August 2018 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: August 2018
Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow

Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow

Merdeka! merdeka! merdeka! eh! tetiba hahahaha.... dah lama takde up-date selepas lama bercuti campurlah cuti sakit sekali so today Mrs. A nak join Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow. GA ini syarat-syaratnya mudah dan simple aje tak caya cer klik banner di bawah untuk ke blog penganjur.

KLIK
KLIK

Tarikh tutup : 31 Ogos 2018/ 11.59 p.m

Jom readers sama-sama kita support rakan blogger sambil menghayati erti merdeka. Sesiapa yang bertuah akan dapat barangan Lexee.
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1439 H

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1439 H

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1439 H

Selamat hari raya Aidil Adha a.k.a hari raya Korban buat readers My Blog My Stori, tak lupa juga rakan-rakan blogger sekalian. Kepada yang melakukan ibadah korban alhamdulillah semoga ibadah korban kalian diterima hendakNYA.

Selamat bercuti juga Mrs. A ucapkan kepada mereka yang ambil peluang sambung cecuti tu. Kalau drive pulang ke kampung atau pergi bercuti ke mana-mana tu berhati-hati di jalan raya ingatlah orang-orang yang tersayang. #pesananuntukdirisendirijuga Mrs. A memang ambil cuti extra 2 hari iaitu Thursday & Friday cos ikut planning side Mr. A nak pergi wedding invitation konvoi konon-kononnya. Haraplah dipermudahkan. Kalau ikutkan Mrs. A tak plan pun nak amik cuti extra tapi ini last minutes punya plan. Amik jugalah dan mujurlah boss dah approve.

Kebiasaanya hari raya Aidil Adha Mrs. A pergi beraya rumah mak dan parents in-laws je tak lupa juga ziarah kubur. Kalau ada buat korban ataupun join korban barulah join sekaki itupun jarang yang pompuan pergi biasanya Mr. A aje yang turut serta part nak menolong sembelih-sembelih tu.

Dikesempatan ini juga Mrs. A nak minta maaf di atas segala salah dan silap dari segala segilah iaitu samada tutur kata yang menyinggung perasaan mahupun penulisan yang membuatkan readers mahupun rakan blogger berkecil hati.
Ramainya umat manusia di padang Arafah.
Macam manalah di padang Mahsyar nanti pasti lebih ramaikan?
Melihat lautan manusia di padang Arafah tu [dapat dari grup WA] terfikir-fikir juga di Padang Mahsyar nanti tak mampu rasanya Mrs. A nak mencari orang yang perlu untuk Mrs. A minta maaf. Jadinya Mrs. A sekali lagi mohon maaf zahir dan batin DAN sesungguhnya tak perlu cari Mrs. A cos dengan ikhlasnya Mrs. A dah maafkan semua orang. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1439 H a.k.a hari raya Haji a.k.a. hari raya Korban. "berkorban apa saja harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia". eh! ternyanyi pulak!
Selamat Pengantin Baru, Nazri #cousin

Selamat Pengantin Baru, Nazri #cousin

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baru, Nazri #cousin

Selamat pengantin baru, Nazri iaitu cousin Mrs. A sebelah arwah Abah. Dalam erti kata lain Abah dia adalah bapa sedara Mrs. A a.k.a Pak Busu iaitu adik kepada arwah Abah. Actually Saturday petang tu Mrs. A dah datang dah ialah kan sedara rapat tu patutlah ko datang jenguk apa yang patut ditolong walaupun tak banyak yang Mrs. A tolong sekadar tolong menyibuk jer... jadilah kira wakil buat emak yang nun jauh di kampung.

Al-kisahnya Saturday pagi tu pihak lelaki bertandang ke rumah perempuan di Port Dickson to be exact di Lukut. Rombongan lelaki pun tak ramai sangat mengikut kata abang ipar Nazri. Dah Pak Busu tak sound siapa nak follow camne nak join. Hurm... maybe side perempuan tak mau ramai-ramai kot.

Pada hari langsungnya iaitu semalam (Sunday 19082018) haruslah rombongan Mak Limah sampai gitewww...

Dia ibuku hehehhe
Sementara menunggu pengantin sampai selfie-selpot la dulu
Yang berdiri tu muka dipaksa bergambar hahahaaa...
Yang lelaki tu ler... Nazri pengantin pompuan tak tahu nama tak sempat nak membawang 
Last check point sebelum pulang sempat bergambar bersama parents pengantin dan Along dia
Nampak macam Mrs. A sekeluarga aje kat wedding tu kan ngeh! ngeh! ngeh! actually ramai aje sedara-mara, sepupu-sepapat yang lain tapi macam takde mood nak bergambar cos cuaca panas sangat. Semua pun nak duduk tempat redup jer...ha gitewww... Mak Busu Mrs. A tu orang Sabah ba... itu pasallah si Along tu begitu gayanya katanya nak hidupkan tradisi bajau laut sebelah ibunya itu.

