About Me hurrmmm.. camne nak mula nih! nama sebenar ke? Eh! tak perlulah kot. Mana yang tahu tu tahulah…ok takpe abaikan saja. Pendapat Mrs. A ada benda tak perlu citer pada semua orang kerana misteri itu lebih bagus. Yes!!! I like mystery. Tahun kelahiran Mrs. A 1975 huhuhu... tua dah.
Kenapa pilih nama blog Mrs. A ???
Memula dulu nama blog ni bukan Mrs. A. Nama sendiri pastu macam tak best dan skema sangat kata kawan Mrs. A. Yeke singkatan nama hubby? 50-50 ye kot??? coz nama arwah Abah Mrs. A pun A jugak. Anyway Mrs. A memang suka huruf A dari zaman sekolah coz ikut alphabet A selalu kat depan muaahhaaaaa.
Sejak bila berblog?
Lama dah Mrs. A kenal blog nih! Sejak tahun 2009 lagiks! Tapi tulah malu sesangat time tu nak publish entry. Tulis-tulis pastu simpan untuk diri sendiri aje. Lagipun time tu kawan-kawan disekeliling Mrs. A suka baca blog jer… tak suka tulis. Berbeza dengan sekarang semua suka memblog.
Tujuan berblog.
Untuk kepuasan diri sendiri, sebagai diary bergambar dan juga untuk dibaca oleh anak-anak Mrs. A. Baca entry lama-lama nanti teringat oh! Dulu aku pernah pergi sini dengan dia la… oh aku pernah makan ni… eh! Tak sangka aku yang tulis nih! hah! cenggitulah lebih kurang, yang baik boleh dijadikan teladan dan yang buruk wajib dijadikan pengajaran dan sempadan. Kalau boleh buat duit lagi baguskan unfortunately Mrs. A ni punya masalah ‘M” tu yang tak dapek den nak nolong.
Apa yang ditulis?
Apa yang Mrs. A tulis kebanyakkannya berkenaan hal-hal yang bersangkut paut dengan diri Mrs. A aje senang kata personal life. Kekdahnya blog ni takde specific niche. Blog rojak all in one. Sekejap citer cats, sekejap citer kids, sekejap citer Kpop haish! pendek kata suka hati aku ajelah ini blog aku. Cuma kadang-kadang tu ada jugalah pasal isu-isu semasa dari pandangan diri sendiri takdelah kupasan yang berat-berat seperti Dr. M yang menulis ngeh! ngeh! ngeh!
Watak-watak dalam blog.
Watak utama mestilah diri Mrs. A sendiri kansss [hurmmm…poyo jer…]
Mr. A or babah = ini suami iol [tak guna ganti nama laki ikut nasihat DUKE gunakan bahasa yang indah-indah]
Along or Haiqal = anak Mrs. A yang sulung - boy
Aryssa = anak kedua
Adik or Aqil = anak bongsu - boy
Koko = cat we all
Dulu ada Lilo, Midnite, Kitiki, Comel dan Tompok sekarang mereka dah takde. Tapi sekarang dah ada cat lain-lain lagi kalau nak tahu boleh follow IG @kamikucingkg
Rasanya ini aje watak-watak yang selalu muncul yang lain-lain tu jarang-jarang sangat contoh macam Emak dan adik-beradik Mrs. A dan juga family side Mr. A
Side Mrs. A cuma ada emak aje Abah dah meninggal. Side Mr. A masih ada kedua-duanya.
Lain-lain.
Mrs. A ni seorang yang down to earth, happy go lucky and realistik.
Seandainya ada readers perasan ada di antara entry yang Mrs. A tidak berhijab itu adalah entry sebelum 25122014 kerana sebelum tarikh itu Mrs. A belum berhijab lagi. Alhamdulillah selepas tarikh berkenaan tiada lagi. Semoga diri ini akan terus istiqamah. In Sha Allah
up-dated as at 18062019. 04.43pm
up-dated as at 18062019. 04.43pm