MRS.A my blog my stori: Berbuka MRS.A my blog my stori: Berbuka
Memaparkan catatan dengan label Berbuka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berbuka. Papar semua catatan
Wordless Wednesday - Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H

Wordless Wednesday - Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday - Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H. Ha! tu dia orang dah nak sambut raya Mrs. A masih nak up kisah menu berbuka puasa ngeh! ngeh! ngeh! sambung kisah  imbas kembali menu berbuka [SINI]

Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H.

8 Ramadhan 1444H/ 30032023

Wordless Wednesday
Dua lauk Mrs. A beli yang lain-lain Mr. A beli ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

9 Ramadhan 1444H/ 31032023.

9 Ramadhan Mrs. A berbuka di luar ada majlis berbuka puasa anjuran syarikat. Mr.A pun sama berbuka di luar for business katanya. Kekdahnya tinggallah adik berbuka seorang diri di rumah. Hidangan berbuka untuk Adik babah/ibu dah sediakan tapi tak teringat pulak nak snap gambar menu di rumah petang tu. 

Wordless Wednesday
Menu berbuka di majlis berbuka puasa SAINS bersama YAB MBNS

Wordless Wednesday
Salam 500 katanya Alhamdulillah dapat saguhati hariraya ๐Ÿ˜˜

10 Ramadhan 1444H/ 01042023.

Wordless Wednesday
10 Ramadhan menu masak sendiri gambar snap selepas berbuka
itu yang portion dah susut

11 Ramadhan 1444H/ 02042023.

Wordless Wednesday
11 Ramadhan menu as usual pilihan hati Mr.A

12 Ramadhan 1444H/ 03042023.

Wordless Wednesday
Menu beli di restoran Nelayan 

13 Ramadhan 1444H/ 04042023.

Wordless Wednesday


14 Ramadhan 1444H/ 05042023.

Wordless Wednesday
Cencaru sumbat selalu ada sebabnya favorite Mr. A ๐Ÿ˜‹
Adik dan Mrs. A okay jerrr....

15 Ramadhan 1444H/ 06042023.

Pada 15 Ramadhan Mr. A sponsor family Jiboi berbuka puasa bersama-sama di Hotel Royal Chulan. Alhamdulillah rezeki hampir semua family hadir. Untuk family Mrs. A sendiri Along dan Aryssa takde depa nun sorang di Penang dan Sorang lagi di Alor Gajah menuntut ilmu.

Wordless Wednesday
Ada macam-macam menu cuma ini aje yang Mrs. A sempat snap

Wordless Wednesday
Mr. A jemput jugak besan-besan f.i.l  Dua orang hadir dan dua orang lagi tak hadir
sorang yang tak hadir tu emak Mrs. A ler... dan sorang lagi bapa mertua Ateh sebab kurang sihat

Wordless Wednesday
Adik #antisosial

Wordless Wednesday
๐Ÿ’•

16 Ramadhan 1444H/ 07042023.

Wordless Wednesday
Menu berbuka beli di restoren Man Tomyam kecuali gulai telor itik.
Pulut mangganya sedap ๐Ÿ‘

17 Ramadhan 1444H/ 08042023.
Wordless Wednesday
Menu Mrs. A masak kecuali ayam gunting

18 Ramadhan 1444H/ 09042023.
Wordless Wednesday
Menu Mrs. A yang masak.
Kebiasaannya bila hari cuti Mrs. A akan main masak-masak ๐Ÿ˜

19 Ramadhan 1444H/ 11042023.
Wordless Wednesday
Time ni ada menu T20 muahhhahhaa gulai ikan krai masak tempoyak
 from Restoren Nelayan

20 Ramadhan 1444H/ 12042023.

Pada 20 Ramadhan Mrs. A dan beberapa orang officemate yang berkaitan sahaja dapat jemputan berbuka puasa dari syarikat MRSB. Alhamdulillah dengan izin Mr. A dan rezekiNYA dapat memenuhi undangan.