Hurmmm.. rare tak souvenir ni? Unikkan cos hasil benang kait sendiri.

Dalam tu isinya cookies dewasa aje dapat. Kanak-kanak dapat gula-gula tu
Buat Nazri dan pasangan selamat pengantin baru Mrs. A ucapkan semoga kekal berbahagia hingga ke Jannah tabahlah dalam menghadapi suka duka alam berumahtangga.
#SBAM2018 - Day 1

#SBAM2018 - Day 1

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

#SBAM2018 - Day 1

Okay meh! sini Mrs. A sambung lagi citer Sukan Bekalan Air Se-Malaysia a.k.a SBAM2018 di Johor yang dah hampir dua minggu berlalu itu. Teaser baca [SINI] Sedang yang dalam bas Mrs.A seronok-seronok otw tu dapat pula khabar dari satu van yang bawa team ping-pong tersadai tak boleh nak teruskan perjalanan gara-gara air-cond van bermasalah. Kesian... kat team fing-fong itu, mujur team netball tak naik van itu tadi. Solutionnya mereka terpaksa tunggu van ganti sampai barulah boleh meneruskan perjalanan.

Lain-lain kenderaan alhamdulillah perjalanan smooth and steady. Setelah kurang lebih satu jam perjalanan bas berhenti di R&R Pagoh untuk breakfast dan buatlah apa yang patut ngeh! ngeh! ngeh!

Haruslah team netball bergambar kat R&R Pagoh itu cumanya tulah signboard tu tak nampak la pulok!!
Kemudian bas pun meneruskan perjalanan ke Johor to be exact tempat yang we all tuju adalah Educity Sports Complex, Nusajaya untuk acara perasmian SBAM2018. Kontinjen-kontinjen dari serata negeri mestilah register selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengahari. Alhamdulillah kontinjen SAINS sampai dalam waktu yang just nice. Sewaktu we all sampai pun dah ada beberapa kontinjen dari negeri lain yang sampai. Ialah dari apa yang Mrs. A dengar ada negeri yang jauh-jauh tu macam Sarawak dan Selangor mereka dah tiba awal iaitu sehari sebelum hari kejadian.

Pentas utama dalam Indoor Arena
Dalam jadual majlis perasmian akan bermula lebih kurang pukul 3.00 petang iaitu selepas solat Jumaat. Walaupun pada awalnya diwar-warkan ianya akan dirasmikan oleh Menteri Besar Johor tetapi pada hari kejadian MBJ tidak dapat hadir dan beliau telah mewakilkan YB Jimmy Puah Wee Tse (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan & Utiliti) untuk menyempurnakan majlis pembukaan dan perasmian SBAM 2018.

Sementara menunggu pukul 3.00 tu we all yang perempuan ni kebanyakkannya ada jer... kat perkarangan Indoor Arena tu. Lunch untuk tengahari tu telah disediakan oleh SAJRanhill siap-siap. Kebanyakkan kontinjen pun makan kat situ jer... Nak solat zohor pun selesa ada surau disediakan cantik dan bersih. telekung pun tersedia dalam 5 ke 6 helai baru-baru lagi.

Okay jom layan gambar sewaktu acara pembukaan dan perasmian. Mula-mula adalah acara perarakan masuk kontinjen-kontinjen. Yang berarak tu bukan semua pun hanya yang dipilih oleh syarikat masing-masing sahaja maksima dalam 36 orang termasuk Pembawa Pelekat, Pembawa Bendera dan Ketua Kontinjen.

Kontinjen tuan rumah
Inilah kontinjen we all. 
Pembawa Pelekat tu diwajibkan memakai pakaian tradisional negeri masing-masing
Tu dia pemenang acara perbarisan iaitu kontinjen daripada negeri di bawah bayu Sabah ba
Kesemua kontinjen yang turut serta pada SBAM 2018 adalah sebanyak 15 negeri termasuk SPAN dan KATS
Ada juga persembahan tarian zapin selain dari nyanyian
Setelah selesai berucap YB Jimmy Puah turun untuk memberi souvenir kepada setiap wakil kontinjen
Fuh! serius meriah terasa macam sukan olimpik uols, grand dan gilang-gemilang betul acara majlis pembukaan dan perasmian SBAM 2018 ini, sangat berbeza dengan yang sebelum-sebelum ini. 'Thumbs up' buat SAJRanhill sebagai tuan rumah kali ini we all sangat kagum dan terhibur. Kalau tak percaya boleh tengok video kat IG Mrs. A tau dan mohon follow sekali @my.maziah Ooopsss... sempat iklan la pulok! muahahhhaaaa....

