July 2014 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: July 2014
Salam Aidilfitri 1435H dan Selamat Bercuti

Salam Aidilfitri 1435H dan Selamat Bercuti

Aku yakin hari ini adalah last day bagi mereka yang bekerja office hours kerja, sebelum bercuti raya. Maybe ada yang dah! bercuti awal tapi rata-ratanya amik cuti 3 hari direct selepas raya tu. Contohnya diri aku sendiri begitu juger my officemate and my ipar-duai and my biras-biras amik cuti 3 hari lepas raya tu. Kekdahnya ofis we all ni kosong if ada pun seketul 2 jer...ngeh!ngeh!ngeh!

Untungler.... dan bersyukurlah ya.. kerana kita insan terpilih yang time kerja 8-5 ni boleh bercuti dengan sesuka hati untuk sambut raya. Kepada mereka yang kena bekerja tu, selamat bekerja. Kerjalah seperti biasa jalankanlah tugas dengan sikap jujur, amanah dan dengan rasa penuh tanggungjawab. Ikhlaskan hati kerana Allah.

Kepada sesiapa yang akan pulang bercuti di kampung tu berhati-hati di jalan raya. Rancang perjalanan hokeh! takut nanti menyesal kat atas jalan raya, huh! kenapalah aku ikut jalan ni tadi, kenapa kita nak balik times nih! patutnya kita balik lepas sahur tadi...hahahaahhaaa...itu sebenarnya peringatan untuk diri aku sendiri juger...

Sebelum gerak tu pastikan semua barang dah! cukup. Duit raya yang dah tukar tu jangan pulak terlupa nak bawa sama. Baju-baju dan segala macam maknek kena make surelah cukup untuk berapa hari kita bercuti tu. Rumah yang kita tinggalkan tu pastikan switch-switch dah turn off, pintu dan tingkap telah dikunci. Hah! sampah jangan lupa buang, pastikan dustbin kat dapur rumah kita tu dah clear nanti takut pulak bila kita balik dari bercuti ulat-ulat sampah dah bermaharajalela. Dah! satu kerja pulak nak kena bersihkan.

Kepada sesiapa yang ada haiwan peliharaan tu, hah! make sure mereka telah diuruskan terlebih dahulu. Hantar kat pusat jagaan ke, bawa balik kampung sekali ke ataupun minta tolong neighbour yang tak beraya di kampung tu hulurkan makanan (tuan kepada haiwan peliharaan pulak! sendiri mau ingat ler...takkan nak hulur free ajekan?)

Nak bagitau blog pun cuti raya seminggu, ngeh!ngeh!ngeh! apa ingat blog pun tak tahu cuti ke? Lagipun mood-mood raya nih! takdenya orang nak baca blog. Oh! ya, apa tema u olls raya tahun ni? As for me sedeh! baju raya we all tak siap lagi.. tu ler pasal sapa suruh tempah! last minutes so... ko dapatler...last-last minutes nanti. Oklah nak buat ucapan ni...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SERTA MAAF ZAHIR DAN BATIN
dari Mrs. A & Family
Nih! Hari Raya Aidilfitri 2012

Baju Raya

Baju Raya

You all dan shopping raya?? Kepada sesiapa yang tak suka last minutes shopping sure dah menyoping sebelum puasa lagi. Kepada sesiapa yang memang last minutes punya orang sure sekarang tengah bz fikir mana la nak shopping ni, contoh macam Mrs.A ni hah! memang muka last minutes shopping. 

Jumaat 18072014 malam baruler... terhegeh-hegeh nak gi membeli apa yang patut, we all gi Parkson Grand itu yang dekat dan mudah, sajalah gi malam, siang memang taklah kot coz puasa-puasa nih! my kids nanti tak ceria.

Snap!snap!snap dulu sementara babah gi parked keta.



As usual, we all akan berpecah kepada 2 kumpulan the boys ikut babah. Aryssa ikut ibu then cari-cari tempat mana yang sesuai untuk membeli. Saiz Aryssa memang susah nak jumpa coz badan dia yang terlebih comel. Fitting-fitting lebih banyak tak size dari yang size. Sempatler...kena bebel dengan aku. Tuler... kan ibu dah kata makan berpada-pada Aryssa tengok siapa yang susah baju cecantik tapi takde size.

