Jun 2022 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Jun 2022
Panggilan Haji

Panggilan Haji

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Panggilan Haji. Alhamdulillah rezeki muda-muda lagi dah dapat panggilan menunaikan fardhu haji rukun islam yang ke 5. Eh! ingat Mrs. A lettew....πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡ Actually kawan Mrs.A dan husband beliau yang dapat panggilan haji tersebut. Menurut kawan Mrs. A tu dia pun tak sangka dan terkejut dapat surat dari tabung haji mengatakan dia dan husband diterima untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Panggilan Haji.
panggilan haji
BFF

Saja nak bagitahu kawan Mrs. A yang ini adalah childhood friend Mrs. A sama satu kampung, sekolah rendah pun sama dari darjah satu sampailah darjah enam Bila dah sekolah menengah terpisah sekejap sebab dia bersekolah aliran agama tapi bila tingkatan dua ke tingkatan tiga dia berpindah ke sekolah yang sama dengan Mrs. A katanya tak boleh nak hadam bahasa Arab muahahhaaa....

Tingkatan empat dan lima berpisah sekolah semula. Mrs. A berpindah ke sekolah STAD dia pulak kekal di SEMELUNA. Kemudian sewaktu tunggu resutls SPM pernah kerja cashier di Parkson Grand Mahkota Parade sama-sama. Allahu bila dikenang macam-macam dan banyak sangat kenangan yang kami lalui bersama. Berpisah sekejap busy dengan hidup masing-masing kemudian bertemu semula last Mrs. A jumpa adalah sewaktu anak sedara beliau meninggal dunia [SINI] sehinggalah sekarang on and off. Alhamdulillah last Saturday 25062022 dengan izinNYA dapat menghadiri jemputan kenduri beliau sempena hendak menunaikan fardhu haji.

D.A dan husbandnya akan berangkat ke tanah suci pada 2 Julai 2022 katanya penerbangan kedua terakhir. Sewaktu kenduri hari tu dia bagitahu yang visa mereka belum lulus lagi. Itulah sedikit yang merisaukan dan mereka minta sama-sama mendoakan dipermudahkan proses kelulusan. Alhamdulillah pada 27062022 D.A whatsApp katanya baru dapat berita yang visa dia dan husband telah pun lulus. Alhamdulillah Mrs. A tumpang happy bila dapat tahu.

Okay jom bergambar couple pulak 😊😊

Panggilan Haji
Sebelum pulang haruslah bergambar dulu 😊

Didoakan mendapat haji yang maqbul kepada D.A dan husband. Doakan kami juga ya dapat menunaikan haji ketika muda-muda macam uols. InSyaAllah.


Outing tengok movie KKN Di Desa Penari

Outing tengok movie KKN Di Desa Penari

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Outing tengok movie KKN Di Desa Penari. Mrs. A tengok movie KKN Di Desa Penari ini berdua aje dengan Adik ini pun atas idea Aryssa sebabnya pada masa yang sama dia minta izin nak keluar dengan kawan-kawan dia a.k.a girls day out. Dia minta Mrs. A hantarkan lagipun pada tarikh 22052022 tu babahnya takde, oustation ke Bintulu. 

Terlanjur hantar tu baik Mrs. A outing sekali terasa malas pulak nak hantar pastu balik, pastu pergi jemput dia haish!  I is malas gittewww... lagipun Adik kata dia nak tengok movie KKN Di Desa Penari. Kekdahnya Mrs. A pun menghabiskan masa berdua dengan Adik dan Aryssa pulak dengan kawan-kawannya. Tempat pilihan Aryssa dan kawan-kawan adalah di Palm Mall. Adik dan Mrs. A pun sama tapi we all buat hal masing-masinglah.