Setelah habis acara pembukaan dan perasmian tersebut maka kontinjen-kontinjen pun teruja pula nak ke tempat penginapan masing-masing as for kontinjen SAINS we all gerak ke Pulai Springs Resort lebih kurang setengah jam perjalanan daripada Educity Sports Complex.

Selamat datang ke Pulai Spring Resort sayalah #dragon penjaga sini hahahaha... dragon ini ada di ruang lobby ramai betul peminat yang nak bergambar dengan dia
Views dari room 502 room Mrs. A lettew.. 
dan tiga orang lagi room mates
satu room deluxe
dan satu room lagi king size bed Mrs. A pilih yang ni
3 in 1 pun ada tersedia setiap hari depa top up
Alhamdulillah leganya dapat berehat lepas tu walaupun malam tu ada kenderaan disediakan kepada mereka yang nak keluar dinner atau beli keperluan apa yang patut tapi we all tak keluar pun letih dah seharian diluar lagipun kena tidur awallah esok nak games.

Okay tamat kisah #SBAM2018 - Day 1 nanti Mrs. A sambung lagi ya.. In Sha Allah minta-mintalah Mrs. A rajin nak menulis.

Wordless Wednesday #116 - Birthday Treat

Wordless Wednesday #116 - Birthday Treat

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #116 - Birthday Treat

Birthday treats by the Boss. Actually ini sebahagian aje iaitu mereka yang birthdaynya jatuh pada bulan Mei hingga Ogos. Tempat terpilih kali ini adalah di Row Six, Aeon Seremban 2.

Bergambar bersama sebelum food sampai. Cer teka mana satu bos?
Bos dah order dulu cake SR flavor coklat indulgence
Mrs. A order ni - Noodle Rice
dan air pula Lychee Brunch
Dapat tugasan potong kek daaa.....
Walaupun terdapat sedikit kontroversi dalam menjayakan birthday treat ini tapi akhirnya berjaya juga di atasi. 'Pelik itu' anggaplah kelemahan dia. #thinkpositive

Wordless Wednesday #116 - Birthday Treat alhamdulillah thank you boss.

Jawapan kepada soalan tu adalah yang duduk ditengah-tengah lerr....
FAMILY DAYS OUT : TENGOK MISSION IMPOSSIBLE - FALLOUT

FAMILY DAYS OUT : TENGOK MISSION IMPOSSIBLE - FALLOUT

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

FAMILY DAYS OUT : TENGOK MISSION IMPOSSIBLE - FALLOUT

Last Saturday tercapai akhirnya hasrat hati Adik nak outing tengok wayang dan makan-makan a.k.a family days out. Actually minggu sebelum itu pun dia dah ajak Babah outing dah lama tak outing  sesama katanya, unfortunately time tu Babah dia ada hal lain. Alhamdulillah akhirnya plan Adik tercapai juga.

Saturday petang lepas Zohor barulah we all gerak Mrs. A ingatkan area Seremban aje tapi tak jugak gi KLCC ha as requested by Adik. Hurm... ntah apa yang best kat KLCC ini pun Mrs. A tak tahu.

Si kembar KLCC snap dari dalam kereta
Walaupun ada lain-lain movie yang dicadangkan nak tengok pada petang tu tapi yang terpilih adalah Mission Impossible Fallout. Pilihan Aryssa dan Adik. So tak dapatlah Along dan Mrs. A nak tengok Skycrapper cos Babah pun pilih nak tengok Mission Impossible juga. As usual sesampai aje haruslah pi ke TGV dulu nak tahu show pukul berapa nanti senang nak adjust. Survey punya survey we all pilih show pukul 5.25 petang terus aje beli tiket siap-siap. First time beli kat mesin, selalu beli kat kaunter manusia yang jual ngeh! ngeh! ngeh!

