October 2016 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: October 2016
GIVEAWAY | Menangi Eyeshadow Palette Morphe Brushes 35O !

GIVEAWAY | Menangi Eyeshadow Palette Morphe Brushes 35O !

As salam and greetings dear readers.

GIVEAWAY | Menangi Eyeshadow Palette Morphe Brushes 35O !

Click banner for more details
Click banner for more details
Tarikh Giveaway berlangsung : (27 Oktober 2016) hingga 3 November 2016 
TPO

TPO

As salam and greetings to dear readers.

Sebenarnya Mrs. A bukanlah nak cerita pasal TPO (The Prayer Outfit) sangat atau dalam Bahasa kita telekung. Ini lebih kepada rasa ralat apabila TPO Mrs. A diguna oleh orang tanpa memberitahu ataupun meminta kebenaran terlebih dahulu. Walaupun benda ni remeh-temeh but still tolong jangan buat tak tahu.
TPO
Hari ini bawa TPO lain, sebab yang tu bawa balik nak basuh.
Begini ceritanya setelah lebih kurang seminggu bercuti dari menggunakan TPO di office, maka semalam cuti dah tamat. Lalu seperti biasa time nak menunaikan solat Zohor Mrs. A pun pergilah ke surau. Time nak ambil TPO tu Mrs. A tengok eh! kenapa cara lipatan TPO aku lain macam aje nih! Pastu time keluarkan dari hanger nak letak kat sejadah. Eh! apsal kuning, kepam nih! (kat area dagu) adoi!!! siapa yang guna nih! nyampah betullah ni mesti kesan make-up, bedak tebal dia nih! habis berkesan telekung aku. Tak suka betul comot-momot cenggini. Dahlah guna tak bagi tahu. Semua tu dalam hati ajelah to be exact bisikan jahat dalam hati Mrs. A. 

Pastu tersedar bisikan positif pulak cakap, apalah ko nih! Mrs. A telekung ajepun ko nak kecoh sangat. Sepatutnya ko bersyukurlah dapat pahala free orang guna telekung ko. Dah! abaikan saja buat tak tahu sudah. Bawak balik basuh. Puas Mrs. A berbisik-bisik sendiri dalam hati sambil bersihkan muka buang-buang make-up tu. Namun terlepas jugak cakap mengadu-domba kat Kak N yang kebetulan ada kat surau time tu. Kak ada orang guna telekung saya tengok arrr... kepam kat dagu dia. Huwaaa.... kamu tak sedar ke? Taklah kak sayakan bendera merah last week? Pastu Kak N kata lagi sebab kamu dah seminggu tak guna tu yang kuning kot. Ish!!. akak ni time saya tinggalkan last week takdelah kuning macam ni sambil tunjuk tempat yang kuning tu.

Mrs. A bukanlah jenis kedekut sampai tak bagi kalau orang nak pinjam TPO tu. TETAPI apa yang Mrs. A rasa ralat sangat dan tak puashati timbul tu adalah disebabkan kenapa!? mengapa!? orang yang guna tu langsung tak bagi tahu Mrs. A.

Tak kisahlah bila kau nak guna tapi tolong bagi tahu, boleh tak?. Apalah salahnya selepas dah guna tu singgah sekejap tempat Mrs. A bagi tahu. "Yuhuuu... tadi iol guna TPO uol" sebab iol terlupa bawak sendiri punya. hah! tak pun cakap jer.. iol guna TPO uol cos iol suka cos TPO SK.

Hah! pointnya adalah cer bagi tahu tuan yang empunya TPO tu. Bagi tahu secara pukal pun okay. Contoh ayat pukal "Eh! U..., iol nak bagi tahu nih! tadi iol guna TPO hah! esok, lusa nak guna lagi tau ataupun bila-bila iol suka nih! iol bagi tahu in-advance ni". Hah! kan senang macam tu. Mrs. A pun puashati, In Sha Allah pahala pun dapat.

Haish! macam-macam caralah boleh jer bagi tahu, WhatsApp pun boleh. Hurm...WhatsApp??? mungkin dia tak tahu nombor phone Mrs. A. Kalau macam tu pesan kat kawan-kawan pun okay. Apa yang penting wajib bagi tahu tuan yang empunya.

Okay! share sikit hadis.

