Pindah Rumah - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Pindah Rumah

15 Januari 2020

Pindah Rumah

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Pindah Rumah. Keputusan pindah rumah ni pun Mr. A yang decided. Mr. A juga sibuk mencari syarikat yang dapat memberikan senarai harga sewa lori 3 tan yang terbaik untuk keluarga kami.  Mrs. A ingatkan main-main kekdahnya yang benar dong. Dia bagi hint nak pindah tu sebelum we all ke JDT lagi uiit!...spoken about JDT baru perasan nih! post ke JDT tu pun tak siap lagi pending kat draft, ke JDT pada 6.12.2019 sekarang dah setengah bulan Januari 2020 sabar yolah!

Beberapa tahun yang lalu Mrs. A pindah dari Desa Ros ke Taman Kekwa (area Seremban jer...) cari posting pindah tak jumpa la pulak huhhuhu... ke takde buat entry haish! nyesal pulak. So this time Mrs. A tak nak rasa nyesal lagiks tu yang gigih buat entry kisah pindah rumah nih!. Pindah pun tak jauh mana kat taman sebelah je cuma rumah yang ini ada guard, leceh sikit nak keluar masuk. Punyalah busy time tu bolehkan satu gambar pun takde. Pinjam gambar abam lori pindah jelah terjumpa kat FB dia Apisz TZR.

Pindah Rumah.
Pindah Rumah.
Kredit gambar abam lori pindah 
Secara rasminya bolehlah dikatakan hari Mrs. A betul-betul pindah adalah pada 28.12.2019 cause pada hari tulah khidmat abam lori digunakan sepenuhnya. Tak lupa juga yang tolong angkat-angkat barang kawan-kawan Along alhamdulillah mereka sangat-sangat membantu. Kawan-kawan Along tu tolong angkat barang-barang dari rumah lama sampailah kat rumah baharu tu pun mereka yang tolong angkatkan ke dalam rumah sampai ke dalam bilik-bilik sekali. Terima kasih banyak anak-anak you all memang terbaik!

Tapi seminggu sebelum tu Mrs. A sekeluarga dah memang kerap kali ke rumah baharu tu, basuh rumahlah, angkut sedikit demi sedikit barang-barang yang boleh diangkut dahulu dan jugak pada sebelah malam 26.12.2019 tu Mrs. A sekeluarga solat Maghrib dan Isyak di rumah baharu sambil tu buat bacaan yasin cuma kami berlima sahaja tiada sebarang tetamu undangan. #salahkah

Pindah Rumah.
Sementara tunggu Along sempat Mrs. A snap seketul
Public Holiday Christmas tu orang lain busy pi bercuti we all busy nak pindah. 26 dan 27 Disember 2019 tu pun Mrs. A purposely amik cuti cause nak pindah rumah. Hurm... readers pun mesti fahamkan betapa serabutnya proses nak berpindah ni, tak tahu mana nak dimulakan dulu tengok sana serabut, tengok sini serabut tapi mujurlah Mrs. A sihat-sihat aje takdelah sampai demam. Ialah berdasarkan pengalaman lalu Mrs. A sampai demam-demam giteww. Tapi pindah kali ni Mrs. A buat ikut my own sweet time jer... kalau semua nak dicuit memang stress dan boleh jatuh sakit. Lagi satu nak habaq nih! style pindah we all nih! memang ganas gitteww....

Pindah Rumah.
Pindah Rumah.
Ha! tu dia semua barang sumbat dalam plastik hitam jer... muahhhaaaa...
Alhamdulillah proses angkut barang-barang tu settle pada hari Sabtu tu jugak. Ada barang-barang yang Mrs. A tak bawak pun mana yang masih elok tu Mrs. A hadiahkan kepada yang mahu. Alhamdulillah abam lori jugak yang punya arrangement katanya ada kawan dia yang susah tu berminat. Syukur dipermudahkan kalau tak manalah nak letak barang-barang tu kan...

Dah namanya pun pindah rumah memanglah letih. Tapi tulah on Sunday tengahari tu gigih jugak Mrs. A melayan kids suruh balik kampung amik nenek mereka duduk Seremban amik jugaklah sebab dah berjanji. Rumah tak kemas lagi don't care janji wajib ditepati ha gitteww... Kiranya dah hampir 3 minggu Mrs. A pindah rumah so far so good jiran-jiran semua peramah tapi tulah Koko #themamacat tu masih mengiau-ngiau lagi cuma dah kurang sikit.



29 ulasan:

  1. Memang penat pindah. Haha teringat 2016 kitorang pindah waktu puasa. Haus. Buka puasa makan makanan bazar Ramadan semata. Lepas tu pengsan tak pergi terawih.

    BalasPadam
  2. Pindah rumah...mau sebulan baru siap kemas. Sbb nak fikir & atur mana yg sesuai kat rmh baru.

