2019 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: 2019
Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Di Jiboi

Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Di Jiboi

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Pada hari Ahad lepas bersamaan 14 Ramadan 1440H family Jiboi buat berbuka puasa bersama-sama di Jiboi kemudian terus solat Tarawih sekali. Actually idea ni datang dari Along (b.i.l) kat dalam group WhatApps family mengajak, "mohhh... berbuka di Jiboi. Sesiapa yang ada kelapangan esok hari Ahad kita beramai-ramai berbuka dan bertarawih. Stail potluck satu family satu menu".

Bila Mrs. A baca tu fuh! mujurlah time ni tak balik kampung so bolehlah join sekali. Kalau tak semedanglah tak dapat join family event side Jiboi mau tak terasa depa kalau dah asyik tak join jer kan..kan..kan... Along dengan Adik sedari pagi lagi dah pergi ke Jiboi seronoklah tu lepak reramai dengan sepupu-sepapat.

As for Mrs. A, Aryssa dan Mr. A dah dekat-dekat nak berbuka barulah terhegeh-hegeh nak pergi ngeh! ngeh! ngeh! Alhamdulillah berbuka puasa kali ini Mrs. A dapat berjumpa dengan kesemua biras dan juga ipar-duai cuma anak-anak buah jer... tak cukup korum ada yang buka kat luar, ada yang kerja dan ada yang buka kat rumah pengasuh. Menu malam tu adalah masak lemak tempoyak ikan parang, masak lemak ayam campur kentang, sayur kangkung, ayam roasted (KR), ikan kembong, sambal bilis, buah-buah, bubur dan kuih-muih. Unfortunately Mrs. A langsung tak teringat nak snap gambar huhuhuuu... itulah gara-gara sampai lambat. Sesampai aje terus dah masuk waktu buka abis tu takkan ko nak snap gambar pulakkan (choiii!!! mau kena maki nanti muaahhahaa)

Tapi selepas maghrib tu sementara nak tunggu Isyak dan solat Tarawih sempatlah jugak Mrs. A selfie-selpot.

|Yang lelaki Ateh je dah masuk yang lain-lain semua kat luar lagi
Captured by mamarazi hahahaa.... sorang yang belakang tu cecuti
Kaklong and Cuna
M.i.l, Cuna and Kakngah Anis
Seperti biasa yang mengimamkan solat adalah f.i.l dan Tarawih kami buat 13 rakaat 10 tarawih dan 3 witir. Alhamdulillah syukur dapat berkumpul bersama keluarga itulah moment yang tidak ternilai harganya.




Selamat Hari Guru 2019

Selamat Hari Guru 2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat 'Hari Guru' Mrs. A ucapkan buat semua warga pendidik. Seperti yang kita sedia maklum 16 Mei setiap tahun adalah hari mengenang jasa guru di Malaysia. Tema Hari Guru pada tahun ini Mrs. A rasakan sangat unik iaitu "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi" tinggi bahasanya susah sikit nak hadam ngeh! ngeh! ngeh!

Bila 'Hari Guru' ni Mrs. A memang ingat  selalunyalah, beza sikit dengan hari-hari lain yang diraikan contoh macam Hari Jururawat baru-baru ni. Langsung tak hengat! sedar pun lepas tengok status kawan Mrs. A yang seorang nurse tu. Eh! Mrs. A jer... kot orang lain Mrs. A tak pasti hehehheee... Kenapa bila 'Hari Guru' jer... yang selalu Mrs. A alert walaupun Mrs. A ni bukan berkerjaya seorang guru sebenar?

Teachers' Day 2019
Selamat Hari Guru 2019. Pinjam Google punya image suka tengok sotong tu ngajar senang je sebab tangan dia banyak muahahahaa....
Ntahlah alasan konkritnya  tu Mrs. A pun tak pasti maybe sebab apabila bercakap tentang guru ni ada macam-macam guru adanya, di antaranya guru silat la, guru mengaji la, cikgu tuisyen, coach netball, cikgu-cikgu anak-anak Mrs. A, cikgu-cikgu Mrs. A, kawan-kawan Mrs. A yang memang cikgu-cikgi eh! macam-macam guru la yang membuatkan mereka selalu diingatan ini dan seorang lagi guru yang tiada galang-gantinya adalah guru pertama Mrs. A iaitu EMAK ku sayang.  Kekdahnya itu yang bila 16 Mei jer... ingat sangat 'Hari Guru' uols!

Dari pembacaan Mrs. A hari guru ini yang sebenarnya berbeza-beza mengikut negara masing-masing. Contoh di Indonesia hari guru adalah pada 25 November, Brunei pula 23 September, Thailand 16 Januari eh! cukuplah tu contoh-contohnya, kalau nak tahu banyak lagi sila tanya pakcik Google ya muahahhaaaa.... Oh! ya tarikh Hari Guru Sedunia pula adalah pada 5 Oktober setiap tahun.

Okaylah sekali lagi Mrs. A nak ucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada rakan-rakan blogger yang bergelar warga pendidik. Semoga dapat menjalankan amanah mendidik anak-anak dengan tulus ikhlas dan sabar kerana kami sedia maklum kerjaya seorang guru pada masa kini memang banyak cabarannya.

Buat guru-guru yang pernah mengajar Mrs. A suatu ketika dahulu terima kasih yang tidak terhingga diucapkan mohon halalkanlah ilmu-ilmu yang telah diberikan itu.

