June 2014 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: June 2014
Wordless Wednesday #4

Wordless Wednesday #4

Wordless Wednesday #4

Wow! menang RM60k tu....

Pameran Motor & Kereta

Pameran Motor & Kereta

Jumaat lepas aku sempat gi jenjalan kat area ofis aku nih! tengok big bikes. Bukan setakat motor aje kereta pun ade juger... tapi yang aku tengok motor aje coz my friends tak nak gi tengok keta tu... lagipun we all sesambil jer...Time ni pun belum ready sepenuhnya lagi.

Pameran Motor & Kereta ni anjuran bersama Chevrolet. Berlangsung pada 210614 hingga 220614 iaitu Sabtu & Ahad lepas. Tempatnya di kawasan lapang belakang DS2 Mall kompleks PKNNS Seremban 2.

Peace yo!


Walaupun aku berbaju kurung moden sempat gak aku bergambar kat Harley Davidson ni... RM122,000 mengalahkan harga keta local kekdahnya.


Selain Harley Davidson, Aprillia pun ada dan juga vespa classic.


Ada jugak jualan T-shirt dan barangan-barangan jenama big bikes ni macam Harley Davidson & Aprillia tu yang sempat aku singgah.

Unfortunately timingnya salah da... we all belum pay day lagiks!!...
Pihak penganjur patutnya alert pasal nih! If not we all nak gak tangkap seketul dua.


Hari Terbuka Loji Rawatan Air Sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2014

Hari Terbuka Loji Rawatan Air Sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2014

Bersempena dengan sambutan hari air sedunia kebiasaanya syarikat tempat aku kerja akan mengadakan sambutan dengan menganjurkan hari terbuka loji rawatan air (LRA). LRA terpilih itu ialah LRA Sawah Raja, di daerah Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Rembau most wanted kekdahnya.

Untuk rekod Hari Air Sedunia ialah pada 22 Mac setiap tahun. Tema hari air sedunia yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi tahun 2014 adalah "Water and Energy" ("Air dan Tenaga"). Di  peringkat kebangsaan Hari Air Sedunia dah lepas dah iaitu pada 25 Mac 2014, kat Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya anjuran NRE bersama KeTTHA dan SKUM. (nak tau apa shortforms tu pi google sendiri ek!). 

Sempena hari air sedunia syarikat-syarikat yang berkaitan dengan air adalah diminta oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara untuk menganjurkan program-program berkaitan air dengan penekanan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara dan memulihara sumber air yang menjadi elemen penting di dalam kehidupan seharian. 

Oklah esok 20 Jun 2014 moh! ler... kita beramai-ramai ke LRA terbuka Sawah Raja kat Rembau nun ha! Aturcaranya:

9:00 pagi      Pendaftaran Sekolah

                    Lawatan ke Pameran SAINS

                    Lawatan ke LRA

11:30 pagi    Bacaan Doa

                    Ucapan Perasmian oleh Pengurus Besar SAINS

                    Penyampaian Cenderahati kepada Pihak Sekolah/ Kolej

12:00 tgh.     Jamuan

12:30 tgh.     Majlis bersurai


Walaupun kat aturcara hanya ada pendaftaran sekolah tetapi orang ramai juga adalah dijemput hadir tak perlu daftar-daftar. Datang jer...kalau nak datang.

Sambutan hari terbuka LRA SAINS pada tahun lepas sangat menggalakkan. Banyak sekolah-sekolah dari jauh dan dekat yang datang. Penuh kawasan loji dengan bas-bas sekolah. Penduduk-penduduk kampung pun ramai datang.

Harap-harap sambutan tahun ini pun meriahlah juga. Sesiapa yang datang bolehler...melawat gerai-gerai yang ada. Bukan setakat gerai pameran aje ada jugak gerai jualan, gerai makanan dan juga gerai pakaian daripada pengusaha kawasan sekitar yang berdekatan.


Wordless Wednesday #3

Wordless Wednesday #3

Wordless Wednesday #3


Armada, P.J.

Audit

Audit

Pada 11 hingga 13 Jun tempat aku kerja ni ada menjalankan audit. Bukan audit ISO, bukan internal audit, bukan audited akaun, hahhhahaaaa bila audit jer...sure orang yang yang kena audit tu rasa annoying jer... yang mengaudit takde benda la...kan...ngeh!ngeh!ngeh! Tapi audit yang aku buat ni audit 5S ajer...

