May 2017 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: May 2017
Berbuka Puasa Di Joint Kitchen Seremban 2

Berbuka Puasa Di Joint Kitchen Seremban 2

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka Puasa Di Joint Kitchen iaitu di Seremban 2. Family Style Restaurant.

Ramadhan Kareem dear readers hari ini dah tiga Ramadhan, itu bermakna sudah tiga hari jugaklah kita berpuasa ya....sekejap aje rasanya. Kebetulanlah pula Ramadhan tahun ini hari pertama dan keduanya jatuh pada weekend. Mrs. A yakin pasti ramai yang ambil kesempatan untuk berbuka puasa diluar tak pun balik ke kampung halaman masing-masing. Al-maklumlah kalau di kampung berkumpul beramai-ramai sesama adik-beradik lebih terasa kemeriahanya ditambah pula dengan musim cuti sekolah.

Ramadhan tahun ini Mrs. A sekeluarga tidak berkesempatan untuk menyambutnya di kampung seperti tahun-tahun sebelum ini sobs..sobs..sobs... sebab musababnya adalah Mr. A ada kerja yang perlu diselesaikan kekdahnya Mrs. A dan kids haruslah supportkan. Itu pasal yang berbuka puasa di luar tu iaitu di restoren Joint Kitchen yang dekat dengan tempat Mr. A kerja.

Actually ini kali ketiga Mrs. A sekeluarga makan-makan di sini. Di Joint Kitchen ini ada menu melayu dan jugak western.

Joint Kitchen
Ini time berbuka petang semalam menu Mr. A dah order special terlebih dahulu
Joint Kitchen
Ayam kampung goreng
Joint Kitchen
Gulai masak lemak kuning daging salai dan pucuk ubi
Joint Kitchen
Sambal tumis udang campur petai
Itu semua menu favourite kids dan Mr. A, Mrs. A okay jer... tapi kalau bab air tu Nescafe tarik wajib adalah. Ais-ais ni Mrs. A tak layan sangat.

Meh! sini nak share lain-lain menu yang ada kat Joint Kitchen.

Kredit to FB Pages Joint Kitchen

Oh! ya dua tiga hari sebelum menjelang Ramadhan tu Mr. A telah organize baca Yasin dan buat makan-makan kat Joint Kitchen ini jugak. Time tu we all makan kat sebelah dalam sebab Mr. A order secara buffet untuk 20 orang.

Belanja gambar lagiks!.

Joint Kitchen
S.i.l and hubby serta anak-anak sedaranya yang lelaki
Joint Kitchen
Hujung tepi dinding tu my parents in law, Kaklong and kids. and S.i.l 
Di sebelah area luar restoren Joint Kitchen ini turut tersedia pentas kecik, ada gitar bass dan AV sesiapa nak nyanyi ke busking ke boleh sangat.

Pendapat Mrs. A masakan di Joint Kitchen sedap kena dengan selera we all sekeluarga dan menu dia pun rare dari kedai-kedai makan yang ada sekitar situ. Western Food dia pun sedap jugak ini berdasarkan apa yang Aryssa dan Adik orderlah pada hari pertama berbuka puasa kat sini.  Adik order Lamb Chop dan Aryssa order Deep Fried Chicken dan nasi errrmmm.... yummy.

Okay itu sahaja nak citer kisah Berbuka Puasa Di Joint Kitchen Seremban 2. Alhamdulillah thank you Allah di atas rezeki yang dikurniakan.

Salam Jumaat: Cara Sambut Ramadhan

Salam Jumaat: Cara Sambut Ramadhan

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat: Cara Sambut Ramadhan. Sempena Ramadhan esok Mrs. A tertarik untuk berkongsi cara sambut Ramadhan dari Ustazah Norhafizah di IKIM.

Ramadhan Kareem

  • Bila Ramadhan tiba sambutlah dengan sujud syukur... tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini.
  • Bila bertemu dengan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai atau sesiapa sahaja ucapkanlah "Ramadhan Kareem dan orang yang mendengar menjawab "Allahu Akram". 
Maksudnya "Ramadhan Mulia" dan jawapanya "Allah lebih Mulia".

  • Sambutlah Ramadhan ini dengan wajah berseri-seri tanda kegembiraan yang tidak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu berbicara dengan Allah walau di dalam hati.

Contohnya... Ya Allah aku berpuasa ya Allah... terimalah puasaku ini... aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.

  • Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang Allah hendak berikan di bulan yang mulia ini.
  • Moga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu... hiasilah diri dengan AMALAN dan TAQWA.