Teacher's Day 2019
Selamat Hari Guru



Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri

Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Kejadian ini adalah pada 30 April yang lalu. Bos dan Mrs. A berserta seorang lagi staff dari unit lain kena pergi kursus Corporate Governance (CG) rasanya sesiapa yang kerja kerajaan atau agensi-agensi yang berkaitan mesti tahu pasal kursus ni. Kursus CG ni actually Mrs. A dipaksa pergi oleh bos, malas nak banyak citer Mrs. A pun layan ajelah. Lagipun kursus ini memang ada berkaitan dengan nature of work Mrs. A. Okaylah tu lagipun sudah agak lama Mrs. A tak pergi external course.

Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri ini telah diadakan di Klana Resort, Seremban. Kursus ni adalah kursus sehari dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 4.30 petang. Ianya adalah anjuran bersama KESANS dan HYPE9 Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan. Peserta kursus bukan setakat dari Negeri Sembilan sahaja ada juga yang dari Negeri Melaka. Pagi tu sebelum kursus bermula kita bergambar dulu ngeh! ngeh! ngeh!

Kursus Corporate Governance (CG)
Peserta-peserta kursus, tetamu jemputan dan speakers diminta bergambar bersama sebelum kursus bermula
Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri ini telah dirasmikan oleh Pegawai Kewangan Negeri. Objektif kursus yang pertamanya adalah untuk memberi pendedahan kepada syarikat Kerajaan Negeri berkenaan amalan Tadbir Urus Korporat yang baik. Keduanya untuk memberi kesedaran kepada syarikat Kerajaan Negeri mengenai tanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan syarikat, selaras dengan Akta Syarikat 2016 dan Akta SPRM 2009.

Dari apa yang Mrs. A faham CG atau amalan tadbir urus korporat yang baik ini hanyalah sebagai garis panduan sesebuah syarikat untuk mentadbir syarikat mengikut acuan syarikat masing-masing supaya lebih sistematik. Contoh macam Piagam Lembaga Pengarah. Bila syarikat telah mewujudkan sejenis piagam ini takdelah seseorang Ahli Lembaga Pengarah tu boleh buat sesuka hati sahaja haruslah mereka merujuk piagam tersebut dalam membuat sesuatu keputusan untuk kepentingan syarikat bukan untuk diri sendiri. Adeh!!! seriusnya muahhhaaaa....

Meh! sini Mrs. A belanja gambar lagi.

Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri
Kami SAINS
Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri
Seating arrangement macam classroom
Kursus ni terbahagi kepada 4 Slot:-

Slot 1 - Tanggungjawab ALP dan Pihak Pengurusan Syarikat
(Speaker - En Mohd Suffian b. Mohd Mokhtar - Ketua Seksyen Bah. Perundangan SSM KL Centre)

Slot 2 - Risiko Penyalahgunaan Kuasa ALP dan Pihak Pengurusan Syarikat
(Speaker - Tuan Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim - Pengarah SPRM cawangan N.S.)

Slot 3 - Malaysian Code of CG - Jawatankuasa yang perlu ada dalam sesebuah syarikat.
(Speaker - En Saiful Anuar b. Zakaria - Pengarah Audit Negeri, JAN, Melaka)

Slot 4 - Amalan Terbaik Tadbir Urus Korporat dan isu-isu penemuan audit.
(Speaker - Pn Salwani bt Muhammad - Pengarah Bahagian 1, Sektor Tadbir urus, JAN, Malaysia)

Mrs. A bagi title ajelah ya, sejenis tak rajin nak ulas details muahahaaaaa.... Pendapat Mrs. A secara keseluruhannya kursus yang sangat menarik dan banyak ilmu baharu dapat dicedok. Lagipun speaker semua hebat-hebat. Mereka relate bahan kursus dengan pengalaman masing-masing yang terlibat secara langsung dengan kes-kes high-profile negara yang sedang dan telah berlaku sedikit masa dahulu. Lagi yang best kalau berkursus ni tak lain dan tak bukan dapat makan sedap dari breakfast, lunch sampailah ke high-tea ngeh! ngeh! ngeh!

Finally sebelum kurus ditamatkan secara rasmi, peserta-peserta pun diberi sijil penghargaan.

Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri
Dan lagi dapat sijil tamat kusus
Readers ada ke yang dah pernah pergi kursus CG ni? eh! ada.... kalau macam tu kita gang, sep sikit.




Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Ramadhan Kareem dear readers dan lebih afdal kalau readers menjawab dengan Allahu akram. Dari apa yang Mrs. A baca Ramadhan Kareem tu maksudnya Ramadhan mulia dan Allahu akram tu pulak maksudnya Allah lebih mulia.

google image
Amvoiii! kemahen ha! intro Mrs. A dah macam poyo muahahaaaa... Actually Mrs. A tak tahu nak tulis apa tapi paksa jugaklah menulis ni. Rasa macam ada tak kena je... bila tengok blog dah lama tak up-date. Lagipun bila Mrs. A blogwalking tadi rata-rata rakan-rakan blogger bercerita kisah Ramadhan masing-masing so kekdahnya Mrs. A pun tak nak ketinggalan jugak. Belum terlambat lagikan... nak up-date kisah Ramadhan 1440H ni, lagipun hari ni baru dua Ramadhan ngeh! ngeh! ngeh!

