Al-kisah 1 Ramadhan 1435H - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Al-kisah 1 Ramadhan 1435H

4 Julai 2014

Al-kisah 1 Ramadhan 1435H

Pepokok durian hasil titik peluh arwah Abah  (Al-Fatihah) semoga arwah damai di sana.  Hasilnya kami merasa abah semoga menjadi amal-jariah buatmu.

Minggu lepas Saturday aku balik kampung coz memang plan nak berbuka puasa dengan emak aku. Knowing dia sensorang aku jadi sedih so saja nak kasi ceria suasana dengan kehadiran cecucu dia yang memang banyak ragam. Friday & Monday aku cuti dah terbiasa bila nak poser jer...aku akan bercuti sejak aku kerja kat KL lagi. Lagipun memang aku ni orang yang very the seldom bercuti so amik kesempatan cecoti.

Friday tu yang sebenar-benarnya my parents in-law buat kenduri. Kenduri tahlil arwah dan sambut Ramadhan kekdahnya. So this time aku jadi menantu bukan hantu memang niat nak menolong apa yang patut. Pepagi tu aku settle kain baju kat rumah then dalam pukul 12.00pm baru aku gerak ke rumah  parents in-law takdelah jauh sangat pun kurang dari 10km macam tu. Time ni my kids semua ponteng ini semua hubby aku punya cerdik lantaklah tak koser aku. Eh! sebenarnya aku belum nak citer pasal kenduri tu lagi ngeh!ngeh!ngeh! pasal tu later aku blogkan. In Sha Allah.

Back to the track, aku gerak balik kampung dalam tengahari jugaklah this time aku tak ikut tol Senawang coz dah banyak kali aku kena traffic jam lepas traffic light Kastam HQ. Aku ikut tol Sban-PD hah! cantek line clear cuma bayarannya nanti lebih 40 sen. Next time aku rasa kena ikut jalan niii...lah.

We all sampai kampung dalam pukul 2.30pm macam tu. Otw tu Alang aku ada call tanya dah! sampai mana confuse aku nape dia tanya macam tu ghupernya bila aku sampai rumah mak aku tengok dia masih ada lagi kat kampung belum balik KL lagi. Tapi dia seorang jerlah kids  & wife dia memang tak ikut. Katanya dia nak sembahyang tarawih kat kampung dulu then baru balik. Oh! baru aku faham nape dia tak balik lagi coz  malam sebelum tu mak aku kata Alang nak balik dah! last minute dia tukar fikiran la kot.

This time main menu mak aku adalah rendang ayam errmmm... pelik nape bukan daging macam selalu. Dah! takde "Mantai Lelong" payah nak dapat daging mak tukar la ayam pulak kata dia. Ermmm...zaman berubah kemeriahan dah berkurangan. Dulu kampung aku dan kampung sekitar ni meriah dengan "mantai lelong" ni. Untuk rekod mantai lelong adalah lembu atau kerbau yang disembelih secara bergotong-royong oleh orang-orang kampung kemudian dilonggok-longgok ikut jumlah orang yang masuk share, harga akan dibahagi ikut harga lembu tu kepada berapa orang yang masuk share dalam kampung aku tu. Kemudian orang-orang yang ada share akan datang amik sendiri macam kat kampung aku ni amik kat balai raya dulu masa aku kekecik kat masjid coz kat situ ler.. operasi sembelih dijalankan. Kenapa panggil mantai lelong mungkin sebab ada acara lelong. Time aku kekecik dulu upacara lelong akan dijalankan selepas semua orang dah dapat share memasing. Kemudian bahagian lebih dari lembu atau kerbau tadi akan dilelong contoh macam ekor ke, kepala ke, bahagian sulit ke memula sesiapa yang berminat akan letak harga, if ada orang lain minat akan tambah lagi harga begitulah seterusnya sehingga takde lagi orang yang beat harga orang terakhir. Meriah habis nak-nak kena dengan jurulelong yang pandai bikin hangat.

Tarawih pertama di kampung, memula aku plan nak gi, if takde orang nak drive tapi tak jadilah coz mak aku dah pergi dengan Alang dan juger...anak-anak aku. Tarawih kat kampung aku mula dalam pukul 9.00 malam selepas solat Isyak.13 rakaat, 10+3 iaitu tarawih 10 rakaat witir 3 rakaat (2+1). Moreh pun masih ada tapi kekecilan aje. Tengah aku meleka tengok tv tetiba they all dah balik tarawih kejapnyer...Lepas solat terus balik tak tunggu makan/minum. Alang aku dah get ready nak balik KL amboi! banyak bekalan dia tu buah durian yang dah siap asing awal-awal lagi orang kemudian cari sendiri katanya. Yolah! nanti turn aku pulak hokeh! Angah aku pun minggu sebelum tu dah! merasa dulu.

Dalam pukul 10.15 mlm Alang gerak balik KL tinggallah we all bersama mak. Sebelum masuk tidur mak aku dah pesan semua orang kunci alarm ya... takut nenek tak tersedar nanti kalau ada sesiapa yang tersedar dulu tu kejut nenek pesanan penaja dia. Bila tiba time sahurnya mak aku jugak yang bangun dulu humang aiii...3.30 pagi dah! bangun. Mak!!!! apsal awal sangat mak!!! huk! huk! huk! anak mu ini baru jer...tidur lepas tengok running man tadi. Memang aku tak bangun time tu kesian mak prepare sensorang juadah tuk sahur. Kemudian dalam pukul 4.30 pagi dia kejut semula suruh makan ni baru ler..aku dengan anak-anak bangun. Terasa diri sangat bertuah masih ada emak, sayang mak...

