January 2016 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: January 2016
Why, why tell me why?

Why, why tell me why?

As salam and greetings to dear readers.

Why, why tell me why? Dah macam tajuk lagu pun ada. Soalan tu adalah berkaitan dengan followers blog Mrs. A nih! tak tahulah di mana silap dah salahnya semalam 173 tapi hari ini dah 172 pulak? Actually bukanlah semalam dan hari ini sahaja kejadian tu tapi dah beberapa kali dalam seminggu dua ini.

Tidak berapa lama dulu Mrs. A sedia maklumlah google yang punya angkara muahhhaaaaa... google jugak yang salah. Padahal mana tau memang ada followers tu dah nyampah nak follow tu yang quit agaknya kannssss... Tapi tak kisahlah apa pun sebabnya Mrs. A ambil kisah tau. Huhuuuu... dah ler... follower ciput pastu berkurang pulak satu, sob..sob...sob... terus mode sedih.

sad images
Why, why tell me why?                                                     TrestonsWallpapers



Wordless Wednesday #65

Wordless Wednesday #65

A Journey To The North

A Journey To The North

As salam and greetings to dear readers.

Seminggu dua sebelum menjelang tahun baru 2016 Mrs. A sekeluarga telah berkesempatan pergi bercuti. Nak kata bercuti sebenar-benarnya pun tidak kot, Mrs. A rasa lebih sesuai guna istilah pengembaraan sekeluarga dengan menaiki kereta. Hiks! pengembaraan uols.!!

Cer tengok nih! beza katanya.



As usual Mr. A tu bukanlah a good planner, pada kebanyakkan masa bercuti ke, balik kampung ke, membeli belah ke semuanya banyak going with the flow dari planning-planning ni. Tak tahu secara kebetulan atau terancang selalunya bila dah plan baik punya asyiklah tak menjadi ada-ada saja halangannya. 

Mrs. A ditugaskan oleh Mr. A tu untuk survey tempat percutian di mana yang best. Bila tanya kids mereka nak mandi-manda punya tempat, kalau macam tu kena pilih theme parklah. Huhuuu... last-last minutes tanya kawan-kawan Mrs. A yang dah pernah pergi Lost World of Tambun dan Bukit Merah Lake Town tanya pun dalam empat orang jer.. tiga kata LWoT best dari BMLT kekdahnya Mrs. A pun pilihlah LWoT.

Ingatkan nak ambil package unfortunately kesemua tarikh yang Mrs. A pilih not available. Solutionnya beli tiket jer.. yang "online" suka hati bila nak masuk valid till one month. Kekdahnya pergi tetap pergi date tu tak dapat dipastikan lagi... coz Mr. A kata dia nak jalan-jalan sampai Perlis. Huh! ikut ajelah dah ada orang nak bawa kita jalan-jalan kannssss...

journey
Stop kat R&R (tak ingat la pulak R&R mana tapi ni dah sampai Perak) sambil masing-masing melepaskan hajat.
Ibu meh! Sya amikkan gambar. Okeh I likes ngeh! ngeh! ngeh!

journey
Huhuuu... sepanjang perjalanan most of the highway trafficnya macet uols.
Hangin jer... driver sebelah

journey
Nak masuk terowong Menora hujan renyai pun turun

Oleh kerana sepanjang perjalanan tu traffic jam terlebih banyak, maka waktu perjalanan telah menjadi lebih lama dari yang dirancang. Lagipun time we all gerak tu pun dah petang selepas Zohor. Tengok kids kat belakang semua dah tertidur.

Then Mr. A kata kita tidur kat Penanglah. Cer google katanya, pastu lagak gaya seorang pengembara Mrs. A pun google-google dan calling-calling mencari tempat untuk bermalam, of course arrr... ikut budget yang dirasakan berpatutan Mrs. A dah suggest dua tempat yang satu kat Bukit Mertajam satu kat Pulau. Tetapi...... Mr. A tu nak Safira ni jugak.



