Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Koko dan Catnip versi Mrs. A. Koko #themamacat kenapalah dah banyak hari berpindah masih mengiau kuat-kuat bising tau! huhuhuuu... Actually Mrs. A sekeluarga baharu sahaja berpindah ke tempat/rumah baharu. (kisah pindah ni nantilah Mrs. A cerita) So kekdahnya kekucing pun haruslah dibawa pindah sama. Mrs. A bawa kekucing Mrs. A ni pindah berperingkat-peringkat. Lagipun pindah tak jauh mana taman sebelah je.
Mula-mula sekali Mrs.A bawa Awanikenet dan anak-anaknya si Damak dan Adek. Alhamdulillah Awanikenet, Damak dan Adek cepat sahaja menyesuaikan diri kat persekitaran baharu kiranya takde masalah sangat.
Dua hari kemudian Mrs. A bawa Koko pulak pindah. Koko ni tersangat jaranglah duduk dalam sangkar. Pada tahun 2017 tulah yang last dan kira agak lama dia duduk dalam sangkar sebab dia kena sporo so terpaksa dikuarantin [SINI]
Koko dan Catnip versi Mrs. A.
Kata tokey tu lagi "pokok ini manusia pun boleh makan, biasa orang letak dalam teh o, kalau ada luka-luka pun boleh guna, ini pokok pun orang panggil pokok halau nyamuk la miss", tambahnya. Catnip versi Mrs. A yang Mrs. A beli tu harganya RM10. Ada gak plan nak biakkan nanti amik anak-anak pokoknya tu tanam kat pasu lain.
Petang tu bila sampai rumah je teruslah Mrs. A bagi kat Koko suruh dia cium-cium bau. Sekejap aje pun dia cium. Yang melebih-lebih cium dan main dengan pokok tu adalah kitten dua ekor tu si Damak dan Adek, Awanikenet pun sama gak cium-cium cenggitu je. Pastu Mrs. A pun amiklah beberapa helai daun pokok tu letak dalam bunjut kecik bagi kat Koko jadikan macam catnip toy untuk dia main-main tapi tulah Koko tak hairan pun muahahahaaa... sampai la nih! dia masih gak mengiau lagi tapi tulah dah hampir seminggu nih! kira macam dah kurang sikit. Cuma perubahannya tu dia dah makan macam biasa dan bermain-main macam biasa. Harapnya lagi seminggu dua dia dah cure dari stress so takdelah nak buat bising mengiau kuat-kuat sampai kat atas rumah pun boleh dengar. Okay itu sahaja nak citer kisah Koko dan Catnip versi Mrs. A. Kalau readers ada lain-lain tips sudilah kiranya kongsi dengan Mrs. A diruangan komen ya.
As Salam and greetings to dear readers.
Koko dan Catnip versi Mrs. A. Koko #themamacat kenapalah dah banyak hari berpindah masih mengiau kuat-kuat bising tau! huhuhuuu... Actually Mrs. A sekeluarga baharu sahaja berpindah ke tempat/rumah baharu. (kisah pindah ni nantilah Mrs. A cerita) So kekdahnya kekucing pun haruslah dibawa pindah sama. Mrs. A bawa kekucing Mrs. A ni pindah berperingkat-peringkat. Lagipun pindah tak jauh mana taman sebelah je.
Mula-mula sekali Mrs.A bawa Awanikenet dan anak-anaknya si Damak dan Adek. Alhamdulillah Awanikenet, Damak dan Adek cepat sahaja menyesuaikan diri kat persekitaran baharu kiranya takde masalah sangat.