TPO

Walaupun hadis ini macam takde kena-mengena, tapi konsepnya lebih kurang sama iaitu mengambil hak orang lain walaupun tujuannya berbuat kebaikan tetapi kebaikan tersebut jadi "tidak bernilai".

Okay! itu sahaja nak cerita kisah TPO Mrs. A mujur ada blog dapat luah rasa. Selamat bercuti dear readers. Hati-hati di jalan raya ya.
Wordless Wednesday #91

Wordless Wednesday #91

As Salam and greetings to dear readers.

#91

Balik Kampung

Balik Kampung

As Salam and greetings to dear readers.

Last Saturday Mrs. A balik kampung. Pada mulanya tak confirm lagi nak balik ke tidak pastu tengok Mr. A macam takde apa-apa plan pun. Kekdahnya balik kampung lagi best. Lagipun kids tak sabar nak jumpa cousin teciks depa yang keletah nih!

Niece Mrs. A yang keletah sesangat
Ahadnya tu Mrs. A pergi pekan Masjid Tanah, tujuannya nak cari Gamogen ala... product Gamat Healin tu... Dah cari kat Seremban tapi takde. Mungkin tak cari betul-betul kot ngeh! ngeh! ngeh! Lagipun product Gamat Healin ini bukannya terdapat di sebarang-sebarang kedai yang jual macam-macam product lain tu sebab Gamat Healin ini ada kedai depa sendiri so kena cari kedai Gamat Healin barulah jumpa. Mujur di Pekan Masjid Tanah ada dan open pula di hari Ahad. Syukur alhamdulillah.

Adik yang tukang snap, hiks awat kejong cenggitu ko dik! 
Dah berjumpa barang yang dicari kita take 5 dulu minum cendol dan singgah kedai 2 hengget.

Aunty kita nak tulis-tulis ni belanja tau (coloring book dia panggil tulis-tulis) hehehe,... cute jer... 
Ko tengok la Aryssa nih! ntah apa-apa jer... dia snap gambar ibu..  cisss...gambar curi
Manalah cendol kita nih! rojak ni dah la...pedas
Alhamdulillah mujurlah kampung Mrs.A dekat aje... itu pasal yang boleh selalu-selalu balik kampung. Okay! itu saja nak share cerita balik kampung. Readers pula apa cer???

The End.


CPUV - Dreamland Chiro Solutions

CPUV - Dreamland Chiro Solutions

As Salam and greetings to dear readers.

Masa dah time ngeh!ngeh!ngeh! nak balik kerja dah! Sebelum tu sempat pulak Mrs. A log in ke account Nuffnang tengok-tengok ada satu CPUV lekat hari ini.

CPUV baru lekat Dreamland Chiro Solutions
Apa ke benda Dreamland Chiro Solutions tu lalu Mrs. A pun menggoogle. Kekdahnya tilam uols!!! tilam...tilam... tilam lama tukar baru muahhaaaaaa... tapi bukan tilam yang itulah. Ini tilam Dreamland Chiro Solutions kalau Mrs. A tidur atas tilam ni ada kemungkinan susah nak bangun ni, tapi jangan sampai tak bangun terus sudah. 

Dreamland ada sale rupanya
Clicks

Bestnya kalau dapat tukar tilam lama kepada Dreamland Chiro Solutions mesti takde dah sakit-sakit belakang ke lesu-lesu ke...!! Oiii... Dreamland Chiro Solutions ko dengar tak ni???

Okay itu saja nak citer pasal CPUV - Dreamland Chiro Solutions. Terima kasih daun keladi Nuffnang lain kali bagilah lagi dan lagi dan lagi.

Wordless Wednesday #90

Wordless Wednesday #90

As Salam and greetings to dear readers.

Aitt...!? minum sup pun nak senyum
Okay! sekali lagi hiks!
Yes!.. lepas ni nak rajin-rajin gi ngaji
Situasi di dalam kereta sewaktu ibu fetching dari balik mengaji last Friday.

Adik: Ibu... nak tahu tak? Aqil dah naik Al-quran dah bu.

Ibu: Hah! yeke? Alhamdulillah baguslah. Okay kalau macam tu Adik nak apa?? Ibu nak belanja sempena Adik naik Al-Quran.

Adik: Errmmm... sambil tersenyum dan berfikir-fikir, Aqil nak pizzalah!! malam ni ibu order ek!?

Ibu: Pizza delivery!!?? itu jer.. okay beres. Malam ni kita makan pizza. [dalam hati: lagilah untung ibu dik hoiii...malam ni tak payah masak muaaahaaaaaa....]