Ramadhan Kareem buat dear readers my blog my stori. Mrs. A juga mohon MAAF ZAHIR BATIN.

Salam Jumaat dan selamat berpuasa.


Wordless Wednesday #105 - #catlover

Wordless Wednesday #105 - #catlover

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #105 - #catlover

catlover
Hahaha!!! comel jer... muka pasrah
Wordless Wednesday #105 - #catlover

Shared by WhatsApp Group

Terima Kasih Cikgu Siti Hazreen

Terima Kasih Cikgu Siti Hazreen


As Salam and greetings to dear readers.

Terima Kasih Cikgu Siti Hazreen. Di samping itu rasanya masih belum terlambat untuk Mrs. A ucapkan Selamat Hari Guru buat cikgu Siti Hazreen. Ni nak bagi tau hadiah cikgu tu dah selamat sampai ke tangan Mrs. A. Alhamdulillah. Mrs. A suka jer... Gilerr.... tak suka koleksi silver hokeh!

Meh! sini belanja gambar.
Silver collection
Sebelah hadapan
Silver collection
Sebelah belakang
Silver collection
Waalaikummussalam cikgu
Ha! nak tahu macam mana Mrs. A boleh dapat hadiah ini, meh! baca SINI. Actually Mrs. A komen ikhlas aje tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Kira macam 'unconditional love' a.k.a cinta tanpa syarat. Tapi tukarler...  kepada 'my comment is unconditional' gitu. Eeece..ce..cewah... [poyo lah ko Mrs. A].

Tapi sejujurnya memang Mrs. A ikhlas jer... komen-komen tu sajalah support rakan-rakan blogger. Lagi satu harapnya tiadalah komen-komen Mrs. A yang menyinggung perasaan. Semoga ukhwah yang terjalin akan kekal manis-manis selalu hingga ke Jannah. In Sha Allah.

Terima kasih cikgu.

Wordless Wednesday #104 : Dataran Lang Langkawi

Wordless Wednesday #104 : Dataran Lang Langkawi

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #104 : Dataran Lang Langkawi. Ini gambar bercuti ke Langkawi last year bulan Disember. Haish! post bercuti ke Langkawi siap separuh jalan aje. Boleh baca SINI dan SINI. 

Sebelum terlupa terus adalah lebih baik Mrs. A buat post Wordless Wednesday ni ha! bak kata sifu blogger kalau takde idea sangat nak menulis tu, 'buatlah post bergambar then tulislah caption'. Okay baik sifu. 

Last day di Langkawi sebelah pagi sebelum bertolak balik we all berselfie-selpot di Dataran Lang. Mercu tanda Langkawi the jewel of Kedah ha! cenggitu ler... taglinenya.

Wordless Wednesday #104 : Dataran Lang Langkawi.
Langkawi the jewel of Kedah
Susah jugak nak ambil gambar burung ni bagi nampak penuh dah le time ni ramai manusia


Langkawi the jewel of Kedah
Alahai!!! sorry dear gambar uols gelap
Langkawi the jewel of Kedah
Semua pun selebet aje macamlah Dataran Lang tu kampung we all muahhhaaaa....
Langkawi the jewel of Kedah
Kalau sesiapa yang naik feri tu kat area sinilah.
That is why jalan nak ke Dataran Lang ini trafficnya jam mungkin itulah faktor penyumbangnya
Langkawi the jewel of Kedah
Okay! bai! Dataran Lang we all nak ke HIG pulok
 Wordless Wednesday #104 : Dataran Lang Langkawi

Giveaway Free Name Card By Busyratakiyudin

Giveaway Free Name Card By Busyratakiyudin

As Salam and greetings to dear readers.

Giveaway Free Name Card By Busyratakiyudin. Actually Mrs. A dah baca GA ini dari last week tapi bookmark dulu. Today barulah berkesempatan nak up-entry. Tertarik nak join GA ini because Mrs. A takde name card muahahahaa... (kesian ko Mrs. A).

Okay! tiga patah perkataan yang menggambarkan blog Busyra Takiyudin dari pandangan Mrs. A adalah:-

KEMAS, SIMPLE DAN LOADINGNYA CEPAT

Mrs. A join GA
KLIK
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Untung Mrs. A adalah manusia. Eh! tetiba keluar perumpamaan pulok!!! macam takde kena mengena jer.... cia..cia..cia...