Ibu yang ni ok tak? Oklah tu jawab aku, tu mujur ada yang size tau..


Setelah beberapa ketika kumpulan the boys dah! habis membeli, depa cari we all kat gegirls dept. La.. tak sudah-sudah gi... jumpa ke tak jumpa? kata babahnya. Ada... tapi nak lagi kata Aryssa. Then the boys gerak tunggu dalam keta. Hehehhe.. lega kata Aryssa takde gangguan. Huk alo...cepat la Aryssa ha! lotih dah! ibu ni. Tapi Aryssa memang rajin menfitting amik-amik then fitting sampai berpeluh-peluh dia. Akhirnya dapatlah semua yang dia berkenan.

Wajah ceria Aryssa mendapat apa yang nak.


Satu yang aku suka shopping kat Parkson Grand ni ialah dapat voucher. Tak silap aku setiap 80 dan ke atas akan dapat voucher RM10. Then kita boleh guna voucher tu terus. Malam tu aku dapat 7 voucher terus gunakan malam tu jugak. Lagipun jangka hayat voucher tu singkat sangat seminggu aje.

Alhamdulillah syukurlah dengan apa yang ada. Bertuah sangat tinggal di bumi Malaysia ini berbanding dengan negara Palestine yang dilanda peperangan.
Wordless Wednesday #8

Wordless Wednesday #8

Wordless Wednesday #8


Berbuka Puasa

Berbuka Puasa

Berbuka Puasa

Busy & lazy itulah ayat paling sessuai nape dah! lama tak update blog. Asyik duk kat draft ajer.. storynya. Today nak update juger.. jeng..jeng..jeng ini citer 2 minggu lepas.

Sabtu 12072014 my parents in-laws ajak berbuka puasa kat Jiboi. Aku ingatkan family aku jer...coz masa Mil ajak tu dia kata family aku jer...belum buka kat Jiboi lagi yang lelain dah! Tapi bila aku sampai petang tu tengok eh! my biras pun ada. Semua ada kecuali family my bil Along, coz this time turn depa berbuka kat side Kaklong di Serting.

My biras yang no 3 tu dah sampai dari tengahari lagi, katanya gi shoping then terus datang Jiboi. This time dia yang tetolong masak. As for me & family dalam pukul 6.00 petang sampainya and my biras lagi sorang pukul 6.30 petang sampai okler tu ada yang lagi lambat.   

Sementara tunggu time berbuka, aku snap-snap dulu...
Meriah sungguh menunya my Mil & biras yang masak ada juger...lauk tunjuk. 

berbuka-puasa-di-jiboi

Peace! yo.. macam iklan ubat gigi pun ada, yg sebelah tu control macho konon...

berbuka-puasa-di-jiboi

Ateh & family

berbuka-puasa-di-jiboi

Opah tengah melayan cecucunya.

berbuka-puasa-di-jiboi


Amboi! wat funny face! dua orang nih!

berbuka-puasa-di-jiboi

Along! tolong amik gambar ibu dengan Opah. Mil pun layanz...

berbuka-puasa-di-jiboi

Dah! selesai berbuka we all solat maghrib berjemaah dan seterusnya Isyak dan sunat Tarawih. Imamnya seperti biasa my Fil yang dikasihi.

Dua orang tukang susun sejadah. 
Tak nampak de peace! yo ko Aryssa ha!

berbuka-puasa-di-jiboi

Wordless Wednesday #7

Wordless Wednesday #7

Wordless Wednesday #7


pray-for-Gaza

Selamat Hari Nuzul Al-Quran

Selamat Hari Nuzul Al-Quran


Kad Raya

Kad Raya

U olls dah dapat kad raya? Dah hantar kad raya? Kad raya macam zaman dodulu tu (zaman 90an tak silap) yang kita dok sibuk gi pilih-pilih kat pasaraya then tulis sendiri kemudian berkoyon-koyon pulak gi beli stem kat post office untuk diposkan dah tu kena cecepat pos risau pulak nanti if post lambat kad dapat after raya la pulak. Hurmmm...kalau masih begitu bertuahlah anda kerana kad-kad raya dengan cara begitu sangat menyentuh perasaan dalam erti kata lain kad begitu masih ada rasa dan ada jiwa kekdahnya.

