Family Days Out : Tengok Filem Dukun - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Family Days Out : Tengok Filem Dukun

20 April 2018

Family Days Out : Tengok Filem Dukun

As Salam and greetings to dear readers.

Family Days Out : Tengok Movie Dukun


Mrs. A memang teringin nak tengok filem Dukun ni, mahunya tidak 12 tahun cold storage huhuhu... bertambah excited kat newspaper tulis filem Dukun ini berdasarkan kisah bomoh Mona Fandey yang pernah viral pada tahun 1993 dahulu. Tapi tulah kena banned la pulok! Mrs. A pernah terbaca antara sebab kena banned ialah kerana ahli keluarga Mona Fandey membantah tayangan filem berkenaan, lagipun ada banyak babak yang terlalu sensitif dan tidak sesuai untuk ditayangkan kepada rakyat Malaysia.

Tapi itu 12 tahun yang lalu sekarang filem Dukun telah pun diluluskan tayangannya. Ha siapa nak tengok tu sila la ke pawagam berhampiran anda. Supportlah sikit filem melayu kesian pelakon dan penggiat seni tempatan fenat mereka berkerja siang malam tapi tulah ada pula lanun-lanun haram jadah yang merompak hasil karya mereka. Oppsss tetiba lak Mrs. A emosional gitew....

Okay back on track last 2 week Mrs. A sekeluarga berkesempatan menonton filem Dukun kat TGV KLCC amvoiii! jauh tau we all nak tengok filem ni sampai ke KLCC. Ha tapi sebelum tu haruslah makan-makan dulukan. Tempat makan yang terpilih time tu adalah Restoren Man Tomyam.

Family days out
Lunch di Restoren Man Tom Yam, Jalan Jelebu. 
Yeah! setelah kenyang perut suka hati barulah we all gerak ke KLCC. Sesampai di KLCC terus ke TGV cos nak tengok tayangan pukul berapa yang sesuai dengan timing we all.

Dukun
Cinema 4, showtime 5.30pm
Sementara masih ada masa lebih kurang satu jam setengah lagi so we all pun ronda-rondalah KLCC dulu time ni yang shoppingya the boys sahaja. Aryssa dan ibu tak shopping pun.

"Along nak snap gambar kat sini ibu, nih kat logo Under Armour ni" katanya.
Kemudian setelah hampir showtime we all pun gerakla ke TGV. Pemandangan dalam panggung hurmm... full house. Tapi satu yang Mrs. A pelik dan hairan ada pula ibu-bapa yang bawa anak-anak kecil yang masih duduk dalam stroller dan di pangkuan bukankah itu belum cukup 13 tahun. Macam mana terlepas pun tak pasti la pulok!!!

Filem Dukun yang ada di pawagam tu mengisahkan tentang seorang bomoh perempuan yang bernama Diana Dahlan [Umie Aida]. Diana Dahlan ini adalah bomoh pengamal ilmu hitam yang diwarisi dari suku batak kalau tak silaplah, kalau salah mohon jangan saman huhuhuuu.... Beliau telah ditangkap atas tuduhan membunuh Dato' Jefri Jailani [Adlin Aman Ramli].

Karim [Faisal Hussien] adalah lawyer yang membela Diana Dahlan. Dah 23 orang lawyer Diana Dahlan reject tapi bila time Karim diminta oleh pihak polis untuk membelanya. Diana Dahlan boleh terima la pula. Tapi tulah Karim tak tahu rupa-rupanya Diana Dahlan ni dah lama tahu pasal Karim cos isteri Karim yang tiba-tiba hilang tanpa khabar berita tu pernah datang berjumpa dengan Diana Dahlan untuk berubat mendapatkan anak. Karim sambil dia menjalankan tugas membela Diana Dahlan tu dia pun terpengaruh juga dengan kata-kata Diana Dahlan yang boleh membantunya mencari anak Karim yang melarikan diri tu.

