Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj

21 Mac 2020

Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj. Semoga kita tidak terlupa dengan peristiwa Israk dan Mikraj iaitu esok 27 Rejab yang disambut setiap tahun dek kerana viral dan bimbangnya kita dengan virus Covid 19 yang melanda sekarang ini.

Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj 

Israk-dan-Mikraj

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW, adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan Rejab. Baginda telah di Israk kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan 'Buraq', dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di 'Mikraj' kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izinNYA, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasullullah SAW.
Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-NYA:
17:1
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”   
 (Surah Al Israa’: 1)
Peristiwa Israk dan Mikraj terjadi dengan begitu unik kerana ianya tak tercapai dek akal fikiran manusia biasa.  Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj dan selamat beramal dengan lebih lagi.


Kredit: PMUI, shafiqolbu

12 ulasan:

  1. Semoga kita tidak lupa peristiwa besar Israk Mikraj..salah satu tanda2 kebesaran Allah swt..

    BalasPadam
  2. ada dlm silibus pai f3. moga ilmu yg disampaikan melekat d ingatan murid2, ameeen

    BalasPadam
  3. salam israk mikraj mrs a. hampir lupa israk mikraj sebab tak tengok kalendar kat rumah ni. huhu. mesti ramai yang puasa ni kan. semoga amalan kita diterima.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah diingatkan peristiwa ini.







    BalasPadam
  5. Salam Isra' Mikraj kepada aunty & family.

    BalasPadam
  6. antara peristiwa agung dalam taqwim umat islam

    BalasPadam
  7. Antara peristiwa penting yang berlaku perlu kita ambil tahu..bukti kekuasaan Allah.

    BalasPadam
  8. salam isra' mikraj...sbb covid-19 ramai yg hampir terlupa peristiwa agung ni

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©