MRS.A my blog my stori: Ex-Mu16 MRS.A my blog my stori: Ex-Mu16
Memaparkan catatan dengan label Ex-Mu16. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ex-Mu16. Papar semua catatan
Perlawanan Persahabatan Bolasepak Ex-STAD FC dengan Ex-Malaysia U16 '88/'90 versi 2022

Perlawanan Persahabatan Bolasepak Ex-STAD FC dengan Ex-Malaysia U16 '88/'90 versi 2022

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Perlawanan Persahabatan Bolasepak Ex-STAD FC dengan Ex-Malaysia U16 '88/'90 versi 2022. Kisah campak belakang ๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡pada 06082022 yang lalu. Pada tahun ini tuan rumah untuk team jelajah silaturrahim ex-Malaysia U16 '88/'90 adalah di Negeri Sembilan kekdahnya Mr. A lerrr... yang jadi organiser gittewww. Tahun sebelum ini di [SINI]

Alhamdulillah Mr. A dapat booking bilik-bilik di Klana Resort Seremban kalau tak silap dalam 12 bilik kesemuanya. Ada yang hadir dengan family ada juga yang hadir solo. Mereka yang hadir dengan family se awal petang Jumaat lagi ada yang dah sampai. 

Perlawanan Persahabatan Bolasepak Ex-STAD FC dengan Ex-Malaysia U16 '88/'90 versi 2022

Minum petang di Z&A cafe

Perlawanan Persahabatan Bolasepak
All the way from Kedah dan Terengganu

Perlawanan Persahabatan Bolasepak
One with Dr. N #puakisteri

Petang Jumaat selepas habis kerja Mrs. A pun join puak isteri dan anak minum-minum di Z&A cafe. Selepas itu mereka terus check-in hotel dan Mrs. A balik rumah. Malam Jumaat dan pagi Sabtu aktiviti sendiri-sendiri Mrs. A tak join pun. Mereka kebanyakannya lepak hotel aje bawa anak mandi swimming pool gittewww... sebelah petang Sabtu terus berkumpul di padang sintetik PBNS Rahang tempat perlawanan diadakan.

Perlawanan kali ini versi 2022 bolehlah dikatakan perlawanan ulangan di antara Ex-STAD FC dengan team Ex-Malaysia U16 '88/'90 pada tahun 2019 [SINI] time ni arwah M.i.l masih ada lagi baca post tersebut teringat beliau al-fatihah buat Hajah Zabedah bt Abu Bakar.

Pada petang kejadian Mrs. A datang lambat time sampai perlawanan telah bermula lebih kurang 15 minit. Itupun dah kena 2 kosong ngeh! ngeh! ngeh!. Pada second half terdengar Mr. A membebel pada team ex-STAD yang menurunkan anak-anak sama ramai dengan player veteren katanya kalau seorang dua oklah muaaahahahaaaaa....

Perlawanan Persahabatan Bolasepak Ex-STAD FC dengan Ex-Malaysia U16 '88/'90 versi 2022

Sebelah petang di padang sintetik PBNS Rahang Square.

Perlawanan Persahabatan
Team ex-Malaysia U16 '88/'90

Perlawanan Persahabatan
Team Ex-STAD FC

Perlawanan Persahabatan
Bergambar sebelum perlawanan

Perlawanan Persahabatan
Jauh dari tengah padang boleh nampak signboard Z&A ๐Ÿ˜

Perlawanan Persahabatan
๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Perlawanan Persahabatan
Aryssa with Babah

Perlawanan Persahabatan
Bergambar selepas perlawanan

Perlawanan Persahabatan
Supporters seperti selalu ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Perlawanan Persahabatan Bolasepak Ex-STAD FC dengan Ex-Malaysia U16 '88/'90 versi 2022

Pada sebelam malam pula team Ex-Malaysia U16 '88/'90 ada dinner Shell-Out di Z&A Cafe. Package siap boleh bergambar bersama Zakuan dan juga Ayu ngeh! ngeh! ngeh!

Perlawanan Persahabatan
Z&A cafe malam tu reserved shell-out untuk team ex-Mal u16 and family

Perlawanan Persahabatan
Yang Berbahagia ex-coach Dato' Ahmad Shafie diminta menyampaikan sepatah dua kata

Perlawanan Persahabatan
Man of the match mendapat souvenir

Perlawanan Persahabatan
D.Nurul menyampaikan souvenir kepada D. Mama

Perlawanan Persahabatan
DSSB penaja jersi team Ex-MalU16 group wefie bersama Zakuan towkey Z&A cafe

Perlawanan Persahabatan
One with D.Nurul #puakisteri

Perlawanan Persahabatan
Ayu towkey Z&A cafe ๐Ÿ‘ yang duduk tu tak ingat namanya apa hiks!