Tempat kerja aku ni ada banyak daerah so penyelaras audit telah menetapkan kumpulan-kumpulan dan tempat-tempat yang kena pergi macam chart kat bawah ni.


Walaupun 3 hari diperuntukkan untuk auditor gi audit tetapi pepandai kumpulan tuler...nak adjust macamana cover 2 hari ke sehari ke 3 hari ke terpulang. Janji laporan tip-top. Macam kumpulan aku 2 hari jer...dah boleh cover. 11 Jun tu kumpulan aku pergi LPAM dan Loji Air Pantai. 12 Jun pulak aku cover LRA Ngoi-Ngoi. Kat LRA Ngoi-ngoi ni tempat yang aku kena audit ialah bangunan pejabat dan bangunan stor. 

Sebelum pergi ke tempat-tempat yang perlu di audit tu. Auditor kena contact dulu person in charge (PIC) kat tempat tu. As for my group kat LPAM dan Loji Air Pantai orang yang akan menunggu we all adalah Pn Ayu dan kat LRA Ngoi-Ngoi pulak En Shahrul dan juga En Omar.

Oleh kerana syarikat telah berjaya mendapatkan Sijil 5S daripada NPC maka untuk maintain status tu audit adalah perlu. Audit ini adalah kali ke 2 sebelum ni penyelaras dah pernah adakan audit tapi yang pertama tu aku tak terbabit. 

Pada permulaan syarikat untuk mendapatkan sijil dahulu memang aku adalah salah seorang auditor, ni citer 2 tahun lepas kot. Tapi letih oooo jadi auditor ni mana nak gi audit dan buat repotnya. Dah tu dengan kerja hakiki sendiri lagi huh! lotih. Aku pun bagitau penyelaras tak nak jadi auditor dah. Tapi entah macamana bolehkan aku dilantik semula. Terpaksalah aku layan ajer... lagipun bos dah note pls comply. Hurmm..dah pun nama bekerja dengan syarikat kenalah ikut arahankan. Kalau nak buat sesuka hati bukalah syarikat sendiri.

Tetapi tulah ada jugak insan-insan yang tak faham. Kenapa mesti dalam kumpulan tu seorang lelaki seorang perempuan kenapa tak perempuan dengan perempuan kenapa mesti berdua kenapa tidak bertiga. Kenapa share kereta kenapa tak pergi sendiri-sendiri. Kereta dinasihatkan share untuk penjimatan kerana mileage claim ada syarat-syarat yang wajib dipatuhi. Adoiyai!!! penyelaras dah tetapkan macam tu habih camno?

Actually ada banyak gambar-gambar tetapi kat dalam tab partner aku. Unfortunately aku tak sempat nak download kat pc. Walaupun aku ni kaki amik gambar tapi oleh kerana aku tukang mark point kat dalam form kriteria audit tu maka kekdahnya memang ko tak sempat la nak snap dari kamera ko sendiri. Apa ko hengat! ko pergi nak berselfie ko gi buat audit ya...

Hari pertama di LPAM dan Loji Air Pantai.


Ini di Loji Air Pantai sempat la snap seketul dua dari kamera sendiri. Hari pertama di tempat kedua audit sebelum tu aku pergi ke LPAM dulu.


Construction in progress. Currently bangunan lama nak bagi mark pun tak tau camne. Sodih!


Kawasan ni jauh ke dalam hutan dan di atas bukit. Suasana damai dan sejuk walaupun time tu cuaca panas.

Hari kedua. Di LRA Ngoi-Ngoi.


Of coz safety first. "If you think safety is expensive, try having an accident".

Ini pun tempat kedua aku audit iaitu bangunan stor memula we all gi bangunan ofis dulu. Oleh kerana LRA Ngoi-Ngoi ni memang bangunan baru so memang semuanyer cecantik jer... cuma they all harus maintain dan buat sedikit penambahbaikan.


Stor kemas dan teratur.


Geram jer... aku tengok Ajak tu banyak tul stok rasa macam nak amik satu. Thats my partner & PIC.


PIC. Kontraktor kena ikut cakap kita yer...bukan kita ikut cakap kontraktor antara kata-kata yang masih aku ingat.