As for me sedeh! kalau dapat pun, kad raya company jer... Tau ajelah  di zaman IT nih! kad raya virtual ajer.. cepat dan jimat kononnya. Kad raya yang dah kurang rasa dan kurang jiwa ha!. Samalah aku pun gitu juger...

Hu..huhuu...huuhuu... tengoklah ni banyaknya kad raya company punya. Kerja bermusim aku dah bermula kena get ready untuk bos sign.





Kenduri Di Kampung Bahagia Jiboi

Kenduri Di Kampung Bahagia Jiboi

Kenduri ni sebenarnya sebelum puasa hari tu ngeh!ngeh!ngeh! idea kurang nak bercerita tu yang lambat post. Kenduri side hubby kat rumah my parents in-law. Lucu pun ada bila diingat-ingat coz my FIL kat area kampung ni memang selalu akan diminta untuk menjadi imam atau ketua membaca doa kat kenduri-kendara. Sementelah nak dekat puasa tu ramailer... orang kat sini yang buat kenduri dan minta tolong dia jadi imam bz sungguh dia seminggu dua sebelum puasa hari tu. Malam ni rumah orang tu, malam esok rumah orang ni macam tulah berterusan hinggalah rumah sendiri last minutes baru dapat jadinya.

Aku siap amik cuti lagi hari Jumaat, 270614 tu... sajalah nak tolong apa yang patut. Lagipun aku dah lama tak lelepak kat Jiboi ni walaupun selalu datang tapi singgah je amik my kids then pulang terus. I thot my bebiras yang lain ada tapi meleset tetiga takdo hah! my Sil aje ada coz dia pun cuti juger...hari Jumaat tu makan tengahari, minum petang hingga habis kenduri semua kat Jiboi.

Aku tolong sesikit jer...lain-lain all my Mil dah uruskan. Buat kekecik jer..my Mil kata ajak jiran-jiran dekat sini jer... Menunya apa mak? tanya aku masa baru sampai tu. Menu macam biasa kita kenduri tu jawab dia, sambil aku melawat kawasan, ada ayam tenggiri masak kicap, gulai tempoyak daun, sambal sotong, ayam goreng, gulai daging bersama belimbing buluh dan ikan masin. Dessert pulak bubur kacang campur durian, buah tembikai dan ada kuih-muih sumbangan kaklong my biras of coz la...tokeh kedai kek takkan tak bagi sumbangan ngeh!ngeh!ngeh!. Selain tu ada gak kuih yang jiran bagi.

Bubur kacang  campur durian in the making

Petang barulah nampak muka bebiras aku semua. Kenduri tu selepas solat maghrib. Maknanya solat maghrib di rumah memasing dulu lepas tu barulah tetamu mula datang. We all solat maghrib berjemaah dengan diimankan oleh my Fil. Tapi ada juga yang cuti solat yang pompuannya lah yang tu kena duty prepare apa yang patut dulu sementara we all habis solat maghrib berjemaah. Selepas habis solat maghrib my Bils mulakan duty memasing.





Seperti biasa aku minta tolong anak sulung aku jadi jurukamera malam tu mujur dia mahu. My Bils sedang sibuk prepare apa yang patut boleh mamat sorang ni duduk jer...jadi mandur. huk alo...hubby siapa ler tu...?



The cousins

My Mil tengah sportcheck apa yang kurang


Jubah hitam my Sil malam tu dia punya future husband datang dan telah diperkenalkan kepada aku dan adik-beradiknya, ipar dan biras semua. Amboi! kemain ko ya!