Alhamdulillah team jelajah silaturrahim ex-Malaysia U16 '88/'90 di Negeri Sembilan berjaya mencapai maksudnya semoga ukhwah sampai ke Jannah. Next year ke negeri mana pula tu? Tungguuu...







Kuantan - Day 3 (Perlawananan bolasepak ex-Malaysia U16 '88/'90 vs veteren Pahang)

Kuantan - Day 3 (Perlawananan bolasepak ex-Malaysia U16 '88/'90 vs veteren Pahang)

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Kuantan - Day 3. Okay sambung lagi kisah di hari ketiga, [day-2 SINI] bolehlah dikatakan yang day 3 ini adalah hari kemuncak kerana pada hari inilah akan diadakan perlawanan bolasepak jelajah silaturrahim ex-Malaysia u16 ('88/'90). Perlawanan bolasepak ex-Mu16 vs veteren pilihan Pahang dijadualkan sebelah petang di padang sintetik Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)

Sebelum itu disebelah pagi ada light workout dengan ATV monsoon challenge hurmmm... macam-macam aksi dan gelagat mencuit hati time ni muahahhaaaa....Tahniah! penganjur a.k.a tuan rumah terbaek!๐Ÿ‘๐Ÿ‘ Puak-puak isteri dan anak-anak suka sangatlah cause excited dapat main ATV๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ. ATV challenge tu ada dua kategori satu kategori khas untuk team ex-Mu16 dan lagi satu kategori special untuk family iaitu untuk anak-anak dan isteri. Lokasi adalah di WSAdventure, Pantai Balok yang juga dimiliki oleh salah seorang team ex-Mu16.

Kuantan - Day 3.

Kuantan
Mrs. A was here ✌

Kuantan
Puak isteri-isteri @ mommmies kebaboommm

Kuantan
๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Kuantan
Mr. A get ready untuk ATV challenge nya

Lama juga masa dihabiskan ketika ATV monsoon challenge ialah untuk kategori team ex-Mu16 dah 20 orang nak menunggu sorang-sorang punya turn habis macam-macam kejadian berlaku ada yang tersangkutlah, ada yang tergoleklah, tersekat lama dihalangan-halangan yang ada hahahaa... kelakar sungguh tengok gelagat masing-masing dah macam perangai budak remaja. Memang depa tak fikir kot petang tu ada game bola muahahahaaa...

Selesai kategori team ex-Mu16 baharulah kategori family pulak walaupun pada mulanya Mrs.A macam takut nak join cause tak pernah naik ATV pun sebelum ini tapi selepas tengok Mrs. Ujang terus iols excited muahahaaaa...

Kuantan - Day 3.

Kuantan
Tunjuk ajar ku sifu ๐Ÿ˜œ

Kuantan
Adoiii!!! berdebar tul time ni hahahaa

Kuantan
Aryssa pun 1st time mencuba tapi tidak dapat meneruskan challenge kerana ter excident  tapi syukur tiada sebarang kecederaan. Good try Aryssa yang penting berani mencuba ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Kuantan
Go Adik go.... ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Planning asalnya selepas ATV monsoon challenge tu akan diadakan penyampaian hadiah tapi disebabkan dah tak cukup masa lebih kurang pukul 12.00 tengahari macam tu penganjur kata penyampaian hadiah akan diadakan time dinner di tempat yang sama. Kekdahnya we all semua terus bergerak untuk makan tengahari kemudian pulang ke penginapan masing-masing untuk berehat. Petang nanti nak ke MBK sudah untuk games bola pula.  Family Mrs. A dan family Nadzirah lunch di Pak Tam Ayam Golek yang lain-lain tak jumpa dah lagipun lunch sendirian berhad gitttewww...

Sebelah petang ke MBK tu tak ramai pun puak isteri-isteri yang turut serta. Menurut mereka yang dah survey tempat tu katanya petang-petang panas dan takde stand untuk duduk melepak. Tapi Mrs. A dan anak-anak tetap setia follow Mr. A ke padang MBK. Apalah sangat setakat panas tu lautan api sanggup ku renangi choiii!!! muahahaaaaa....