Okay! readers yang nak join jugak macam Mrs. A nih boleh klik banner di atas for more detail. Jom sama-sama kita memeriahkan Giveaway Free Name Card By Busyratakiyudin.

Kejohanan Bowling Alumni STAD Kali Ke-5

Kejohanan Bowling Alumni STAD Kali Ke-5

As Salam and greetings to dear readers.

Kejohanan Bowling Alumni STAD Kali Ke-5. Tahun ini tempat kejohanan adalah di Ampang Superbowl, Seremban Prima. Bowling adalah salah satu lagi sport kegemaran Mrs. A selain netball so kalau ada aje mana-mana event bowling of course Mrs. A akan menyelitkan diri. Sebelum ini Mrs. A dah ada bagi teasernya di SINI.

Alhamdulillah tahun ini Mrs. A berkesempatan untuk turut serta lagi di dalam Kejohanan Bowling Alumni STAD kali ke-5. Bowling merupaka annual event Alumni STAD. Sesiapa sahaja bekas pelajar SMK Sekolah Tunku Ampuan Durah boleh turut serta di dalam kejohanan bowling ini tak kiralah ahli Alumni ataupun bukan ahli.

Yuran penyertaan adalah RM80.00 seorang. Yuran termasuk bayaran lane untuk 3 game, sewa kasut, T-Shirt kejohanan, sticker Den Budak Tunku Durah dan tit-bits. Okaylah tu yang penting sekali dapat jumpa kawan-kawan sekolah dedulu.

Eh! itu macam Mr. A bila masa pulak dia sampai tu?

Bowling Alumni STAD
Mr. A sedang melayan Adik main pool dengan kawan yang baru dikenali
Bowling Alumni STAD
Okeh! tangkap gambar dulu sebelum dia MIA
Walaupun Mr. A tak join bertanding tapi dia sengaja datang tanda support dan jugak nak jumpa kawan-kawan ex-STAD. Terutamanya batch '92. Berdasarkan pengalaman sebelum ini batch '92 adalah di antara batch yang paling supportive dan happeninglah jugak. Batch Mrs. A letew.

Walaupun tiada dalam syarat pertandingan setiap team perlulah dari batch yang sama tetapi batch '92 lebih selesa menghantar team yang bertanding itu dari batch yang sama dan namakan team pun mesti letak '92.

Satu team kena ada 4 orang samada semua lelaki atau semua perempuan tetapi kalau nak campur lelaki perempuan pun boleh juga. Batch '92 ada empat team iaitu dua team lelaki '92 King, '92 Prince dan team perempuan pulak '92 Queen dan '92 Princess.

Walaupun tak menang kategori berkumpulan tapi Mrs. A menang kategori individu uols!

Bowling Alumni STAD
Kategori Top 10 individu. Tee M top 5 man. Mrs. A top 7 woman dan semestinyalah dari batch '92
Okay! biarlah gambar bicara.
Bowling Alumni STAD
Handbag yang selalu akan ikut kemana sahaja ibu dia pergi
Bowling Alumni STAD
Ha! ni satu lagi handbag baju merah. Yang seorang lagi itu ibu dia pun sekolah STAD dan maklong dia pulak
biras Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh!
Bowling Alumni STAD
Cap merah itulah committee dari batch '92. Kalau dia takde tak tahulah apa jadi dengan batch '92 nanti.
Bowling Alumni STAD
Otai masih berbisa pun ramai dalam kejohanan tahun ini
Bowling Alumni STAD
Tiga dari '92 Queen dan tiga lagi dari '92 Princess dua lagi tengah membaling kot
Bowling Alumni STAD
Kita lepaking dulu sementara tunggu results diumumkan
Bowling Alumni STAD
Yeay!!! batch '92 terbaik!!!
Bowling Alumni STAD
Bergambar bersama hadiah-hadiah dan lucky draw yang dimenangi oleh batch '92
Lebih kurang pukul 2.30 petang kejohanan pun habis dengan meriahnya. Alhamdulillah secara keseluruhan batch '92 semua happy dapat lucky draw, dah tu menang hadiah lagi. Huawaaaawaaaa.... Mrs. A aje tak dapat lucky draw tau menciks!!! punyalah Mrs. A aim nak dapat lucky draw Tudung Abu Dhabi (TAD) none-hado tekau. Gegirls batch '92 tu semua dapat TAD color merah lagiks!!! takpelah dah bukan rezeki Mrs. A. Lagipun kata depa Mrs. A tak payah cos dah menang piala top 7 tu. Iyolah gang!!