Done for this time. 
Dulu Koko sekarang Tommi

Dulu Koko sekarang Tommi

Dulu Koko sekarang Tommi

Tidak berapa lama dulu emak aku ada seekor kucing yang bernama Belang. Belang ni kucing betina yang tak tau asal dari mana. Belang tetiba jer...muncul dan terus buat rumah mak aku tu macam rumah sendiri. Kebetulan pula kat rumah mak aku ni ada tikus si Belang ni pulak pandai tangkap tikus itu yang mak aku suka dan bela dia.

Tak lama kemudian Belang peknan tetapi anak-anak dia mati. Tak berapa lama kemudian Belang peknan lagi kali ni anak dia 3 ekor. Kebetulan sangat masa dia lahirkan baby dia tu time my kids tinggal kat kampung coz school holidays. So my kids pun cop sorang sekor dan bagi nama ikut suka memasing. Bila sekolah buka tinggallah anak-anak kucing they all. Seminggu selepas tu we all balik kampung semula purposely nak tengok perkembangan anak-anak kucing tu. 

Bila dah sampai kampung barulah emak aku cerita yang 2 ekor anak kucing dah mati dikerjakan atau dalam erti kata lain dibunuh oleh kucing jantan besar. Sedih jer my kids macam tak percaya terus jer...cari anak kucing yang dah tinggal sekor. Yang mati adalah kucing Aryssa dan kucing Along tinggallah kucing adik tapi mak aku yang bagi nama dia Koko. Time tu Koko kecik sangat umur dia dalam 2 minggu kot we all sempat main-main dengan dia time tu cuti  Saturday & Sunday. Selepas tu Koko alang aku amik bawak balik rumah dia kat KL.

Setelah hampir 5 bulan tak sangka we all dapat jumpa Koko semula. Tetapi nama dia bukanlah Koko lagi. Iyalah dia pun dah bertukar tuan dan duduk KLkan so nama dia sekarang adalah Tommi.

Alang & family bercuti lama kat kampung tu yang they all bawa Tommi sekali.

dulu-koko-sekarang-tommi
Tommi sedang nyenyak tidur, kemain lagi tidur atas katil tu.
dulu-koko-sekarang-tommi
Ala...baju purple ni aku tengah ngantok nak tidur laa...sibuk la pulak nak bergambar.

GiveAway Tunai RM500 By SyuhadaBaharudin.com

GiveAway Tunai RM500 By SyuhadaBaharudin.com

GiveAway Tunai RM500 By SyuhadaBaharudin.com


giveaway-tunai-rm500-by-syuhadabaharudin.com 

Sedang aku blogwalking ke Blog Paly aku terbaca entri dia berkenaan Giveaway ni. Aku pun laju jer...nak joint sama. Kebetulan pula time lunch tadi office mate aku bercerita pasal sorang kakak kat office tempat we all kerja ni baru menang lucky draw dari Jakel. Senyap takde cerita apa-apa tetiba dapat lucky draw ermmm.. so lucky.

Tahniah juger buat owner syuhadabaharudin.com sempena annivesary beliau yang ke 8 tahun. Semoga bahagia selalu disamping suami dan keluarga yang disayangi.

Terima kasih juger kerana...... macam faham-faham jer... Mrs. A memang takde twitter dan IG tapi........

8. Bagi yang tiada Twitter atau Instagram pun boleh join ye.

Maka dengan itu melayakkan Mrs. A untuk joint.


Wedding neighbour sekampung

Wedding neighbour sekampung

Saturday 31st May 2014, we all balik kampung tujuan utama nak gi wedding neighbour sebelah hadapan rumah mak aku. Meriah sesangat coz anak bongsu ketua kampunglah katakan. Awal aku gerak dari rumah takut nanti dah ramai yang datang parking pun silap-silap penuh halaman. On the way tu aku suruh Along call kampung bagitau we all dah gerak, yang jawab call bukan emak aku tapi kakak ipar rupanya Alang & family dah sampai sejak malam tadi lagi. Excited habis my kids bila tahu cousins they all ada. 

Sejam lepas tu Angah & family pulak sampai cuma abang sulung aku Along jer..yang tak sampai-sampai. Maybe tak baliklah kot coz annoying katanya bila orang asyik tanya bila nak kahwin. ngeh!ngeh!ngeh! sabar yolah...