Cenggini rupa tiketnya
Huwaaaaaa.... lama uols citer Mission Impossible Fallout nih! almost 3 hours tau. Citer dia biasalah kisah hero nak selamatkan dunia muahahhaaaa... ooopssss! mengisahkan mission Ethan Hunt (Tom Cruise) yang menerima tugas untuk ambil 3 ketul plutonium sebelum terrorist yang dikenali sebagai the Apostles menjualnya kepada fundamentalis yang bernama John Lark. All the way dia nak ambil plutonium tu macam-macamlah kejadian yang berlaku. Kalau nak baca review penuh mohon google ya cos Mrs. A memang sejenis malas nak buat movie review muahahahaaa.....

Pendapat Mrs. A kepada sesiapa yang memang die hard fan Tom Cruise bolehlah kot layanz... ataupun kepada mereka yang memang suka giler dengan action movie all the way from start to the end hah! memang sessuai pi tengok citer ni rugi kalau tak tengok scene dia terjun bangunan sampai patah kaki, scene dia bawa sendiri helikopter dan scene dia naik bike terlanggar kereta tu memang real dan ngeri tengok. Tapi bagi Mrs. A sedikit bosanlah cos i like love story more than action movie. #tolongjangankecam

Ha! sebelum sampai waktu movie tu semestinyalah pi makan dulu. Cari-cari tempat makan kat KLCC ni banyak yang full house konon nak pi Chillis tapi tulah queue punyalah. So bila nampak je SR ada tempat kosong terus we all pi makan kat SR jer... lagipun tak sesak sangat so agak selesa.

Kenyang perut suka hati
Antara menu yang sempat di snap. Babah dengan Along punya tak sempat huhuhu...
Okay itu aje citernya. Alhamdulillah syukur dapat juga FAMILY DAYS OUT : TENGOK MISSION IMPOSSIBLE - FALLOUT

KELEBIHAN 10 AWAL ZULHIJJAH

KELEBIHAN 10 AWAL ZULHIJJAH

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

KELEBIHAN 10 AWAL ZULHIJJAH

Zulhijjah

Selamat beramal dear readers.
#SBAM2018

#SBAM2018

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

#SBAM2018  'SUKAN BEKALAN AIR SE-MALAYSIA'


Sudah sembilan hari rupanya kita telah pun berada di bulan Ogos nampak gayanya inilah post pertama Mrs. A di bulan kemerdekaan ini. Adeh! kemahen... busy ko Mrs. A sampai blog pun dah bersawang. Mana readers yang selalu singgah di my blog my stori tu mungkin tahulah yang Mrs. A ni berada di luar kawasan dari 3 hingga 6 Ogos hari tu. Al-maklumlah pi bersukan katanya. Pastu bila dah balik tu bercuti pulak sehari pastu busy pulak nak menyiapkan kerja office yang tertangguh haish! alasan kukuh tu untuk tidak mengh up-date blog huhuhuhu....

Actually banyak nak citer kisah Sukan Bekalan Air Se-Malaysia a.k.a SBAM yang telah pun  berlangsung di Johor dengan meriah dan gilang-gemilangnya tapi nanti-nantilah ya mood masih kelaut dalam lagi. Mrs. A bagi teaser jer dulu.

Pagi-pagi Jumaat 3 Ogos tu seawal jam 7.30 pagi semua yang terlibat perlu menghadirkan diri dihadapan banggunan office untuk pelepasan. Gigih tau Mrs. A pagi-pagi tu ikut Mr. A pi hantar Adik ke sekolah dulu cos nak pastikan sampai awal hahahaha....

sukan bekalan air semalaysia
Kontinjen SAINS get ready nak bergambar beramai-ramai 
sukan bekalan air semalaysia
Ha tu dia 'head to toe' barangan sponsor. Acara wajib team netball adalah bergambar duluan ngeh! ngeh! ngeh!
sukan bekalan air semalaysia
Selfie seketul tapiiii.... kenapa seat bas tu sama dengan baju we all haish! spoil betullah
Walaupun semua yang terlibat diminta berkumpul seawal jam 7.30 pagi tapi biasalah dah namanya manusia dan seakan dah menjadi tabiat sesetengah orang tidaklah mereka itu menepati masa. Jadinya waktu berlepas pada pagi itu adalah kurang lebih pukul 8.30 pagi gitewww....

Kedua-dua buah bas berlepas dalam masa yang sama, begitu juga beberapa buah kenderaan yang lain termasuklah van-van dan kereta-kereta. Fuh! meriah dan seronok betul time tu.

Okaylah nanti Mrs. A sambung lagi citer SBAM 2018 di Johor ya.

sukan bekalan air semalaysia
Ha! dah sampai sana dapat tag cenggini

MRS.A my blog my stori ©