Wordless Wednesday
Mrs.A snap gambar dengan girls only ๐Ÿ˜Š

Wordless Wednesday
Perasan tak tempat ni hiks! betullah tu this is Royal Chulan Seremban.
Kali kedua Mrs. A berbuka di sini pada Ramadhan tahun ini.

21 Ramadhan 1444H/ 13042023.
Wordless Wednesday


22 Ramadhan 1444H/ 14042023.
Wordless Wednesday
Menu terlebih-lebih time ni huhuhuuu.

Disebabkan communication breakdown itulah jadinya Mrs. A membeli dah tu pulak Mr. A pun membeli. Pagi tu sebelum pergi kerja Mr. A bagitahu suruh beli lauk untuk berbuka sebabnya dia kena pergi mindef ada kerja mungkin tak sempat nak beli lauk berbuka. Bila balik petang tu Mrs. A masuk bilik tengok dia dah balik tapi sedang tidur. 

Mrs. A pulak tak cakap pun yang dah beli lauk. Selepas solat asar dia turun boleh pulak dia tak check bawah tudung saji tu dah tersedia lauk-pauk. Di perginya membeli lauk adoila... poning masing-masing. Nak bagi jiran sebelah takde rumah pulak. Sudahnya makan yolah sampai lebam.

23 Ramadhan 1444H/ 14042023.
Wordless Wednesday
Waktu berbuka terlupa snap ini gambar waktu bersahur ๐Ÿ˜„


24 Ramadhan 1444H/ 15042023.
Wordless Wednesday
Kalu setakat 2 ke 3 lauk aje tu maknanya Mrs. A yang masak ๐Ÿ™ˆ


25 Ramadhan 1444H/ 16042023.
Wordless Wednesday
Masak kari sardin dan sayur buncis. Ayam Mr. A beli

26 Ramadhan 1444H/ 17042023.
Wordless Wednesday
Murtabak cheese sedap banyak isi.
Waktu ni Aryssa dah berbuka sama-sama dah sampai dari Penang petang tu 

27 Ramadhan 1444H/ 18042023.
Wordless Wednesday
Menu berbuka 27 Ramadhan ada cempedak goreng ๐Ÿ˜˜

Okay itu sahaja kisah Imbas Kembali Menu Berbuka 8 hingga 27 Ramadhan 1444H.

Up-dated post menu 28 Ramadhan hingga 30 Ramadhan di sini aje, tak best pulak feeling ni bila tak habiskan kisah hingga ke akhirnya ngeh! ngeh! ngeh! ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

28 Ramadhan 1444H/ 19042023.
Wordless Wednesday
28 Ramadhan Along pun dah balik alhamdulillah cukup kuorom. Menu special gulai udang masak lomak cili api from Nelayan Restoren ๐Ÿ˜

29 Ramadhan 1444H/ 20042023.
Wordless Wednesday
Bunga api merdeka showtime ๐Ÿ˜œ

20 April Khamis tu Mrs. A dah mula bercuti. So pergi shopping last minutes bersama Aryssa. Tiba-tiba baca kat group WhatsApp s.i.l ajak semua adik-beradiknya berbuka di Jiboi. Mr. A pun siap reminder suruh pergi berbuka ramai-ramai di Jiboi kekdahnya Aryssa dan Mrs. A sampai ngam-ngam waktu azan berkumandang terus aje berbuka sebab dah kena sound buka dulu, buka dulu huhuuu...

30 Ramadhan 1444H/ 21042023.
Wordless Wednesday
Dah habis berbuka baru teringat nak snap gambar.
Time ni Mrs. A dah repeat makan nasi impit kuah kacang emak yang baru siap masak ๐Ÿ˜‹

21 April tu Mrs. A dah sampai kampung. Alhamdulillah pada 30 Ramadhan tu dapat berbuka bersama-sama emak di kampung. Semoga dapat bersua lagi dengan bulan Ramadhan di tahun akan datang InsyaAllah.
Berbuka Puasa Di Royal Chulan Sambil Celebrate April Birthdays: Throwback 27 Ramadhan 1443H