Itu sahaja kisah Kejohanan Bowling Alumni STAD Kali Ke-5 semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan hingga ke Jannah. In Sha Allah.

Credit Photo to Group WhatsApp STAD Bowlers '92
Salam Jumaat - NAZAR

Salam Jumaat - NAZAR

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat - NAZAR

NAZAR. "Kalau aku lulus exam, aku bernazar untuk puasa sunat dua hari"

Tatkala terdesak, baru kamu ingin mencari DIA
Itu pun jika dapat yang kamu minta.
Jika tidak dapat?
Maka tidak jadi untuk beramal.
Kenapa mesti bersyarat dengan Tuhan?

Sabda Rasullullah S.A.W.
Ini cara orang bakhil.
Kata ulama, nazar seperti ini makhruh.

Jadilah orang yang ikhlas.
Sama ada dapat atau tidak niat tetap ikhlas untuk beramal.

"Nazar hanyalah dikeluarkan daripada orang yang bakhil."

Wallahualam.

(Riwayat Muslim)


Tiga #thecat Bersama Anak-Anaknya

Tiga #thecat Bersama Anak-Anaknya

As Salam and greetings to dear readers.

Tiga #thecat Bersama Anak-Anaknya. Dah lama tak bercerita tentang kekucing Mrs. A yang banyak tu. Dah banyak kali cakap nak post cerita tentang Koko the mama cat yang kena Sporo tu tapi masih belum berjaya menyiapkan ceritanya muahhhahhaaa. Okay takpe ni nak up-date story kisah Tiga #thecat. Baru Mrs.A perasan cerita Tiga tak banyak ada sekali jer... itupun time dia lahir ceritanya tuh di SINI

Actually ini adalah badge kedua Tiga lahirkan kittens. Si Tiga ni kalau beranak memang banyak tau anak-anak dia maybe because badan dia yang panjang tu, that is why banyak ruang kot. First badge dulu anak-anak dia lahir enam ekor. Tapi second day jer dah mati seekor tinggal lima. 

Time dia beranak first badge memang trajis kejadiannya cos dia nih ibu yang makan anak. Mrs. A tak pastilah pulak dia makan anak dia tu setelah anak-anak dia 'termati' ataupun time hidup-hidup. Mrs. A tak pernah terserempak pun yang terserempak dia sedang makan anak dia tu adalah Along Time tu Tiga pilih port beranak dia dalam bilik Along to be exact bawah katil Along.

cat lover
Hi! sayalah Tiga
Setelah lebih kurang setengah tahun berlalu anak Tiga first badge yang tinggal hanyalah dia nih! yang lain-lain mati.
thecat
My name is Kelabu Ketetel. Ibu yang tambah Ketetel tu sebab katanya saya suka lelari ketetel,
 tapi saya redho jer...
Adik-beradik Kelabu Ketetel tu ada yang mati dah besar ada jugak yang hilang dari radar. Itulah history kekucing di rumah Mrs. A selalu aje hilang dari radar. Walaupun dah usaha cari tapi tak jugak berjumpa.

Back to cerita Tiga #thecat bersama anak-anaknya setelah melahirkan first badge pada 30 September 2016 iaitu date of birth si Kelabu Ketetel tu. Maka pada 03 Mac 2017 pula Tiga melahirkan second badge kittens yang sama jumlahnya dengan yang first badge iaitu sebanyak enam ekor. [haish! nasib ko lah Mrs. A nape ko lambat sangat nak pi spaying kan dah termengandung].

Kali ini Tiga pilih bilik Mrs. A untuk melahirkan anak-anaknya to be exact cupboard Mrs. A tempat Marble #thecat melahirkan dulu. Ceritanya tuh di SINI.

Gambar petang semalam.

thecat
Eh! kenapa ada sekor terlebih besar kat situ
thecat
Kelabu Ketetel rupanya join adik-adik dia menyusu
thecat
Actually Kelabu Ketetel tu tak menyusu pun dia cuma tumpang bermanja jer..
Kittens Tiga yang second badge ini pun dah tinggal empat ekor aje dua lagi dah mati. Memula Bobo yang ala-ala persian cat tu mati kemudian Bone-bone pulak mereka mati sakit. 

Gambar Bobo ada Mrs. A kongsikan di FB Puan A Punya Belog dan gambar Bone-bone pulak ada di Instagram @kamikucingkg sudi-sudikanlah follow insta dan add friend FB Puan A Punya Belog ya readers. Amvoi!!! sempat iklan pulak Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh!