Seketul jer gambar aku bersama hubby.
Tu pasal tak dapat nak pilih gambar awak yang cantek ya!
Sorry dear yang penting saya maintain cun. (cun ker....??)

Alhamdulillah kenduri malam tu berjalan lancar seperti yang dirancang. Syukur kehadrat Ilahi. Makanan semua cukup dan boleh tapau bawa balik, ngeh!ngeh!ngeh!



Wordless Wednesday #6

Wordless Wednesday #6

Wordless Wednesday #6


durian-kg-myhometown
My hometown

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80



Sesiapa yang berminat jomler....ke blog http://ummudd80.blogspot.com/ untuk info lanjut.

Fightings!


Al-kisah 1 Ramadhan 1435H

Al-kisah 1 Ramadhan 1435H

Pepokok durian hasil titik peluh arwah Abah  (Al-Fatihah) semoga arwah damai di sana.  Hasilnya kami merasa abah semoga menjadi amal-jariah buatmu.

Minggu lepas Saturday aku balik kampung coz memang plan nak berbuka puasa dengan emak aku. Knowing dia sensorang aku jadi sedih so saja nak kasi ceria suasana dengan kehadiran cecucu dia yang memang banyak ragam. Friday & Monday aku cuti dah terbiasa bila nak poser jer...aku akan bercuti sejak aku kerja kat KL lagi. Lagipun memang aku ni orang yang very the seldom bercuti so amik kesempatan cecoti.

Friday tu yang sebenar-benarnya my parents in-law buat kenduri. Kenduri tahlil arwah dan sambut Ramadhan kekdahnya. So this time aku jadi menantu bukan hantu memang niat nak menolong apa yang patut. Pepagi tu aku settle kain baju kat rumah then dalam pukul 12.00pm baru aku gerak ke rumah  parents in-law takdelah jauh sangat pun kurang dari 10km macam tu. Time ni my kids semua ponteng ini semua hubby aku punya cerdik lantaklah tak koser aku. Eh! sebenarnya aku belum nak citer pasal kenduri tu lagi ngeh!ngeh!ngeh! pasal tu later aku blogkan. In Sha Allah.

Back to the track, aku gerak balik kampung dalam tengahari jugaklah this time aku tak ikut tol Senawang coz dah banyak kali aku kena traffic jam lepas traffic light Kastam HQ. Aku ikut tol Sban-PD hah! cantek line clear cuma bayarannya nanti lebih 40 sen. Next time aku rasa kena ikut jalan niii...lah.

We all sampai kampung dalam pukul 2.30pm macam tu. Otw tu Alang aku ada call tanya dah! sampai mana confuse aku nape dia tanya macam tu ghupernya bila aku sampai rumah mak aku tengok dia masih ada lagi kat kampung belum balik KL lagi. Tapi dia seorang jerlah kids  & wife dia memang tak ikut. Katanya dia nak sembahyang tarawih kat kampung dulu then baru balik. Oh! baru aku faham nape dia tak balik lagi coz  malam sebelum tu mak aku kata Alang nak balik dah! last minute dia tukar fikiran la kot.

This time main menu mak aku adalah rendang ayam errmmm... pelik nape bukan daging macam selalu. Dah! takde "Mantai Lelong" payah nak dapat daging mak tukar la ayam pulak kata dia. Ermmm...zaman berubah kemeriahan dah berkurangan. Dulu kampung aku dan kampung sekitar ni meriah dengan "mantai lelong" ni. Untuk rekod mantai lelong adalah lembu atau kerbau yang disembelih secara bergotong-royong oleh orang-orang kampung kemudian dilonggok-longgok ikut jumlah orang yang masuk share, harga akan dibahagi ikut harga lembu tu kepada berapa orang yang masuk share dalam kampung aku tu. Kemudian orang-orang yang ada share akan datang amik sendiri macam kat kampung aku ni amik kat balai raya dulu masa aku kekecik kat masjid coz kat situ ler.. operasi sembelih dijalankan. Kenapa panggil mantai lelong mungkin sebab ada acara lelong. Time aku kekecik dulu upacara lelong akan dijalankan selepas semua orang dah dapat share memasing. Kemudian bahagian lebih dari lembu atau kerbau tadi akan dilelong contoh macam ekor ke, kepala ke, bahagian sulit ke memula sesiapa yang berminat akan letak harga, if ada orang lain minat akan tambah lagi harga begitulah seterusnya sehingga takde lagi orang yang beat harga orang terakhir. Meriah habis nak-nak kena dengan jurulelong yang pandai bikin hangat.