Dah sampai depan Palm Mall tu turunkan Aryssa dulu. Aryssa and the gang dah janji tempat pertemuan adalah di main entrance Palm Mall. Sementara Mrs. A dan Adik teruslah drive ke dalam bangunan Palm Mall untuk mencari parking. Subhanallah dipermudahkan olehNYA dapat parking senang dah tu pulak betul-betul depan sliding door pintu masuk. Ditakdirkan pada saat dan ketika itu ada satu kereta nak keluar terus Mrs. A masuk tempat yang dikosongkan itu. Alhamdulillah πŸ’–πŸ’–

Outing tengok movie KKN Di Desa Penari. 

Outing tengok movie
Beli tiket di mesin layan diri 

Dah siap-siap beli tiket tu we all pergi lunch dulu. Mrs. A dengan Adik nak lunch nasi kekdahnya tempat pilihan hati semestinyalah di Black Canyon Restaurant.

Outing tengok movie
Pilih lunch set for 2. Mixed vege., sweet&sour chicken, clear soup dan juga nasi petak bak kata Along anak sulung Mrs. A muahahhaaa....

Outing tengok movie
Mexican ice coffee for Mrs. A & Black crunch ice blended for Adik

We all lunch cepat-cepat aje tak dapat nak menghayati makanan pun huhuhuuu... al-maklumlah pesanan sampai lambat sebab ramai orang. Itupun terlambat juga masuk Hall 3 tu show dah mula pun huhuhuu... selalunya bukankah sebelum movie tu berderet-deret iklannya. Tiberr...

Sejujurnya sebelum ini Mrs. A tak pernah tahu atau pun follow kisah asal KKN di Desa Penari yang dikatakan kisah benar berdasarkan twit pengguna Twitter "SimpleMan". Tahu pun bila Adik dan Aryssa bercerita kisah KKN di Desa Penari ni hurmmm... kesian ibu ketinggalan katanya. 

Ceritanya bermula di sebuah kampung bernama Desa Penari.  6 orang mahasiswa datang nak settlekan tugasan lapangan mereka sebelum grade. Suasana kampung ini aje dah seram terletak di pedalam di Pulau Jawa kalau berdasarkan kisah benar tulah. Nak masuk ke Desa Penari ini memang jauh betul dari pusat bandar mula-mula kena naik van berjam-jam dah naik van tu pulak kena naik motorsikal disebabkan jalan sempit van tak boleh lalu. 

Outing tengok movie KKN Di Desa Penari
Outing tengok movie
 Kuliah Kerja Nyata KKN di Desa Penari 

Sewaktu mereka mula-mula sampai dan berjumpa dengan kepala kampung dah macam-macam pantang-larang dipesan jangan buat. Tapi biasalah ada yang degil pantang-larang tu tak diendahkan sangat. Desa Penari ini memang sebuah kampung yang sendu dengan kemudahan asas. Tiada elektrik dan jugak tiada air paip. Kalau nak mandi kena pergi mandi perigi. Aduh!!! sewaktu adegan Nur dengan Widya nak pergi mandi di bilik air tu. Bilik air dan suasana di bilik air itu pun memang menyeramkan. Waktu mereka masuk sorang-sorang tu si Badarawuhi dah mula mengacau dan munculkan diri.

Setelah beberapa hari di Desa Penari macam-macam kejadian aneh dan mistik telah menimpa mereka. Si Widya tu asyiklah menari tapi dia tak sedar. Nur pulak selalu terselamat rupanya dia ni ada penjaga patutlah setiap kali ada benda nak kacau Nur mesti ada kelibat nenek bongkok tu. Bima yang pada awalnya seorang yang baik dah berubah jadi pendiam dan buat hal sendiri. Ayu pun dah berperangai pelik dia ni rupanya ada simpan perasaan dengan Bima. Badarawuhi tu pun dapat mempengaruhi Ayu.
Ceritanya memang menarik tapi memang terdapat unsur syirik dan kurafat. Kita sebagai umat islam tak boleh percaya bimbang terpesong akidah.

Kena tengok sampai akhir baharu faham kisah kejadian sebenar. Kenapa Ayu dan Bima mati. Nak citer panjang lebar malaslah pulak ngeh! ngeh! ngeh! Mohon readers googlelah ya banyak aje blog yang share reviews movie KKN Di Desa Penari.