Berbuka Puasa Di Royal Chulan Sambil Celebrate April Birthdays: Throwback 27 Ramadhan 1443H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka Puasa Di Royal Chulan Sambil Celebrate April Birthdays:Throwback 27 Ramadhan 1443H. Alhamdulillah dengan izinNYA planning Mrs. A menjadi. Pada 22 April tu, ikut plan Mr. A dia nak celebrate birthday Aryssa dan Adik di Jiboi tapi Mrs. A kata "tak perlulah kita celebrate aje sekali nanti time birthday awak kat hotel. Lagipun time tu Along dah balik cuti raya. Saya dah bagitahu Adik dengan Sha dia orang setuju"  ngeh! ngeh! ngeh! Kekdahnya Mr. A pun setuju dengan planning Mrs. A tu.

Sehari sebelum tu iaitu Khamis 28 April 2022 Along dah balik dari IKTBN Mr. A yang jemput. Mrs. A pulak kerja so tak dapatlah join jemput Along. Hari pertama Along pulang ke sarang we all berbuka di rumah sendiri aje 4 orang. Aryssa takde... dia, semenjak bekerja dengan Maksu terus menetap di Jiboi ๐Ÿ˜

Berbuka Puasa Di Royal Chulan Sambil Celebrate April Birthdays:Throwback 27 Ramadhan 1443H.

Berbuka Puasa
Disebabkan sampai pun dah pukul 7pm so we all terus aje isi pinggan masing-masing sementara tunggu waktu berbuka ๐Ÿ˜

Berbuka puasa
Pasembur station

Berbuka puasa
Grilled station

Ada banyak lagi station foodie, buah-buahan, ice-cream, abc dan air tapi tulah dua je yang Mrs. A sempat snap takyahlah kot lagipun ini bayar sendiri punya eh! kah! kah! kah! 

Tahun sebelum ini [SINI] Mrs. A dan Aryssa makan light dulu kemudian terus solat maghrib tapi tahun ini tukar style makan je dulu pastu cepat-cepat pergi solat sebabnya Aryssa cuti time nih! ๐Ÿ˜

Berbuka Puasa Di Royal Chulan Sambil Celebrate April Birthdays:Throwback 27 Ramadhan 1443H.
Berbuka Puasa
Motherdaughter we-fie is a must ๐Ÿ˜

Berbuka puasa
Desserts station, sebenarnya nak snap tulisan tu je

Sama juga macam tahun sebelum ini dah last-last barulah masa untuk potong kek cuma kali ni dah tak surprise cause yang diraikan dah tahu memang ada kek. Along pulak yang surprise kekdahnya dia tak tahu pun we all nak celebrate April birthday ngeh! ngeh! ngeh!

Berbuka puasa
Didoakan selalu didalam rahmat kasih sayang Allah S.W.T

Berbuka puasa
Alhamdulillah tercapai hasrat ibu, Along dapat join sekali

Berbuka puasa
Kek tak habis haruslah tapau bawa balik.
Thank you kawan babah for the cake

Berbuka Puasa Di Royal Chulan Sambil Celebrate April Birthdays: Throwback 27 Ramadhan 1443H




Berbuka & Solat Tarawih Di Jiboi Lagi

Berbuka & Solat Tarawih Di Jiboi Lagi

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka & Solat Tarawih Di Jiboi Lagi. Kejadiannya adalah pada hari Nuzul Quran 17 Ramadhan (190422). Kali kedua berbuka secara potlucks di Jiboi, leadernya seperti biasa iaitu family Along (b.i.l) ๐Ÿ˜. Kalau sebelum ni Mrs. A tak join solat tarawih [SINI]. Alhamdulillah untuk yang kali ini Mrs. A join solat tarawih together-gether.

