagi baru pukul 5 pagi so sempat tidur semula dalam 1 jam. Lebih kurang pukul 6 pagi baru bangun semula mandi, solat subuh macam-macam doa punyalah paranoid. Kemudian time nak drive tu punyalah kekok hahahaaa... al-maklumlah dah 49 hari tak memandu. Mrs. A sampai office lebih kurang pukul 7.30 pagi. Memula macam pelik je nak kena pakai face mask ni tapi bila tengok sekeliling semua staff pakai mask so takde mana peliknya.

Kemudian stop kat tempat check suhu okay ke tak? Siap kena tulis kat dalam kad kedatangan bacaan suhu tu Mrs. A punya suhu normal so lepaslah naik ke office. Kad tu pulak kena bawa setiap pagi kalau datang office.

Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan.
Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan
Banyak incoming atas meja 
1st day bekerja tu perasaan pelik-pelik je.. sampai aje Mrs. A letak barang pergi basuh tangan dulu hahahaa... sanitizer ada tapi ntah lebih selesa basuh tangan. Buat kerja kat cubicle tu bukak jugaklah face mask tu haish! rimas uols tu baru sekejap je dah hazab terbayang frontliners tu forever kena pakai. Allahu bersyukurnya rasa.

Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan.
Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan
Selfie seketul. Table calendar pun masih bulan Mac daaa...
Department Mrs. A 6 Mei tu memang semua 1st day baru datang office so blurr-blurr aje arahan HR. Berbeza dengan department lain memang ada yang dah kerja sebelum tu, lagipun bos takde message apa-apa. Mrs. A dengan LZ plan nak jumpa bos dulu nak clarify apa yang patut. Dapat makluman dari department lain depa kerja secara rotation ialah company pun memang dah sedia maklum beroperasi secara minima sahaja ketika di dalam tempoh PKPB ni. Seorang lagi staff department Mrs. A tak dapat hadir belum dapat kebenaran merentas negeri dan kat area dia katanya ada kes positif covid19 so kena mendapatkan surat arahan majikan dan pergi balai polis untuk mohon kebenaran.

Dipendekkan cerita setelah discuss dengan bos, department Mrs. A pun akan hadir kerja di office ikut rotation selebihnya work from home kecuali boslah kena datang office selalu. Time kerja waktu PKPB di bulan Ramadhan ini pun dipendekkan dari biasa iaitu 4.30 petang and subject to bos masing-masing ada bos yang bagi kelonggaran dah settle kerja boleh balik ha gittewww...

Setakat di hari pertama bekerja tu alhamdulillah semua SOP company ikut dan staff pun semua patuh SOP ke mana-mana pakai face mask, penjarakan sosial pun we all ikut, time solat pun sama semeter-semeter jauhnya.

Petang lepas habis kerja tu Mrs. A terus aje balik rumah. Oh! ada singgah gerai kat area rumah beli kuih-muih untuk juadah berbuka jadi singgah tu cause tengok takde orang kalau ramai memang tak singgahlah kot. Sampai rumah aje 1st thing 1st kena basuh tangan dengan sabun dahulu kat paip luar. Dah settle basuh tangan barulah angkut handbag masuk dalam rumah dan terus pergi mandi, baju yang pakai tadi pun terus asingkan dan letak satu sudut bila rajin nanti baru nak basuh ngeh! ngeh! ngeh! Mujurlah tak payah nak masak untuk berbuka puasa cause Mr. A dah masak siap-siap. Alhamdulillah thank you Mr. A memahami sangat eh! tiberr...

Okay itu sahaja kisah Kembali Bekerja Setelah PKPB Diumumkan. Alhamdulillah 1st day datang office dilalui dengan perasaan yang bercampur-aduk. Bersyukur, paranoid, risau haish macam-macam rasa. Semoga semuanya dipermudahkan dan norma baharu akan dapat diadaptasi dengan positif dan istiqamah. #Allahjagakami.

Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera. 

MRS.A my blog my stori ©