First Ramadhan Mrs. A biasa-biasa aje terdampar kat rumah bersama family. Disebabkan Along, Aryssa dan Adik tak sekolah cos sekolah mereka ambil cuti peristiwa, kekdahnya Mrs. A pun apply cuti la jugekk... last minutes pun dont care. As long as boss approved.

Weekend sebelum puasa tu Mrs. A balik kampung cos dah janji dengan mak Mrs. A nak merendang. Lagipun memang sengaja nak balik kampung jumpa mak sebelum Ramadhan. Oleh kerana dah berjanji dengan mak so sekali lagi Mrs. A tak dapat menghadirkan diri ke kenduri di Jiboi. Kenduri tu Abang ipar a.k.a Along yang organize haish! last minutes punya arrangement. Time m.i.l bagitahu Mrs. A tu terus terang aje Mrs. A cakap kat M.i.l tak dapat nak datang sebab dah janji dengan mak nak balik kampung. M.i.l pun tak cakap apa-apa seolah-olah faham, tapi dalam hati siapa yang tahukan.... Dapat tengok gambar kejadian dari group WA family.

This time semua side Mr. A ada kecuali Mrs. A dan kids.
 Kenduri tahlil arwah dan sambut Ramadhan. Tak sanggup pulak nak kongsi menu depa al-maklumlah tengah puasa-puasa ni memang semuanya yummy!

Time kat kampung tu sempatlah jugak ke pekan Lubok China melayan si princess tu heboh nak beli ice-cream oren.

Girls only ngeh! ngeh! ngeh!
Hari Ahad tu pagi-pagi lagi mak Mrs. A dah bangun Mrs. A lambat sikitlah lepas subuh tidur balik muahhaaaaa... Tapi kena paksa bangun dengan Aryssa sebab nak kena mesin kelapa la pulak. Ha kata nak merendang haruslah santan dia lebih tu la pasal siapa suruh beli santan tak cukup. Mujurlah kat kampung ada kelapa sendiri.

Rendang daging in the making
Rendang daging tu Mrs. A bawaklah balik sedikit ke Seremban nak buat menu bersahur. Alhamdulillah memang itupun tujuannya. Walaupun Isnin tu Mrs. A dan kids bercuti tapi we all tetaplah balik pada hari Ahad selepas maghrib cos kesian pulak Mr. A nanti takkan nak biar dia bersahur sorang-sorang. Haish! tak bolehlah macam tu dia dah bagi izin balik kampung pun dah seribu rahmat.

Hari pertama Ramadhan we all berbuka puasa di rumah sahaja. Lagipun mood tak berapa nak ceria huhuhuhu... al-maklumlah 1st day puasa.

Alhamdulillah rezeki berbuka puasa di 1 Ramadhan 1440H yang masih berungkus tu ikan bakar, sekor ikan jaket dan sekor lagi ikan Terubuk
Eh! dalam takde-takde apa nak tulis tu panjang jugak rupanya kisah yang Mrs. A bebelkan ni ngeh! ngeh! ngeh! Okaylah itu sahaja nak share. Ramadhan Kareem. Allahu akram. Semoga puasa kita pada tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga puasa kita sentiasa makbul dan diterima olehNYA. InSha Allah.



Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed

Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Sempena hari Jumaat yang penuh barokah ini Mrs. A mengambil kesempatan untuk join Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed. Semoga bertuahlah hendakNYA. Giveaway ini tak lama pun tempohnya so readers yang nak join moh! le kita join cepat-cepat ya. Lagipun syarat-syaratnya mudah sahaja.

Haruslah tepek banner dulu.

Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed
Klik banner untuk ke blog penganjur
Syarat-syarat Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed adalah:-

1. Follow blog kasihkuamani
2. Follow Instagram Sha @kasih_shadz
3. Buat satu entry dengan tajuk "Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed"
4. Tepek banner seperti di atas dan backlink ke entry Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed di blog beliau
5. Jangan lupa tepek link entry penyertaan di ruangan komen

Tempoh Giveaway adalah dari 29.04.2019 sehingga 10.05.2019 

Pemenang bertuah akan dihadiahkan buku kumpulan cerpen Tunjukkan Aku Arah Kiblat oleh Maria Kajiwa.



Happy Birthday Babah

Happy Birthday Babah

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Happy birthday babah. As for month of April memang ramai yang celebrate birthday di kalangan family Mrs. A. April 22nd Aryssa dan Adik, April 29th babah dan April 30th Adik Mrs. A yang bongsu a.k.a Maksu. Fuh! meriah dengan cake birthday.

Pada 29 April tu Mrs. A dah pakat-pakat dengan Aryssa dan Adik lepas balik kerja nanti nak pergi beli kek birthday untuk Mr. A. Tapi Mrs. A cakap dengan Mr. A balik kerja petang tu nak pergi beli barang-barang dapur dengan Aryssa dan Adik takdelah bagi tahu nak pergi beli cake sekali. Kebetulanlah pulak malam tu Mr. A memang request nak makan pizza. Haish! lagilah senang kerja order je pizza delivery.

Happy Birthday Babah
Oppss! spoiled la pulak ice-cream kek tu susah nak potong hiks!
Sebagaimana celebration birthday Aryssa dan Adik begitu jugalah celebration birthday Mr. A we all  celebrate among us only. Ice-cream cake tu Adik yang pilih katanya babah suka ice-cream cake hurmm... iyolah dik ke kau yang nak ice-cream cake hahaha...