Dinner Di Medan Ikan Bakar MPPD

Dinner Di Medan Ikan Bakar MPPD

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Dinner Di Medan Ikan Bakar MPPD. Kisah selepas keputusan SPM 2021 keluar Babah a.k.a Mr.A belanja dinner. Kekdahnya dinner treat for Aryssa Hani gittewww... Alhamdulillah dapat ibu dan adik tumpang sekaki 😊😊😊 Lewat petang Khamis 16062022 tu Aryssa dan Mrs.A sedang borak-borak di meja makan. Melayan Aryssa pot-pet-pot-pet bercerita kisah ketika dia amik results. Tiba-tiba Babahnya menyampuk malam ni kita dinner kat luarlah, lepas maghrib siap-siap gerak kita makan ikan bakar kata babahnya. Yesssza... lompat bintang Aryssa dan Mrs.A takyah susah-susah fikir nak makan/masak apa dah! πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ

Excited masing-masing selepas solat maghrib we all pun gerak. Actually Mrs. A dan anak-anak tak tahu pun lokasi sebenar nak dinner tu ikut sahajalah ke mana babahnya nak bawa. Okay jom layan gambar.

Dinner Di Medan Ikan Bakar MPPD.

medan ikan bakar MPPD
Mereka yang berdiri reramai tu sedang pilih-pilih ikan lettewww...

Wefie seketul sementara tunggu food sampai

Ha! saja nak tanya uols! selalunya kalau bab makan-makan siapa yang pilih menu? Hurmmm... selalunya orang pompuan kan..kan..kan... Tapi the other way around buat Mrs.A selalunya yang pilih dan tentukan menu adalah Mr. A dia memang pandai bab makan-makan ni Mrs. A follow aje tak cerewet sangat bab makan yang cerewet tu Mr. A so follow ajelah apa yang dipilihnya, alhamdulillah so far so good pilihan beliau menepati citarasa keluarga gittewww... Menu malam tu Adik dengan babah yang pilih Aryssa dan Ibu busy pi snap gambar muahahhaaa... Sorry Along terpaksa tengok je dari jauh πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

medan ikan bakar MPPD
Udang Butter
medan ikan bakar MPPD
Pepahat Berlada

medan ikan bakar MPPD
Jenahak bakar

medan ikan bakar MPPD
Jenahak berlada

Nama kedai yang Mrs. A dinner ni adalah Samudra Ikan Bakar. Seperti kebanyakkan restoren ikan bakar yang lain. Kita pilih ikan mentah yang dipamerkan sendiri harga adalah mengikut gram di pasaran. Dah pilih tu mintalah dia masakkan cara mana yang kita nak gittewww... 

Alhamdulillah food semuanya sedap dan segar-segar belaka. Sambil makan sambil menikmati bunyi ombak dan pemandangan lampu-lampu di jeti tepian pantai memang layan...

medan ikan bakar MPPD

Dinner Di Medan Ikan Bakar MPPD


Aryssa dan Keputusan SPM 2021

Aryssa dan Keputusan SPM 2021

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Aryssa dan Keputusan SPM 2021. Alhamdulillah. Semalam 16062022 berakhirlah satu penantian keputusan buat pelajar-pelajar SPM 2021. Tamatlah sudah debaran Aryssa Hani anak Mrs. A yang nombor dua tu 😍😍😍 Malam sebelum hari keputusan tu boleh pulak dia tak tidur. Tidur pun 2 jam aje katanya. Haish! lah Aryssa SPM aje kot.

Pada hari kejadian Mrs. A tak hantar pun sama jugaklah sewaktu Along [SINI] cuma beza Aryssa babahnya yang hantar. Dalam group WhatsApp 5K cikgu dah maklumkan jika pelajar dan ibubapa yang hendak hadir digalakkan hadir pada pukul 10 pagi ke atas kerana dalam pukul 9 pagi pihak sekolah ada taklimat terlebih dahulu. Tapi jika nak hadir awal pun boleh juga cikgu maklumkan ada beberapa IPTS ada membuka booth di dewan sekolah. Ibubapa dan pelajar yang hadir awal bolehlah survey-survey jika berminat.

