Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Menghadiri Perbicaraan. Setelah sekian lama tertangguh akhirnya permintaan emak untuk kami adik-beradik segera menyelesaikan hal berkenaan tanah dan rumah peninggalan arwah abah berjaya direalisasikan to be exact "pembahagian harta pusaka kecil".
Sebelum kami adik-beradik dipanggil untuk menghadiri perbicaraan tersebut a.k.a "bicara kuasa" langkah pertama yang perlu dibuat adalah mengisi Borang A - Seksyen 8. Borang A ini hendaklah diisi oleh Pempetisyen iaitu orang yang menuntut. Dalam kes Mrs. A Pempetisyen adalah emak Mrs. A actually waris-waris lain yang sah pun boleh. Tapi tulah we all tak tahu ingatkan hanya isteri sahaja yang berhak.
Borang A ni emak dengan Kakngah Mrs. A yang pi amik kat PTG Rembau. Tapi time nak kena isi tu mak minta Mrs. A yang isikan cause Kakngah cakap dia fening nak hadam biji butir nak mengisi tempat kosong kat Borang A tu muahahaaaa.... tapi mujurlah ada Mrs. A sebagai penyelamat ehh! tiberr... actually memang sedikit fening tapi takpe follow aje panduan mengisi borang dan senarai semak yang diberikan.
Menghadiri Perbicaraan.
Setelah lengkap diisi Borang A tu berserta dengan kesemua salinan dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan. Mrs. A juga yang ditugaskan sekali lagi oleh emak supaya menghantarnya ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG) to be exact Unit Pembahagian Pusaka Negeri Sembilan Barat yang terletak di Wisma Persekutuan, Seremban since Mrs. A pun memang duduk Seremban kan ha! gittewww....
Mrs. A hantar Borang A tu dalam bulan Ogos ke September 2019 tak ingat dah tapi dapat notis hadir bicara pada 31 Oktober 2019. Notis hadir bicara tu dihantar ke alamat kat kampung selain daripada tu Mrs. A dapat jugak SMS daripada JKPTG cause Mrs. A letak nombor Mrs. A untuk dihubungi almaklumlah line kat kampung tenggelam timbul, lagipun takut mak Mrs. A tak perasan kalau ada orang JKPTG call. Tarikh kami kena hadir bicara tu adalah pada 19.11.2019 sebelah pagi di PTG Daerah Rembau.
Menghadiri Perbicaraan
Alhamdulillah pada tarikh 19.11.2019 tersebut kesemua adik-beradik dan jugak emak Mrs. A dapat hadir. Kalau tak dapat hadir kena kemukakan surat persetujuan (Borang DDA) yang boleh didapati di mana-mana Unit Pembahagian Pusaka atau download terus dari laman web JKPTG.
Pada hari kejadian tu Mrs. A amik cuti. Mrs. A dari rumah Seremban ajak Aryssa temankan terus je ke PTG Rembau. Along dan KakNgah pun sama dari rumah masing-masing sorang Puchong, Selangor, sorang Krubong, Melaka terus ke PTG Rembau. Sementara emak, alang dan Maksu (adik bongsu) serta anak Mrs. A si Adik tu dari kampung. A week before bicara tu Mrs. A ada balik kampung tu yang Adik terus lepak kampung.
Menghadiri Perbicaraan.
Sampai masa yang dijadualkan we all pun dipanggil masuk ke kamar mahkamah. 'Hakimnya' perempuan uols!. Masuk-masuk aje 'hakim' suruh duduk dan minta IC kami semua berserta dokumen-dokumen asal yang telah diminta di dalam notis yang telah dihantar sebelum itu. 'Hakim' tu serius aje takde lawak-lawak pun, tu yang Mrs. A pun seriau nak snap-snap gambar time kat dalam kamar mahkamah tu muahhhaaahaaa....
Sebelum perbicaraan dijalankan 'hakim' suruh angkat sumpah terlebih dahulu. Semua diminta berdiri (tak larat boleh duduk je) angkat tangan kanan dan ikut apa yang 'hakim' tu cakap. Paling Mrs. A ingat adalah 'tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka' hiks! Kemudian perbicaaran pun bermula 'hakim' pun tanyalah apa-apa yang berkenaan.
