As Salam and greetings to dear readers.
Panggilan Haji. Alhamdulillah rezeki muda-muda lagi dah dapat panggilan menunaikan fardhu haji rukun islam yang ke 5. Eh! ingat Mrs. A lettew....😇😇😇 Actually kawan Mrs.A dan husband beliau yang dapat panggilan haji tersebut. Menurut kawan Mrs. A tu dia pun tak sangka dan terkejut dapat surat dari tabung haji mengatakan dia dan husband diterima untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Panggilan Haji.
BFF |
Saja nak bagitahu kawan Mrs. A yang ini adalah childhood friend Mrs. A sama satu kampung, sekolah rendah pun sama dari darjah satu sampailah darjah enam Bila dah sekolah menengah terpisah sekejap sebab dia bersekolah aliran agama tapi bila tingkatan dua ke tingkatan tiga dia berpindah ke sekolah yang sama dengan Mrs. A katanya tak boleh nak hadam bahasa Arab muahahhaaa....
Tingkatan empat dan lima berpisah sekolah semula. Mrs. A berpindah ke sekolah STAD dia pulak kekal di SEMELUNA. Kemudian sewaktu tunggu resutls SPM pernah kerja cashier di Parkson Grand Mahkota Parade sama-sama. Allahu bila dikenang macam-macam dan banyak sangat kenangan yang kami lalui bersama. Berpisah sekejap busy dengan hidup masing-masing kemudian bertemu semula last Mrs. A jumpa adalah sewaktu anak sedara beliau meninggal dunia [SINI] sehinggalah sekarang on and off. Alhamdulillah last Saturday 25062022 dengan izinNYA dapat menghadiri jemputan kenduri beliau sempena hendak menunaikan fardhu haji.
D.A dan husbandnya akan berangkat ke tanah suci pada 2 Julai 2022 katanya penerbangan kedua terakhir. Sewaktu kenduri hari tu dia bagitahu yang visa mereka belum lulus lagi. Itulah sedikit yang merisaukan dan mereka minta sama-sama mendoakan dipermudahkan proses kelulusan. Alhamdulillah pada 27062022 D.A whatsApp katanya baru dapat berita yang visa dia dan husband telah pun lulus. Alhamdulillah Mrs. A tumpang happy bila dapat tahu.
Okay jom bergambar couple pulak 😊😊
Sebelum pulang haruslah bergambar dulu 😊 |
Didoakan mendapat haji yang maqbul kepada D.A dan husband. Doakan kami juga ya dapat menunaikan haji ketika muda-muda macam uols. InSyaAllah.
Seronoknya masih berkawan dari sekolah rendah.
BalasPadamMoga Mrs A dan suami pun dapat panggilan juga.
Sronok dpt panggilan Haji diusia muda...Semoga dipermudhkan segala urusan kwn Mrs A...opismates nextweek 5julai penerbangan terakhir
BalasPadamBetapa mahalnya sebuah persahabatan itu. Seronoknya dpt pergi haji. Semoga kita semua berkesempatan. amiinn
BalasPadamseronok nya la kan muda2 dah dpt gi Haji.. mcm ako bila dah ada penyakit, alamat nya ke tanah suci macam kabur2 gitu....
BalasPadamSemoga mendapat Haji Yang Mabrur...amin...
BalasPadamalhamdulillah.
BalasPadammoga mereka beroleh haji yg mabrur.
aida pun idamkan utk dijemput ke sana di usia muda, mrsA.
sihat. bertenaga in shaa Allah utk beramal ibadah di sana.
Ramai pasangan yang muda-muda dapat kali ni. Sebab syarat pun dah ketat kan, seperti BMI dan penyakit. Semoga sahabat Mrs. A dan pasangannya mendapat haji yang mabrur, dan selamat pergi dan pulang.
BalasPadamAlhamdulillah. Semoga mudah urusan di tanah such. Selamat pergi dan balik. Jujur, jeles je rasa.
BalasPadamamiin....semoga dipermudahkan urusan kawan Mrs A di tanah suci..
BalasPadamAllahuakbar...
BalasPadambila hati sentiasa meminta untuk dijemput...insyaallah Allah tak hampakan harapan hamba-hambanya.
tahniah kpd kawan Mrs A... sy harus menunggu lebih lama lagi... sabar je la....
BalasPadamAlhamdulillah. Semoga mereka berdua dan jemaah lain juga mendapat haji yang mabrur
BalasPadamMemang rezeki la. Tahniah kepada kawan Mrs A. Best kan muda2 boleh buat Haji
BalasPadam