Tarawih pertama di kampung, memula aku plan nak gi, if takde orang nak drive tapi tak jadilah coz mak aku dah pergi dengan Alang dan juger...anak-anak aku. Tarawih kat kampung aku mula dalam pukul 9.00 malam selepas solat Isyak.13 rakaat, 10+3 iaitu tarawih 10 rakaat witir 3 rakaat (2+1). Moreh pun masih ada tapi kekecilan aje. Tengah aku meleka tengok tv tetiba they all dah balik tarawih kejapnyer...Lepas solat terus balik tak tunggu makan/minum. Alang aku dah get ready nak balik KL amboi! banyak bekalan dia tu buah durian yang dah siap asing awal-awal lagi orang kemudian cari sendiri katanya. Yolah! nanti turn aku pulak hokeh! Angah aku pun minggu sebelum tu dah! merasa dulu.

Dalam pukul 10.15 mlm Alang gerak balik KL tinggallah we all bersama mak. Sebelum masuk tidur mak aku dah pesan semua orang kunci alarm ya... takut nenek tak tersedar nanti kalau ada sesiapa yang tersedar dulu tu kejut nenek pesanan penaja dia. Bila tiba time sahurnya mak aku jugak yang bangun dulu humang aiii...3.30 pagi dah! bangun. Mak!!!! apsal awal sangat mak!!! huk! huk! huk! anak mu ini baru jer...tidur lepas tengok running man tadi. Memang aku tak bangun time tu kesian mak prepare sensorang juadah tuk sahur. Kemudian dalam pukul 4.30 pagi dia kejut semula suruh makan ni baru ler..aku dengan anak-anak bangun. Terasa diri sangat bertuah masih ada emak, sayang mak...

Oleh kerana musim durian dan dah mula gugur, aku pun pi ler...cari.... kat kawasan belakang rumah mak aku tu... Amboi! the power of king fruits ni semak-samun kat belakang rumah mak aku ni dah terang-benderang. Errmmm... ada hikmah rupanya. Kerja tebas-tebus ni hasil usaha Alang aku dengan bantuan orang yang diupah haruslah if dia sorang tak percaya aku he...Besar gak kawasan yang nak ditebas-tebus tu to be exact dimesin.

Ronda-ronda cari durian tapi awas jangan jalan bawah dahan yang ada buah. If nak lebih selamat gunalah safety helmet.

Pokok ni buahnya tak gugur lagi 
This time buahnya tak melebat maybe tak berapa dijaga, baja buah pun tak tabur apa kes ko nak aku melebat. (kata pokok tu...ngeh!ngeh!ngeh!).

Selain dari pokok durian ada juga pokok cempedak & pokok nangka.

Ni pokok cempedak, goreng pun sodap.


Ini pokok langsat.
Belum masak lagi.
Ni pun sama tak berapa nak melebat.
Alhamdulillah at least ianya masih berbuah.


Time aku ronda-ronda ni aku teringat arwah Abah, coz pepokok ni semua dia yang tanam. Ada banyak pokok lagi sebenarnya pokok rambutan, limau kasturi, belimbing, kelapa tapi takdelah aku amik semua gambarnya. Time aku kekecik dulu aku masih ingat hingga sekarang kekata arwah "kalau abah dah takde nanti sekurang-kurangnya anak-anak abah dapat makan" sob..sob..sob....sedih bila teringat. Tapi kesemua buah-buah tu arwah sempat merasanya. Abah meninggal pada 111212 sakit tua. Aku ralat sangat coz malam sebelum aku nak balik Seremban tu bila aku nak salam Abah dah tidur. Lebih kurang pukul 10 malam tak silap walaupun mak aku berkeras suruh kejutkan tapi aku tak sampai hati nak kejut, coz aku tengok Abah lena benar. Aku kata takpelah mak Sabtu nanti orang balik gi.... tapi sesal sudah tidak berguna lagi  Wednesday morning anak sulung aku call kata ibu...Atok dah! meninggal waktu dia nak sembahyang subuh tadi..macam tak percaya jer...banyak kali aku tanya dia pastu aku suruh dia bagi phone kat mak aku dengan harapan itu semua tak betul tapi itulah kenyataannya masakan benda hidup mati anak aku nak bergurau. Time ni anak-anak aku memang tinggal kat kampung coz kebetulan time school holidays. Aku redha.