Sukan Rakyat: Batu Seremban

Sukan Rakyat: Batu Seremban

As Salam and greetings to dear readers.

Actually Sukan Rakyat : Batu Seremban ini adalah salah satu permainan yang terdapat di dalam Mini Karnival sukan syarikat tempat kerja Mrs. A baru-baru ini. Mini Karnival sukan ini adalah anjuran Kelab Sukan & Rekreasi. Semua ahli kelab yang berminat adalah dialu-alukan untuk menyertai mana-mana permainan dan pertandingan yang dianjurkan. 

Oleh kerana tiada satu pun permainan mahupun pertandingan yang berjaya menarik minat Mrs. A untuk menyertainya entah macam mana AJK Kelab sukan telah memaksa Mrs. A untuk menjadi urusetia bagi permainan sukan rakyat iaitu pengkhususan untuk Batu Seremban.

Selain daripada Sukan Rakyat yang terdiri daripada Batu Seremban, Karom, Dam Aji dan Congkak. Terdapat juga beberapa lagi acara sukan iaitu Sepak Takraw, Bola Sepak dan Bola Tampar. 

Pertandaingan nyanyian Karok La Kau, Master Chef dan pertandingan Mewarna bagi anak-anak Ahli Kelab juga turut diadakan. Kesemua acara tersebut telah diadakan di Center Court, Paroi. Ala.... tempat Mrs. A hari-hari training netball dulu tu...

Okay tak mahu cerita permainan dan pertandingan yang lain-lain tu, ini khusus nak cerita pasal Batu Seremban aje cos Mrs. A adalah urusetia untuk Batu Seremban. Tak tahulah apa kes depa nih! (AJK Kelab Sukan) memula minta Mrs. A jadi urusetia pertandingan mewarna tapi bila joblist keluar tetiba ternampak nama Mrs. A person in-charge (PIC) untuk Batu Seremban. Membebel jugaklah Mrs. A tak berapa nak setuju cos Mrs. A tak pandailah main Batu Seremban dengan "Batu 5" cenggini rupa hah!

Batu Seremban Standard Size katanya (Batu 5) RM15.00 satu set
Kalau Batu Seremban lejen a.k.a Batu Simbang yang Batu 7 memang dari batu jalan sebenar tu hah! yang itu pandailah. Ambil satu, ambil dua, ambil tiga pastu timbang ko kumpullah mata sampai lebam atau selagi tak mati kansss?! Tetapi AJK bertugas kata takpe jangan risau kami bantu [ada orang yang akan tunjuk] lalu Mrs. A pun setuju ajelah lagipun tak mahulah banyak bunyi sangat nanti orang meluat pulak. So take it as a challenge.

Sehari sebelum kejadian sebenar, iaitu sebelah petang lebih kurang pukul 3.30 petang PIC untuk kategori setiap permainan diminta datang ke Center Court, Paroi untuk membantu persediaan apa yang patut. Jom! layan gambar-gambarnya.

Bergambar di banner haruslah kanss...
Haish! lamonya jurukamera nih nak snap. Lotih den songeh dah tekau!
Yang cik tu PIC Congkak yang tuan tu PIC Dam Aji
Testing, testing
Nampak sangat barunya si papan karom nih!
Sebaik sahaja Mrs. A dah diberi taklimat mengenai permainan Batu Seremban dan jugak diberi details untuk dibaca berkenaan permainan Batu Seremban tu panik sekejap dibuatnya. Part yang paling panik dan stress adalah bila Abang Omar (AJK tertinggi untuk sukan rakyat) cakap "kau kena uruskan pengadil jugak". What!!??? pengadil??? hew!...hew...! hew!! pada mulanya Mrs. A minta tolong Kak Z dan cik F jadi pengadil tapi bila Mrs. A minta dia orang tunjukkan cara bermain Batu 5 tu mereka pun tak confident dan bila Mrs. A bermain dengan mereka nampak gaya macam Mrs. A lagi terror muaaahhhaaaa...

Begini cara bermain Batu 5 dalam syarat-syarat dan peraturan bermain yang disediakan oleh AJK Sukan Rakyat tu: (Dicedok dari sumber tertentu)

Buah Satu: Serakkan buah dilantai, ambil satu dan lambung. Sebelum buah yang dilambung jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buah yang dilambung tadi dengan tangan yang sama. Letakkan ketangan kiri. Ulang semula hingga habis buah di lantai dan dengan sekali lambung masukkan buah yang terkumpul dikiri ke tangan kanan.