Aryssa dan Keputusan SPM 2021.

keputusan.SPM2021
Gambar curi dari FB Aryssa 😝

Berbeza dengan Along dia sabar aje amik keputusan secara tradisi iaitu pergi sekolah beratur amik sijil dari cikgu baru tahu keputusan. Aryssa sejenis yang tak sabar sebelum ke sekolah tu dia dah sms nak tahu keputusan dia. Bila tak dapat result dia WhatsApp cikgu kelasnya. Cikgu pulak cakap saya dah tahu keputusan awak Aryssa sambil bagi emoji 😭 nak tahu keputusan sebenar cepat datang sekolah kata cikgunya. Lah! hai! cikgu ni pun sampai hati mainkan emosi member muahahaaaa... Aryssa tetap tak puashati try online pulak jeng..jeng..jeng... Alhamdulillah akhirnya dia tahu juga sebelum sampai sekolah. Patutlah Mrs. A pelik dalam pukul 10.04 minit pagi dia dah WhatsApp Mrs. A keputusan dia walhal belum sampai sekolah lagi. Tak lama tu dalam pukul 10.06 minit pagi tersebar sudah keputusan SPM Aryssa Hani dalam group family Giboi oleh babahnya.

Tahniah! Aryssa Hani dapat keputusan yang menggembirakan ibu dan babah serta keluarga. Aduhai! keluar air mata kesyukuran ibu waktu tengok keputusan tu agaknya itulah apa yang cikgu maksudkan dengan emoji cenggini 😭. Mohon rakan bloggers doakan Aryssa dapat sambung belajar di tempat yang dihajati dengan course yang dia mahu.

Kecoh betul Aryssa bercerita semalam tumpang bangga dengan Aliya kawan sekelas dia tu tak sangka dapat straight A dah tu best student adalah datang dari kelas 5K. Gang-gang Aryssa pun semua result baik-baik belaka alhamdulillah anak-anak didoakan terus maju jaya pada masa hadapan kerana SPM hanyalah permulaan untuk satu perjalanan yang masih panjang. 

Sejujurnya Mrs. A terima seadanya apa pun keputusan anak-anak banyak A ke tak banyak A ke tetap diraikan. Buat anak-anak yang telah berusaha sebaik mungkin tapi tidak mendapat keputusan sepertimana yang dimahukan redhakan hati menerimanya, bersangka baik dengan Allah teruskan berusaha jangan kecewa perjuangan masih panjang anda hanya kalah satu pertempuran.

Mrs. A mengikuti jugaklah socmed berkaitan feed-feed yang memberi semangat buat mereka yang tidak mendapat A atau pun banyak A dan Mrs. A bersetuju juga dengan feed tersebut. Pendapat Mrs. A sama bukanlah tidak meraikan mereka yang mendapat A itu cuma ingin menyuburkan semangat para pelajar yang bersungguh-sungguh tetapi pencapaian mereka sederhana dan biasa-biasa sahaja bak kata PHM.

Okay itu sahaja nak share kisah Aryssa dan Keputusan SPM 2021 eh! dah terpanjang pulak ibunya membebel.


PHM = Pahrol Mohamad Juoi


19 Syawal - Jamuan Raya Ibupejabat

19 Syawal - Jamuan Raya Ibupejabat

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

19 Syawal - Jamuan Raya Ibupejabat bersamaan 20052022. Walaupun dah lebih tiga minggu berlalu kisah jamuan raya masih ada beberapa series lagi nak story gittewww... salah satunya adalah jamuan raya ibupejabat. Kenapa  panggil ibupejabat? ngeh! ngeh! ngeh! cause ini anjuran ibupejabat iaitu syarikat yang organize (bajet syarikat) dipertanggungjawabkan kepada department yang berkaitan. 