Happy Birthday Babah
Ice-cream cake Happy 44th birthday babah
Happy Birthday Babah
Potong jangan tak potong babah ya...
Time we all sampai rumah tu Mr. A belum balik lagi. Sempatlah bawa cake tu masuk rumah tanpa dia nampak. Bila pizza delivery dah sampai, Aryssa pun calling-calling babah. Babah on the way katanya. Aryssa pun dah get ready the table dengan pizza dan jugak piring/ cawan semua. Bila Mr. A masuk aje dalam rumah terus Mrs. A keluarkan cake sambil kids semua nyanyi lagu happy birthday hehehehe.... Alhamdulillah kira jadilah tu surprisenya tu.

Doa kami sekeluarga semoga babah dikurniakan umur yang berkat, sejahtera di dunia dan juga di akhirat kelak. Terima kasih atas segalanya we love you dalam susah mahupun senang. Happy birthday babah.




Selamat Bertunang Anyah

Selamat Bertunang Anyah

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat bertunang Anyah a.k.a Angah, cousin Mr. A. This weekend Saturday and Sunday busy betul Mrs. A sekeluarga tak lekat kat rumah. Saturday morning se-awal pukul 9.30 pagi dah bersiap-siap nak ke Kelang sempena memenuhi jemputan majlis pertunangan cousin Mr. A. Anyah adalah Adik kepada Ayong yang kahwin tahun lepas kisahnya tu di[SINI]

Aryssa dah pergi Jumaat petang dengan Opah dan seorang lagi cousin dia. Pada mulanya m.i.l plan nak naik train dengan Aryssa tapi bila cakap dengan babah dia tak setuju la pulak, leceh katanya opah nak turun naik train dengan tangga segala bagai so biar babah je yang hantar. Iyolah babah we all follow jerrr... Kekdahnya Saturday morning tu we all berempat jelah lagipun takde plan nak konvoi dengan adik-beradik yang lain. Pergi ikut masing-masing punya own sweet time.

Selamat Bertunang Anyah
Selamat bertunang Anyah
Selamat Bertunang Anyah
Amvoiii!! Aryssa kemahen! tau 
Selamat Bertunang Anyah
Kena buli bergambar berdua
Selamat Bertunang Anyah
Bergambar bersama-sama cousins
Side lelaki datang jauh nun dari Perlis Indera Kayangan. Actually side lelaki dah sampai sehari awal iaitu Jumaat malam dan mereka semua lepak home stay. Tak ramai pun kalau tak silap Mrs. A dalam 3 biji kereta dan satu van sahaja. Time mereka discussed tu Mrs. A tak dengar pun cos we all kat atas di bilik Anyah. Tapi seriuosly sekejap sangat dicussion mereka tu maybe Maklang & Paklang dah pakat-pakat awal sebelum majlis agaknya.

Dah habis settle majlis kekdahnya semua orang dah balik barulah we all pakat-pakat balik kalau tak salah lebih kurang dalam pukul 3.30 petang cenggitu. Balik pun ikut haluan masing-masing Along sekeluarga nak pergi P.J dulu. S.i.l sekeluarga yang bawa m.i.l balik. Mrs. A  sekeluarga yang gerak dulu kononya Adik nak ajak babah dia singgah Aeon Nilai tapi hampa babahnya nak balik awal ada hal lain katanya. Berhuhuhuhuu... ajelah Dik hoi!

Bila ditanya Anyah bila majlis langsungnya dia cuma tersenyum aje. Tak pastilah pulak Mrs. A berapa lama mereka plan nak bertunang tu. Didoakan semoga sampai ke jinjang pelamin. In Sya Allah kalau dah jodoh tidak ke mana. 




Maklum Balas Ujian Talasemia Alfa

Maklum Balas Ujian Talasemia Alfa

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Maklum balas ujian talasemia alfa Along telah diketahui. Sebelum ini Mrs. A dah pernah share pasal ujian saringan talasemia ni [SINI] Pada minggu lepas Mrs.A telah mendapat panggilan daripada Klinik Kesihatan Sikamat ("KKS") meminta ibu bapa datang untuk diberitahu berkenaan keputusan ujian talasemia alfa Along.

Kekdahnya pada 23042019 sebelah petang Mrs. A dan Mr. A pun pergilah. Walaupun plan asalnya nak bawa Along sekali tapi tulah tak done nak tunggu dia balik sekolah. Walhal pagi tu Mrs. A dah pesan kat Along balik awal tapi tunggu punya tunggu tak muncul jugak. Tepat jam 2.50 petang Mr. A cakap tak payahlah tunggu dia kita ajelah pergi. Lagipun nak kena hantar Adik ke padang sekolah, sekali jalan 3.00 petang Adik ada training ragbi.

Malas nak argue Mrs. A follow aje apa king cakap huhuhu.... Dah sampai KKS terus menuju ke kaunter registration yang dulu tu. Bagitahu kat nurse tu cakap ada appointment. Nurse tu pulak macam blurrr... siap tanya lagi siapa yang call pastu Mrs. A cakaplah doktor sendiri call dan bagitahu dia ok tak kalau anak tak datang sekali? Dia pun tak pasti terus call doktor in-charge. Bila dia sebut nama Along doktor cakap ok boleh jumpa parents sahaja. Nurse pun bagilah no giliran dan minta we both naik tingkat 1.

