Kematian Yang Mengejutkan - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Kematian Yang Mengejutkan

24 Mac 2020

Kematian Yang Mengejutkan

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Kematian Yang Mengejutkan. Pagi semalam 23.03.2020 sedang berkira-kira nak buat sedikit kerja office di rumah tiba-tiba baca di group whatsapp Kerabat Hj Juri "isteri Along dah meninggal, jenazah sekarang ada di rumah Pak Busu Jiboi" message dari Angah cousin sister Mrs. A. Innalillahhiwainnailaihirojiun. Terkejut sangat macam tak percaya. Mrs. A pun terus turun bawah bagitahu kat Mr. A pastu dia suruh calling-calling untuk kepastian kebumi kat mana? Sesungguhnya dunia akhir zaman banyak sangat kematian mengejut.

Mrs. A call nombor Mak Busu tapi kaklang (cousin) yang jawab katanya ke bumi kat sini je Tanah Perkuburan Islam Kg Sg Pupuh. Pukul berapa belum dipastikan lagi cause jenazah belum dimandikan lagi. Arwah Aton meninggal di rumah dalam pukul 7.50 pagi. Sobs..sobs..sob... muda sangat lagi arwah ni muda lagi dari Mrs. A.

Kematian Yang Mengejutkan.

Kematian Yang Mengejutkan
Moment terakhir bersama arwah Aton Oktober 2019
Actually arwah memang ada sakit kanser pankreas. Tapi tak sangka yang dia akan pergi secepat ini, doktor pun terkejut sel kanser dia tu cepat sangat merebak. Arwah dah pun menjalani operation tidak berapa lama dahulu. Rasa ralat sedikit cause seminggu dia sakit kat rumah pak/mak busu tu Mrs. A sekeluarga tak tahu pun. Family mereka langsung tak bagi tahu ialah mungkin disebabkan musim covid 19 ini, itu yang mereka tak bagitahu kot.

Pagi semalam tu walaupun Mrs. A berkira-kira jugak nak pergi ke tidak Allahu teruknya ko Mrs. A hoi! tapi mujurlah Mr.A kata kita tawakal pada Allah InSyaAllah doa banyak-banyak semoga kita semua yang ziarah dijauhkan dari virus covid 19. Kekdahnya we both aje yang hadir ziarah dari family we all. Mak dan adik-beradik Mrs. A tak datang al-maklumlah jauh juga kalau mak Mrs. A dan family adik dari kampung nak datang.

Time Mr. A dan Mrs. A sampai tu jenazah sedang dimandikan. We both terus aje pergi cari cousin Mrs. A si Along tu tengok keadaan dia sugul sangat cuma tak menangis dah ialah agaknya dah puas menangis. Bila Mrs. A tengok pulak keadaan anak-anak arwah tiba-tiba air mata meleleh sendiri sedih tengok mereka berdua tu tak faham sangat lagi selayaknya kanak-kanak bermain-main dengan cousin sebaya.

Mrs. A sempat tengok jenazah dikafankan cantik arwah Aton macam orang tidur je. Sekali lagi touching sangat bila Along nak cium arwah sambil cakap kat anak-anak dia "cepat cium mama nanti dah tak dapat jumpa mama lagi". Allahu sebaknya time tu berjurai-jurai air mata gugur.

Kematian Yang Mengejutkan.

Kematian Yang Mengejutkan
Alhamdulillah arwah telah selamat dikebumikan sebelum zohor
Kematian yang mengejutkan. We both ikuti sehingga ke kubur dengar talkin tu takut sungguh menginsafkan tunggu sehingga selesai majlis pengebumiaan barulah terus balik ke rumah sendiri.
Al-fatihah (dibaca) buat arwah Zaharatun bt Abd Salim, hilang sudah semua kesakitanmu, semoga damailah engkau di sana. Buat Along my cosuin brother semoga tabah dan banyakkan bersabar. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Pasti ada hikmah disebaliknya.

As for we all pulak sampai aje kat rumah terus basuh tangan dengan sabun kat luar rumah dulu. Kemudian masuk rumah terus mandi dan baju-baju yang we both pakai tu terus masuk mesin basuh. Tawakal kepada Allah semoga dilindungi dari virus covid 19 dan dirahmati sentiasa InSyaAllah.



19 ulasan:

  1. Waalaikumussalam. Al-fatihah

    BalasPadam
  2. Inna lillahi wainna ilahi roji'un..semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yg soleh..

    Takziah utk keluarga arwah..semoga mereka tabah..

    BalasPadam
  3. inna lillahi wainna ilahi raajiun..

    BalasPadam
  4. inna lillahi wainna ilahi raajiun

    BalasPadam
  5. Innalillah. Semoga arwah sampai dan berbahagia di alam barzakh.
    Kitapun akan ikut juga satu hari nanti.

    BalasPadam
  6. innalillahi wainnalillahirojiun

    BalasPadam
    Balasan
    1. psl movie lalat Contagion tuh leh download: https://yts.mx/movie/contagion-2011

      Padam
  7. Innalillahiwainnailahirajiuun..

    BalasPadam
  8. salam takziah buat Mrs A sekeluarga

    BalasPadam
  9. Salam takziah.
    Al-fatihah (dibaca) kepada Allahyarhamah Zaharatun. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para solihin, aaminn.

    BalasPadam
  10. Inalillah, salam takziah dan alfatihah buat arwah

    BalasPadam
  11. Salam takziah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
  12. Salam takziah mrs A.. semoga roh arwah dicucuri rahmat.. Aamiin..

    BalasPadam
  13. Innalillahhiwainnailaihirojiun

    BalasPadam
  14. Salam takziah Mrs A..
    Ya kita kena ambil precaution dimasa ini semoga di hindari dari virus yang merbahaya.

    BalasPadam
  15. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

    BalasPadam
  16. Takziah buat seluruh keluarga Mrs A esp keluarga arwah.

    Kematian tu sangat dekat dgn kita kan?

    BalasPadam
  17. Salam takziah. semoga arwah ditempatkan bersama dengan orang orang yang beriman. Aaminnn

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©