As Salam and greetings to dear readers.
Berbuka Puasa Di Kampung. Alhamdulillah tercapai hasrat Mrs. A sekeluarga pada 1 Ramadhan tahun ni nak berbuka bersama-sama emak di kampung. Memang dah planning dari balik bulan lepas lagi. Dah tu pulak pada hari Sabtu 02042022 tu emak Mrs. A dah masakan nasi impit dan kuah kacang, ada juga rendang ayam dan gulai kari daging.
Mrs. A gerak dari rumah Seremban selepas zohor iaitu lebih kurang dalam pukul 2.30 petang. Walaupun pada mulanya Aryssa tak dapat ikut tapi entah macam mana tempat kerja Aryssa tiba-tiba tukar jadual pulak depa closed dari hari Sabtu sehingga hari Selasa. Katanya crew dah koyak ๐ซ๐ซ๐ซ fizikali dan mentally cause dalam 3 hari ni menurut Aryssa customer ramai sangat. MasyaAllah cantik sungguh perancangan Allah kekdahnya dapatlah Aryssa balik kampung together-gether.
Berbuka Puasa Di Kampung.
Sementara menunggu waktu 'berbuka' Mrs. A lepak kat laman dulu sambil melihat pepohon hijau |
Dak Hitam pun santai-santai petang jugak |
Mulanya KakNgah Mrs. A sekeluarga yang duduk Melaka tu pun nak join berbuka sama-sama. Tapi tak tahu apa masalah depa last minutes cancel. Adoiiila... hangin satu badan mak Mrs. A al-maklumlah bajet makanan tu dah termasuk depa sekeluarga๐๐๐ hurmmm... takpelah rezeki Mrs. A jugak dapat tapau boleh buat lauk untuk bersahur gittewww....
Berbuka Puasa Di Kampung.
Lauk-pauk masak sendiri. Kuih-muih Mr. A pergi beli |
Oleh kerana KakNgah sekeluarga tak dapat berbuka bersama kekdahnya meja tu ngam-ngam untuk Emak, Busu, Makteh, Adik, Mr. & Mrs.A. Aryssa makan kemudian cause dia keuzuran ngeh! ngeh! ngeh!
Selepas selesai berbuka dan solat maghrib lepak-lepak sekejap. Lebih kurang pukul 8.30 malam cenggitu Mrs. A sekeluarga pun nak kena berangkat pulang dah! al-maklumlah esoknya tu kerja. Adik pun dah start sekolah.
Alhamdulillah perjalanan pulang lancar selamat sampai rumah lebih kurang pukul 9.30 malam.
fuhhh meriah betul lauk atas meja. Selamat berpuasa akak sekeluarga :)
BalasPadamMasyaAllah seronoknya berbuka suasana kampung.
BalasPadamSelamat berpuasa kak. Semoga diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan agar dapat beramal ibadah sebaiknya. Allahumma ameen.
Seronok kan dapat berbuka ramai2.. Meriah lsuk pauk dia.. Aishh time2 camni mula ka rindu kat arwah mak kita..
BalasPadammeriah menu berbukanya
BalasPadamNampak sedap2 belaka kekdahnya
bestnya kak, meriah menu berbuka kak
BalasPadamAlhamdulillah rezeki tahun ni 1st day puasa hari Ahad kan... ramai juga dapat bersahur & berbuka dengan keluarga di kampung...
BalasPadammakan ramai2 sekeluarga berbuka puasa nikmatnya terasa
BalasPadamSyoknya boleh brrbuka sama2 di kampung.yg xdpt blk minggu ni blh blk next week gilir2. So tiap minggu ada org kt kg
BalasPadamPaling indah bila dapat berbuka sama-sama dengan keluarga.
BalasPadamalahai serooknya berbuka di kg
BalasPadamseronok berbuka ramai-ramai. 2 tahun tak berpeluang macam ni
BalasPadamtahun ni pulun buka puasa dgn fam. ganti balik 2 thn punya puasa๐
BalasPadamada nasi impit, kuah kacang, rendang..sedap tu..Alhamdulillah, dapat berbuka bersama bonda tercinta..
BalasPadamooo..Aryssa dah kerja..bagus, ambik pengalaman..
Seronoknya dapat berbuka puasa bersama-sama di kampung. Kami belum berkesempatan lagi beriftar bersama-sama family kat kampung. Rindu.
BalasPadam