Buah Dua: Sama seperti buah satu, cuma pungut dua buah setiap kali dilambung.

Buah Tiga: Sama juga seperti buah satu dan dua, bezanya sekali lambung pungut satu dan lambung kedua pungut tiga.

Buah Empat: Sama, cuma pungut keempat-empat buah dengan sekali lambung.

Hah! bila sampai part buah lima ini yang dah caca-merba semua yang ada time tu tak faham muahhaaaaahaa... "tadi yang kau kata tahu tu, kenapa sekarang tak tahu?".

Buah Lima: Serakkan biasa, ambil 3 buah ditangan kanan dan 2 buah ditangan kiri. Lambung satu buah yang ditangan kanan, sambil meletakkan kelantai buah-buah yang ada dikedua-dua tangan dan segera sambut buah yang dilambung. Sekali lagi lambung dan terus pungut semula buah di lantai dengan kedua-dua tangan (2 buah ditangan kiri dan 2 ditangan kanan). Sambut buah yang dilambung dan sekali lagi lambung kumpulkan buah ketangan kanan.

Buah Sentuh: Seperti buah satu, suma sentuh sahaja setiap buah dilantai dengan sekali lambung pungut kesemua buah.

Buah Pungut: Sama, cuma setiap kali lambung, pungut satu buah dan masukkan ke tangan kiri hingga habis dan sekali lambung kumpulkan ketangan kanan semula.

Buah Tukar: Serakkan buah, ambil satu dan lambung, pungut satu buah. Sekali lagi lambung sambil menukar buah ditangan dengan satu buah dilantai. Ulang hingga kesemua buah-buah ditukar, akhir sekali, sambil lambung letakkan buah ditangan kelantai dan sekali lambung pungut kesemua buah.

Buah Lambung: Sama seperti buah tukar, bezanya kedua-dua biji buah dilambung dan cepat-cepat tangan kiri menyambut satu buah dan tangan kanan pungut astu buah dilantai terus sambut buah yang dilambung kumpulkan ketangan kanan.

Last sekali Buah Timbang: Untuk menentukan mata/ point timbang buah kebelakang tapak tangan sekiranya dapat lima, disambut semula ketapak tangan dengan angka lima juga dan mata dikira lima.

Macam mana readers ingat lagi tak permainan Batu Seremban Buah 5 nih!?? Pandai??? Boleh main??? Kalau pandai dah boleh masuk pertandingan professional tu macam pengadil nih!

Ha! tu dia Puan Alin (baju kuning ditengah-tengah) "pengadil" yang Mrs. A berjaya cari di saat-saat akhir
Okay cerita sikit kenapa Mrs. A rasa Alin layak jadi pengadil. Ingat tak di awal-awal AJK ada kata jangan risau nanti ada orang yang akan tunjuk ajar, kata depa lagi dia tu memang biasa main Batu Seremban secara professional. Dia tu adalah isteri kepada salah seorang ahli kelab jugak.

Bila dia register nama sebagai pemain, hurm... Mrs. A rasa ini tidak adil pasti Alin yang menang nanti. Terus Mrs. A jumpa Abang Omar dan cakap kat dia Mrs.A nak Alin yang jadi pengadil. Mujurlah Abang Omar setuju dan tidak membantah. Of course yang paling understanding dan memudahkan kerja adalah Alin. Berbanyak-banyak terima kasih Mrs.A ucapkan pada Alin kerana sudi menjadi pengadil.

Setelah peserta diberi taklimat syarat-syarat dan terma-terma permainan Alin pun tunjuk demo dulu cara permainan Batu 5. Fuh... cantik dan lembut aje lenggok si Alin nih! memang gaya selalu main Batu 5 nih! Alhamdulillah semua peserta tiada bantahan dan puashati dengan cara pengadilan yang dijalankan oleh Alin.

Oleh kerana tiada seorang peserta pun sampai ke tahap buah timbang maka pemenang ditentukan dengan cara siapa yang mampu sampai ke buah yang paling tinggi setelah bermain sebanyak tiga pusingan.

Sebelum kita tengok siapa yang menang. Apa kata kita layan... gambar mana-mana yang Mrs. A sempat snap time Mini Karnival sukan tu berlangsung.