Maklum Balas Ujian Talasemia Alfa
Nurse tu cakap bilik 30 puas cari tak jumpa pun bilik 30. Bila doktor keluar kata inilah biliknya.
Ghuper-ghupernya bilik no 29 daa....
Maklum Balas Ujian Talasemia Alfa
Nampak tak we both? Kalau tak nampak tu, lagi 2 kali Jumaat. 
Setelah menunggu dalam setengah jam macam tu sampailah turn we all masuk jumpa doktor. Mrs. A cakaplah Along tak dapat datang dia sekolah. Doktor kata takpelah saya okay sebab keputusan dia negatif kalau positif saya tak benarkan. Oh! patutlah. Kemudian Mrs. A dan Mr. A boleh pulak serentak cakap alhamdulillah sambil masing-masing tersenyum lebar termasuklah doktor.

Kemudian doktor pun tunjukkan keputusan ujian DNA yang dari GHKL tu sambil terangkan kepada we both. Sikit-sikit bolehlah Mrs. A faham yang lain-lain term doktor tu memang Mrs. A tak fahamlah hahahhaaa... tapi buat-buatlah faham ya. Apa yang penting dan Mrs. A hadam Along bukanlah carrier talasemia alfa. Syukur alhamdulillah.
Maklum Balas Ujian Talasemia Alfa
Alhamdulillah negatif talasemia beta dan alfa
Sekejap aje pun sesi bersama doktor tu mungkin sebab keputusan Along negatif agaknya. Tak macam yang masuk sebelum Mrs. A tu lama jugaklah dalam setengah jam cenggitu. Tapi doktor tetap jugaklah bagi parents satu salinan keputusan ujian tu for our record. Mrs. A sempat jugaklah tanya doktor berapa cos ujian untuk talasemia alfa ni, katanya dalam RM380 ke RM600 berbeza ikut hospital kerajaan atau swasta. Uish! mahal costnya. Tapi mujurlah Along ni f.o.c jer... sebab melalui pihak sekolah. #terimakasihkkm

Kemudian sesamapi aje kat rumah Along dah tunggu depan pintu excited habis dia nak tahu keputusan ujian talasemia alfa dia tu. Bila Mrs. A cakap negatif. Alhamdulillah syukur katanya itulah Along dah agak dah Along takde talasemia. Along sihat jer... hurm... iyolah Along.

Maklum Balas Ujian Talasemia Alfa #negatif yang baik.




Aryssa Turn 15 & Adik Turn 13

Aryssa Turn 15 & Adik Turn 13

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Tahun ini Aryssa turn 15 dan Adik pula turn 13. Tahun ini birthday Aryssa dan Adik jatuh pada hari bersekolah dan semestinyalah hari bekerja juga. Mrs. A takde plan pun nak celebrate macam tahun lepas tu [SINI]. Aryssa dan Adik pun tak bising-bising nak celebrate. Alhamdulillah sangat memahami anak-anak ibu ini huhuhu....

Tetapi tidak kepada Mr. A dia nak sambut jugak birthday anak-anak dia tu ghu...perrr...nya. Petang tu dia keluar tak bagi tahu nak ke mana, tiba-tiba sebelum maghrib balik bawak kek birthday.

Aryssa Turn 15 & Adik Turn 13
Aryssa turn 15. Adik turn 13 share D.O.B 22 April
Just a small celebration with our small family. Alhamdulillah yang penting happy.

Aryssa Turn 15 & Adik Turn 13
Syukuri apa yang ada itulah bahagia. Eh! tetiber...
Aryssa Turn 15 & Adik Turn 13
Ha! jangan lupa PT3 tak lama lagi tu Aryssa ku sayang
Aryssa Turn 15 & Adik Turn 13
Amvoii!!! happy nampak
Mrs. A pulak yang rasa terharu cos Mr. A gigih plan sensorang buat celebration ni. Itulah sambil-sambil basuh pinggan dengan Aryssa kat dapur. Cakap kat dia gigih babah kau Sha terharu tak? Terharulah ibu katanya. Ha tahu takpe lepas ni jangan degil cakap babah.

Okay itu sahaja nak share kisah Aryssa Turn 15 & Adik Turn 13. Semoga Aryssa dan Aqil menjadi anak-anak yang solehah dan soleh. In Sya Allah.



Abam Kie's Birthday Giveaway

Abam Kie's Birthday Giveaway

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Wah! nampaknya bulan kelahiran Abam Kie samalah pula dengan bulan kelahiran Mrs. A tapi tarikh dan tahun adalah berbeza ngeh! ngeh! ngeh! Rajin betul Abam Kie menganjurkan giveaway mahupun segmen berbeza betul dengan Mrs. A ni cuma rajin menjoin jerrr.... muahahaaaaa....

Okaylah langkah pertama untuk join Abam Kie's Birthday Giveaway wajib tepek banner yang telah disediakan seperti dibawah:-

 Klik banner untuk ke blog penganjur
Klik banner untuk ke blog penganjur
Jangan lupa buat ucapan birthday paling kreatif tau macam Mrs. A ni ooopsss! tieberrrr..