Dua hari kemudian Mrs. A bawa Koko pulak pindah. Koko ni tersangat jaranglah duduk dalam sangkar. Pada tahun 2017 tulah yang last dan kira agak lama dia duduk dalam sangkar sebab dia kena sporo so terpaksa dikuarantin [SINI]
Melepak kat atas katil Mrs. A.Mengiau, mengiau jugak huhuhu... |
So Mrs. A pun tanyalah pakcik google kenapa kucing mengiau tak berhenti. Actually ada beberapa sebab, salah satunya itulah apabila berpindah ke persekitaran baharu, kucing tak selesa dia jadi stress dan nakkan perhatian lebih. Awal-awal sampai tu Mrs. A kurung dulu Koko tu kat dalam sangkar, adoiila... bising, pastu buat perangai, alas sangkar surat khabar dia tu habis dicarik-cariknya, paling sedih dan risau dia tak mahu makan. Pastu Mr. A cakap bebaskan ajelah dia. Mulanya Mrs. A tak nak ialah takut dia keluar rumah, merayau ntah ke mana, sesat tak tahu jalan pulang haish! lagilah mana nak cari. Tapi Mr. A kata bebaskan kat dalam rumah biarkan dia explore satu rumah sambil mencium bau rumah baharu ha gitteww....
31 Disember petang Koko pindah ke rumah baharu. 01 Januari tu dia kat dalam rumah aje kalau kat luar rumah pun we all pantau dia tak bagi pergi jauh merayau macam kat rumah lama sampailah pagi Selasa 2 Januari 2020, time Mrs. A nak pergi kerja tu Koko telah berjaya melepaskan diri ke seberang jalan. Sambil dia diekori oleh Awanikenet. Dalam hati Mrs. A biar ajelah nanti Koko baliklah tu lagipun Awanikenet ada sekali (hahaha boleh gitteww..) lagipun Mrs. A rasa dia dah boleh bau dan cam rumah. Dalam tengahari macam tu Aryssa WhatsApp Mrs. A time tu Mrs. A kat office bagitahu Koko dah balik kelaparan nampaknya terus makan-makan kibble dia. Alhamdulillah syukur Koko dah pandai melangok dan tahu jalan pulang.
Tapi tulah walaupun Koko dah bebas dan dah pandai pergi melangok tapi perangai mengiau dia tu masih belum berhenti lagi. Sekali lagi Mrs. A tanya pakcik Google apa nak buat kalau kucing tak berhenti mengiau a.k.a kucing stress. Diantara banyak saranan tu Mrs. A tertarik pasal catnip a.k.a. catmint nama saintifiknya nepeta cataria. Kekdahnya Mrs. A pun terfikirlah nak membeli catnip nih! untuk menenangkan jiwa Koko yang stress tu. Bila google kat Lazada/ Shopee memang ada jual benih catnip nih tapi tulah malaslah nak beli dari biji benih yang belum tentu hidup tu cause berdasarkan pengalaman apa yang Mrs. A tanam dari biji benih jarang yang berjaya hidup muahahhaaa...
Adalah lebih mudah beli aje yang dah hidup. Lunch hour tu gigih tau Mrs. A singgah kat nursery sebelah luar bangunan tepi di Aeon S2 tu (tahu pasal nursery ni pun sebab pernah ikut blogger LZ beli bunga dan ikan kat sini), kalau tak sumpah tak pernah tahu. Masalahnya pulak bila tanya tokey nursery tu ada tak jual catnip a.k.a pokok galak kucing. "Ayooo apa macam rupa itu pokok?" katanya. Mrs. A cakap "I pun tak pastilah tokey jap I google bagi you tengok". Bila dia tengok gambar google tunjuk banyak gambar salah satu rupanya adalah macam yang gambar google image kat bawah ni.
Google image |
So tokey tu cakap ini macam rupa pokok pudina/teh mint sambil amik satu pokok yang macam kat bawah ni pokok ini ka you tengok sama tak? Hurm... nampak macam sama tapi tak pastilah serupa ka tidak tokey? Tapi Mrs. A tetaplah membelinya demi Koko ku sayang no harm to try ha giteww...
Koko dan Catnip versi Mrs. A.