Ni ler...pengantinnya
Mr. & Mrs Tuan Rumah bz sambut tetamu datang dan pergi
Kebiasaannya di kampung aku dan masih diamalkan lagi majlis kenduri kahwin dibuat secara bergotong-royong sesama penduduk. Contoh time ni dari hari Jumaat lagi orang-orang kampung dah datang menolong apa yang patut pasang khemah ke, sediakan tungku untuk memasak, tuan rumah sembelih 2 ekor lembu. Jumaat petang majlis akad nikah diadakan sebelah malam majlis berinai. Emak aku adalah antara orang-orang yang sibuk menolong, Alang aku pun sama orang pakai baju cantik, dia pakai baju pagoda jer...orang penanggahlah katakan.

Alang t-shirt putih dengan kawan dia (speky) yang dah lama tak bersua (huk alo...yg baju pink kat belakang tu, mulut ternganga???)
 


My niece & Angah

Along & the gang, time ni aku pesan Along nanti jadi jurukamera ibu tau. None ado! bila dia balik tak datang-datang dah! puas call suruh datang tak datang jugak.
Selepas we all habis menjamu selera, 

we all lelepak kat khemah DJ yelah bagi space 

untuk tetamu lain menjamu selera sambil tunggu pengantin lelaki sampai.

Aryssa nak nyanyi tapi takut lah pulak....eksyen jer...lebih

 

Yang nyanyi my SIL, dia memang biasa nyanyi pun we all memang dah faham sangat. Asalkan ada karaoke dia akan menyanyi, kiranya ada aku kisah.

Lagu Selamat Pengantin Baru (Allahyarhamah Saloma punya)
Along tolong!!! amik gambar ibu dengan nenek kata aku
Seronok bila ada majlis-majlis macam ni dapat tengok orang-orang kampung dan jumpa member-member sekampung yang dah lama tak jumpa.Terima kasih juga pada tuan rumah dengan makanan yang meriah dan juga bekalan yang diberikan.
It's my Birthday!

It's my Birthday!

 Naper la...kek ni takde nama aku pun. Huh! macam tak ikhlas jer... [dalam hati aku time ni]

Friday 30th May 2014, adalah birthday aku. Pepagi lagi Aryssa dah wish aku, tengah aku sesiap nak masuk bilik air dia datang dan peluk sambil wish happy birthday ibu... Sha sayang ibu. Thank you.... aku kata, Ibu pun sayang Sha. Touching sangat sambil masuk bilik air tu sambil kesat air mata.

Along, adik dan babahnya takde wish lagi huhuuuuhuuu...Nothing special bukan cara aku sangat pun beria nak sambut birthday ni.. nak ambik cuti bagai, sentap gegiler bila hubby tak wish thats not me. Hurmm...maybe aku ni bukan kategori romantik kot. yeker???? ada sikit kot. Aku gi kerja as usual cuma today aku pakai casual jer..coz nak buat 5S. Aku dah blogkan pun pasal 5S ni minggu lepas.

Pemanduan aku pagi ni pelik sikit, nak tau kenapa? Side mirror sebelah kanan takde dah hancur pecah berderai dilanggar drunken motorist time hubby aku hantar kids gi tuisyen Friday night tu. Mujur jugak bukan aku yang hantar time tu if not sure kena bebel dengan Mr. hubby.

Time balik kerja barulah we all gi pasang side mirror. My hubby dah get ready dengan side mirrornya  mana dia dapat aku tak pasti so gi kedai kawan dia then pasang jer... tapi......color tak sama. Hurmmm... tinge sebelah lain, sebelah lain la pulak. Takpe lain kali kita cat. Aku ingatkan nak balik sesama tak jugak balik asing-asing. Aku kena gi amik my kids dulu then terus balik rumah.

Prepare untuk makan malam tetiba adik dapat call katanya babah ada beli kek untuk ibu. Nanti kita potong. Hehheeee...ada jugak kek untuk aku ingatkan takde. Jadilah sama macam masa birthday dia jugak gayanya.

Malula hai! kena tiup-tiup lilin bagai. tapi aku layan jer...my kids yang minta (ada jer...si adik yang suka wat funny face tu)
 


Syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk meraikan birthday aku bersama keluarga kecil ini. Walaupun tak se gah mana aku tetap bersyukur dan terima kasih juga to Mr. Hubby untuk kek velvet yang sedap ni walaupun takde nama aku langsung. Huh! kenapa lelaki suka ambil remeh benda-benda cengitu?



MRS.A my blog my stori ©