August 2013 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: August 2013
Panggilan "BOM"

Panggilan "BOM"

Panggilan "BOM"

Gempar! Lebih kurang pukul 9 pagi hari Khamis. Receptionist dapat panggilan mengatakan ada bom kat office we all. Pemanggil tu kata sila keluar dari bangunan sekarang sebab ada bom telah di pasang. 

Hah! mau ko tak suspen tuh! Then mereka yang berkenaan pun bagitau GM. GM pun called pihak polis. Atas arahan pihak polis we all diminta mengosongkan bangunan. Bukan setakat office aku aje. Semua penghuni bangunan tu ler... pekedai-pekedai, security semualah diminta berkumpul di parking lot  bahagian depan.



Havoc! suasana masa tu dengan unit pemusnah bom, dengan polis K-9 lagi. Pemberita-pemberita semua ada. We all pun hairan dan tertanya-tanya apalah yang pemanggil tu sakit hati sangat dengan Company tempat aku kerja ni!

Ada juga outsider yang tanya. Dia ingat ada shooting hahhhaaaaa... Kepada pemanggil tu janganlah marahkan nyamuk kelambu dibakar. kesian we all tau.




Walaupun dikatakan ada bom. senyum itu satu sedekah hehhheeee...

Open House - Officemate

Open House - Officemate

Open House - Officemate.

Citer makan-makan lagi. Ermmm...menggemuk le nampaknya. Isnin, 26.8.2013 One of my officemate ajak pegi openhouse dia. So we all yang dijemput amik kesempatan time lunch hour pegi reramai. Ada juga bos-bos yg pergi. Berdedai-dedailah we all ke Bali Vila S2.



Tudung merah dan Tshirt hijau adalah tuan rumahnya
Aku pun tak tau sangat area Seremban 2. Dulu-dulu dalam 10 tahun lepas kot adalah explore tapi taklah mcm sekarang. Sekarang nih! ada banyak taman dah tu rumah cantik-cantik. Hah! kat area sini jugaklah terletaknya Zenith International School jangan tak caya NSDK ada International school.
Politik la pulok!

Politik la pulok!

Politik la pulok!

Sebenarnya masa hari Ahad 25.8.2013 Kg aku ada Mesyuarat UMNO ada pemilihan. So mak aku suh balik jugak tu nak dapatkan undi aku dan Angah aku hahhhaaaaaa...hebat tak emak aku meraih undi. 1st time aku pi Mesyuarat wanita UMNO. Salute aku dengan makcik-makcik yang berucap kat depan masa mesyuarat tu. bukan semua orang mampu menjadi pemimpin nih!

Mesyuarat UMNO nih rupanya ada cabang-cabangnya. Memula diaorang dah adakan Mesyuarat Puteri Umno dan Pemuda UMNO. Yang aku masuk Mesyuarat tu adalah Mesyuarat Wanita UMNO. Dalam Mesyuarat nih ada wakil dari pucuk pimpinan tertinggi sebagai pemantau dan pemerhati. Takdelah mesyuarat tu kesemuanya pepandai orang-orang Kg je...oh! tidak sama sekali. Kehadiran ahli direkod, siap minta IC lagi tu then check dalam sistem samada orang tu berdaftar ke tidak dengan UMNO cawangan.

Tuler pemerhati & pemantau tu..Nama tak ingat la pulak.






Masa Mesyuarat Wanita, Ketua Wanita sediada telah dicabar oleh seorang calon baru. Waktu ni ada insiden sikit. Memula rekod kehadiran wanita 38 orang. Tapi masa pengiraan undi. Undi tu terlebih la pulak. Calon sediada jumlah undi 23, Calon baru 21. Aik! macamana boleh jadi macam tu... rupanya ada yang angkat tangan 2 kali dan ada jugak datang yang tak rekod kehadiran. Hahhaaaaa...maka terpaksalah pemerhati masuk campur kira semula kehadiran satu persatu setelah semua puas hati barulah dijalankan undi sekali lagi. Bila undi sekali lagi keputusan telah berubah kemenangan telah berpihak kepada calon baru. Menang tipis.

Kerusi Merah untuk Wanita


Calon Ketua Cawangan
Setelah selesai Agenda Wanita barulah diadakan Mesyuarat UMNO cawangan iaitu Mesyuarat bagi keseluruhan cabang. Tujuan utama adalah untuk memilih ketua cawangan penggal yang baru. Waktu ni pun hangat jugak, ketua cawangan yang lama ada pencabar. 