    Akak tiap kali masuk rmh baru, mmg berdua jelah laki bini baca yasin atau al baqarah :)

    BalasPadam
  3. New Year di Rumah Baru.. Bab pindah mmg penat.. Nk ngemas brg amik masa

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, dah rasmikan rumah baru dgn bacaan yasin & solat..mmg penat pindah rumah..rumah lama nk kemas, rumah baru pun kena kemas..ramai yg membantu, Alhamdulillah..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah
    tahun baru masuk rumah baru

    BalasPadam
  6. berpindah ni memang penat, tapi once dah siap kemas cantik, rasa seronok pulak.

    BalasPadam
  7. memang penat tapi seronok bila dah semua siap kembali kemas rumah baharu tu

    BalasPadam
  8. huhu wak pon dh lama x pindah2 umh camnih.. :p

    BalasPadam
  9. wahhhh bestnya pindah rumah baru kak, yang tak bestnya penat mengemas...
    dana masa pindah awal tahun lepas macam akak jugak, barang semua boh dalam plastik hitam dan boh tagging apa isi nya, mana barang yang tak nak bawak dah masih elok baagi kt sesiapa...

    tapi setahun dah, masih ada lagi barang-barang yg dana tak kemas hehehe... masih duduk dalam bilik barang-barang tu macam buku-buku dan mainan aiyan...

    BalasPadam
  10. Cerita pasal pindah memindah ni. Kak Feni pun nak kena jugak lepas ni. Tuan rumah yang Kak Feni sewa sekarang nak jual rumah dia. Penatnye pindah rumah tapi seronok bila dapat masuk rumah baru.

    BalasPadam
  11. saya dah pindah rumah 2 kali so faham sangat2 dia punya letih tu kan? lbh2 lg esok kena msk keje warrrghhhhh

    BalasPadam
  12. waalaikumussalam. semoga dipermudahkan segala urusan mrs a kemas dan susun barang di rumah baru. aamiin ^_^

    BalasPadam
  13. memang penat pindah rumah, tpi dpt jiran yang memahami itu terbaik....

    BalasPadam
  14. semoga lebih aman dan bahagia bila berpindah ke rumah baharu... tahniah!

    BalasPadam
  15. Bila pindah rumah ni memang masa nak mengemas tu menguji kesabaran. Tengok kakak saya yang nak kena pindah akhir tahun lepas pun macam tu lah juga sampai tak tahu nak letak mana barang-barang mereka tu.

    BalasPadam
  16. Pindah rumah memang penat tu Mrs.A banyak benda nk kena uruskan properly supaya senang nk unpack brg tu semula nnti.. :D

    BalasPadam
  17. memang letih pindah ni.
    aida ni hah yg pindah tgh thn ari tu, ada lagi corner corner yg lom kemas tau.
    aduhai :(
    esok nak start cat luar rumah plak. hu hu hu hu thereafter, berkemas lagi.

    BalasPadam
  18. alhamdulillah, mudah urusannya...kita pun pengalaman berpindah randah sebelum ni gitu lerr...buh dalam plastik jekkk hahaha! mrs A ok lagik, sebelah taman je, kita dulu dari Johor ke KL. kemudian ke Kedah, lepas tu ke Johor balik..wakakaka

    BalasPadam
  19. Tak sanggup rasanya kalau nak pindah rumah.. dia punya penat tuh tak boleh bawa bincang.. kikiki..
    Tapi bila pindah rumah ini yang bagus dapat buat operasi sisih dan sedekah (Barang yang elok dan juga buang (barang yang dah tak elok tapi masih disimpan..)..

    BalasPadam
  20. penat pindah rumah.. berbulan pun tak habis kemas lagi kalau saya dulu.. dari zaman belajar pindah, keje pindah, kawen pindah rumah sewa, pindah lagi rumah sendiri, ni beli rumah dekat sikit dgn opis, entah bila akan pindah sana..

    BalasPadam
  21. Pindah rumah memang penat. Angkat barang dan nak mengemas lagi satu hal. Dia punya penat berhari hari rehat pun tak hilang penat. Apapun semoga happy di rumah baru :)

    BalasPadam
  22. Pindah rumah memang penat tetapi seronok juga rasa chapter hidup kita di refresh kan.

    BalasPadam
  23. alahai..memang faham and bakal menghadapinya lagi. weekend ni kot barang2 sampai ...emmm..standby je la.

    BalasPadam
  24. semoga dipermudahkan urusan di rumah baru.

    BalasPadam
  25. alhamdulillah..best pindah rumah

    rumah sendiri ke ..

    BalasPadam
  26. Nice Sharing! Jom Pindah Rumah dengan Nizaf Mover, tak perlu penat-penat, semua kami settlekan.

    BalasPadam
  27. Tak dek house warming ke...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©