Berbuka kali ini ada tambahan family yang join iaitu family adik Kaklong dan emak kaklong tapi tulah kali ini Mrs.A datang lambat al-maklumlah hujan lebat di ketika itu. Ingatkan terpaling lambat ๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡ kekdahnya leader lagi lambat huhuhuuu...samalah tu alasannya hujan lebat ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ so keadaan agak kelam kabut sampai tak teringat langsung Mrs. A nak snap gambar cause tugas senduk nasi Mrs. A yang kena... ha gittewww... Kali ini family Mrs. A bawa ikan baung masak lemak cili api disebabkan time tu iol kerja so kita kasi #tunjukjer ngeh! ngeh! ngeh! 

Gambar juadah berbuka tiada tapi gambar sewaktu menunggu masuk azan Isyak haruslah ada ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Berbuka & Solat Tarawih Di Jiboi Lagi.

Di Jiboi
Gaya bebas ๐Ÿ˜

Di Jiboi
๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Kemudian seperti biasa solat Isyak berjemaah dan seterusnya solat sunat tarawih imam tak lain tak bukan adalah abah mertua (f.i.l) Mrs. A. Solat 13 rakaat 10 tarawih 3 witir. Selepas arwah emak mertua Mrs. A meninggal ketika berdoa f.i.l selalunya akan sedih adehhh! touching ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข 

Di Jiboi
Alhamdulillah settle. Ya Allah terimalah doa dan amal kami

Setelah selesai anak-anak sambung main bunga api dan mercun. Tak tahu siapalah yang belikan depa meriah betul main mercun dan bunga api malam tu. Ibu-ibu bapak-bapak pulak sambung moreh ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Lebih kurang pukul 11.30 malam macam tu we all masing-masing mohon undur diri berangkat pulang ke sarang masing-masing lagipun esoknya tu Mrs. A kerja daaa....






Berbuka Puasa Di Jiboi

Berbuka Puasa Di Jiboi

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka Puasa Di Jiboi. On Sunday family side Mr. A pula berkumpul berbuka sama-sama di Jiboi. Baca whatsApp di group family Jiboi. Leadernya adalah family Along katanya jom ramai-ramai berbuka di Jiboi. Menu secara potlucks dimulailah dengan menu family Along kemudian adik-beradik lain sambung menu family masing-masing. Walaupun pada mulanya Mrs. A macam berat nak join disebabkan ada kerja yang perlu diselesaikan tapi jiwa macam tak tenang pulak kerja tu biarlah dulu family comes first gittewww...

Berbuka Puasa Di Jiboi.

Berbuka Puasa
Used car, used car katanya ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Meriah betul time sebelum berbuka tu al-maklumlah boleh dikatakan semua hadir kecuali anak-anak masing-masing yang sedang menuntut ilmu. Bagi family Mrs. A si Along takde ada di IKTBN Alor Gajah. Family Along pulak Im takde ada di SDAR. S.i.l pulak sorang anak dia takde menuntut ilmu di SMAP Labu. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜ŠFamily Ateh 2 orang je hadir cause anak perempuannya tak sihat so mama dia terpaksalah temankan dia. 

Berbuka Puasa
Orang sibuk senduk nasi. Mrs. A sibuk snap gambar ๐Ÿ˜›

Subahallah Alhamdulillah banyak lauk hasil potlucks masing-masing. Family Mrs. A bawa rendang daging dengan buah tembikai jerrr... Entah macam mana s.i.l masak sambal terunglah pulak adoiila... bila masing-masing tengok menu tu bergenang air mata teringat arwah m.i.l (Al-Fatihah dibaca) cause itu adalah lauk terakhir m.i.l masak sebelum dia jatuh pengsan dan tak sedar terus ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ tapi masing-masing diam je tak bersuara. 

Tapi bila dah habis buka Along (b.i.l) cakap Along tadi bila tengok terung ni Allahuakbar terus teringat arwah mak. Sedih! betul bila diingat-ingatkan katanya. Mrs. A pun tengok muka s.i.l sambil dia tersenyum kelat cakap, orang tadi dah tak tahu nak masak apa, tu yang masak tu katanya huhuh...Habis laku keras sambal terung s.i.l tu semua pun nak makan sedap pun ya ada sikit macam cara m.i.l masak pun ya...