Kuantan - Day 3 Padang Sintetik MBK

Kuantan
Ini aje supporter yang gigih hadir ke padang pada petang tu

Kuantan
Team U16-Ex Malaysia yang muda anak-anak untuk back-up ๐Ÿ˜‚

Kuantan
Yang skin head tu gigih juga join macam we all selalu ada di mana-mana tour yang tengah  Mrs. A tak familiar

Penganjur siap tempah jurukamera daripada SLP Studios tiga gambar kat atas ni Mrs. A amik dari FB pages SLP Studios ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž kredit to them.

Kuantan
Ini Mrs. A yang snap ๐Ÿ˜Š

Cuba teka siapa yang menang ? rasanya readers mesti dah boleh agak hahahaa...team U16-Ex Malaysia masih mengekal rekod tanpa menang mereka walaupun dah tour yang ke lapan muahahhaaa.... hurmmm... tak kisahlah janji happy dan ukhwah terjalin katanya.

Dah habis game teruslah bergegas pulang semula ke penginapan di Timur Bay perjalanan pulang time ni agak lama juga disebabkan traffic jam. Kemudian selepas isyak we all ke WS Adventure semula untuk dinner dan penyampaian hadiah dan cenderahati.

Kuantan - Day 3.
Kuantan
Tu diaaa pemenang kategori family ATV Monsoon Challenge

Kuantan
Aqil H encem boy. Tahniah anak ibu ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Pemenang untuk kategori team U16-Ex Malaysia adalah saudara Faizal a.k.a Peja gambar ada tapi tak perlulah expose kot hehehee....

Alhamdulillah day 3 yang sungguh padat dengan aktiviti berjalan lancar. Okay itu sahaja next last day InsyaAllah soon.



Wordless Wednesday #5/2020 - Loop On Leith, George Town Penang

Wordless Wednesday #5/2020 - Loop On Leith, George Town Penang

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #5/2020 - Loop On Leith, George Town Penang. Kisah Pulau Pinang kami datang day 1 [SINI] nampak gayanya day 2 masih belum rajin nak menulisnya. Kekdahnya Mrs. A buat post bergambar ajelah tempat di mana we all stay iaitu di Loop On Leith, George Town Penang.

Loop On Leith, George Town Penang. Hotel bajet yang trendy dan stylish. 

WW
Jersi tu Mr. A yang punya da... Snap gambar bilik ni je bilik kids tak snap pulok

WW
Sempat Nonton Drammmaaa... sangatttt...

WW
Bathroom yang bersih, ada air panas/sejuk airnya pun besar dan kuat

WW
Lepak-lepak lobby sementara menunggu yang lain

WW
Wajib patuh SOP Social distancing ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

WW
Kelihatan Abang Jamel di situ (bukan nama sebenar)๐Ÿ˜›

WW
Cerewet betul si Along nih! snap, delete, snap, delete sabar yolah si Adik tu melayan

WW
View dari luar to be exact dari atas beca

Time Mrs. A stay ini hotel tidak menyediakan food service disebabkan PKPP so kalau nak makan-makan memang we all makan kat luar aje. Tidak menjadi masalah pun nak makan-makan cause tempat makan dekat sangat dengan area hotel just a walking distance.

Loop On Leith, George Town Penang Hotel budget yang selesa dan berbaloi-baloi.



  Pulau Pinang Kami Datang: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 ('88/'90) - Day 1

Pulau Pinang Kami Datang: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 ('88/'90) - Day 1

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Pulau Pinang Kami Datang: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16('88/'90) - Day 1. Kali ini  siri jelajah silaturrahim team bola sepak Mr. A, Ex-Msia U16 ('88/90) ke Pulau Pinang pula. Disebabkan dah lama tak ferfeeling holiday merentas negeri Mr. A dengan baik hatinya ajak Mrs. A dan kids join sekali. Selepas JDT [SINI] Mr. A dan team bola sepak jelajah silaturrahim beliau dah ke Langkawi terlebih dahulu iaitu pada 29022020. Friendly match pembuka tirai 2020, VIP Langkawi Football Club vs Ex-Msia U16 ('88/'90) tapi time ke Langkawi tu Mrs. A dan kids tak join pun.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 ('88/'90) dijadualkan berlangsung pada Saturday night, 8.00 malam di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang. We all gerak sehari awal Mrs. A dah siap-siap apply leave untuk hari Jumaat dan Isnin sengajalah ambil cuti Isnin nak berehat kat rumah dah penat travel gittewww... Sementara tu Adik dan Aryssa pulak Mrs. A buatkan surat minta kebenaran tak hadir sekolah atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan muahhaahaaa...