Oleh kerana musim durian dan dah mula gugur, aku pun pi ler...cari.... kat kawasan belakang rumah mak aku tu... Amboi! the power of king fruits ni semak-samun kat belakang rumah mak aku ni dah terang-benderang. Errmmm... ada hikmah rupanya. Kerja tebas-tebus ni hasil usaha Alang aku dengan bantuan orang yang diupah haruslah if dia sorang tak percaya aku he...Besar gak kawasan yang nak ditebas-tebus tu to be exact dimesin.

Ronda-ronda cari durian tapi awas jangan jalan bawah dahan yang ada buah. If nak lebih selamat gunalah safety helmet.

Pokok ni buahnya tak gugur lagi 
This time buahnya tak melebat maybe tak berapa dijaga, baja buah pun tak tabur apa kes ko nak aku melebat. (kata pokok tu...ngeh!ngeh!ngeh!).

Selain dari pokok durian ada juga pokok cempedak & pokok nangka.

Ni pokok cempedak, goreng pun sodap.


Ini pokok langsat.
Belum masak lagi.
Ni pun sama tak berapa nak melebat.
Alhamdulillah at least ianya masih berbuah.


Time aku ronda-ronda ni aku teringat arwah Abah, coz pepokok ni semua dia yang tanam. Ada banyak pokok lagi sebenarnya pokok rambutan, limau kasturi, belimbing, kelapa tapi takdelah aku amik semua gambarnya. Time aku kekecik dulu aku masih ingat hingga sekarang kekata arwah "kalau abah dah takde nanti sekurang-kurangnya anak-anak abah dapat makan" sob..sob..sob....sedih bila teringat. Tapi kesemua buah-buah tu arwah sempat merasanya. Abah meninggal pada 111212 sakit tua. Aku ralat sangat coz malam sebelum aku nak balik Seremban tu bila aku nak salam Abah dah tidur. Lebih kurang pukul 10 malam tak silap walaupun mak aku berkeras suruh kejutkan tapi aku tak sampai hati nak kejut, coz aku tengok Abah lena benar. Aku kata takpelah mak Sabtu nanti orang balik gi.... tapi sesal sudah tidak berguna lagi  Wednesday morning anak sulung aku call kata ibu...Atok dah! meninggal waktu dia nak sembahyang subuh tadi..macam tak percaya jer...banyak kali aku tanya dia pastu aku suruh dia bagi phone kat mak aku dengan harapan itu semua tak betul tapi itulah kenyataannya masakan benda hidup mati anak aku nak bergurau. Time ni anak-anak aku memang tinggal kat kampung coz kebetulan time school holidays. Aku redha.

Then back to hasil rondaan aku mencari buah durian tu dapatlah 3 biji. Satu kuning isinya, 2 biji lagi putih biasa. Unfortunately masa aku download ke pc berlaku kesilapan teknikal dah terdelete la pulak. Tak dapatlah aku nak tayang hasil durian kutipan aku. Petang tu aku minta mak buat pengat durian untuk berbuka. Errmmmm...yummy sedap sangat cecah dengan roti.

Emaklak hai! awal lagi dah ke dapurnya dalam 3.30 petang macam tu coz petang nanti nak gi bazar katanya. Simple jer.. lauk yang we all masak. Lagipun later nak top-up lauk kat bazar Ramadhan. Usai memasak dan selepas solat Asar dalam pukul 5.00 aku dan mak gerak gi bazar Ramadhan Lubok China. Bazar Ramadhan ni bebiasa jer...dulu meriah maybe belum panas lagi yelah baru 1 Ramadhan. Anak-anak aku tak nak ikut ada yang dah merajuk, ada yang memang tak nak pergi coz nak tunggu Pak Long katanya. Along aku call kata nak berbuka di kampung tu yang anak-anak aku excited. Kat bazar memacam gak ler...yang emak aku beli ikut selera dia dan jugak pesanan cecucunya siap tulis note tu... Tengah aku dengan mak meleka membeli terserempak pulak dengan bapak sedara aku (adik mak) dengan isteri dan 2 orang anak dia yang dah janji memenag dia nak berbuka kat rumah we all. They all pun membeli jugak. Bapak sedara aku memang selalu singgah pun coz anak dia study kat sekolah Sains Rembau dekat dengan rumah aku. Anak dia duduk hostel bila time amik anak dia tu dia akan singgah. This time dia nak hantar anak dia tu balik hostel tapi lepas berbuka.

Time berbuka 7.25 malam amboi! penuh habis meja dengan lauk-pauk dengan kuih-muih huh! dengan air pelbagai jenis, memacamlah patut pun orang kata musim pesta makanan. Ada benarnya. Alhamdulillah 1 Ramadhan berjaya dilaksanakan. Lepas solat maghrib bapak sedara aku pun gerak siap emak aku bekal serba sedikit makanan, same goes to me and Along siap degan bekalan memasing. Aku gerak dulu daripada Along time aku gerak Along masih lelepak lagi tengok tv ialah dia apa ade hal bujang lagi ikut suka dia ajelah.

Esoknya Monday emak aku ada routine check-up kat klinik this time turn Angah pulak yang hantar coz Melaka cuti ganti awal Ramadhan yang jatuh hari Sunday. Okeh! dah cukup panjang post aku kali ni...satu pencapaian tu. Akhir kalam selamat berpuasa 6 Ramadhan 1435 Hijrah.



4 ulasan:

  1. Assalamualaikum & Salam Perkenalan...
    Jom imarahkan Ramadhan dan join GA saya ni :
    http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html

    BalasPadam
  2. salam.

    takde twitter IG boleh je join :)
    http://www.kisahemasputih.com/2014/07/ga-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html

    BalasPadam
  3. al-fatihah untuk arwah abah Mrs

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. seronok balik kampung bila da kebun buahan macam ni,

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©