Selepas berbuka masing-masing ambil masa sendiri napping. Itu yang solat maghrib sendiri. Solat Isyak yang selalunya berjemaah kemudian akan terus solat terawih yang diimamkan oleh f.i.l. Tapi tulah on Sunday 10042022 tu Mrs. A tak join pun solat berjemaah. Selepas Mrs. A solat maghrib terus mohon pulang dulu cause ada kerja office yang perlu disiapkan huwaaa...waaa... kekdahnya Monday by hook or by crook kena email juga kalau tak naya pak karim gittewww... [ha! tulah padan muka ko Mrs. A sape suruh buat kerja last minute] ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“

Sampai rumah aje teruslah Mrs. A mengadap laptop #thestruggleisreal. Syukur alhamdulillah berjaya settlekan kerja lebih kurang pukul 11.00 malam. Pagi esok tu sampai office double check apa yang patut terus email seperti biasa.

Okay itu sahaja kisah berbuka puasa di Jiboi. Selamat berpuasa hari ke 10 dear readers semoga amal ibadah kita diterima olehNYA.



Berbuka Puasa Di Kampung

Berbuka Puasa Di Kampung

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka Puasa Di Kampung. Alhamdulillah tercapai hasrat Mrs. A sekeluarga pada 1 Ramadhan tahun ni nak berbuka bersama-sama emak di kampung. Memang dah planning dari balik bulan lepas lagi. Dah tu pulak pada hari Sabtu 02042022 tu emak Mrs. A dah masakan nasi impit dan kuah kacang, ada juga rendang ayam dan gulai kari daging. 

Mrs. A gerak dari rumah Seremban selepas zohor iaitu lebih kurang dalam pukul 2.30 petang. Walaupun pada mulanya Aryssa tak dapat ikut tapi entah macam mana tempat kerja Aryssa tiba-tiba tukar jadual pulak depa closed dari hari Sabtu sehingga hari Selasa. Katanya crew dah koyak ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ fizikali dan  mentally cause dalam 3 hari ni menurut Aryssa customer ramai sangat. MasyaAllah cantik sungguh perancangan Allah kekdahnya dapatlah Aryssa balik kampung together-gether.

Berbuka Puasa Di Kampung.

Buka Puasa
Sementara menunggu waktu 'berbuka' Mrs. A lepak kat laman dulu sambil melihat pepohon hijau

Buka Puasa
Dak Hitam pun santai-santai petang jugak

Mulanya KakNgah Mrs. A sekeluarga yang duduk Melaka tu pun nak join berbuka sama-sama. Tapi tak tahu apa masalah depa last minutes cancel. Adoiiila... hangin satu badan mak Mrs. A al-maklumlah bajet makanan tu dah termasuk depa sekeluarga๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ hurmmm... takpelah rezeki Mrs. A jugak dapat tapau boleh buat lauk untuk bersahur gittewww....

Berbuka Puasa Di Kampung.

Buka puasa
Lauk-pauk masak sendiri. Kuih-muih Mr. A pergi beli

Oleh kerana KakNgah sekeluarga tak dapat berbuka bersama kekdahnya meja tu ngam-ngam untuk Emak, Busu, Makteh, Adik, Mr. & Mrs.A. Aryssa makan kemudian cause dia keuzuran ngeh! ngeh! ngeh!

Selepas selesai berbuka dan solat maghrib lepak-lepak sekejap. Lebih kurang pukul 8.30 malam cenggitu Mrs. A sekeluarga pun nak kena berangkat pulang dah! al-maklumlah esoknya tu kerja. Adik pun dah start sekolah.

Alhamdulillah perjalanan pulang lancar selamat sampai rumah lebih kurang pukul 9.30 malam. 



Berbuka Puasa Di Jiboi Pertama Kali Tanpa M.i.l

Berbuka Puasa Di Jiboi Pertama Kali Tanpa M.i.l

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka Puasa Di Jiboi Pertama Kali Tanpa M.i.l (mother in-law). Last Saturday 24042021 adik-beradik Mr. A ajak berbuka beramai-ramai di Jiboi antara faktor penyebabnya adalah s.i.l nak balik kampung sebelah husband beliau. Kekdahnya tak mahu f.i.l berbuka sorang-sorang we all pun pakat-pakat nak berbuka di Jiboi. 