Then back to hasil rondaan aku mencari buah durian tu dapatlah 3 biji. Satu kuning isinya, 2 biji lagi putih biasa. Unfortunately masa aku download ke pc berlaku kesilapan teknikal dah terdelete la pulak. Tak dapatlah aku nak tayang hasil durian kutipan aku. Petang tu aku minta mak buat pengat durian untuk berbuka. Errmmmm...yummy sedap sangat cecah dengan roti.

Emaklak hai! awal lagi dah ke dapurnya dalam 3.30 petang macam tu coz petang nanti nak gi bazar katanya. Simple jer.. lauk yang we all masak. Lagipun later nak top-up lauk kat bazar Ramadhan. Usai memasak dan selepas solat Asar dalam pukul 5.00 aku dan mak gerak gi bazar Ramadhan Lubok China. Bazar Ramadhan ni bebiasa jer...dulu meriah maybe belum panas lagi yelah baru 1 Ramadhan. Anak-anak aku tak nak ikut ada yang dah merajuk, ada yang memang tak nak pergi coz nak tunggu Pak Long katanya. Along aku call kata nak berbuka di kampung tu yang anak-anak aku excited. Kat bazar memacam gak ler...yang emak aku beli ikut selera dia dan jugak pesanan cecucunya siap tulis note tu... Tengah aku dengan mak meleka membeli terserempak pulak dengan bapak sedara aku (adik mak) dengan isteri dan 2 orang anak dia yang dah janji memenag dia nak berbuka kat rumah we all. They all pun membeli jugak. Bapak sedara aku memang selalu singgah pun coz anak dia study kat sekolah Sains Rembau dekat dengan rumah aku. Anak dia duduk hostel bila time amik anak dia tu dia akan singgah. This time dia nak hantar anak dia tu balik hostel tapi lepas berbuka.

Time berbuka 7.25 malam amboi! penuh habis meja dengan lauk-pauk dengan kuih-muih huh! dengan air pelbagai jenis, memacamlah patut pun orang kata musim pesta makanan. Ada benarnya. Alhamdulillah 1 Ramadhan berjaya dilaksanakan. Lepas solat maghrib bapak sedara aku pun gerak siap emak aku bekal serba sedikit makanan, same goes to me and Along siap degan bekalan memasing. Aku gerak dulu daripada Along time aku gerak Along masih lelepak lagi tengok tv ialah dia apa ade hal bujang lagi ikut suka dia ajelah.

Esoknya Monday emak aku ada routine check-up kat klinik this time turn Angah pulak yang hantar coz Melaka cuti ganti awal Ramadhan yang jatuh hari Sunday. Okeh! dah cukup panjang post aku kali ni...satu pencapaian tu. Akhir kalam selamat berpuasa 6 Ramadhan 1435 Hijrah.



Wordless Wednesday #5

Wordless Wednesday #5

Wordless Wednesday #5

buffet-citoraso-kampung
Klana Resort, Seremban

Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1435H

Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1435H

 Internet Photo

Walaupun hari ni dah masuk hari ketiga umat islam berpuasa tapi aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan menunaikan sembahyang sunat Tarawih al-maklumlah hanya sebulan aje dalam setahun semoga puasa dan amalan kita semua akan diterima dan beroleh barakah hendakNya. In Sha Allah. Amin...



MRS.A my blog my stori ©