Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee

2 September 2020

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee. Setelah puas survey di beberapa tempat akhirnya Mrs. A berjaya  membeli headloop face mask untuk wanita bertudung a.k.a untuk Hijabista di Shopee. Heheheee... shopee kan aje senang dan mudah gittewww.... Eh! macam iklan la pulak! muahahaaaa.. Untuk makluman ini bukan post berbayar pun sajalah Mrs. A nak share mana tahu ada readers bertudung di luar sana yang tengah survey-survey jugak macam Mrs. A sebelum ni so bolehlah dapat idea sedikit sebanyak.

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee.
Headloop face mask
Cenggini la rupa belakang (back) headloop face mask untuk wanita bertudung yang Mrs. A beli di Shopee tu
Headloop face mask untuk wanita bertudung yang Mrs. A beli di Shopee ini jenis 3 ply disposable dan 95% Bacterial Filtration Efficiency (BFE). Semalam dah guna so far so good. Tali face mask tu oklah kuat alhamdulillah tak mudah putus. Selesa pakai setakat jalan kaki dari office (DS2 Mall) ke Aeon S2 ditengah panas mentari masih selesa lagi. Takdelah timbul gatal-gatal atau rashes. Kalau nak cakap pasal kualiti Mrs. A pun takdelah pakar sangat tapi kenalah ambil tahu juga tak maulah jadi Aiman tak kisah dan Tipah tertipu giittewww.....

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee.
Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee
Front face mask tu cengginilah colornya.
Sebelum ni Mrs. A tak beria pun membeli face mask atau pelitup muka ini cause office ada supply untuk staff. Tapi semenjak office cut cost membelikan reusable face cover a.k.a basuh dan guna semula so nak tak nak kenalah membeli untuk anak-anak. Pada bulan May yang lalu Mrs. A beli face mask di farmasi yang jenis bertali kalau tak silap satu kotak 50 hengget. Bukan Mrs. A yang beli pun Mr. A yang tolong belikan time tu memang kena beli cause dah back to work dan wajib pakai face mask. Di awal back to work dulu office memang supply face mask ni untuk semua staff tapi jenis yang ear loop. Tapi Mrs. A tetap terimalah dah office supply walaupun Mrs. A tak guna tapi boleh je bagi anak-anak yang guna jimat dah di situ. Tetapi bermula bulan Ogos 2020 office dah supply pelitup muka jenis macam gambar kat bawah ni.

washable 25-30 times
Bermula Ogos 2020 office supply yang cenggini
Adoiiilaa.... sejujurnya Mrs. A tak suka jenis ni bila pakai rasa pelik, bila tengok ketawa sendiri sebab imagine macam pakai spender kat muka muahhaaaaaa.... kekdahnya yang ni Mrs. A tetap jugaklah terima pemberian dari company yang disayangi #sayanglahsangat  tapi bagi Mr. A yang pakai ngeh! ngeh! ngeh! Sorry for my imaginasi melampau ya buat mereka yang suka pakai jenis washable nih!

Okaylah back to kisah beli headloop face mask untuk wanita bertudung di Shopee. Jadinya setelah dua bulan lebih berjaya tidak membeli face mask. Akhirnya pada 26 Ogos 2020 Mrs. A terpaksa jugaklah membeli so Mrs. A shopee kan aje beli untuk anak-anak jenis yang ear loop dan untuk Mrs. A jenis yang headloop tapi Mrs. A tak beli dari seller yang sama, Mrs. A beli dari seller yang berlainan.

Untuk seller yang jenis ear loop tu memang terbaiklah servisnya beli 26 Ogos esoknya tu 27 Ogos dah dapat. Alhamdulillah bersyukur sangat cause memang kalau tak sampai pada 27 haribulan tu 28 haribulan tu 3 ply face mask kat rumah memang dah out of stok ada kemungkinan Adik ke sekolah tak pakai face masklah jawabnya. Aryssa ok lagi no hal pakai jenis washable tu.

As for Mrs. A pulak headloop face mask yang Mrs. A order tu delivered semalam iaitu pada 1 September 2020. Kalau tak sampai semalam Mrs. A punya face mask jenis bertali pun dah out of stok jugak. Tapi mujurlah dah sampai so selamat tak perlulah nak pakai jenis ear loop tu lecehlah nak kena ada extender bagai. Mrs.A sebelum ni pernah juga cuba pakai extender tu tapi memang tak masuk jiwalah itu yang Mrs. A lebih prefer jenis bertali. Tapi yang jenis headloop ini adalah lebih mudah dari yang bertali.

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee.
Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee
Cenggini rupa belakangnya (back) bila pakai.
Sekarang ini face mask dah jadi satu keperluan mujurlah harga pun dah mampu beli takdelah macam awal-awal PKP dulu harga Yahudi sungguh. Lagipun sekarang ini dah banyak pilihan hendak beli di mana-mana. Tetapi InShaAllah selepas ini Mrs. A akan beli lagi di seller yang sama semestinyalah di Shopee. Testimoni Mrs. A bagi 5 bintang.

Memandangkan PKPP sehingga Disember 2020 kekdahnya memang setiap bulanlah kena beli tak mau beli sekali banyak nanti bila banyak anak-anak tak reti nak berjimat cermat memang mentaliti manusia begitu kot bila nampak banyak je mulalah tak sedar diri guna. Sama jugaklah macam lauk di rumah kenduri kahwin bila nampak banyak lagiiii... kita pun ambil tak hengat eh! tiberrrr.... #peringatanuntukdirisendiri. Okay itu je nak share Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee.







19 ulasan:

  1. Baru tahu ada jenis masuk kepala. Pada saya selesa guna ada tali senang buka dan pakai semula.

    BalasPadam
  2. mcm pakai spender?😅😅😅😅😅😅

    BalasPadam
  3. senang pakai yang macam ni. Tak perlu extender lagi..

    BalasPadam
  4. Mudah mcm ni...sekrg ni dah mcm2 design mask extender..

    BalasPadam
  5. Saya guna extender je...macam macam ada... paper klip pun ada..

    BalasPadam
  6. oh ad juga yang jenis mask macam ni ya...

    BalasPadam
  7. nice juga ar. nanti mau carilah. tapi mask di rumah ini ada 2 kotak lagi.

    BalasPadam
  8. buat masa ni office ammi memang ada bekalkan face msk..yelah staffnya ammi seketul je kan. utk yg kat rumah ammi beli je dr cikgu sekolah anak2 ni.

    BalasPadam
  9. Betul2, saya pun memang pakai yang hijab punya ni, senang, dan tak perlu extension tu :)

    BalasPadam
  10. owh... igtkan bende yang letak kat belakang kepala tu, ntah ape namanye..

    BalasPadam
  11. Suka pakai jenis bertali dan 3ply. Jenis washable tu kurang yakin pulak nak pakai dan kena letak filter pulak kan. Jenis bertali senang adjust ikut besar kepala. Beli kat shopee gak.

    BalasPadam
  12. owh baru tau ada yang mcam ni, biasa pakai extention je

    BalasPadam
  13. Baru tau ada jenis macam ni. Thanks share ye mrs.A

    BalasPadam
  14. owh.. Ada eh jenis nie.. nice.. sha nak gi usha jugalah..
    Memang beli suka beli dekat shopee, lebih berbaloi..

    BalasPadam
  15. saya sekarang nih, bukak saja tali bawah tu, cantum dengan yang atas, senang...bila nak pakai mask je penyambungnya hilang, jenuh mencari haha...so kita buat je mcm tu hehe

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©