Jamuan raya ini, segala juadah raya dihidangkan di ruang lobi yang menariknya tu boleh ambil makanan kemudian makan ditempat masing-masing. Kalau dah habis boleh aje nak repeat subject to ada ke makanannya lagi muahahhaaaa.... Okeh! kali ini Mrs.A sempat snap makanan yang Mrs. A ambil sebelum habis di ngap tetapi gambar di meja-meja hidangan tetaplah tiada haish! fail la kalau jadi food blogger 😝😝😝 .

19 Syawal - Jamuan Raya Ibupejabat.
19 Syawal
Lemang vs rendang ayam

19 Syawal
Nasi himpit vs kuah kacang, rendang

19 Syawal
Mee kari

19 Syawal
Salah satu meja tetamu di ruang lobi. Gambar ni dah hujung-hujung majlis

Actually selain daripada kakitangan ibupejabat ada juga jemputan daripada pejabat-pejabat kerajaan/daerah/PBT yang dijemput Pengurusan Syarikat. Itulah majlis pada awal perancangannya hanyalah untuk kakitangan ibupejabat sahaja telah menjadi sedikit caca-marba disebabkan ramai jemputan luar yang hadir. 

Bagi pendapat Mrs. A hendak menyalahkan seratus peratus kepada department yang dipertanggungjawabkan pun tidak adil kerana mereka buat adalah berdasarkan bajet yang diberi. Sepatutnya mereka yang di atas tu lebih arif tentang soal bajet janganlah membuat sesuatu dengan secara semberono sahaja. Buat mereka yang berada di atas tu cubalah mendengar dahulu pandangan dan nasihat kami yang di bawah ini kerana anda yang bijak-pandai tidak semestinya sentiasa betul dan benar. #justmy2cents

19 Syawal - Jamuan Raya Ibupejabat adalah hari bergambar sedunia bagi seorang Mrs. A gittewww.. Jom layan gambar-gambar di merata tempat di ibupejabat.

19 Syawal
Ruang lobi bawah bersama akak-akak PA

19 Syawal
Di media wall yang belum ada mediacreen (TV) lagi 😝

19 Syawal
Team tema cekelat katanya

19 Syawal
Di cubicle billing 

19 Syawal
Yang ni di cubicle Mrs. A 😍

19 Syawal
Mencipta kenangan manis bersama officemateπŸ’–

19 Syawal
Area ground floor 

19 Syawal
Lobi tingkat 2 depan kaunter receptionist yang dah tinggal sejarah

19 Syawal - Jamuan Raya Ibupejabat. A sweet moment to remember.

13 Syawal - Pergi Kenduri Kahwin Anak Kawan Sekolah

13 Syawal - Pergi Kenduri Kahwin Anak Kawan Sekolah

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

13 Syawal - Pergi Kenduri Kahwin Anak Kawan Sekolah. Ini adalah kawan ex-Stadian Mrs. A yang juga merupakan ex-classmate. Nak dijadikan cerita ini adalah majlis yang tertunda. Actually majlis ini telah dirancang awal lagi dari tarikh ini tapi malangnya beberapa hari sebelum majlis, mereka sekeluarga telah disahkan positif covid19. Ujian buat sahabat Mrs. A, Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar telah berjaya mereka lalui.

Ketika bersekolah dahulu Lin duduk di Seremban tapi tak sangka pula sekarang ini beliau dah sekampung dengan Mrs. A πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ Mrs. A perasan pun time tengok map pada jemputan kahwin anaknya tu majlis diadakan di Kg Hj Sulaiman, Linggi Lubok China. Punyalah teruja terus Mrs. A whatsApp Lin tanya "eh! ni kampung sayalaa... sejak bila awak pindah sini hahaha!". Lin kata dia dah beli tanah dan buat rumah di situ. Laaaa... kisahnya punyalah lama Mrs. A tak ronda-ronda kampung sampai ada rumah baharu pun tak perasan. Ialah PKP pun dah 2 tahun mana ada kesempatan nak meronda keliling kampung.