Pengadil sedang memberi demo
PIC berdiri jer..
Ada juga The clown dan juga Bumbong photo booth
Dah kata free haruslah fully utilise kansss... Aryssa.
Sementara menunggu pemenang diumumkan tu sempat jugaklah Mrs. A melawat kawasan ke lain-lain pertandingan yang sedang berlangsung.

Master Chef Daerah P.D dapat hadiah saguhati
Inilah dia juara Master Chef 2
Permainan Karom
Permainan Congkak
Karok La Kau
Okay! akhirnya tugas Mrs. A pun berakhirlah setelah pemenang-pemenang permainan Batu Seremban kategori wanita diumumkan.

Pemenang tempat keempat daerah mana??? adoi lupalah akak ni daerah mana
Pemenang tempat ketiga pun tak hengat daerah mana
Yang ini pulak pemenang tempat kedua daerah Kuala Pilah
Tu dia juara permainan Batu Seremban dari daerah Jempol
Walaupun Mini Karnival sukan belum berakhir tetapi Mrs. A mohon pulang dulu. Dah tak laratlah nak tunggu sampai ke habis. Dengar ceritanya sampai ke pukul 6.00 petang cos pertandingan bola tampar mengambil masa yang agak panjang untuk tamat. Itulah mungkin AJK tertinggi perlu buat post-mortem kelemahan dan kekurangan Mini Karnival sukan yang pertama kali diadakan ini, supaya di masa-masa akan datang tiadalah  lagi pertandingan yang mengambil masa sebegitu lama.

Pada pendapat Mrs. A secara keseluruhannya Mini Karnival sukan ini patut diteruskan pada masa-masa akan datang. Acara sebegini dapat merapatkan silaturrahim dan ukhwah sesama staff. Bukan senang semua staff dari daerah Rembau, Jempol, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah, Tampin, Seremban dan Ibu Pejabat dapat berkumpul secara serentak begini. Sesekali berjumpa dalam acara sebegini memang seronok dan terasa friendly.

Okay itu saja nak kongsi kisah Sukan Rakyat : Batu Seremban. Majulah sukan untuk semua. 
Salam Jumaat : Apakah Kepunyaan Kita?

Salam Jumaat : Apakah Kepunyaan Kita?

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat dear readers. Mrs. A tertarik nak shared message yang Mrs. A terima dari group WhatsApp ini. Mari kita renung-renungkan. Apakah kepunyaan kita wahai saudaraku:-

Lahirmu:
Dilahirkan oleh orang lain.

Namamu:
Dinamakan oleh orang lain.

Pelajaranmu:
Diajar oleh orang lain.

Pendapatanmu:
Diberikan oleh orang lain.

Hormat:
Diberi oleh orang lain

Mandian pertama dan terakhir:
Dimandikan oleh orang lain

Selepas mati:
Segala harta benda dan hakmu diambil oleh orang lain

Pengkebumianmu:
Dibuat oleh orang lain.

Terasa amat hairan kerana masih ada ego dan keras di hati kita kerana kita sebenarnya tidak punya apa-apa dan juga tiada daya tanpa izin-NYA. [ingatan untuk diri-sendiri]

Salam Jumaat : Apakah Kepunyaan Kita?

Segmen Tambah Follower Blog Penselduabee

Segmen Tambah Follower Blog Penselduabee

As Salam and greetings to dear readers.

 Klik Banner
KLIK BANNER
Sesiapa yang berminat nak join macam Mrs. A sila klik banner untuk tahu details. Oh! ya sambil follow Blog Penselduabee tu follow ler... blog Mrs. A juga..... Ooopppssss!!!! boleh cenggitu...
Jenis Flats Pilihan Wanita

Jenis Flats Pilihan Wanita

As Salam and greetings to dear readers.

Kalau dah namanya wanita Mrs. A yakin dan percaya mesti kasut depa lebih dari satu. Rasanya bukan setakat lebih dari satu, dua , tiga, empat pun boleh jadi. [eh! Mrs. A lettew....]. Jenis kasut pilihan Mrs. A adalah kasut flats.

Tak kisahlah kat mana pun kita berada, kita sentiasa memerlukan kasut yang menawan untuk melangkapkan penampilan kita. Kadang-kadang pening memikirkan kasut apa yang nak dipakai dah tu pulak bila nak shopping kasut tak tahu nak beli yang mana satu sebab rambang mata.

