Outing tengok movie KKN Di Desa Penari - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Outing tengok movie KKN Di Desa Penari

21 Jun 2022

Outing tengok movie KKN Di Desa Penari

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Outing tengok movie KKN Di Desa Penari. Mrs. A tengok movie KKN Di Desa Penari ini berdua aje dengan Adik ini pun atas idea Aryssa sebabnya pada masa yang sama dia minta izin nak keluar dengan kawan-kawan dia a.k.a girls day out. Dia minta Mrs. A hantarkan lagipun pada tarikh 22052022 tu babahnya takde, oustation ke Bintulu. 

Terlanjur hantar tu baik Mrs. A outing sekali terasa malas pulak nak hantar pastu balik, pastu pergi jemput dia haish!  I is malas gittewww... lagipun Adik kata dia nak tengok movie KKN Di Desa Penari. Kekdahnya Mrs. A pun menghabiskan masa berdua dengan Adik dan Aryssa pulak dengan kawan-kawannya. Tempat pilihan Aryssa dan kawan-kawan adalah di Palm Mall. Adik dan Mrs. A pun sama tapi we all buat hal masing-masinglah.

Dah sampai depan Palm Mall tu turunkan Aryssa dulu. Aryssa and the gang dah janji tempat pertemuan adalah di main entrance Palm Mall. Sementara Mrs. A dan Adik teruslah drive ke dalam bangunan Palm Mall untuk mencari parking. Subhanallah dipermudahkan olehNYA dapat parking senang dah tu pulak betul-betul depan sliding door pintu masuk. Ditakdirkan pada saat dan ketika itu ada satu kereta nak keluar terus Mrs. A masuk tempat yang dikosongkan itu. Alhamdulillah 💖💖

Outing tengok movie KKN Di Desa Penari. 

Outing tengok movie
Beli tiket di mesin layan diri 

Dah siap-siap beli tiket tu we all pergi lunch dulu. Mrs. A dengan Adik nak lunch nasi kekdahnya tempat pilihan hati semestinyalah di Black Canyon Restaurant.

Outing tengok movie
Pilih lunch set for 2. Mixed vege., sweet&sour chicken, clear soup dan juga nasi petak bak kata Along anak sulung Mrs. A muahahhaaa....

Outing tengok movie
Mexican ice coffee for Mrs. A & Black crunch ice blended for Adik

We all lunch cepat-cepat aje tak dapat nak menghayati makanan pun huhuhuuu... al-maklumlah pesanan sampai lambat sebab ramai orang. Itupun terlambat juga masuk Hall 3 tu show dah mula pun huhuhuu... selalunya bukankah sebelum movie tu berderet-deret iklannya. Tiberr...

Sejujurnya sebelum ini Mrs. A tak pernah tahu atau pun follow kisah asal KKN di Desa Penari yang dikatakan kisah benar berdasarkan twit pengguna Twitter "SimpleMan". Tahu pun bila Adik dan Aryssa bercerita kisah KKN di Desa Penari ni hurmmm... kesian ibu ketinggalan katanya. 

Ceritanya bermula di sebuah kampung bernama Desa Penari.  6 orang mahasiswa datang nak settlekan tugasan lapangan mereka sebelum grade. Suasana kampung ini aje dah seram terletak di pedalam di Pulau Jawa kalau berdasarkan kisah benar tulah. Nak masuk ke Desa Penari ini memang jauh betul dari pusat bandar mula-mula kena naik van berjam-jam dah naik van tu pulak kena naik motorsikal disebabkan jalan sempit van tak boleh lalu. 

Outing tengok movie KKN Di Desa Penari
Outing tengok movie
 Kuliah Kerja Nyata KKN di Desa Penari 

Sewaktu mereka mula-mula sampai dan berjumpa dengan kepala kampung dah macam-macam pantang-larang dipesan jangan buat. Tapi biasalah ada yang degil pantang-larang tu tak diendahkan sangat. Desa Penari ini memang sebuah kampung yang sendu dengan kemudahan asas. Tiada elektrik dan jugak tiada air paip. Kalau nak mandi kena pergi mandi perigi. Aduh!!! sewaktu adegan Nur dengan Widya nak pergi mandi di bilik air tu. Bilik air dan suasana di bilik air itu pun memang menyeramkan. Waktu mereka masuk sorang-sorang tu si Badarawuhi dah mula mengacau dan munculkan diri.

Setelah beberapa hari di Desa Penari macam-macam kejadian aneh dan mistik telah menimpa mereka. Si Widya tu asyiklah menari tapi dia tak sedar. Nur pulak selalu terselamat rupanya dia ni ada penjaga patutlah setiap kali ada benda nak kacau Nur mesti ada kelibat nenek bongkok tu. Bima yang pada awalnya seorang yang baik dah berubah jadi pendiam dan buat hal sendiri. Ayu pun dah berperangai pelik dia ni rupanya ada simpan perasaan dengan Bima. Badarawuhi tu pun dapat mempengaruhi Ayu.
Ceritanya memang menarik tapi memang terdapat unsur syirik dan kurafat. Kita sebagai umat islam tak boleh percaya bimbang terpesong akidah.

Kena tengok sampai akhir baharu faham kisah kejadian sebenar. Kenapa Ayu dan Bima mati. Nak citer panjang lebar malaslah pulak ngeh! ngeh! ngeh! Mohon readers googlelah ya banyak aje blog yang share reviews movie KKN Di Desa Penari.



11 ulasan:

  1. Ooo, citer Indon ke. Lama tak tengok wayang.
    Sedapnya, tengok kopi black canyon. :)

    BalasPadam
  2. komen off tajuk.. Sedapnya nasi dan black crunch coffe black canyon tuuu.. lama tak pekena..hihi..

    BalasPadam
  3. seram sangat ke biasa2 je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. seram jugak cuma takdelah banyak adegan terkejut-terkejut

      Padam
  4. Memang viral cerita ni tapi takut nak tengok. Haha.

    BalasPadam
  5. Cerita Indo ya? Itulah pelik tajuk KKN

    BalasPadam
  6. nanti nak cari dlm telegram la...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©