Fuh! ntah kenapa Mrs. A berdebar-debar lak time tu hahahaa... walaupun yang banyak kena soal adalah emak cause emak pempetisyen. Emak ni pulak telinga sedikit kurang dengar #orangtualahkatakan bila 'hakim' tanya dia suruh hakim ulang. Mrs. A rasa mak kurang faham maksud 'hakim' tu yang dia minta ulang. Mrs.A pun cakaplah kat 'hakim' tolong cakap kuat lagi sambil tunjuk isyarat kat telinga mak kurang dengar. Pastu 'hakim' perempuan tu jawab 'saya ni kalau cakap kuat-kuat nanti orang ingat saya marahlah pulak.' 'Okay! takpe awak (sambil tunjuk kat Mrs. A) tolong 'ulang cakap' saya pada mak awak'. Sambil tu dia sambung lagi 'kenapa minta mak jadi Pempetisyen waris lain pun boleh' katanya. 'Ohh! boleh!?' Maaf kami semua tak tahu.
Setelah semua soalan terjawab dan 'hakim' pun puashati tiba part yang penting iaitu part pembahagian harta ni nak diagihkan secara bagaimana? Ada beberapa pilihan antaranya ikut faraid dan muafakat. Mak Mrs. A sekali lagi tak menjawab, pastu Along Mrs. A yang tolong jawabkan muafakat katanya. Selamba 'hakim' tu bash Along, saya bukan tanya awak ya Encik Abd R saya tanya Puan Halimah muahhhaaaa... Haish!!! mak ni kan... geram pulak Mrs. A tau, ntah berangan apa pun tak tahu diam seribu bahasa pulak dia, tapi lepas tu mak pun jawablah muafakatlah puan itu anak saya pun semua dah setuju secara muafakat. Dua tiga kali jugaklah 'hakim' tu tanya kepada kami semua untuk pengesahan secara muafakat tu.
We all ingatkan time tu geran dah boleh terus tukar secara muafakat iaitu letak semua nama dalam geran. Tapi YA hakim cakap tak boleh buat sekarang kerana rumah masih belum ada geran walaupun dah settle bayaran loan kerajaan tapi we all tak pergi ambil geran rumah lagi. So kena pergi ambil geran rumah dahulu dan hendaklah melantik seorang Pentadbir untuk uruskan permohonan yang berikutnya.
Untuk lantik Pentadbir ni guna Borang P - Seksyen 17 yang 'hakim' akan bagi. Bila 'hakim' tanya mak siapa dia nak lantik jadi Pentadbir iaitu yang akan uruskan proses untuk permohonan seterusnya tu. Along pulak dengan lajunya cakap saya yang akan jadi Pentadbir. Sekali lagi Along Mrs. A kena bash dengan 'hakim' tu. Saya tak tanya awak ya Encik Abd R. Kemudian baharulah mak jawab saya lantik dialah puan lagipun dia yang sulung. Tapi 'hakim' tetaplah bertanya kepada yang lain-lain jugak setuju atau tidak lantik Encik Abd R ni sebagai Pentadbir. Mrs. A, Alang, Angah dan Adik bongsu pun jawablah setujuuuu..... dia tanya jugak pada Along Encik Abd. R awak setuju tak ni? Along pun sambil senyum simpul jawab setujulah dah saya lantik diri saya tadi muahhaaaaa.... pandai pulak Along buat lawak serius di situ.
Dipendekkan cerita akhirnya 'hakim' pun menamatkan perbicaraan sambil tu we all diminta untuk menjelaskan bayaran kos mahkamah sebanyak RM224.00. Sekali lagi mak menugaskan Mrs. A pergi membayar kos tersebut di PTG bangunan sebelah kemudian salinan resit bayaran tu dipulangkan semula kepada YA hakim. Alhamdulillah settle satu perkara Mrs. A sangat bersyukur kerana dikurniakan adik-beradik yang saling memahami yang tidak ada langsung perasaan untuk memiliki seorang diri harta pusaka arwah abah tu. Alhamdulillah. #hartaduniaajepun
As Salam and greetings to dear readers.
Menghadiri Perbicaraan. Setelah sekian lama tertangguh akhirnya permintaan emak untuk kami adik-beradik segera menyelesaikan hal berkenaan tanah dan rumah peninggalan arwah abah berjaya direalisasikan to be exact "pembahagian harta pusaka kecil".
Sebelum kami adik-beradik dipanggil untuk menghadiri perbicaraan tersebut a.k.a "bicara kuasa" langkah pertama yang perlu dibuat adalah mengisi Borang A - Seksyen 8. Borang A ini hendaklah diisi oleh Pempetisyen iaitu orang yang menuntut. Dalam kes Mrs. A Pempetisyen adalah emak Mrs. A actually waris-waris lain yang sah pun boleh. Tapi tulah we all tak tahu ingatkan hanya isteri sahaja yang berhak.
Borang A ni emak dengan Kakngah Mrs. A yang pi amik kat PTG Rembau. Tapi time nak kena isi tu mak minta Mrs. A yang isikan cause Kakngah cakap dia fening nak hadam biji butir nak mengisi tempat kosong kat Borang A tu muahahaaaa.... tapi mujurlah ada Mrs. A sebagai penyelamat ehh! tiberr... actually memang sedikit fening tapi takpe follow aje panduan mengisi borang dan senarai semak yang diberikan.
