Pulau Pinang Kami Datang: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 ('88/'90) - Day 1 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Pulau Pinang Kami Datang: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 ('88/'90) - Day 1

25 September 2020

Pulau Pinang Kami Datang: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 ('88/'90) - Day 1

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Pulau Pinang Kami Datang: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16('88/'90) - Day 1. Kali ini  siri jelajah silaturrahim team bola sepak Mr. A, Ex-Msia U16 ('88/90) ke Pulau Pinang pula. Disebabkan dah lama tak ferfeeling holiday merentas negeri Mr. A dengan baik hatinya ajak Mrs. A dan kids join sekali. Selepas JDT [SINI] Mr. A dan team bola sepak jelajah silaturrahim beliau dah ke Langkawi terlebih dahulu iaitu pada 29022020. Friendly match pembuka tirai 2020, VIP Langkawi Football Club vs Ex-Msia U16 ('88/'90) tapi time ke Langkawi tu Mrs. A dan kids tak join pun.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 ('88/'90) dijadualkan berlangsung pada Saturday night, 8.00 malam di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang. We all gerak sehari awal Mrs. A dah siap-siap apply leave untuk hari Jumaat dan Isnin sengajalah ambil cuti Isnin nak berehat kat rumah dah penat travel gittewww... Sementara tu Adik dan Aryssa pulak Mrs. A buatkan surat minta kebenaran tak hadir sekolah atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan muahhaahaaa...

Pulau Pinang kami datang on the way tu singgah lunch di Bidor.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia
Pulau Pinang kami datang

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia
Singgah lunch di Restoren Kari Kepala Ikan Salim, Bidor Perak Darul Ridzuan

Di antara sebab utama Mr. A ajak singgah lunch di situ adalah dia nak jumpa sahabat dia yang dah berpuluh tahun tak jumpa kira macam jejak kasih gittewww... Jejak kasih berjumpa dengan Azahari yang merupakan footballer ex-Msia juga suatu ketika dahulu. Tak pasti pulak macam mana Mr. A boleh dapat contact semula. Mr. A ajak dia join ke Pulau Pinang ni tapi nantilah katanya boot bola pun dia takde muahhaaaa.... may be next time InShaAllah.

Setelah kenyang perut makan kari kepala ikan merah di Restoren Salim we all pun meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang to be exact ke George Town. Alhamdulillah perjalanan smooth aje cuaca pulak hujan renyai-renyai so takdelah panas sangat.

Pulau-Pinang
Dah nampak signboard George Town yeay!..

Setelah lebih kurang 4 jam di dalam kereta tolak campur masa singgah lunch dan poopee alhamdulillah finally lebih kurang pukul 6.00 petang sampai juga ke destinasi iaitu check-in di hotel Loop On Leith, George Town Penang.

Pulau Pinang
Fuh! lega dapat meluruskan pinggang sambil nonton Pengantin Satu Malam muahahaaaa...
cet! macamlah ko yang drive Mrs. A hoiii!

Petang tu most of kawan-kawan Mr. A lepak bilik masing-masing aje... cause malam baru ada plan nak keluar dinner sama-sama. Dalam jelajah silaturrahim perlawanan persahabatan bola sepak ex-Msia U16 ('88/'90) ini kebiasaannya accomodation hos/ tuan rumah yang sediakan. Macam yang di Pulau Pinang ni si abang Jamel (bukan nama sebenar) yang uruskan kekdahnya hotel apa we all akan check-in, stadium mana nak games, makan/minum kat mana best semuanya atas keprihatinan abang Jamel yang lain-lain follow aje al-maklumlah tuan rumah tentulah lebih arif dari tetamu kan... tak gitteww... sama jugak kejadiannya dengan jelajah di negeri-negeri lain sebelum ini contoh Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah accomodation adalah di atas keprihatinan pihak tuan rumah.

Kemudian sebagaimana planning lebih kurang pukul 8.30 malam masing-masing pun get ready nak pergi dinner. Abang Jamel bawa we all dinner nasi kandar di Restoren Tajuddin Hussain. Dari Loop on Leith nak ke Restoren Tajuddin we all naik beca. Excited sungguh Mrs. A dan kids al-maklumlah tak pernah naik beca kat Pulau Pinang nih!

Pulau Pinang
Muka-muka excited dapat naik beca ngeh! ngeh! ngeh!

Tak jauh pun dari hotel ke restoren kekdahnya sekejap aje naik beca tu dalam 10 ke 15 minit lebih kurang. Tak pastilah pulak apa ke nama jalan di Restoren Tajuddin Hussain ni tapi ada banyak je kedai-kedai lain lagi. Selain nasi kandar ada juga menu-menu lain iaitu pelbagai jenis roti, roti canai, roti bom, capati, roti susu. Tapi Mrs. A makan nasi kandar lauk ayam goreng sahaja itupun dah kenyang kids adalah order capati, roti canai Mrs. A cuit-cuitlah sikit rasa sedap sangat capati kat sini, nasi kandar pun boleh tahanlah unfortunately tak snap gambar pulek adeh! itulah asyik buat video terlupa snap gambar derr..

Selepas dinner we all pakat-pakat ronda-ronda naik beca sebelum balik hotel. Tapi betullah isteri abang Jamel kata takut nak naik beca kat Penang ni kereta laju-laju. Anyway Mrs. A and kids seronok sangat naik beca tak terfikir langsung pasal kereta yang lalu-lalang tu ngeh! ngeh! ngeh! Okay itu sahaja kisah day 1 Pulau Pinang Kami Datang nanti Mrs. A sambung lagi day 2 pula ya InShaAllah.


16 ulasan:

  1. wahhh dia dah smpi penang laa... oleh2 buah pala mana? hehehe

    BalasPadam
  2. wah seronok itu ada progrem game jauh di utara. PP banyak tempat menarik nk ronda n makanannya sedap semua

    BalasPadam
  3. bestnya jalan jalan! :)

    https://sayesyadiya.blogspot.com/2020/09/feelingirldress-serve-best-outfit.html

    BalasPadam
  4. lama dah ammi tak gi Penang. Nanti bolehlah suami kita ni set game sekali...

    BalasPadam
  5. Wah seronoknya. Lama, tak singgah Penang, pekena, nasi kandaq :)

    BalasPadam
  6. good luck pada team yang bertanding..

    BalasPadam
  7. bestnya kak.... cik abang akak buat persiapan akak n anak-anak pi shoppingla

    BalasPadam
  8. Wah naik beca. Sendiri pun belum pernah naik lagi.

    BalasPadam
  9. Lama dah tak jenjalan kat Penang... Ada beca jugak ya...

    BalasPadam
  10. Memang seriau naik beca kat Penang. Tapi seronok jugak sebenarnya

    BalasPadam
  11. Seberang ke ke Penang naik ferri pun seronok juga.

    BalasPadam
  12. Jauh sampai ke Penang tu. Alang alang dah sampai jalan jalan sekali lah kan round Penang.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©