#kokothemamacat @kamikucingkg - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: #kokothemamacat @kamikucingkg

5 Mac 2019

#kokothemamacat @kamikucingkg

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Sudah terlalu lama Mrs. A tidak bercerita kisah mengenai kucing-kucing Mrs. A. Rasanya semenjak Mrs. A telah mewujudkan instagram Kami Kucing Kampung @kamikucingkg itulah semua cerita kucing Mrs. A up-load di instagram sahaja. Kalau sudi jemputlah follow IG Kami Kucing Kampung @kamikucingkg  ya... hahhaaaa... iklan jap.

Buat readers yang baru-baru jer... menjadi pembaca blog picisan Mrs. A ni. Ni haa.. Mrs. A nak bagitahu yang sebenarnya Mrs. A ni adalah seorang peminat kucing tau #crazycatlady Kalau tak percaya boleh jer search label cats sure  keluar kisah kekucing Mrs. A yang pernah Mrs. A post.

Sempena template baru dan semangat baru ini ecer..ce..cehwaaah Mrs. A plan nak buat post kisah kekucing Mrs. A seekor demi seekor hehehheeee okay tak?

Kisah pertama yang Mrs. A nak story adalah berkenaan Koko #kokothemamacat. Tu... gambar yang kat bawah nilah si koko the mama cat. Hurm... nak kata mama pun dah bukan mama Koko ni dah masuk kategori nenek dah dia nih! ngeh! ngeh! ngeh!

koko @kamikucingkg
Koko always special tu yang dapat kebenaran masuk bilik Mrs. A dan tidur atas katil juga
Mula asalnya Koko adalah stray cat yang Aryssa amik dari sekolah. [baca SINI] Walaupun awalnya Mrs. A tak setuju cos dah malaslah nak membela kucing ni tapi akhirnya Mrs. A beralah juga selepas cakap dengan Aryssa, Adik dan Along jaga sama-sama jangan harap ibu jer... ialah kalau ibu takde kat rumah, busy ke bila time makan kucing tu kenalah bagi makan, bila kucing tu terlepas buat bisnez kat tempat tak sepatutnya haruslah bersihkan. Bila dah suruh berjanji macam tu tiga beradik tu setuju kemahen... tu yang Mrs. A pun redho membela semula sejenis makhluk paling comel ni.

Koko dah beberapa kali beranak sewaktu dia ada baby dia adalah seekor ibu yang baik dan pandai menjaga anak-anaknya. Oleh kerana dia asyik beranak jer... so Mrs. A pun telah spay (kasi) akan dia kisahnya tu di [SINI].

Pada tahun 2017 Koko pernah dijangkiti Sporo. Mulanya Mrs. A tak tahu pun luka, nak kata luka pun bukan, macam kudis pun ya jugak di bawah perut Koko tu adalah sejenis penyakit yang dipanggil sporo. Apabila ia semakin tak sembuh-sembuh dan semakin melebar Mrs. A pun bawa Koko pergi vet. Klinik pertama yang Mrs. A bawa Koko tu terus syak kudis tu adalah sporo pastu vet lelaki yang cek tu  macam acuh tak acuh jer... negatif sangat perilakunya katanya "ini sporo ni, penyakit ni boleh berjangkit pada manusia, biasanya peluang hidup tipis" ada ka?? macam itu dia cakap. Haish!!! berbulu jer Mrs. A time tu. Tapi vet perempuan tu bagi Mrs. A cool sikit dia kata takpe kak kita bagi dia ubat ni dulu satu bulan tengok macam mana? 3 Februari 2017 Mrs. A bawa Koko pergi vet pertama tu 5 Mac 2017 Koko punya follow up.

koko
Macam tulah rupa sporo Koko time Mrs. A mula-mula bawa ke vet pertama
Bawa follow up 5 Mac 2017 tu keadaan sporo Koko tu tak banyak pun kurangnya yang sedikit positif adalah sporo tu tak merebak kat tempat-tempat lain. Dalam sebulan tu Koko cuma dibagi ubat Unitrac sahaja. Kemudian vet tu bagi lagi seminggu Unitrac sambil tu dia bagitahu Unitrac ni tak elok dibagi berpanjangan sebab ianya kuat dan boleh merosakkan hati. Haish!!! sedih Mrs. A tau memang nangis time tu takde malu dah.

Mrs. A pun minta pendapat vet tu "apa advise you Dr takkan I nak biarkan aje Koko ni at least mesti ada cara lain". Pastu vet pompuan tu pun cakaplah ini advise dia as a sister "cuba kakak bawa dia pergi klinik lain samada klinik EE ataupun klinik Chenta Kasih". Apa pasal dari awal jer... tak cakap macam tu kan senang. Dalam hati Mrs. A terfikir klinik dia tu baru lagi kot so ubat pun kurang lengkap tu pasallah kot.

Dipendekkan cerita Mrs. A pun bawa Koko ke Klinik Chinta Qaseh di Garden Avenue, Seremban 2 walaupun Mrs. A tak tahu klinik tu tapi waze kan ada. Mrs. A pun gunalah waze dan alhamdulillah sampai dengan selamatnya. Kemudian Mrs. A pun storylah pasal Koko kat vet di Chinta Qaseh tu dengan package menangis bagai hahahaa... drama betul ko Mrs. A hoi!!!