13 Syawal - Pergi Kenduri Kahwin Anak Kawan Sekolah.

13 Syawal
Bergambar bersama pengantin dan Lin, husband ea mana ntah busy layan tetamu 😊.
Anak Lin yang lelaki.

Walaupun we all ex-classmate janji nak jumpa kat kenduri kahwin anak Lin ni tapi tulah tak semua dapat jumpa. Ada yang dah balik ketika Mrs.A sampai ada pulak yang sampai ketika Mrs.A dah balik. 

13 Syawal
2 orang ex-classmate yang sempat jumpa dan bergambar Izan dan Janirah

Ketika Mrs. A dan dua orang rakan lagi tu sampai orang dah tak ramai sangat so dapatlah lepak lama sikit sambil layan life band. Seronok pulak rasa melayan life band di kenduri kahwin πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Selepas itu Mrs. A sekeluarga singgah rumah mak Mrs. A haish! dah katanya sekampung haruslah singgah. Mak Mrs. A tak pergi pun tak larat nak jalan katanya mak-mak sedara Mrs.A yang dua orang tu je pergi kenduri tu wakil gittewww...

13 Syawal
Nak balik dah!


4 Syawal - Berhari Raya Ke Melaka

4 Syawal - Berhari Raya Ke Melaka

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

4 Syawal - Berhari Raya Ke Melaka. Pada minggu awal-awal raya famili Alang dan Mrs. A masih lagi berada di kampung. Itu yang pada 4 Syawal Mrs. A dan Alang planning berhari raya ke Melaka. Mulanya nak beraya ke rumah Angah sahaja ntah! macam mana timbul pulak idea Mrs. A nak ajak pergi beraya rumah cousin Mrs. A yang kat Klebang tu. Cousin Mrs. A ni memang selalu ajak bertandang ke rumahnya tapi tulah asyik tak berkesempatan aje.

Bergerak dari kampung dalam pukul sebelas lebih Mrs. A satu kereta dan Alang satu kereta. Kereta Mrs. A empat orang je.  Aryssa dan Mr. A tak join cause dah balik Seremban sehari sebelum tu. Kereta Alang, family dia tambah lagi 2 orang mak sedara.

4 Syawal - Berhari Raya Ke Melaka.

Berhari Raya
Kami on the way ni 😊

Berhari Raya
Mula-mula raya rumah Angah

Disebabkan tak pernah pergi rumah cousin Mrs. A yang di Klebang tu so Mrs. A calling-calling dia dulu minta location. Kekdahnya we all convoi tiga kereta ke rumahnya di Klebang. Ketua konvoi haruslah Bangah dia duduk Melaka haruslah tahu selok-belok nak ke Klebang.

Time we all sampai ingatkan family Ana aje rupanya ada juga cousin Mrs. A yang lagi 2 orang S dan B. Cousin Mrs. A yang ni ada 5 orang beradik masa kecik-kecik we all memang rapat. Depa ni dah yatim piatu arwah ayah depa adik-beradik dengan mak Mrs. A iaitu arwah Paklong. Arwah maklong yang meninggal dahulu sebelum Paklong lama juga dah time tu umur Mrs. A awal 20an kalau tak salah.

Berhari Raya
Ana si tuan rumah. Emak Mrs. A ni touching la pulak terkenang zaman dulu-dulu

Berhari Raya
Emak dan anak-anak sedaranya

Berhari Raya
Emak-emak sedara dan anak-anak sedara

Sejenis Mrs. A memang selalu tak teringat nak snap gegambar juadah raya muahahhaaa... Main course di rumah Ana adalah bihun goreng, ada juga KFC, nasi himpit, kek dan macam-macam jenis kuih raya ada cookies dan ada juga jenis kerepek-kerepek. Dah lama tak jumpa haruslah sembang sampai tak hengat donia 😜😜😜 dah lepas Asar barulah we all gerak balik.