"Selamat ulang tahun kelahiran Mrs. A ucapkan buat Abam Kie semoga terus mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi. Dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang berkat serta terus istiqamah dijalanNYA kerana DIA tidak pernah memungkiri janji."

Dah namanya pun Abam Kie's Birthday Giveaway sudah pastilah ada hadiah disediakan. 10 hadiah disediakan untuk pemenang-pemenang bertuah yang menepati syarat. Buat readers yang nak join dan nak tahu apakah hadiah yang disediakan sila klik banner untuk ke blog pengajur.



Lepas Gian Bernetball

Lepas Gian Bernetball

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Malam tadi ntah macam mana Mrs. A telah termakan ajakan seorang gang netball untuk main netball saja-sajalah nak keluar peluh. Lagi pun dah  lama sangat breaks itu yang terasa macam nak lepas gian bernetball tu.

Last Mrs. A aktif bernetball adalah di waktu musim SBAM. Lebih kurang bulan Oktober 2018 huish!!! kira-kira dah 5 bulan tu. Mahu tak gian muahahaaa... Actually bulan lepas kononnya nak join satu pertandingan ni tapi banyak sangat karenah penganjur tu last-last gang netball pun tarik diri. Punyalah semangat Mrs. A time tu siap plan dah amik annual leave a day before pertandingan tu. Finally none hado uols kekdahnya Mrs. A pun suruh aje bos rejected cuti Mrs. A tu.

Team netball yang Mrs. A join malam tadi tu bukannya Mrs. A kenal semua pun. Yang kenal rapat pun cuma 2 orang jer...

netball
Thank you Alin ajak Mrs. A. WD tu exSAINS sekarang 'cik pulis' hehehe...
Walaupun pada awalnya Mrs. A segan-segan nak join tapi bila dah join terus hilang ingatan sekejap.

netball
Adeh! amik nafas jap setelah 10 minit menginjang 
netball
Time ni Mrs. A diminta blow a.k.a referee 
netball
Rasa macam awkward gilerrr...
Mrs. A rasa enjoy sangat bernetball dengan team malam tadi tu. Ini kiranya pertama kali Mrs. A turun ke center court setelah hampir 5 bulan breaks. Lagipun Mrs. A memang nak bagi masa jugak kat lutut kanan ni kembali pulih. Mrs. A terasa confident tu cos setelah training berlari-larian lutut kanan ni dah rasa okay takdelah membengkak ataupun terasa sakit. Tapi semestinyalah Mrs. A gunakan knee guard kalau tak guna memang tak confidentlah.

Punyalah tak confident kalau takde knee guard tu sanggup patah balik rumah ambil. Macam malam tadi tu dah gerak separuh jalan hantar Along tuisyen pastu teringat tak pakai knee guard. Plannya lepas hantar Along kat Sikamat nak terus ajelah ke Center Court. Haish! tak beranilah terpaksalah balik rumah dulu amik knee guard tu.

Court tu mereka booking dari pukul 8.30 malam sampai pukul 10.30 malam. Tapi Mrs. A pukul 10.00 macam tu dah minta nak pulang cos nak fetching Along dari tuisyen. Along balik tuisyen dalam pukul 10.15 macam tu.

netball
Sebelum pulang Mrs. A ajak mereka bergambar dulu. Haruslahkan blogger memang selalu begitu
Puas betul main malam tadi merecik-recik peluh keluar. Itulah bila dah seronok sangat dan suka dengan apa yang kita buat memang tak ingat pun pasal lutut yang kondem tu. Rasanya siapa yang aktif bersukan mesti faham apa yang Mrs.A rasa tu kanssss....

Lepas gian bernetball thanks you all cos sudi ajak Mrs. A join uols yang muda-muda belia tu.



Cikgu Mengaji Mereka Dah Kahwin

Cikgu Mengaji Mereka Dah Kahwin

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Cikgu mengaji mereka dah kahwin. Mereka yang Mrs. A maksudkan tu adalah Along, Aryssa dan Adik ngeh! ngeh! ngeh! Anak-anak Mrs. A mengaji Al-Quran dekat rumah orang iaitu jiran setaman. Depa tu tak pergi KAFA pun. Time Along darjah dua dulu pernahlah hantar pergi KAFA tapi tulah terlebih main kot tu yang bila disuruh mengaji kat rumah tak lancar pun bacaan si Along. So terus cancel tak hantar pergi KAFA. Lantak pi lah apa orang nak kata, because they just know my name but not my story eh! tetiba muaahahaaaa....

Actually cikgu mengaji yang kahwin pada Sabtu lepas ini hanyalah mengajar Adik aje sekarang. Cos Along dan Aryssa dah khatam dua 3 tahun lepas. Sebelum mengaji dengan cikgu sekarang ini anak-anak Mrs. A mengaji dengan cikgu mengaji lain iaitu nenek Ami tapi tak sempat khatam pun kisahnya tu di [SINI]

Nak citer kisah wedding tapi intronya panjang lak hai hahahaa... Majlis persandingan cikgu mengaji mereka ini diadakan di Dewan MPS. Family mereka sangat islamik so kekdahnya tiada pelamin pun disediakan. Acara kemuncaknya adalah kedua mempelai potong kek dan beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir. Sangat simple dan friendly majlisnya.

