As Salam and greetings to dear readers.
Kejohanan Bowling Alumni STAD Kali Ke-5. Tahun ini tempat kejohanan adalah di Ampang Superbowl, Seremban Prima. Bowling adalah salah satu lagi sport kegemaran Mrs. A selain netball so kalau ada aje mana-mana event bowling of course Mrs. A akan menyelitkan diri. Sebelum ini Mrs. A dah ada bagi teasernya di
SINI.
Alhamdulillah tahun ini Mrs. A berkesempatan untuk turut serta lagi di dalam Kejohanan Bowling Alumni STAD kali ke-5. Bowling merupaka annual event Alumni STAD. Sesiapa sahaja bekas pelajar SMK Sekolah Tunku Ampuan Durah boleh turut serta di dalam kejohanan bowling ini tak kiralah ahli Alumni ataupun bukan ahli.
Yuran penyertaan adalah RM80.00 seorang. Yuran termasuk bayaran lane untuk 3 game, sewa kasut, T-Shirt kejohanan, sticker Den Budak Tunku Durah dan tit-bits. Okaylah tu yang penting sekali dapat jumpa kawan-kawan sekolah dedulu.
Eh! itu macam Mr. A bila masa pulak dia sampai tu?
|
Mr. A sedang melayan Adik main pool dengan kawan yang baru dikenali |
|
Okeh! tangkap gambar dulu sebelum dia MIA |
Walaupun Mr. A tak join bertanding tapi dia sengaja datang tanda support dan jugak nak jumpa kawan-kawan ex-STAD. Terutamanya batch '92. Berdasarkan pengalaman sebelum ini batch '92 adalah di antara batch yang paling supportive dan happeninglah jugak. Batch Mrs. A letew.
Walaupun tiada dalam syarat pertandingan setiap team perlulah dari batch yang sama tetapi batch '92 lebih selesa menghantar team yang bertanding itu dari batch yang sama dan namakan team pun mesti letak '92.
Satu team kena ada 4 orang samada semua lelaki atau semua perempuan tetapi kalau nak campur lelaki perempuan pun boleh juga. Batch '92 ada empat team iaitu dua team lelaki '92 King, '92 Prince dan team perempuan pulak '92 Queen dan '92 Princess.
Walaupun tak menang kategori berkumpulan tapi Mrs. A menang kategori individu uols!
|
Kategori Top 10 individu. Tee M top 5 man. Mrs. A top 7 woman dan semestinyalah dari batch '92 |
Okay! biarlah gambar bicara.
|
Handbag yang selalu akan ikut kemana sahaja ibu dia pergi |
|
Ha! ni satu lagi handbag baju merah. Yang seorang lagi itu ibu dia pun sekolah STAD dan maklong dia pulak
biras Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh! |
|
Cap merah itulah committee dari batch '92. Kalau dia takde tak tahulah apa jadi dengan batch '92 nanti. |
|
Otai masih berbisa pun ramai dalam kejohanan tahun ini |
|
Tiga dari '92 Queen dan tiga lagi dari '92 Princess dua lagi tengah membaling kot |
|
Kita lepaking dulu sementara tunggu results diumumkan |
|
Yeay!!! batch '92 terbaik!!! |
|
Bergambar bersama hadiah-hadiah dan lucky draw yang dimenangi oleh batch '92 |
Lebih kurang pukul 2.30 petang kejohanan pun habis dengan meriahnya. Alhamdulillah secara keseluruhan batch '92 semua happy dapat lucky draw, dah tu menang hadiah lagi. Huawaaaawaaaa.... Mrs. A aje tak dapat lucky draw tau menciks!!! punyalah Mrs. A aim nak dapat lucky draw Tudung Abu Dhabi (TAD) none-hado tekau. Gegirls batch '92 tu semua dapat TAD color merah lagiks!!! takpelah dah bukan rezeki Mrs. A. Lagipun kata depa Mrs. A tak payah cos dah menang piala top 7 tu. Iyolah gang!!
Itu sahaja kisah Kejohanan Bowling Alumni STAD Kali Ke-5 semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan hingga ke Jannah. In Sha Allah.
Credit Photo to Group WhatsApp STAD Bowlers '92
seronok je tengok ramai-ramai menyertai acara ni. meriah je rasa :D
BalasPadamTahniah Mrs A. Ana dulu asal ada bowling tournament mesti daftar. Rindu nya nak berbowling. Kena main juga lps ni nmpknya.
BalasPadamwah.. mesti terror main bowling nie kan!
BalasPadamTahniah ye MA...tak sia sia join hihi... Tak semua orang nak join gader gader cenggini tau.
BalasPadambest sambil2 reunion tu sis
BalasPadamPernah ke tempat ni.. Pernah temankan isteri semasa pertandingan bowling Unit Fizik KMNS.
BalasPadamSeronoknya. Saya pula dah lama sangat tak main boling huhu
BalasPadamSukan membuat hidup kita sihat dan ceria.
BalasPadammana pic bola msk longkang? hahahahahaha
BalasPadamWahhh cayalah mrs A..tahniah
BalasPadamlama juga tak main bowling ni rasanya. HOho..
BalasPadamseronok nye dapat main bowling ramai2 gitu.. fuh dah lama tak main pool ni..
BalasPadam