Walaupun pemakaian high heels menjadikan si pemakai kelihatan lebih menyerlah dengan ketinggian yang ideal.


Namun ia memberikan kesakitan kepada kaki apabila dipakai untuk jangka masa yang panjang. 

Ha!!! oleh sebab itu kalau kita nak jalan-jalan atau nak pergi office dan memerlukan kita banyak berjalan, meh sini Mrs. A kongsikan jenis-jenis kasut flats yang sangat sessssuai... dan menjadi pilihan ramai sebab ianya bukan saja kelihatan comel tapi juga membuatkan kita rasa selesa sepanjang hari.
Ballerina Flats
Pilihan pertama Mrs. A yang paling sesuai dipakai bersama koleksi baju kurung adalah ballerina flats. Ferfeeling cute dan kelihatan feminine gitew. Walaupun pakai baju kurung tapi kalau pakai ballerina flats ni nak berlari pun boleh uols.

Lagi kalau nak lebih simple dan kasual. Semestinyalah strappy sandal.

Strappy Sandals
Strappy sandals ini sangat sesuai digayakan dengan koleksi kasual seperti jeans dan tees. Tak kisahlah samada seluar jeans ataupun skirt jeans dedua pun boleh.


Loafers
Dan jenis kasut flats yang seterusnya adalah loafers. Loafers ini adalah jenis flats my all time favorite dari zaman sekolah hinggalah ke zaman bekerja sehingga sekarang.Loafers sentiasa menjadi pilihan Mrs. A sebab ia memberi keselesaan yang ideal. Macam-macam colour dan rupa loafers Mrs. A ada. 

Loafers boleh digayakan dengan macam-macam jenis pakaian,  baju kurung boleh, baju formal ke pejabat pun boleh yang penting sekali iainya sangat selesa dipakai tak kira di mana walaupun ketika memandu tak perlulah nak tanggal-tanggalkan kasut tu ya.

Okay! itu sahaja nak kongsi cerita Jenis Flats Pilihan Wanita. Semoga memberi idea buat readers yang tengah memikirkan nak beli kasut flats tu.


Happy World Smile Day!

Happy World Smile Day!

As Salam and greetings to dear readers. Happy World Smile Day!

www.worldsmileday.com
Okay! tepek gambar ada senyum....

We're all smiles!
Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud: "Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman)".
[Hadis Riwayat Muslim]

Sesungguhnya senyum itu satu sedekah.


Wordless Wednesday #89

Wordless Wednesday #89

As Salam and greetings to dear readers.


LAZADA Lebih Murah

LAZADA Lebih Murah

As Salam and greeting to dear readers.

Ke manakah kalian pergi bercuti? Mrs. A sekeluarga tak ke mana-mana pun duduk rumah aje. Cuma on Sunday tu keluar lunch ke Black Canyon di Palm Mall, Seremban. Actually memenuhi permintaan Adik nak survey handphone. Survey yang mana satu lebih murah? LAZADA MY lebih murah atau kedai-kedai di Palm Mall?

Gigih Babah depa melayan tu walaupun kaki masih sakit
Lunch di Black Canyon lagi permintaan anak-anak

Selepas kenyang perut suka hati, we all pun jalan sana-sini, keluar-masuk, keluar masuk kedai-kedai handphone yang ada kat Palm Mall tu. Adik yang paling gigih mencari handphone yang sama tetapi nak "beat" harga di Lazada cos kalau ya memang jumpa lebih murah dari Lazada Babahnya akan terus belikan. Muahhaaaaaa.... kalau ko belajar bersungguh cenggitu kan bagus dik hoi! pasti maju jaya selalu.

Unfortunately LAZADA MY lebih murah, kekdahnya tungguuu.... hari Selasa ya dik! iaitu hari ini barulah Mrs. A orderkan di LAZADA_MY.

Lazada My
Hadiah birthday in advance katanya. Amboi! advance sungguh tahun depan punya birthday ni 
Tak tahulah apa Adik dan Babahnya dah buat perjanjian sampai dapat handphone nih! Kalau ikut kepala Mrs. A takde makna nak melayan hai! Oleh kerana itu duit bukan Mrs. A yang punya suka hati ler... labu... 

Anyway thank you LAZADA MY sebab bagi harga cenggitu. Harap Handphonenya nanti pun berkualitilah ya...


MRS.A my blog my stori ©