Jenis Flats Pilihan Wanita - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Jenis Flats Pilihan Wanita

10 Oktober 2016

Jenis Flats Pilihan Wanita

As Salam and greetings to dear readers.

Kalau dah namanya wanita Mrs. A yakin dan percaya mesti kasut depa lebih dari satu. Rasanya bukan setakat lebih dari satu, dua , tiga, empat pun boleh jadi. [eh! Mrs. A lettew....]. Jenis kasut pilihan Mrs. A adalah kasut flats.

Tak kisahlah kat mana pun kita berada, kita sentiasa memerlukan kasut yang menawan untuk melangkapkan penampilan kita. Kadang-kadang pening memikirkan kasut apa yang nak dipakai dah tu pulak bila nak shopping kasut tak tahu nak beli yang mana satu sebab rambang mata.

Walaupun pemakaian high heels menjadikan si pemakai kelihatan lebih menyerlah dengan ketinggian yang ideal.


Namun ia memberikan kesakitan kepada kaki apabila dipakai untuk jangka masa yang panjang. 

Ha!!! oleh sebab itu kalau kita nak jalan-jalan atau nak pergi office dan memerlukan kita banyak berjalan, meh sini Mrs. A kongsikan jenis-jenis kasut flats yang sangat sessssuai... dan menjadi pilihan ramai sebab ianya bukan saja kelihatan comel tapi juga membuatkan kita rasa selesa sepanjang hari.
Ballerina Flats
Pilihan pertama Mrs. A yang paling sesuai dipakai bersama koleksi baju kurung adalah ballerina flats. Ferfeeling cute dan kelihatan feminine gitew. Walaupun pakai baju kurung tapi kalau pakai ballerina flats ni nak berlari pun boleh uols.

Lagi kalau nak lebih simple dan kasual. Semestinyalah strappy sandal.

Strappy Sandals
Strappy sandals ini sangat sesuai digayakan dengan koleksi kasual seperti jeans dan tees. Tak kisahlah samada seluar jeans ataupun skirt jeans dedua pun boleh.


Loafers
Dan jenis kasut flats yang seterusnya adalah loafers. Loafers ini adalah jenis flats my all time favorite dari zaman sekolah hinggalah ke zaman bekerja sehingga sekarang.Loafers sentiasa menjadi pilihan Mrs. A sebab ia memberi keselesaan yang ideal. Macam-macam colour dan rupa loafers Mrs. A ada. 

Loafers boleh digayakan dengan macam-macam jenis pakaian,  baju kurung boleh, baju formal ke pejabat pun boleh yang penting sekali iainya sangat selesa dipakai tak kira di mana walaupun ketika memandu tak perlulah nak tanggal-tanggalkan kasut tu ya.

Okay! itu sahaja nak kongsi cerita Jenis Flats Pilihan Wanita. Semoga memberi idea buat readers yang tengah memikirkan nak beli kasut flats tu.


8 ulasan:

  1. Wkmsalam.
    Pemakaian kasut high heels yang berterusan boleh mendatangkan mudarat utk jangka panjang.

    BalasPadam
  2. Baru ku tahu jenis-jenis dia. Selama ni main rembat jek. Kiranya saya ni penggemar Strappy Sandal lah ye sebab banyak sandal-sandal saya menjurus ke arah tuh.

    BalasPadam
  3. sy prefer yg simple tp bla beli kasut ni sy terpaksa tmbh 1 saiz lg kalu x sempit

    BalasPadam
  4. Kasut flat mudah untuk berjalan.. Tak de lah sakit kaki lebih-lebih lagi waktu naik tangga. Fuh!

    BalasPadam
  5. Flats and sneakers! Paling selesa untuk pakai pergi class hehehe.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©