Berhari Raya
We are cousins 😍

Berhari Raya
Last sekali gambar beramai-ramai tapi yang gegirls anak Ana dan S tak join tukang snap gambar 

Alhamdulillah masing-masing happy dan excited sangat cause dah lama tak jumpa. Semoga ukhwah yang terjalin bertambah erat dan kekal sampai ke syurga.








Happy Birthday To Me

Happy Birthday To Me

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Happy Birthday To Me. Alhamdulillah masih diberi nafas olehNya dan juga rezeki kesihatan yang baik. Pada 30 Mei 2022 genap usia Mrs. A empat puluh tut..tutt..tut eh! biarlah rahsia mana yang tahu- tahulah 😊😊😊 [SINI]

Lumrah kehidupan ada naik dan ada turun begitu jugalah sambutan harijadi Mrs. A ada tahun meriah ada tahun sendu ngeh! ngeh! ngeh! sejujurnya didalam usia Mrs. A yang dah veteran ini sambutan itu dah tidak begitu dikisahkan lagi cukuplah sekadar ucapan dan ingatan sahaja sudah memadai. Zaman muda-belia lainlah kalau boypren atau pun kawan-kawan rapat tak ingat mahu merajuk dibuatnya muahahhaaa...

Pada pagi Isnin 30 Mei tu time Mrs. A nak gerak pergi office barulah Mr. A wish hurm... ingatkan lupa dari malam tunggu dia punya wish sadis betul.

Happy Birthday To Me.

Birthday
Birthday treat

Tengahari tu time dekat-dekat nak lunch Mr. A calling-calling tanya "lunch pukul berapa?, karang saya amik kita gi lunch sama"  katanya. Yeay!!! I likes 😍😍😍 Bertambah-tambah happy bila dah habis lunch sampai office semula Mr. A hulurkan plastik beg.

Birthday
♪♫dengarkanlah di sepanjang,♫malam aku berdoa, ♬♪♩ bersujud dan lalu meminta ♩♪♫ eh! muahahha..tiberrrr...[baca sambil nyanyi]

Kat mulut cakap terima kasih hahaha... dalam hati "la dia nih! takkanlah tak ingat my forever favorite bau adalah miracle by Lancome" [haish! ko nih! Mrs. A sejenis tak reti bersyukur betullah]

Birthday
Kek dari M

Birthday
Surprise delivery dari Ross 

Sebelah petang kat office dalam pukul 4.30 petang tiba-tiba dapat call minta turun ke bawah ada barang. Ait!!? terkejut Mrs. A time ni cause Mrs. A takde order barang pun. Sampai di bawah dapat surprise delivery ha... baca kad tulis dari Ross la... touching you... Ross tu stay kat Melaka mana nak sangka dia buat surprise😜

Sebelah malam tu lepas solat Isyak Mrs. A lepak kat bilik sambil belek-belek hadiah yang dapat siang tadi tu. Tiba-tiba Aryssa masuk bilik cakap "ibu! turun bawah pakai tudung tau". "la sape datang?" tanya Mrs. A. Rupa-rupanya depa anak-beranak buat surprise gittewww... ada kepci dengan kek ice-cream. 😍😍😍 Alhamdulillah touching lagi iols! #mudahterhibur

Birthday
Adoiii! sendu la.. kedudukan tulisan tuπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Birthday
Alhamdulillah thank you my sugar & spies

Birthday
Hadiah paling rare dari Sis N 😊

Tak lupa juga berbanyak-banyak terima kasih kepada department mate Mrs. A iaitu LZ kerana lanjer Mrs. A lunch dan bagi sepotong kek as a birthday treat 😍😍😍

Subhanallah Alhamdulillah. Terima kasih husband, anak-anak, sedara-mara dan sahabat-sahabat yang dikasihi atas ucapan, ingatan dan doa. InSyaAllah doa yang baik akan berbalik jua pada kalian semua. Semoga kita semua sentiasa diberi taufik dan hidayah hingga ke akhir hayat dan tidak terlalai dengan nikmat dunia yang tipu-tipu. Happy Birthday to me.





MRS.A my blog my stori ©