Diana Dahlan ni pula walaupun dia dalam penjara tapi masih lagi dia sempat melakukan ritual a.k.a 'menurun' aksi selayaknya seorang dukun haish! time ni real betullah lakonan Umie Aida selamba aje dia jilat dinding penjara meremang bulu roma Mrs. A tengok. Eh! panjanglah kalau nak reviews malaslah Mrs. A kwang.. kwang.. kwang.... nak tahu cerita selanjut pi la tengok sendiri ya readers...

Okaylah pendapat Mrs. A tentang filem Dukun. Layan jugaklah. Filem Dukun ini takdelah kisah seram, yang sebenarnya bak kata mereka yang arif tentang filem ianya lebih kepada kisah yang artistik. Ceritanya kena menghayati betul-betul kalau tak memang tak faham. Macam anak-anak Mrs. A mereka memang tak faham dan banyak tanya kat Mrs. A adoiii.... mana yang Mrs. A boleh jawab okaylah tapi ada juga yang Mrs. A sendiri pun tak faham contoh macam apa kaitan Hasnul Rahmat dengan Diana Dahlan  acaner tu siapa nak jawab muahahhaaaa.....

Walaupun banyak cakap-cakap negatif tentang filem Dukun ini tapi bagi Mrs. A kalau kita tengok dari sudut positif ianya boleh dijadikan pengajaran kalau bawa anak-anak kenalah terangkan pada mereka jangan jadi dan buat macam tu cos semua itu amalan syirik dan khurafat. Kita sebagai orang islam kena meminta dan berdoa hanya pada Allah yang satu dan bukanya pada manusia, pada pedang, pada pokok dan lain-lain.

Mrs. A bagi tiga bintang daripada lima bintang okay itu sahaja kisah Family Days Out : Tengok Filem Dukun.

17 ulasan:

  1. wahh layan DUKUN dah ye, kak ana tak ada keberanian lagi nak menonton filem2 seram ni MRS A, penakut Ya amat hihi :)

    BalasPadam
  2. jauhnya tgk wayangggg awat x ajak saya sekali? ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe... next time kita roger-roger ya

      Padam
  3. tak berkesempatan nak tgk, tp ramai review tak seperti yang diharapkan. so kita tunggu kat astro jela nnt. hehehehe

    BalasPadam
  4. Kami di Kota Bharu terpaksa lar tunggu DVD huhuhuhu.. tidak berkesempatan... hikhikhik

    BalasPadam
  5. Wah filem dukun. Teringin juga nak tengok tapi sekarang ni pula sedang preggy. Takut juga nak pergi tengok huhu
    www.iburayyan.com

    BalasPadam
  6. Wow bestnye...singgah Mrs.A sini..dri blog http://sherlyanna97.blogspot.com

    BalasPadam
  7. busyra dh tngok filem ni.. kalau tngok sorang2 seram jgk.. haha

    BalasPadam
  8. Nak tengok tapi ada si kecik 2 orang tak lepas masuk panggung..erm..

    BalasPadam
  9. Oo tak seram sangat ye Mrs A. Tengok trailer macam seram je. Kita yang kena set positif. InsyaAllah positif lah yg kita nampak kan.

    BalasPadam
  10. budak2 bawah umur nk tgk PG13 tu kene ade ibu bapa, katanye 'parents guidance'., gituu

    BalasPadam
  11. Aida pon ada entri pasal citer ni.
    Yes. Kita tgk from the positive side, kan.
    Jgn syirik. Tu la kunci runtuh nya institusi keluarga.

    BalasPadam
  12. wah...dia dah tengok..kita tak tgk lagi ni

    BalasPadam
  13. Teringin nak tengok cite ni tapi seorang manusia dlm rumah ni tak mau tengok MA! Sakit hati kan huhu...
    Takkan nak masuk panggung sorang sorang kot... kang adik tiket wayang tu ckp buang tebiat ke makcik ni hihi....

    BalasPadam
  14. Syoknya jalan2 dengan family ramai-ramai, Dah lama tak rasa mcm ni T_T.

    BalasPadam
  15. Seronoknya jenjalan spend time.. Sha tak berani tengok Dukun..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©