Safira Country Club ni terletak di Bukit Mertajam, beberapa tahun dulu we all dah pernah check-in kat sini, konsepnya adalah chalet. We all pilih chalet yang dua bilik oklah selesa untuk family like us. Ada complimentary breakfast untuk four person. Konsepnya masih sama sebagaimana yang pernah we all check-in beberapa tahun yang lalu. 

Memula plan nak check-out awal, tapi kids asyiklah duk nyanyi nak mandi pool, nak tak nak layankanlah juga. Selepas breakfast terus aje depa menuju ke swimming pool.


Pepagi selepas breakfast terus ke swimming pool.

Memula tak nak main kat slide nih! malu ramai orang katanya, tapi akhirnya main jugak

Walaupun masih pagi tapi kat pool dah ramai yang mandi-manda

Lebih kurang pukul 11.00 pagi macam tu sesi di swimming pool pun tamat. Then we all pun bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan a journey to the north di hari kedua pula.

Okay, cukup sampai di sini dulu to be continue di next entry. In Sha Allah.

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Bismillahhirahmannirrahim...

As salam and greetings to all readers.

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.

[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Wordless Wednesday #64

Wordless Wednesday #64



Wedding Invitation

Wedding Invitation

As salam and greetings to all readers.

Ouch!.. dah seminggu tak up date my blog my stori nih!. Konon azam tahun baru sehari satu post dah sembilan belas hari di tahun baru Masehi 2016 lagi hancus adalah. Ketawa evil sikit muuahhaaaaaa.....untuk sedapkan hati sendiri. Nampak gayanya azam masih tak menjadi kenyataan hazab adalah ngeh! ngeh!ngeh!.

Okay! ini nak citer kisah last weekend Mrs. A sekeluarga telah menghadiri wedding invitation office mate. Belanja gambar dulu.

On the way tu harus selphi selpot dulu trademark tu...

We all sampai boleh dikatakan awal kekdahnya tak dapatlah bergambar bersama pengantin coz pengantin sedang busy direnjis-renjis dipilis oleh ibu bapa sedara mara kedua-dua belah pihak time we all nak gerak balik tuh! Lagipun we all kena pulang awal coz Mr. A nak ziarah kawanya meninggal dunia. Mujur ada seketul.


Walaupun sedang menjamu selera sempat gak Mrs. A mengambil curi seketul gambar pengantin. 

"Terima kasih kak sudi hadir, komen Mira di FB", walaupun tak dapat bergambar bersama yang penting hadir memenuhi undangan. Bukankah hukum memenuhi undangan walimatul urus itu adalah wajib. Ini bukan Mrs. A yang kata ya... tapi berdasarkan sabda Nabi dan HR Muslim.

Sabda Nabi Apabila seseorang di antara kalian diundang untuk menghadiri walimatul ’ursy
 (resepsi pernikahan, pen), penuhilah.” 
"Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah/pernikahan, sungguh dia telah durhaka pada Allah dan Rasul-Nya.” (HR. Muslim).
(Kredit: Rumaysho.com)

Moral of the story: Jangan ambil remeh dengan undangan walimatul urus. Jika tiada apa aral wajib kita penuhinya.Jangan saja-saja malas nak pergi tapi pergi shopping boleh pula.


Wordless Wednessday #63

Wordless Wednessday #63

motivationalmuslim

Si Kuning Peminat Buku

Si Kuning Peminat Buku

As salam and greetings to all readers.

Walaupun sekolah dah seminggu berlalu tapi Mrs. A baru jer... berkesempatan membalut buku.

Sedang leka membalut ada pulak yang tukang perati asyik datang dan pergi jer... si Kuning ni minat betul dia dengan bebuku tu.

Memula dia tengok- tengok dan bau bebuku tu
Pastu dia pegi
Kemudian dia datang semula dok perati jer... dengan penuh minat.