Pulau Pinang kami datang on the way tu singgah lunch di Bidor.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia
Pulau Pinang kami datang

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia
Singgah lunch di Restoren Kari Kepala Ikan Salim, Bidor Perak Darul Ridzuan

Di antara sebab utama Mr. A ajak singgah lunch di situ adalah dia nak jumpa sahabat dia yang dah berpuluh tahun tak jumpa kira macam jejak kasih gittewww... Jejak kasih berjumpa dengan Azahari yang merupakan footballer ex-Msia juga suatu ketika dahulu. Tak pasti pulak macam mana Mr. A boleh dapat contact semula. Mr. A ajak dia join ke Pulau Pinang ni tapi nantilah katanya boot bola pun dia takde muahhaaaa.... may be next time InShaAllah.

Setelah kenyang perut makan kari kepala ikan merah di Restoren Salim we all pun meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang to be exact ke George Town. Alhamdulillah perjalanan smooth aje cuaca pulak hujan renyai-renyai so takdelah panas sangat.

Pulau-Pinang
Dah nampak signboard George Town yeay!..

Setelah lebih kurang 4 jam di dalam kereta tolak campur masa singgah lunch dan poopee alhamdulillah finally lebih kurang pukul 6.00 petang sampai juga ke destinasi iaitu check-in di hotel Loop On Leith, George Town Penang.

Pulau Pinang
Fuh! lega dapat meluruskan pinggang sambil nonton Pengantin Satu Malam muahahaaaa...
cet! macamlah ko yang drive Mrs. A hoiii!

Petang tu most of kawan-kawan Mr. A lepak bilik masing-masing aje... cause malam baru ada plan nak keluar dinner sama-sama. Dalam jelajah silaturrahim perlawanan persahabatan bola sepak ex-Msia U16 ('88/'90) ini kebiasaannya accomodation hos/ tuan rumah yang sediakan. Macam yang di Pulau Pinang ni si abang Jamel (bukan nama sebenar) yang uruskan kekdahnya hotel apa we all akan check-in, stadium mana nak games, makan/minum kat mana best semuanya atas keprihatinan abang Jamel yang lain-lain follow aje al-maklumlah tuan rumah tentulah lebih arif dari tetamu kan... tak gitteww... sama jugak kejadiannya dengan jelajah di negeri-negeri lain sebelum ini contoh Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah accomodation adalah di atas keprihatinan pihak tuan rumah.

Kemudian sebagaimana planning lebih kurang pukul 8.30 malam masing-masing pun get ready nak pergi dinner. Abang Jamel bawa we all dinner nasi kandar di Restoren Tajuddin Hussain. Dari Loop on Leith nak ke Restoren Tajuddin we all naik beca. Excited sungguh Mrs. A dan kids al-maklumlah tak pernah naik beca kat Pulau Pinang nih!

Pulau Pinang
Muka-muka excited dapat naik beca ngeh! ngeh! ngeh!

Tak jauh pun dari hotel ke restoren kekdahnya sekejap aje naik beca tu dalam 10 ke 15 minit lebih kurang. Tak pastilah pulak apa ke nama jalan di Restoren Tajuddin Hussain ni tapi ada banyak je kedai-kedai lain lagi. Selain nasi kandar ada juga menu-menu lain iaitu pelbagai jenis roti, roti canai, roti bom, capati, roti susu. Tapi Mrs. A makan nasi kandar lauk ayam goreng sahaja itupun dah kenyang kids adalah order capati, roti canai Mrs. A cuit-cuitlah sikit rasa sedap sangat capati kat sini, nasi kandar pun boleh tahanlah unfortunately tak snap gambar pulek adeh! itulah asyik buat video terlupa snap gambar derr..

Selepas dinner we all pakat-pakat ronda-ronda naik beca sebelum balik hotel. Tapi betullah isteri abang Jamel kata takut nak naik beca kat Penang ni kereta laju-laju. Anyway Mrs. A and kids seronok sangat naik beca tak terfikir langsung pasal kereta yang lalu-lalang tu ngeh! ngeh! ngeh! Okay itu sahaja kisah day 1 Pulau Pinang Kami Datang nanti Mrs. A sambung lagi day 2 pula ya InShaAllah.


MRS.A my blog my stori ©