Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016 - part final

April 30, 2016

As salam and greetings to dear readers.

Okay seperti yang dijanjikan Mrs. A sambung lagi citer Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016 yang part final pula ya. Setelah hampir 40 minit menunggu dengan penuh debar, akhirnya tibalah giliran team Mrs. A lawan dengan team Red Rose.

Sebelum mula tu puaslah mencari-cari mana satu team Red Rose ini, ada dua team yang baju merah kekdahnya we all pun tak pasti mana satu Red Rose sehinggalah masing-masing masuk ke gelanggang. Adoyai!!! team Red Rose ini budak-budak sekolah rupanya hurrmmm... down sikit sebab mesti stamina budak-budak power dari orang tuakan...

Nun jauh di hujung sana GK tu bib coklat

Jaga-jaga rebounced ngeh! ngeh! ngeh!

Baju putih referee tu adalah coach we all, tapi... dia memang seorang ref yang adil dan saksama tekau!! Asyiklah GS we all kena blow dengan dia cos gerak kaki.

Masa permainan adalah 7-2-7 iaitu tujuh minit main dan dua minit rehat kemudian tukar gol. Nak tau siapa menang time ni... Alahai satu mata aje memisahkan team Mrs. A dengan Red Rose iaitu kalah 2/3 hurmmm... ralatkan. memanglah lagi bertambah ralat bola sampai kepada area D tapi shooter asyiklah buat kesalahan gerak kaki. Takpe kalah menang itu adat. Kita tunggu next game pulak.

Dalam pukul 12.00 tengahari cenggitu game kedua pun mula. Kali ini team SAINS vs. Super Strickers pulak. Penuh semangat dan azam nih! mesti menang kalau nak terus mara ke peringkat seterusnya.

Masih kekal dengan Bib coklat lagi cos pihak lawan bib biru



Dah! tukar position jadi GD pulak

Haa... lega dah tamat, berdasarkan senyum tu mesti uols boleh tekakan menang ke kalah?

Alhamdulillah misi tercapai kito monang yo! kito monang yo! sekurang-kurangnya dapat menaikkan semula semangat yang dah down tadi.

Jeng..jeng..jeng.. game terakhir adalah SAINS vs. Olympus ini satu lagi game yang perlu menang kalau we all nak pergi ke quarter final. Tapi.... Olympus team kuat, Red Rose dengan Super Strickers tu semua dia dah baham. Mata dia pulak banyak uol semua dia kasi belas-belas dan puluh-puluh.

Tapi takpe perjuangan harus diteruskan. Olympus tak kisah menang atau kalah team mereka telah menempah tiket pun ke quarter final. Cuma SAINS aje perlu menang kalau kalah Red Rose yang akan mara ke quarter final.

Team Olympus datang nun jauh dari KL



Cer teka siapa yang menang???

Setelah perlawanan tamat maka organiser sibuklah mengira-ngira mata siapa yang layak ke quarter final. Walaupun terdapat desas-desus yang kurang enak, antaranya yang Mrs. A dengar "itulah kalau kita buat liga macam nih! memanglah dia orang baca games" dah tu pulak crossed johan group vs. naib johan group, memanglah sesuka hati aje nak main-main" tu yang kurang puashati di sesetengah pihak. Tapi biasalah adat manusia manalah kita mampu nak puaskan hati semua orang. Asalkan kita dilandasan yang betul ignore ajelah.

Yeaayyy.... SAINS berjaya mara ke quarter final.

Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016
Jadual Pertandingan Separuh Akhir

Target we all tak besar pun. Cuma nak masuk ke quarter final aje. Muahahahaaaaa.... Alhamdulillah dah tercapai. Sedih sangat bunyinyakan nampak sangat tak bercita-cita tinggi ngeh! ngeh! ngeh! Bukan tak mahu tapi tak nak frust menonggeng aje nanti, cos we all memang dah boleh agak teams mana yang akan mara ke separuh akhir dan akhir almaklumlah berdasarkan pengalaman lalu Sweeties tu memang power dan kerja depa pulak memang tidur netball, makan netball, mandi netball aaaacaner tu!!??


Ntah apalah yang we all discussed time nih!

Sebelum berentap kita bersalam-salaman dulu

Apsaller.. jurukamera we all tak amik gambar time tengah games nih! tak dapatlah nak tempek gambar hah!.

Perlawanan di separuh masa pertama sengit jugaklah di antara GNG dengan team SAINS. Corak permainan GNG laju walaupun SAINS main laju tapi GNG lebih laju lagi tak terkejorrr... yeop. Time quarter final pulak masa perlawanan adalah berbeza iaitu 8/8 tiada rest, terus tukar gol lagilah somput dibuatnya. Time 2nd half Mrs. A dan center dah tak main pun kasi chancelah pulak reserve yang main. Amboi! kasi chance ayat kemain. Actually Mrs. A dah injured pun ya.

Maka berakhirlah perjuangan team SAINS setakat quarter final aje. Sesiapa yang nak balik dah boleh balik. Tetapi Mrs. A dan dua tiga orang gang tak balik lagi cos nak tengok final game di antara Sweeties dan Olympus. We all support Sweetieslahkan sebab mereka team yang we all kenal dan kekadang training bersama. Olympus pulak team dari KL. Amboi! kenegerian sangat we all nih! Taklah... bukan macam tu masing-masing mestilah ada pilihan sendiri ikut citarasa sendiri. Perlawanan Sweeties vs. Olympus sengit hingga ke akhir dan kesudahahnya kemenangan berpihak kepada Sweeties seperti mana yang we all jangka. Mereka yang menang dapat hadiah berupa RM tapi tak ambil tahulah pulak berapa RMnya? Muahhaaaa...nampak tak.. nampak tak??? Itu maknanya SAINS masuk lisus bukan kerana RM tapi sesaja nakkan experience.

Okay! perjuangan belum berakhir. Tungggu... Sukan Bekalan Air SeMalaysia aka SBAM di Perak nanti.

You Might Also Like

2 comments

  1. TAHNIAH DAH MARA KE PERINGKAT SETERUSNYA...HEBAT SKIL PERMAINAN SETIAP ANGGOTA TEAM TU...

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me