Kucing pun ada yang suka buku rupanya ngeh! ngeh! ngeh! Harap- harap cik dan encik yang punya buku tu rajinlah membaca buku-buku tu sebagaimana minatnya Kuning dengan buku-buku tu.
Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

Sempena di hari Jumaat yang barakah ini Mrs. A nak joinlah Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016 yang dianjurkan oleh sifu blogger saudara Hasrul Hassan. 
Klik


Harap masih sempat, semalam Mrs. A tengok dah ramai yang joint lagipun ada dinyatakan di entry tersebut closed kalau dah cukup 80 orang.

Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk menyertai segmen tersebut pertama tulis entry pendek lebih kurang seratus patah perkataan berkaitan blog sendiri, siapa anda dan apa yang mahu dicapai menerusi blog pada tahun 2016 ini.

Okay mari kita mulakan, tujuan Mrs. A berblog adalah untuk kepuasan diri sendiri, sebagai diary bergambar dan juga untuk bahan bacaan anakanak Mrs. A. Baca entry lama-lama, nanti teringat oh! dulu aku pernah pergi sini dengan dia la... oh! aku pernah makan ni... eh! tak sangka aku yang tulis nih! cenggitulah lebih kurang. Yang baik boleh dijadiakan teladan dan yang buruk wajib dijadikan pengajaran dan sempadan. Kalau boleh buat duit lagi baguskan unfortunately Mrs. A ni tak serius sangat dan ada penyakit 'M' tu yang tak dapek den nak nolong.

Apa yang ditulis? Apa yang Mrs. A tulis kebanyakkan hal-hal yang bersangkut-paut dengan diri Mrs. A aje bak kata omputih personal life. Kekdahnya blog ini takde specific niche. Blog rojak, all in one. Sekejap citer cats, sekejap citer kids, sekejap citer Kpop haish! pendek kata suka hati aku ajelah ini blog aku. Cuma kadang-kadang tu ada jugalah pasal isu-isu semasa dari pandangan diri sendiri takdelah kupasan yang berat-berat seperti Dr. M yang menulis.

Apa yang nak dicapai menerusi blog pada tahun 2016 dah joint segmen ini mestilah nak tambah follower kanssss... okay itu salah satu. Lain-lain nak buat sebenarnya dah lama nak buat tapi tak bersungguh contoh nak buat loading time blog laju dan laju lagi samada di phone mahupun desktop/ laptop. Bila melayari blog melalui phone blog Mrs. A banyak kekurangannya salah satu contohnya Nuff tak muncul pun, kat pc ok jer.. walaupun dah buat tapi tak jadi pun. Eh! oklah macam dah lebih seratus perkataan jerr..

Kepada sesiapa yang terasa nak joint sila klik banner di atas for more details.


Update: My Name Is.....

Update: My Name Is.....

As salam and greetings to dear readers.

Pejam celik pejam celik dah seminggu kita berada di tahun baru 2016. Sekejap aje kan??? Kononya azam tahun baru nak rajin update blog muaahhaaaa verangan ajelah kot nampak gayanya sama seperti tahun sebelumnya tak kesampaian. Bilalah agaknya cerita pengembaraan A journey to the North Mrs. A nak up nih??? Hurmm.. ok takpe lain kali In Sha Allah.

Back to the line cerita di sebalik update: my name is...

My name is Tiga

My name is Kuning

Last time Mrs. A pernah posted pasal cats Mrs. A nih di SINI dan SINI

Finally dah bagi nama yang tengah tidur tu Tiga, kenapa tiga? dah macam nama otomen pun ada, nama pertubuhan pun ada ngeh! ngeh! ngeh! nama Tiga tu sempena warna bulu dia yang ada tiga color, itu sebabnya Mrs. A kasikan nama dia Tiga takde kena mengena dengan otomen ataupun tiga line.

Yang sekor lagi tu pulak Mrs. A bagi nama Kuning sempena bulu dia jugaklah yang colornya kuning eh! kuning kerr..?? Macam color oren pun ya jugak. Anyway nama dia dengan rasminya Mrs. A letak Kuning
sebab Oren adalah yang seperti kat bawah ni

Hi! sayalah Oren dah besar hokeh! tolong jangan samakan saya dengan si Kuning kecik tuh!

