Salam Jumaat: Cara Sambut Ramadhan - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Salam Jumaat: Cara Sambut Ramadhan

26 Mei 2017

Salam Jumaat: Cara Sambut Ramadhan

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat: Cara Sambut Ramadhan. Sempena Ramadhan esok Mrs. A tertarik untuk berkongsi cara sambut Ramadhan dari Ustazah Norhafizah di IKIM.

Ramadhan Kareem

  • Bila Ramadhan tiba sambutlah dengan sujud syukur... tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini.
  • Bila bertemu dengan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai atau sesiapa sahaja ucapkanlah "Ramadhan Kareem dan orang yang mendengar menjawab "Allahu Akram". 
Maksudnya "Ramadhan Mulia" dan jawapanya "Allah lebih Mulia".

  • Sambutlah Ramadhan ini dengan wajah berseri-seri tanda kegembiraan yang tidak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu berbicara dengan Allah walau di dalam hati.

Contohnya... Ya Allah aku berpuasa ya Allah... terimalah puasaku ini... aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah.

  • Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang Allah hendak berikan di bulan yang mulia ini.
  • Moga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu... hiasilah diri dengan AMALAN dan TAQWA.

Ramadhan Kareem buat dear readers my blog my stori. Mrs. A juga mohon MAAF ZAHIR BATIN.

Salam Jumaat dan selamat berpuasa.


13 ulasan:

  1. Salam Ramadhan untuk awak jugak. Jangan lupa bangun sahur esok hihi....
    Terima kasih atas perkongsiannya .....
    Hajat dihati nak lap lap tingkap tapi mcm tak mapu je huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.... sahur..sahur..sahur tengah fikir nak masak apa nih!?

      Padam
  2. ramadan kareem...

    harap2 thn ni puasa penuh tau... jgn memonteng hahahah

    BalasPadam
  3. Ramadhan Kareem...Allahu Akram :)

    Selamat berpuasa untuk Mrs.A sekeluarga.

    BalasPadam
  4. Salam ramadhan kareem Mrs A. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga sentiasa sihat. Semoga ramadhan kali ni lebih baik dr sebelumnya. InsyaAllah.

    BalasPadam
  5. insyaAllah. aminn.. Salam ramadhan mrs A. dan selamat menjalani ibadah puasa :)

    BalasPadam
  6. Allahu Akram..
    Selamat berpuasa Mrs. A..
    Semoga amal ibadah kita diterima olehNya..

    BalasPadam
  7. Salam ramadan al-Mubarak Mrs A! :D

    BalasPadam
  8. selamat berpuasa bt mrs sekeluarga

    BalasPadam
  9. SALAM RAMADHAN DAN HAPPY BIRTHDAY MR A!! MAY ALLAH BLESS YOU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramadhan Kareem Amer.

      Amin... thank you.

      Padam

MRS.A my blog my stori ©