Menu adalah secara pot-luck ikut suka hati family masing-masing. Nasi pulak seperti biasa dan sebelum-sebelum ini f.i.l yang akan masak cause f.i.l agak cerewet cara masak nasi yang dia suka. Lagipun f.i.l pandai masak nasi portion yang banyak untuk anak-anak cucu-cucu dan menantu-menantunya gittewww....

Pejam celik pejam celik dah hampir 4 bulan arwah m.i.l pergi ke dunia abadi. Semoga mak aman-damai di dunia abadi. InSyaAllah suatu hari kami semua akan menyusul juga.

pertama-kali-tanpa-m.i.l
Kepok mak dah siap cuma tinggal batu nisan masih dalam pembuatan. Mohon sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) buat arwah m.i.l Hjh Zabidah bt Abu bakar

Berbuka Puasa Di Jiboi Pertama Kali Tanpa M.i.l. 

Petang Sabtu tu sungguh jarang-jarang berlaku Mrs. A dan Aryssa sampai dulu di Jiboi berbanding dengan in-laws dan biras-biras yang lain. Adik dan Mr. A datang kemudian depa dua nak pergi beli cendol songkok tinggi dulu. Mrs. A bawa satu menu jer... iaitu ketam masak lemak cili api campur nenas dan sebiji buah tembikai.๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Berbuka puasa di Jiboi
Ketam masak lemak cili api dengan nenas

Aryssa pulak ditugaskan oleh babahnya supaya goreng keropok. Itu yang awal tu cause Aryssa nak kena goreng keropok di Jiboi. Sambil Aryssa goreng keropok Mrs. A potong buah tembikai. F.i.l pulak dah siap masak nasi dan pinggan-pinggan pun dah siap tersedia.

Tidak berapa lama kemudian KakNgah (niece) sampai diikuti dengan Alang sekeluarga. Menu Alang ada tiga iaitu murtabak, nasi goreng dan tomyam. Nasi goreng je masak sendiri lagi dua menu tu tunjuk aje katanya.

Berbuka puasa di Jiboi
Waktu ni meja belum penuh lagi cause lagi 2 family belum sampai

Family second last sampai adalah Ateh dengan menu Ayamas, roti jala dengan kari ayam. Family yang last sekali sampai adalah Along dah masuk waktu berbuka baru depa sampai. We all semua dah santap duluan ๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡. Lepas mereka sampai memang penuh jadinya meja tu dengan menu sup daging, sambal terung, sambal belacan dan kuih bakar. Terbaik family Along/ kaklong nih! semua menu masakan sendiri ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘.

Waktu maghrib tu solat sendiri-sendiri aje. Ada yang makan light aje dan terus solat maghrib. Tapi lebih ramai yang makan dulu kemudian baru solat ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Time solat Isyak barulah solat berjemaah dan kemudian terus solat Tarawih dan Witir. Sementara menunggu waktu Isyak. Mak-mak/ pak sedara join anak-anak sedara berboommerang. 

Berbuka Puasa Di Jiboi Pertama Kali Tanpa M.i.l

Berbuka puasa di Jiboi
Boommerang tak reti nak download so Mrs. A screenshotkan aje

Berbuka puasa di Jiboi

Selesai solat kami semua sambung semula makan-makan di dapur. Sesi membawang haruslah ada cause dah lama tak berkumpul reramai sambil membawang sambil touching bila masing-masing mengimbau kenangan dengan arwah M.i.l. sobs..sobs...sobs.. Semoga roh mak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Aaamiiin.... Okay itu sahaja kisah berbuka puasa di Jiboi pertama kali tanpa M.i.l.