Okay itu sahaja kisah kekucing Mrs. A Tiga #thecat Bersama Anak-Anaknya untuk kali ini next time Mrs. A cerita lagi.

Netball Games

Netball Games

As Salam and greetings to dear readers.

Netball games. Sudah agak lama Mrs. A tidak menyertai netball games ooopsss macam tipu jer.... last netball games adalah bersama DUN Kota ceritanya tuh di SINI. Last weekend Mrs. A dengan team netball yang diberi nama Waghih Gorgeous turut serta dalam netball games Kelab Baby Sitter Malaysia a.k.a KBS. 

Time kawan Mrs. A bagitau tu Mrs. A ingatkan Kelab Belia dan Sukan tapi bukan, yang betulnya adalah Kelab Baby Sitter cakap melayunya kelab pengasuh ha gitu. Haish! tak kisahlah yang penting dapat bernetball.

Hadiah-hadiah yang disediakan, Juara - RM500, Naib Juara - RM400, Ketiga - RM200 dan Keempat - RM100. Lain-lain hadiah yang disediakan 'Shooter terbanyak', '2nd team happening' a.k.a gediks okay yang tu Mrs. A saja tambah muuahhahaaa dan lagi 'team tercantik outfit' pun ada hadiah jugak. Selingan dia antara games tu ada jugak acara untuk kanak-kanak dan warga emas. Haish! meriah uols. Cuma jadi tak koser snap gambar cos cuaca panas.

Netball Games itu bertempat di Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya. Games bermula pada pukul 8.00 pagi. Gigih tau we all yang dari Seremban ini keluar rumah seawal jam 7.00 pagi gitu. Ada dua team dari Seremban iaitu team Waghih Gorgeous (WG) dan jugak ON Semiconductor. Hurm... ON Semiconductor tu meriah depa datang satu bas siap dengan supporter berpom-pom bagai.

Okay kasi gambar sikit.

netball
Dengar taklimat sebelum games bermula
Selepas habis taklimat dan sebelum games pertama dimulakan simbolik perasmiannya adalah Founder Kelab Pengasuh Malaysia diminta menjaringkan gol. Unfortunately Mrs. A tak teringat langsung untuk ambil gambar time tu huhuhuhu...

Oleh sebab ada banyak team so games dibuat secara liga. Ada empat kumpulan kesemuanya iaitu A, B, C dan D. Malas nak tulis kita copy and paste jer.... jadual perlawanannya.

netball
Waghih Gorgeous kumpulan B [abaikan spelling tu ya.. muahahhaaaa]
Setiap kumpulan ada 4 team so jumlah games adalah tiga kali. Team Mrs. A menang peringkat kumpulan 2 kali dan kalah sekali dengan team Blue Lake. WG sampai ke peringkat quarter final vs. dengan ke MNC B dari kumpulan C. Quarter final kalah mati so we all pun mati setakat tu sobs..sobs...sobs...

Tapi ON Semiconductor berjaya mendapat tempat Keempat. Team ON Semiconductor tu memang sparring WG time training di KOMBES. Time training terasa ON terror sangat tapi bila games sebenar tu tengok ON biasa-biasa aje ke WG yang teruk sangat. Eh! kalau WG teruk takkanlah sampai ke quater final muahahhaaaa....[ayat tak mau kalah]

WG target ON mampu Johan tak pun Naib Johan ialah sekurang-kurangnya boleh jugak tumpang bangga team dari Seremban mesti arrr support each other. Apa yang we all predict tu ternyata meleset sama sekali. Hurm... mungkin sebab bermain di padang rumput kalau di court biasa belum tentu lagi Blue Lake yang juara. [ini pulak ayat syiok sendiri]

Okay jom layan gegambar yang Aryssa snap.

netball
Games pertama WG vs Ant

netball

netball

netball

netball

netball

netball

netball
Aryssa & Adik supporter WG
netball
Xoxo Mrs. A
Team WG tak tunggu sampai habis pun cos tak menangkan. Ooppsss takde semangat kesukanan langsung, eh! actually bukan macam tu ada yang nak kena pulang awal cos esoknya tu perlu ke JB ada course uols. Lain-lain hadiah tu tak berharap pun. Team Keswip menang outfit tercantik dengar-dengarnya. Lagipun we all sekadar suka-suka aje...nak bernetball sambil merapatkan ukhwah lagipun jauh perjalanan luas pemandangan baaanyaak... pengalaman.

Okay itu saja nak citer kisah Netball Games.




MRS.A my blog my stori ©