Saliha kahwin
Sempat bergambar dengan adik pengantin jer... time ni dia tengah hantar kek pegantin yang dah dipotong-potong dari meja ke meja.
Saliha-kahwin
Along tukang snap gambar. Mr. A tak join cos dia busy dengan PRK DUN Rantau #busylahsangat
Langsung takde gambar pengantin huhuhu... itulah konon kejap-kejap lagi tapi bila nak balik pengantin busy round table segan pulak nak kacau so we all pun balik jelah.

cenderahati
Yeay! dapat pop-corn boleh makan dalam kereta ngeh! ngeh! ngeh!
Lagipun Adik nak ajak pi Mr. D.I.Y nak beli barang untuk projek periskop dia. Sedih jugaklah lepas ni Saliha a.k.a cikgu ngaji kata dia tak mengajar ngaji lagi dah. Dia akan ikut suami. Tugas mengajar mengaji akan diserahkan kepada ibu dia. Pheww!!! alhamdulillah lega Mrs. A dengar mula-mula Mrs.A ingatkan langsung tak mengajar dah. Haru-biru jugak nak cari tempat mengaji yang baharu untuk Adik ni. Terus Adik kena bebel dengan Mrs. A selalu malas pergi mengaji itu yang dah sekolah menengah pun tak khatam-khatam lagi tu.

Anyway selamat pengantin baru Mrs. A ucapkan buat Saliha dan pasangan. Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua, walaupun pilihan keluarga semoga berbahagia till Jannah.





Wedding Invitation From Temerloh to Chuah

Wedding Invitation From Temerloh to Chuah

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Wedding invitation ini adalah daripada suku-sakat m.i.l. Ingatkan weekend baru-baru ni akan mereput jer... kat rumah ialah knowing Mr. A tu sedang busy dengan kempen politiknya ooopssss! tiberrrr.... Muahahhaaaa... tapi bila Friday malam tu dia cakap esok kita pergi kenduri kahwin kat Chuah nak tak? Kids dan Mrs. A semua kata nakkkk... Kalau nak, esok dalam pukul 11.30 'siap' katanya.

Dari side m.i.l adalah pengantin perempuan. Ini kiranya majlis bertandang ke side lelaki. Sewaktu majlis di side perempuan sebelum ini we all tak dapat hadir pun lagipun jauh nun di Temerloh, Pahang Darul Makmur (dah tak pergi tu memacam la alasan hah! haiii!.)

wedding-invitation
Suka bapak pengantin bila nampak suku-sakat dari Jiboi
wedding-invitation
M.i.l dan bapak pengantin yang dijaganya time kekecik dahulu kala.
Actually rombongan side perempuan dah tiba sehari awal sebelum majlis berlangsung dan mereka telah stay di Home Stay di Port Dickson. Walaupun kononnya we all nak datang bersama-sama rombongan pengantin perempuan tapi tak menjadi uols time we all sampai tu depa dah pun sampai dahulu dan sedang get ready untuk makan beradab di khemah yang disedaikan khas untuk side pengantin perempuan ngeh! ngeh! ngeh!

Jom! Mrs. A belanja gambar lagi.

wedding-invitation
Aryssa, my biras & her daughter
wedding-invitation
Family Jiboi tak semua ada. F.i.l, Along & Alang family tak dapat join
wedding-invitation
Yang lelaki tu adik-beradik pengantin perempuan
wedding-invitation
Over yang tukang snap gambar tu hahahaaa....
wedding-invitation
Pengantin potong kek. Cantik color baju pengantin ni Mrs. A suka
wedding-invitation
Goodies masing-masing dapat sekotak besar jus buah dan kek
Terima kasih di atas jemputan dan layanan yang istimewa. Didoakan semoga pasangan pengantin berbahagia till Jannah. Okay thats all kisah Wedding Invitation From Temerloh to Chuah.



AGM Dan Majlis Hi-Tea Kelab Sosial & Rekreasi 2019

AGM Dan Majlis Hi-Tea Kelab Sosial & Rekreasi 2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

AGM ataupun nama panjangnya Annual General Meeting Kelab Sosial & Rekreasi (KSR) syarikat telah diadakan pada tarikh April fool ngeh! ngeh! ngeh! Di samping meeting turut diadakan sekali Majlis Hi-Tea. AGM dan Majlis Hi-Tea tersebut telah diadakan di Laman Puteh, Seremban 2 nun sekangkang kera je dari office (walking distance). Okaylah takdelah jauh macam tahun 2016 [SINI].

Actually setiap tahun memang diadakan AGM tapi biasalah Mrs. A  bukannya berkesempatan pun pergi setiap tahun. Alhamdulillah tahun ini diberi kesempatan olehNYA untuk turut serta lagipun excited lebih sikit cos tahun ini turut diadakan pemilihan a.k.a pengundian untuk memilih kepimpinan KSR yang baharu iaitu bagi sesi 2019 - 2021. Seperti kebanyakkan kelab dan pertubuhan KSR juga menggunapakai tempoh penggal untuk tampuk pemerintahan (ayat tak boleh blah!! hahaha) adalah selama 2 tahun sahaja. Selepas 2 tahun kita undi semula.

