As Salam and greetings to dear readers.
13 Syawal - Pergi Kenduri Kahwin Anak Kawan Sekolah. Ini adalah kawan ex-Stadian Mrs. A yang juga merupakan ex-classmate. Nak dijadikan cerita ini adalah majlis yang tertunda. Actually majlis ini telah dirancang awal lagi dari tarikh ini tapi malangnya beberapa hari sebelum majlis, mereka sekeluarga telah disahkan positif covid19. Ujian buat sahabat Mrs. A, Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar telah berjaya mereka lalui.
Ketika bersekolah dahulu Lin duduk di Seremban tapi tak sangka pula sekarang ini beliau dah sekampung dengan Mrs. A 😄😄😄 Mrs. A perasan pun time tengok map pada jemputan kahwin anaknya tu majlis diadakan di Kg Hj Sulaiman, Linggi Lubok China. Punyalah teruja terus Mrs. A whatsApp Lin tanya "eh! ni kampung sayalaa... sejak bila awak pindah sini hahaha!". Lin kata dia dah beli tanah dan buat rumah di situ. Laaaa... kisahnya punyalah lama Mrs. A tak ronda-ronda kampung sampai ada rumah baharu pun tak perasan. Ialah PKP pun dah 2 tahun mana ada kesempatan nak meronda keliling kampung.
13 Syawal - Pergi Kenduri Kahwin Anak Kawan Sekolah.
Bergambar bersama pengantin dan Lin, husband ea mana ntah busy layan tetamu 😊. Anak Lin yang lelaki. |
Walaupun we all ex-classmate janji nak jumpa kat kenduri kahwin anak Lin ni tapi tulah tak semua dapat jumpa. Ada yang dah balik ketika Mrs.A sampai ada pulak yang sampai ketika Mrs.A dah balik.
2 orang ex-classmate yang sempat jumpa dan bergambar Izan dan Janirah |
Ketika Mrs. A dan dua orang rakan lagi tu sampai orang dah tak ramai sangat so dapatlah lepak lama sikit sambil layan life band. Seronok pulak rasa melayan life band di kenduri kahwin 😆😆😆
Selepas itu Mrs. A sekeluarga singgah rumah mak Mrs. A haish! dah katanya sekampung haruslah singgah. Mak Mrs. A tak pergi pun tak larat nak jalan katanya mak-mak sedara Mrs.A yang dua orang tu je pergi kenduri tu wakil gittewww...
Nak balik dah! |
nasib baik sembuh covid sebelum majlis
BalasPadamGitu la musim covid ni, banyak yg tertunda...
BalasPadamrezki dpt mkn kenduri
BalasPadamskrg musim org kawen
BalasPadamseronok dpt jumpa kawan2
Cantik, sama padan pengantin.
BalasPadamSeronok, dapat jumpa kawan-kawan satu sekolah yang lama tak jumpa.
Alhamdulillah.. berjalan lancar ye.. Lama tak ke kenduri macam nie..
BalasPadamAlhamdulillah, dapat juga langsungkan majlis biarpun tertunda.
BalasPadamalhamdulillah dpt juga bt kenduri
BalasPadamwahh sonoknyerr kawen.. 😅
BalasPadamAlhamdulillah..sekrg ni dah byk kenduri sana-sini...meriah!
BalasPadam