Kiranya ada pihak lawan la... Ahli berdaftar Kg aku lebih kurang 200 lebih orang. Kehadiran yang direkodkan adalah lebih kurang 100 lebih orang maka layaklah untuk mesyuarat dijalankan. Calon lama telah berjaya mengekalkan jawatan beliau. 

Syabas! dan Tahniah diucapkan. Menang sebanyak 66 undi, pencabar 37 undi. Kepada yang tak menang tu janganlah berkecil hati pulak. Kena belajar lagi tu..

Sekolah ganti & Balik Kg

Sekolah ganti & Balik Kg

Sekolah ganti & Balik Kg


Sabtu 24.8.2013 anak-anak aku pergi sekolah seperti biasa. They all kena sekolah ganti cuti hari raya, sebab sekolah anak-anak aku tu amik cuti 2 hari awal sebelum cuti sebenar iaitu 5 & 6 Ogos. So gantinya 24 Ogos dan 21 Sept. nanti. Pagi tu tak dapat ler...aku bangun lambat kenaler...bangun awal nak siap-siapkan apa yang patut.

Dah siap ibu... peace yo!

Sempat amik gambar adik dengan Aryssa je... masa ni Along tgh mandi. Lepas ketiga-tiga diaorang siap. Tugas bapaknya pulak yang hantar. Oklah tu takpayah aku susah payah nak bersiap bagai takkan nak hantar pakai baju tidur je kot. Lepas tu aku pun memulakan rutin membasuh baju, mengemas dan apa-apa yang patutlah. Tapi waktu time balik aku ikut sekali, sebab aku nak cek gaji dah masuk ke belum. hahhhaaaaa...

Sementara menunggu diaorang sempat aku snap gambar nih!
Lepas amik they all terus balik rumah. Memula ingat tak jadi balik kg. coz nak pegi open house. Tapi bila emak aku called pastu macam beria-ria bebenor suh balik. lepas tu hubby aku kata baliklah kg kesian mem takde sesiapa yang balik lagi. Kalau waktu dia called Angah aku dah balik mungkin aku tak jadi ler balik kot. Rupanya Angah aku balik esoknya Ahad tengahari.

Rumah kg aku nih gambar masa raya haritu the cucu's main bunga api

My 1st entry

My 1st entry

My 1st entry.


Dah lama aku teringin nak ada blog aku sendiri. Banyak kali jugak aku mencuba buat blog. Adoi aiiii...susah arrr... tapi sejak semalam keinginan aku meluap-luap bila aku baca blog kengkawan. Aku memang selalu baca blog orang expecially blog tutt...taknaklah aku declare lagi blog siapa yang aku suka baca tu. Biarlah rahsia hahhaaaaa... Tapi hari ini 22.8.2013 aku realitikan impian aku membuat blog ini untuk diri aku sendiri. Ermmm apa aku nak citer ek... ha citer pasal majlis hariraya opis akulah.
Mrs. A
Aku duduk semeja dengan member opis aku, tapi aku takde dlm nih coz tgh amik gambar hahhaaaa....

Mrs. A
Itupun aku yg tepi sekali, aik...aku sowang je free hair huhuuuu

Mrs. A
sebelah kanan aku 'one of my buddies' sebelah kiri adik praktikal

Mrs. A
ha! yang ini kambing panggang yg telah berjaya diambil oleh opismate aku. Ada 5 ekor kambing kesemuanya

Mrs.A
Satu kumbang yang dikelilingi bunga-bungaan. peace yo!
Majlis hariraya tersebut berlangsung pada 20.8.2013 bersamaan hari Selasa yang lepas. Time aku nak tulis blog nih takde pulak aku amik gambar bannernya selalu tu pantang ada majlis bannerlah gambar pertama yg aku akan snap. 

Majlis hariraya nih... dirasmikan oleh Mr Chairman iaitu Dato' Seri Utama MBNS. ermmm... gambar dia pun aku takde amik. Mungkin disebabkan kedudukan meja aku yang agak jauh tu pasal la.. tak dapat amik gambar dia. Majlis nih...kira besar-besaran jugalah tapi sayang kehadiran tidak seramai tahun-tahun yang sebelumnya. Takpelah semoga penganjur mengambil iktibar untuk tahun-tahun akan datang.

MRS.A my blog my stori ©