Menghadiri Perbicaraan.
Ini contoh sebenar senarai semak permohonan Mrs. A punya |
Mrs. A hantar Borang A tu dalam bulan Ogos ke September 2019 tak ingat dah tapi dapat notis hadir bicara pada 31 Oktober 2019. Notis hadir bicara tu dihantar ke alamat kat kampung selain daripada tu Mrs. A dapat jugak SMS daripada JKPTG cause Mrs. A letak nombor Mrs. A untuk dihubungi almaklumlah line kat kampung tenggelam timbul, lagipun takut mak Mrs. A tak perasan kalau ada orang JKPTG call. Tarikh kami kena hadir bicara tu adalah pada 19.11.2019 sebelah pagi di PTG Daerah Rembau.
Menghadiri Perbicaraan
Haruslah snap gambarkan Pejabat Daerah dan Tanah Rembau |
Pada hari kejadian tu Mrs. A amik cuti. Mrs. A dari rumah Seremban ajak Aryssa temankan terus je ke PTG Rembau. Along dan KakNgah pun sama dari rumah masing-masing sorang Puchong, Selangor, sorang Krubong, Melaka terus ke PTG Rembau. Sementara emak, alang dan Maksu (adik bongsu) serta anak Mrs. A si Adik tu dari kampung. A week before bicara tu Mrs. A ada balik kampung tu yang Adik terus lepak kampung.
Menghadiri Perbicaraan.
Emak dan Along duduk kat sudut jauh dari Mrs. A |
Alang dan Adik di satu sudut depan Mrs. A |
Aryssa dan Makngahnya |
Maksu (adik bongsu Mrs. A) dan si baju kurung pink ngeh! ngeh! ngeh! sangat mengikut 'etika berpakaian sopan' gittewww... |
Sebelum perbicaraan dijalankan 'hakim' suruh angkat sumpah terlebih dahulu. Semua diminta berdiri (tak larat boleh duduk je) angkat tangan kanan dan ikut apa yang 'hakim' tu cakap. Paling Mrs. A ingat adalah 'tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka' hiks! Kemudian perbicaaran pun bermula 'hakim' pun tanyalah apa-apa yang berkenaan.
Fuh! ntah kenapa Mrs. A berdebar-debar lak time tu hahahaa... walaupun yang banyak kena soal adalah emak cause emak pempetisyen. Emak ni pulak telinga sedikit kurang dengar #orangtualahkatakan bila 'hakim' tanya dia suruh hakim ulang. Mrs. A rasa mak kurang faham maksud 'hakim' tu yang dia minta ulang. Mrs.A pun cakaplah kat 'hakim' tolong cakap kuat lagi sambil tunjuk isyarat kat telinga mak kurang dengar. Pastu 'hakim' perempuan tu jawab 'saya ni kalau cakap kuat-kuat nanti orang ingat saya marahlah pulak.' 'Okay! takpe awak (sambil tunjuk kat Mrs. A) tolong 'ulang cakap' saya pada mak awak'. Sambil tu dia sambung lagi 'kenapa minta mak jadi Pempetisyen waris lain pun boleh' katanya. 'Ohh! boleh!?' Maaf kami semua tak tahu.
Setelah semua soalan terjawab dan 'hakim' pun puashati tiba part yang penting iaitu part pembahagian harta ni nak diagihkan secara bagaimana? Ada beberapa pilihan antaranya ikut faraid dan muafakat. Mak Mrs. A sekali lagi tak menjawab, pastu Along Mrs. A yang tolong jawabkan muafakat katanya. Selamba 'hakim' tu bash Along, saya bukan tanya awak ya Encik Abd R saya tanya Puan Halimah muahhhaaaa... Haish!!! mak ni kan... geram pulak Mrs. A tau, ntah berangan apa pun tak tahu diam seribu bahasa pulak dia, tapi lepas tu mak pun jawablah muafakatlah puan itu anak saya pun semua dah setuju secara muafakat. Dua tiga kali jugaklah 'hakim' tu tanya kepada kami semua untuk pengesahan secara muafakat tu.
We all ingatkan time tu geran dah boleh terus tukar secara muafakat iaitu letak semua nama dalam geran. Tapi YA hakim cakap tak boleh buat sekarang kerana rumah masih belum ada geran walaupun dah settle bayaran loan kerajaan tapi we all tak pergi ambil geran rumah lagi. So kena pergi ambil geran rumah dahulu dan hendaklah melantik seorang Pentadbir untuk uruskan permohonan yang berikutnya.