Berbuka Puasa Di Royal Chulan Seremban Sambil Meraikan Birthday Aryssa & Adik

Berbuka Puasa Di Royal Chulan Seremban Sambil Meraikan Birthday Aryssa & Adik

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Berbuka Puasa Di Royal Chulan Seremban Sambil Meraikan Birthday Aryssa & Adik. Alhamdulillah semalam 22 April bersamaan 10 Ramadhan dengan izinNYA dapat berbuka puasa di hotel Royal Chulan Seremban sambil meraikan birthday Aryssa & Adik. Kebetulan semalam Mrs. A bercuti, plan asalnya Mrs. A nak balik kampung untuk ambil ubat mak di Klinik Kesihatan Durian Daun, Linggi tapi tak jadi cause Alang willing to cause dia nak balik kampung almaklumlah PKP tak dapat nak rentas negeri tanpa alasan munasabah. 

Aryssa & Adik tak tahu pun semalam tu Mrs. A dan Mr. A plan nak berbuka puasa di luar sambil we both buat surprise siap ada kek birthday sekali. Walaupun Mrs. A nak pergi tempat lain tapi Mr. A insist nak pergi Royal Chulan Seremban cause kat situ ada kawan dia so senang nak berurusan katanya. Hurm... iyolah kekdahnya Mrs. A follow aje yang penting selesa dan harga munasabah gitttewww...

Petang selepas ambil Aryssa dari sekolah tu Mr. A calling-calling kawan dia tu minta reserved untuk 4 paxs dan jugak minta sediakan kek birthday. Kek tu Mr. A minta serve masa last sekali dalam pukul 8.30 cenggitu. Harga buffet untuk dewasa di Royal Chulan Seremban adalah RM60.00 seorang manakala untuk kanak-kanak pula RM28.00 seorang. 

Berbuka Puasa Di Royal Chulan Seremban Sambil Meraikan Birthday Aryssa & Adik. 

Berbuka puasa
Me (Adik) when my mom wanna snap photo

Berbuka puasa
Alhamdulillah ada air yang dicari ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ semestinyalah Nescafe panas

Berbuka puasa
Tengah video call

Time borak-borak sementara tunggu waktu berbuka tu teringat pulak kat Along nun di perantauan. Lalu Aryssa pun buat video call. Along pun wish birthday buat Aryssa dan Adik. Sorry dia lupa birthday Sha dengan Adik dia busy dengan kelas amali katanya. Dia rindu nak buka sama-sama kat hotel. Hurmm... touching pulak ibu dan babahnya mendengor sobs..sobs..sobs... Along time tu ada kat Dewan Makan tengah tunggu waktu berbuka juga.

Berbuka puasa
Aryssa dan Mrs. A buka light aje dulu kemudian pergi solat maghrib di surau kat area basement

Berbuka puasa
Alhamdulillah bagus percaturan we both time ni orang tak ramai lagi kat surau. Dah settle solat sambung lerrr...๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

Ini di antara food yang Mrs. A snap tak koserlah nak snap bebanyak bukan review berbayar pun muaahahahaaa....

Dah kenyang perut suka hati tu take five jap sambil bergambar di luar

berbuka puasa

Berbuka puasa

Berbuka puasa

Kemudian masuk semula dan kek pun sampai. Surprise ! Aryssa dan Adik tiba-tiba ada kek birthday la pulok! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Birthday
Cake Red Velvet yang sedap by Hotel Royel Chulan Seremban

Birthday
Ibu tukang snap photo sambil nyanyi lagu birthday ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Birthday
Adik @ Aqil Hayyi turn 15th this year

Berbuka puasa
Belanja gambar Mr. A seketul 

Berbuka Puasa
Us ๐Ÿ’•

Alhamdulillah rezeki anak-anak dapat meraikan birthday mereka dan berbuka puasa di hotel Royal Chulan Seremban. Semoga menjadi kenangan indah buat mereka. Ibu dan babah sentiasa mendoakan agar Aryssa dan Adik berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi dan sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Allah S.W.T. InSyaAllah kalau ada rezeki nak repeat lagi dengan bawa Along sekali.



MRS.A my blog my stori ©