AGM 2019
Kemahen KSR tau grand sungguh tempat AGM kali ini
AGM 2019
Mrs. A and the gang sampai lebih kurang pukul 2.00 petang orang tak ramai lagi
AGM 2019
Siap ada karpet merah bagai
Actually Laman Puteh Seremban 2 ini adalah laman perkahwinan sebab itulah dewannya nampak grand cos selayaknyalah untuk majlis raja sehari. Tetapi ianya juga terbuka untuk tempahan lain-lain event yang berskala besar contohnya macam AGM KSR ini. Pihak KSR menjangkakan kehadiran ahli KSR lebih kurang 300 orang termasuklah dari kesemua Daerah (Rembau, Jempol, Tampin, P.D, Jelebu) ini berdasarkan RSVP yang telah diterima oleh mereka.

Agenda mesyuarat adalah:

2.00 petang ketibaan & Pendaftaran Ahli KSR
2.30 petang Bacaan Doa & Ucapan Presiden
3.00 petang AGM bermula, pengesahan minit AGM 2018, pembentangan Kewangan Berakhir Disember 2018, Pembentangan Aktiviti tahun 2019
Lucky Draw.

AGM 2019
Banyak betul hadiah lucky draw AGM 2019 kali ni
AGM 2019
Alhamdulillah Mrs. A and the gang bertuah. 
Nombor lucky draw tu sila check bawah kerusi masing-masing. Actually bawah kerusi we all takde nombor pun tapi bila we all check kerusi kosong di meja tu dapatlah nombor-nombor bertuah tersebut. Alhamdulillah bukan senang Mrs. A nak dapat lucky draw nih! Tapi kalau tak dapat lucky draw pun takpelah dapat juga cenderahati kehadiran iaitu sebiji botol air dan juga sebekas pen/pensil kali ni Mrs. A dapat color merah 2016 Mrs. A dapat color oren.

Dalam mesyuarat ini, setiausaha turut menerangkan lagi kenapa kelab ini dinamakan kelab sosial dan rekreasi dan bukannya kelab sukan. Katanya KSR hanya perlu didaftarkan di bawah ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) manakala kelab sukan pula perlu didaftarkan di bawah MSN (Majlis Sukan Negara). Kurang sesuai jika hanya tertumpu kepada aktiviti bersukan sahaja cos bukan semua orang bersukan. Jika kelab sosial dan rekreasi pelbagai aktiviti boleh dilakukan contohnya memancing atau pun aktiviti rombongan dan lain-lain.

Okay sambung lagi kisah AGM, setelah selesai pembentangan agenda-agenda seperti kewangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh kepimpinan terdahulu maka setiausaha pun membuat pengumumman rasmi pembubaran ahli-ahli jawatankuasa sediada dan melantik AJK sementara bagi meneruskan mesyuarat. AJK sementara mengumumkan sesi pengundian AJK yang baharu akan dijalankan dan memperkenalkan calon-calon yang bertanding. Walaupun terdapat ramai pencalonan untuk jawatan "Presiden" dan juga "Setiausaha" tapi kesemua yang dicalonkan itu telah menarik diri. Keputusannya jawatan Presiden dan Setiausaha menang tanpa bertanding, begitu juga dengan jawatan Bendahari masih kekal kepada orang yang sama. Bagi jawatan Penolong Setiausaha pula calon pencabar tidak hadir so secara automatik dikira menarik diri kekdahnya jawatan Penolong Setiausaha juga kekal kepada ahli sediaada.

Lain-lain jawatan yang bertanding dan hangat diundi pada petang itu adalah jawatan yang baharu diwujudkan iaitu "Naib Presiden". Jawatan lain yang bertanding "Penolong Bendahari" dan "Juruaudit". Mrs. A and the gang pun turut mengundi dengan pilihan masing-masing.

AGM 2019
Pengundi-pengundi sedang beratur membuang undi siap pasang back-ground lagu mari mengundi tu hahahaaa....
Sementara 'AJK sementara' mengira undi majlis Hi-Tea pun bermula dan time untuk claim lucky draw jugak. Kemudian setelah selesai proses kira undi pemenang pun diumumkan. Calon Naib Presiden yang menang bukanlah pilihan Mrs. A hahahai.... Penolong Bendahari yeay! yang menang calon pilihan Mrs. A manakala Juruaudit yang dua orang tu seorang calon yang Mrs. A undi menang dan seorang lagi yang menang tu bukan calon pilihan Mrs. A. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada semua yang telah terpilih semoga mereka akan menjalankan amanah dengan jujur, dedikasi dan sebaik-baiknya.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan perbincangan mengenai Perlembagaan Bagi Pertubuhan Induk KSR. Secara keseluruhannya mesyuarat berjalan lancar dan beberapa perlembagaan telah turut setuju dipinda mengikut kesesuaian masa kini demi kebaikan ahli-ahli KSR.

Pendapat Mrs. A berdasarkan pengalaman sendiri setelah kelab sukan terdahulu ditukar kepada KSR telah banyak perubahan yang berlaku dan kebanyakkannya adalah perubahan yang positif. Kesemua yang dirancang dan diwar-warkan oleh kepimpinan KSR sediada juga telah dilaksanakan dan dijayakan dengan sebaik-baiknya contoh seperti explorace/ explohunt, acara memancing, cenderahati birthday ahli, rombongan ke Langkawi dan mendaki gunung Kinabalu kesemuanya telah dipenuhi.

Semoga dengan kepimpinan terbaharu sesi 2019 -2021 KSR akan terus maju jaya.

AGM 2019
Tepi sekali kiri gangn netball all the way from Daerah Rembau



MRS.A my blog my stori ©