Walaupun Oren dan Kuning colornya sama tapi mereka adalah dua entiti yang berbeza. Pada mulanya kekucing tu tak berapa nak ngam al-maklumlah takde kena mengena langsung, lagipun belum mengenali bau masing-masing bak kata pakar kucing. Tetapi sekarang mereka dah okay dan mesra aje bergurau-senda.

Tetapi di manakah, kemanakah yang dua ekor lagi baby si Koko tu? Unfortunately seekor lagi yang Adik bagikan nama dia Grey tu hilang entah ke mana coz sewaktu Mrs. A sekeluarga pergi bercuti kekucing tu ditinggalkan hidup berdikari kat luar rumah. Makan minum kekucing tu Mrs. A minta tolong jiran yang isikan of couselah Mrs. A dah sediakan bekalan yang secukupnya cuma jiran tu tolong refillkan kat bekas-bekas makanan yang telah sedia ada di porch rumah Mrs. A. Habis tu apa gunanya hidup berjirankan kalau tak boleh nak tolong-menolong. Amboi! ayat tak boleh blah.

Seekor lagi pulak mati dengan tiba-tiba di bawah sofa. Setelah dua  hari balik dari bercuti tak tahu sebab-musabab yang color hitam itu mati coz di sebelah pagi sebelum dia mati keadaan dia elok aje menyusu dengan si Koko dan bergurau-senda. Tengahari time nak bagi makan Along jumpa dia di bawah sofa tak bergerak-gerak ingatkan tidur tapi rupanya dah mati. Pada mulanya Mrs. A tak percaya tapi bila Mrs. A check memang dia dah mati dengan di hujung mulutnya ada sedikit darah. Mungkin time tu dia baru lagi mati kot?? Coz badan dia masih lembut dan nampak macam tidur aje. Kematiannya masih menjadi misteri coz tiada sebarang post-mortem dilakukan. Hiks! tak kelakar hokeh!

Thats All.


Wordless Wednesday #62

Wordless Wednesday #62


rotitisupenangmari




Kenduri Tahlil Arwah

Kenduri Tahlil Arwah

As salam and greetings to dear readers.

Pada 1 Januari 2016 iaitu sempena tahun baru dan juga hari Jumaat yang barakah parents inlaws Mrs. A telah organize kenduri tahlil arwah.

Takde apa-apa gosip tetiba kat dalam group family WhatsApp m.i.l hantar message tulisnya diminta semua anak cucu balik bla..bla..bla.. kenduri tahlil ha! cenggitulah lebih kurang katanya.

Tetapi ada jugalah hai!!!... ahli group yang salah faham dan assumed PD yang m.i.l  tulis tu adalah Port Dickson tetapi yang betulnya adalah 'pada'.

Hurm...kekdahnya yang salah faham tu datang lambat yang amat dah selesai pun tahlilnya cuma tunggu masuk waktu Isyak jer... nak solat Isyak.

Bak kata m.i.l ialah orang tua yang tulis macam tulah. Tapi pendapat Mrs. A tak salahkan m.i.l pun. Ialahkan orang yang tak faham tu tanya ajelah kat WA tu bukan susah pun. Kalau benda lain boleh pulak bertanya ini benda simple cenggitu pun nak buat susah-susah.

Jom layan gambar sementara menunggu orang yang salah faham tu...

Mr. A membelek muka, Banglong peace yo!


Imran the nephew menyahut cabaran untuk Azan maghrib


Shhh... Opah tengah solat sunat der....


Setelah beberapa ketika menunggu dan calling-calling akhirnya imam a.k.a F.i.l kata kita mulakan ajelah maghrib pun bukannya panjang lagi.

Alhamdulillah tahlil berjalan lancar. Terima kasih emak dan abah sebab organize tahlil ini. Semoga doa kita semua sampai kepada roh- roh yang kita sayangi. Amin. In Sha Allah.
MRS.A my blog my stori ©