Untuk lantik Pentadbir ni guna Borang P - Seksyen 17 yang 'hakim' akan bagi. Bila 'hakim' tanya mak siapa dia nak lantik jadi Pentadbir iaitu yang akan uruskan proses untuk permohonan seterusnya tu. Along pulak dengan lajunya cakap saya yang akan jadi Pentadbir. Sekali lagi Along Mrs. A kena bash dengan 'hakim' tu. Saya tak tanya awak ya Encik Abd R. Kemudian baharulah mak jawab saya lantik dialah puan lagipun dia yang sulung. Tapi 'hakim' tetaplah bertanya kepada yang lain-lain jugak setuju atau tidak lantik Encik Abd R ni sebagai Pentadbir. Mrs. A, Alang, Angah dan Adik bongsu pun jawablah setujuuuu..... dia tanya jugak pada Along Encik Abd. R awak setuju tak ni? Along pun sambil senyum simpul jawab setujulah dah saya lantik diri saya tadi muahhaaaaa.... pandai pulak Along buat lawak serius di situ.
Dipendekkan cerita akhirnya 'hakim' pun menamatkan perbicaraan sambil tu we all diminta untuk menjelaskan bayaran kos mahkamah sebanyak RM224.00. Sekali lagi mak menugaskan Mrs. A pergi membayar kos tersebut di PTG bangunan sebelah kemudian salinan resit bayaran tu dipulangkan semula kepada YA hakim. Alhamdulillah settle satu perkara Mrs. A sangat bersyukur kerana dikurniakan adik-beradik yang saling memahami yang tidak ada langsung perasaan untuk memiliki seorang diri harta pusaka arwah abah tu. Alhamdulillah. #hartaduniaajepun
Alhamdulillah.Selesai cara ukhuwah itu yang sangat indah.Yang dah tak ada pun tenang sebab harta yang ditinggalkan diurus dengan betul dan baik.Syukur.
BalasPadamIya... betul tu PC alhamdulillah syukur selesai dengan baik.
Padammemang pening kalau dah melibatkan perbicaraan ini.. Tapi bila muafakat, semua urusan jadi mudah..
BalasPadamAlhamdulillah dapat diselesaikan secara ukhuwah
BalasPadamalhamdulillah selesai perbicaraan..smua dipermudahkan..bab2 agihan harta ni kdg2 bole bergado adikberadik kan..nasibaik bila smua bermuafakat selesai segera
BalasPadamAlhamdulillah dapat diselesaikan secara muafakat.....
BalasPadamGarang betul hakim tu ya!!!
Alhamdulillah muafakat adik beradik begini memudahkan urusan. Rezeki Mrs A punya adik beradik yg saling membantu dan bertolak ansur.
BalasPadamAlhamdulillah selesai urusan dan dipermudahkan.
BalasPadamelok sgt bila ia selesai dgn harmoni,kan :)
BalasPadamteringat dulu kala, lebih 10 thn lepas, aida kerap jadi peguam bagi pihak nak buat pesaka kecil gini.
mcm2 kerenah client.
bergaduh. bertekak...
sedih hati kita. serba salah kita peguam kat tgh tgh ni mendgr cerita keluarga.
alhamdulillah..
BalasPadamadeje byk kes adek bradek putus silaturrahim psl harta pusaka
Alhamdulillah settle hal yang penting dan segalanya dipermudahkan.
BalasPadamSuka baca kisah ni walau pun perkara serius gaya bercerita Mrs A ada humour juga.
BalasPadamTiada masaalah jika ada maufakat kan.
Alhamdulillah.. Settle dah. Semoga Allah permudahkan urusan Mrs. A
BalasPadamHarap nanti dapat geran ye.
BalasPadamMudah kan kalau muafakat semuanya.
BalasPadamAlhamdulillah bila adik beradik boleh bekerjasama jadi kerja jadi mudah dan cepat kan
BalasPadamalhamdulillah adik beradik semua bagi kerjasama & dpt selesai dgn baik kan Mrs A.
BalasPadamtak pernah masuk mahkamah... heheh
BalasPadamsemoga semua berpuas hati..
BalasPadamcara terbaik..guna sisten hibah
kalau guna sistem lain memang rumit sedikit
Alhamdullilah. Settle dah ye..
BalasPadamwaalaikumussalam. setakat ni belum pernah lagi la masuk mahkamah ni. huhu
BalasPadamAlhamdulillah allah permudahkan..SA x pernah alamai lagi..ye la..mak abah takde pun harta benda..harta diorang anak2 diornag je la..
BalasPadamAlhamdulillah...bermuafakat adik-beradik...
BalasPadam