Belasungkawa - Turut Berduka Cita - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Belasungkawa - Turut Berduka Cita

6 April 2018

Belasungkawa - Turut Berduka Cita

As Salam and greetings to dear readers.

Belasungkawa - Turut Berduka Cita.

Sedih dengan pemergian seorang sahabat buat selama-lamanya iaitu arwah Mohammad Fuad bin Jamaluddin. Arwah adalah anak saudara kepada kawan Mrs. A we all adalah kawan sekampung. Bersahabat sedari kecil hinggalah sekarang. Adat berkawan kalau dah sekampung seluruh ahli keluarga yang lain akan turut bersahabat umpama saudara sendiri 

Kebetulan setelah habis training netball pada hari Rabu petang lebih kurang pukul 6.45 Mrs. A dapat call dari kawan Mrs. A tu bagi tahu yang anak saudaranya telah pergi buat selama-lamanya. Katanya jenazah akan dikebumikan di kampung iaitu Lubok China pada malam itu juga. 

Alhamdulillah oleh kerana arwah dikebumikan di kampung dapatlah Mr. A dan Mrs. A ziarah dan memberikan penghormatan yang terakhir.

Turut Berduka Cita
Innalillahhiwainnailaihirojiun... Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNYA kita kembali.
Damailah engkau di sana wahai sahabat Mohammad Fuad bin Jamaluddin [1976 - 2018]
Sobss..sobss..sobs... sedih dan ralat sangat Mrs. A rasa sebab arwah telah terlantar di Hospital Kuala Lumpur lebih kurang dua bulan. Namun begitu Mrs. A langsung tak curi-curi masa untuk ziarah beliau ketika sakit. Akhirnya hanya dapat bertemu jasad yang dah terbujur kaku. Indah dan bersih wajah beliau, Alhamdulillah arwah telah selamat dikebumikan pada hari yang sama beliau meninggal iaitu pada malam 4 April 2018 lebih kurang jam 10.00 malam. Perjalananan terakhir arwah lancar dan semuanya dipermudahkan.

Melihat kepada isteri dan anak-anak beliau pada ketika itu sebak sungguh hati ini. Hanya doa dan kata-kata semangat yang mampu Mrs. A ucapkan. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat mereka pasti ada hikmah disebaliknya.  


Al-Fatihah buat sahabat yang baik Mohammad Fuad bin Jamaluddin sesungguhnya Allah lebih menyayangimu.

Takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga beliau semoga dikurniakan kesabaran dan ketabahan di atas kehilangan ini. Belasungkawa - Turut Berduka Cita

17 ulasan:

  1. takziah moga rohnya dicucuri rahmatnya

    BalasPadam
  2. innalillahi wainna ilaihi raajiunnn

    BalasPadam
  3. inalilahiwainailahirajiun. al fatihah

    BalasPadam
  4. ....إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
    Al-Fatihah.. Didoakan semoga roh arwah dirahmatiNya selalu, aminnn...

    BalasPadam
  5. Innalillahiwainnailaihirajiuun...

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    BalasPadam
  6. takziah dan al fatihah untuknya.. dpt lah ziarah tiap kali balik kg ya

    BalasPadam
  7. inalilahiwainailahirajiun. al fatihah.,

    BalasPadam
  8. Semoga rohnya dicucuri rahmat
    Al-Fatihah

    BalasPadam
  9. Al-fatihah.. smoga rohnya tenang dialam sana.. amin

    BalasPadam
  10. Al-fatihah dan takziah dari saya

    BalasPadam
  11. Alfatihah utk arwah....
    Sudah suratan....moga anak isterinya tabah dan redho

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©