Catnip versi Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh! |
Petang tu bila sampai rumah je teruslah Mrs. A bagi kat Koko suruh dia cium-cium bau. Sekejap aje pun dia cium. Yang melebih-lebih cium dan main dengan pokok tu adalah kitten dua ekor tu si Damak dan Adek, Awanikenet pun sama gak cium-cium cenggitu je. Pastu Mrs. A pun amiklah beberapa helai daun pokok tu letak dalam bunjut kecik bagi kat Koko jadikan macam catnip toy untuk dia main-main tapi tulah Koko tak hairan pun muahahahaaa... sampai la nih! dia masih gak mengiau lagi tapi tulah dah hampir seminggu nih! kira macam dah kurang sikit. Cuma perubahannya tu dia dah makan macam biasa dan bermain-main macam biasa. Harapnya lagi seminggu dua dia dah cure dari stress so takdelah nak buat bising mengiau kuat-kuat sampai kat atas rumah pun boleh dengar. Okay itu sahaja nak citer kisah Koko dan Catnip versi Mrs. A. Kalau readers ada lain-lain tips sudilah kiranya kongsi dengan Mrs. A diruangan komen ya.
Harap Koko dapat sesuaikan diri. Takde tips sebab tak pernah Bela kucing. Hehe.
BalasPadamSihat dan gebu si koko tu hehe
BalasPadamgarang muka dia..:)
BalasPadammungkin pokok yang Mrs.A beli tu bukan catnip kot. Saya bukan mama cat so tak dapat la nak bagi idea
BalasPadamKoko tengah mengawan kut Mrs A selalu kalau duk bunyi2 macam tu, kak ana tengok macam bukan pokok catnip sebab daunnya nampak tebal, tapi tak pasti pulak sebab hanya tengok berpandukan gambar kan. Sebab pernah tengok catnip ni daun dia nipis je corak dan bentuk macam sama dah :)
BalasPadamKoko tu dah kena kasi (spaying) dah K. Ana.
PadamWaalaikumussalam. Oh banyak info jugak yg kak dapat dalam post ni 😁
BalasPadamMoga Koko segera tenang dan boleh terima persekitaran baru.
BalasPadamkesian Koko..apalah sbb dia mengiau..tapi Alhamdulillah, dah makan & main2..
BalasPadamok jg pokok tu, boleh halau nyamuk..
Bagusnya Mrs A jaga kebajikan anak-anak bulus sebegini Rupa. Moga bertambah rezeki Mrs A sekeluarga berkat pelihara haiwan kesayangan Nabi.
BalasPadamPH pun takde petua sbb tak bela cats. Setakat bagi makan & minum kucing jiran je.
hi koko, semoga dapt sesuaikan diri ya
BalasPadamBanyak kucing Mrs A. Koko tgh take time tu Mrs.A, maybe jugak mencari kawan-kawan lama...
BalasPadampudina lain sikit.. memang tak sama
BalasPadamatau boleh cari pokok kucing galak
BalasPadampokok galak kucing ni tumbuh meliar n kesukaan kucing
BalasPadamSaya ada 20 ekor kucing tapi semua dah 'tinggalkan' saya.
BalasPadamBased on my pengalaman, kalau kucing bunyi bising macam tu, ada beberapa kemungkinan.
1. Nak mengawan. tapi kalau dah spayed, this is not the case.
2. Dia taknak kucing lain dekat dengan dia.
3. Sakit dalaman. Kalau ada masa, segera ke klinik untuk check)
4. Tak suka keadaan sekeliling. Tak selesa.
Kalau lepaskan dekat luar, elakkan berjumpa dengan kucing lain yang trigger dia.
Also, he/she needs extra attention from the owner.
Hope that helps and harap2 Koko dapat menyesuaikan diri dengan cepat :)
Bagus pokok ni.. geram.tgk si kucin Tu gumuk Rasa nak gomol
BalasPadamTak dapat nak share tips kucing sebab saya sendiri tak bela kucing. Huhuhu. Semoga koko okay biasakan diri di tempat baru
BalasPadamSy xtau sgt bab kucing ni sbb x pernh jaga pun. Tpi pernhb dgr cara yg mrsA buat tu berkesan.
BalasPadamMungkin dia tengah nak sesuaikan diri dengan keadaan barulah tu kut. Dia tengok suasana tak sama macam dulu.
BalasPadamAlahai.. siannya koko.. Hope everything dah oklah dengan koko..
BalasPadamSian koko belum biasa dengan tempat baru. Harap okaylah nanti tu.
BalasPadamterbaek.. good sharing.. semoga koko cepat menyesuaikan diri..
BalasPadam