Tapi pendekatan vet di Chinta Qaseh ni sangat positif. Dia kata boleh sembuh In Sya Allah cuma tuan kucing kena extra rajin disiplin bagi makan ubat, cuci luka dan jaga dia jangan merayau-rayau sangat. Kemudian vet tu siap tunjuk kat Mrs. A ada sekor kucing kat situ yang kena sporo tapi dah sembuh sepenuhnya. Kucing tu menurut vet lebih teruk sporo dia dari Koko. Bila Mrs. A tengok Meow tu punyalah gebu dan gedempol terus bersemangat Mrs. A, kurang sikit down tu.

Vet di Chinta Qaseh bagi Koko ubat Unitrac, liver support dan ubat cuci. Kata dia betul Unitrac tu kuat dan boleh merosakkan hati sebab itulah kena bagi sekali dengan ubat liver support supaya hati dia okay tiada kesan sampingan. Oh! patutlah, itu yang dia pelik bila Mrs. A cakap vet yang pertama dulu bagi Unitrac jer... tak bagi pun ubat hati tu. 25 Mac 2017 Mrs. A pun memulakan semula memberi Koko ubat untuk tempoh selama 1 bulan.

unitrac-liver-support
Yang dalam capsule tu Unitrac yang color merah tu ubat hati. Ubat cuci tiada dalam gambar.
Vet minta Mrs. A monitor perkembangan sporo Koko tu dia suruh amik gambar dari day 1 kemudian 14 dan day 30.


koko
Alhamdulillah sporo recover
Alhamdulillah syukur sporo Koko semakin sembuh. Dah genap sebulan tu pergi follow up Koko di klinik Chinta Qaseh, happy sangat Mrs. A time ni. Pastu vet siap cakap ha... kan saya dah bagi tahu boleh sembuh yang penting usaha jangan give up. Ini yang nangis hari tu kan hahahaaa... malu iols. Koko kena teruskan makan ubat lagi, vet bagi bekalan sebulan tapi dia kata kalau dalam masa tak sampai sebulan dah sembuh sepenuhnya tak payah continue ubat tu stop terus. Kalau tak salah Mrs. A Koko sembuh sepenuhnya tak sampai sebulan pun dah sembuh.

Oh! ya dalam masa Koko makan ubat klinik tu Mrs. A bagi juga Koko supplement lain iaitu Supercat Jusz Plus. Supercat Jusz Plus ni boleh juga bagi makan dan sapu pada tempat-tempat luka, kudis, kurap dan saje-saje sapu pada bulu. Mrs.A sapu pada tempat sporo, time ni tak bagi makan pun sebab Koko dah makan ubat klinik tak naklah campur-campur.
jusz plus
Supercat Jusz Plus beli di LAZADA 
To be honest walaupun Koko hanyalah seekor kucing tapi Mrs. A sayang sangat dia macam family bukan Mrs. A je satu family pun sama. Time Koko kena sporo setiap kali lepas solat Mrs. A selalu berdoa agar dia dikurniakan kesembuhan. Selalu jugak mata masuk habuk bila terfikir yang bukan-bukan kalaulah Koko dah takde nanti camnelah agaknya hhuwaaaawaaa..waaa... takdelah gaduh-gaduh dengan dia lagi suruh turun dari almari huwwaaa...waaa..waaa... hahahhaa... emosional sangat.

koko
Kalau dia masuk bilik Mrs. A dia suka lepak kat bag-bag atas almari ni selalu bebel-bebel minta dia turun 
Alhamdulillah thank you Allah cos Koko telah dikurniakan kesembuhan dan hidup sihat sehingga sekarang. Kiranya dah hampir 4 tahun Koko tinggal bersama The A family iaitu sejak 2015. Kalau nak dikira umur Koko dengan umur manusia dah 32 tahun usia dia sekarang heheheee....

koko
Beza umur kucing dengan umur manusia
Okay itulah dia kisah si Koko the mama cat. In Sya Allah lepas ini Mrs. A up kisah kekucing yang lain pula ya. Doakan Mrs. A rajin.




12 ulasan:

  1. sedih igt kucing kita yang kna curi..huhu

    BalasPadam
  2. Bila kita sayang dan anggap haiwan peliharaan seperti keluarga sendiri..memang ada satu perasaan lain macam kan kak..Allahu.
    Nanti kogsi lagi ya kak kisah kucing-kucing akak..suka baca..rindu pulak kucing kat kampung...walaupun rajin musnahkan bunya mama dalam pasu...moga Koko gebus terus sihat ya.

    BalasPadam
  3. adehhh rs nk baring je ats perut koko hehehe...

    BalasPadam
  4. koko ni macam kucing saya kat kampung...sebijik warna dan bulu dia...alhamdulillah koko da sembuh dari sporo yee..moga kekal sihat sayanggg

    BalasPadam
  5. alhamdulillah koko dah sihat. semoga asbab mejaga koko Mrs A dimurahkan dengan rezeki yang berlipat ganda,

    BalasPadam
  6. Hai Koko! Comel la awak ni. Sihat nampaknya hehe

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  7. Gebunyaaa Koko ni. Gerammm. Hehe. Suka kucing jgak! Boleh geng ni hehe. Nasib baik Koko dh sembuh ya dr penyakit tu. Huhu.

    BalasPadam
  8. amboi dah ada IG ye, nanti boleh lah follow IG anakanakTipah kucing kak ana pula hehe :)

    BalasPadam
  9. Bahaya penyakit sporo ni, dapat tau pun sebab blogger zaza bagitau boleh jangkit pada manusia juga..hurm..

    BalasPadam
  10. Setakat ni WP ada 13 ekor kucing peliharaan.

    BalasPadam
  11. oo..peminat kucing rupanya, cute gmbr Koko atas beg-beg tu..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©