Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke - 7 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke - 7

20 Mac 2019

Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke - 7

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Pertandingan bowling Alumni STAD adalah annual event yang Mrs. A rajin dan suka untuk turut serta. Mrs.A ni takdelah terror sangat pun berbowling ngeh! ngeh! ngeh! tapi sajalah nak support event Alumni dan jugak support kawan-kawan committee batch Mrs. A yang begitu komited organize event ni walaupun mereka tu tak dibayar gaji pun dalam erti kata lain lebih kepada sukarela sahaja.

Paling excited yang sebenarnya nak berjumpa dengan kawan-kawan sekolah Tunku Ampuan Durah bukan selalu dapat jumpa. So setahun sekali tu bila peluang menjelma haruslah diambil kesempatan dengan sebaik-baiknya. Kiranya dah 7 tahun usia event ni Mrs. A start joint pun event yang ke 2 [SINI] dari blog guna ganti nama aku dah bertukar ke Mrs. A dari kepala "boleng" kepada berhijab alhamdulillah moments yang sangat indah untuk dikenang-kenang.

Eh! panjangnya intro hahahaaa.... okay sambung citer Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke - 7 yang telah pun berlangsung pada Saturday [16032019] lepas di Ampang Superbowl, Seremban Prima. Mrs. A nikan ntah bila la nak dapat top 3 ke top 2 ke tak pun juara ke amvoiii!!! hahahaaa tak tahulah!? Kali ni Mrs. A dapat top 7 lagiiii....

Top 7 kategori keseluruhan woman.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Program. KP tu sama batch dengan Mrs. A dulu dia committee biasa tahun ni dah jadi KP.
Walaupun cuma 3 team aje batch 92 pada tahun ini, tetapi sambutan daripada batch 92 tetaplah  sentiasa mendahului daripada lain-lain batch.

Team Batch 92 tapi seorang yang muda lagi tu anak yang tudung belang tu sebab ada seorang tu last minit terpaksa tarik diri.
Nama team pun we all masih gunapakai nama yang sama macam tahun-tahun sudah iaitu '92 King, '92 Princess dan '92 Queen.

Jommm... layanz gambar.

Kali ke 7 nih! Along, Aryssa dan Adik semua ikut jadi supporter ibu. Time ni pagi lagi kita breakfast dulu.
Yang tengah tu tak main pun tapi sengaja dia datang nak jumpa kawan-kawan. Thanks for coming cikgu Nony.
Kononnya Mrs. A nak bergambar dengan team '92 Queen tapi semua tu '92 Princess ngeh! ngeh! ngeh!
Suasana di awal pagi sementara menunggu pertandingan bermula
Suasana di awal pagi sementara menunggu pertandingan bermula

Suasana di awal pagi sementara menunggu pertandingan bermula
Walaupun Mr. A tak memboling tapi dia tetap datang memberikan sokongan. Baju belang tu tak dapat main kali ni sebab tangan baru lepas operation
Banner untuk tahun ini cantik dan kena color dia
Sementara menunggu keputusan dan penyampaian hadiah Adik dan
Aryssa pun nak main jugakkk. Haruslah ibu belanja dua frames untuk mereka dan kawan-kawan
As usual last sekali batch '92 bergambar dengan hadiah dan lucky draw masing-masing tapi ada juga yang terlupa luck draw mujur tak kena kidnap.
Kemudian setelah majlis selesai, perut pun dah lapar. Batch '92 sepakat nak pergi lunch di TCRS kat ground floor di Seremban Prima tu aje. Actually all committee Alumni pun lunch kat situ juga tapi we all tak sama meja dengan they all.

Gambar kena snap dengan paparazi
Mujurlah Mrs. A duk sebelah paparazi so tak dapatlah dia nak snap gambar muka Mrs. A huhuhuuuu.....
Alhamdulillah we all semua happy sangat semoga ukhwah yang terjalin akan kekal hingga ke Jannah. Tamat kisah Pertandingan Bowling Alumni STAD Kali Ke - 7. In Sya Allah panjang umur dikurniakan rezeki jumpa lagi di tahun hadapan.





18 ulasan:

  1. meriah betul! nak tanya, gambar bola msk longkang mana? hehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk longkang tak snap lerr... hahahhaa...

      Padam
  2. Reunion sekali sekala dgn kawan skolah dedulu best kan Mrs. A. Hehehe. Yea xreti main bowling. Hahaha

    BalasPadam
  3. top 7 pun ok, yg penting sporting join aktiviti...tahniah, dah 7 tahun buat event ni..

    BalasPadam
  4. permainan bowling memang best..

    aktiviti yang santai untuk bersama kawan-kawan

    BalasPadam
  5. Aktif bersukan sungguh Mrs A ni ye. How I wish to do so huhu

    Menang kalah tu takpe, yang penting dapat jumpa kengkawan itu lagi seronok kan.

    BalasPadam
  6. Ramai, sporting semua.
    Bowling ni bagus nya kita tak kena panas.

    BalasPadam
  7. tahniah sbb dpt tp 7! In Shaa Allah thn dpn tu buleh naik podium...

    BalasPadam
  8. Setakat nie teman tak pernah lagi join reunion sekolah.... kikikiki... bukan apa, selalunya timang tu tak kena... nasib baik ada WhatsApp group... memang havoc dlm group tu...

    BalasPadam
  9. wow.. tahniah team Mrs A... lama xmain

    BalasPadam
  10. wow terbaik la team mrs A! tahniahhh

    BalasPadam
  11. WAH MMG JUARA BOLING NI TAHNIAH

    BalasPadam
  12. Last join rasanya 5 tahun lepas dengan company husband..bila entah nak join lagi ni..

    BalasPadam
  13. Seronoklah kan memboling bersama kengkawan satu sekolah.... Ada gak aktiviti yg nak dibuatnya. Orang tu kenalah bagi sokongan moral kang ada pulak yg kena tido luo tu hihi

    BalasPadam
  14. bestnyaaa main bowling.. walaupun depan mata je tempat main bowling ni tapi kalau tak da kawan tak syiok.. hehhee

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©