4 Syawal - Berhari Raya Ke Melaka - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: 4 Syawal - Berhari Raya Ke Melaka

3 Jun 2022

4 Syawal - Berhari Raya Ke Melaka

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

4 Syawal - Berhari Raya Ke Melaka. Pada minggu awal-awal raya famili Alang dan Mrs. A masih lagi berada di kampung. Itu yang pada 4 Syawal Mrs. A dan Alang planning berhari raya ke Melaka. Mulanya nak beraya ke rumah Angah sahaja ntah! macam mana timbul pulak idea Mrs. A nak ajak pergi beraya rumah cousin Mrs. A yang kat Klebang tu. Cousin Mrs. A ni memang selalu ajak bertandang ke rumahnya tapi tulah asyik tak berkesempatan aje.

Bergerak dari kampung dalam pukul sebelas lebih Mrs. A satu kereta dan Alang satu kereta. Kereta Mrs. A empat orang je.  Aryssa dan Mr. A tak join cause dah balik Seremban sehari sebelum tu. Kereta Alang, family dia tambah lagi 2 orang mak sedara.

4 Syawal - Berhari Raya Ke Melaka.

Berhari Raya
Kami on the way ni 😊

Berhari Raya
Mula-mula raya rumah Angah

Disebabkan tak pernah pergi rumah cousin Mrs. A yang di Klebang tu so Mrs. A calling-calling dia dulu minta location. Kekdahnya we all convoi tiga kereta ke rumahnya di Klebang. Ketua konvoi haruslah Bangah dia duduk Melaka haruslah tahu selok-belok nak ke Klebang.

Time we all sampai ingatkan family Ana aje rupanya ada juga cousin Mrs. A yang lagi 2 orang S dan B. Cousin Mrs. A yang ni ada 5 orang beradik masa kecik-kecik we all memang rapat. Depa ni dah yatim piatu arwah ayah depa adik-beradik dengan mak Mrs. A iaitu arwah Paklong. Arwah maklong yang meninggal dahulu sebelum Paklong lama juga dah time tu umur Mrs. A awal 20an kalau tak salah.

Berhari Raya
Ana si tuan rumah. Emak Mrs. A ni touching la pulak terkenang zaman dulu-dulu

Berhari Raya
Emak dan anak-anak sedaranya

Berhari Raya
Emak-emak sedara dan anak-anak sedara

Sejenis Mrs. A memang selalu tak teringat nak snap gegambar juadah raya muahahhaaa... Main course di rumah Ana adalah bihun goreng, ada juga KFC, nasi himpit, kek dan macam-macam jenis kuih raya ada cookies dan ada juga jenis kerepek-kerepek. Dah lama tak jumpa haruslah sembang sampai tak hengat donia 😜😜😜 dah lepas Asar barulah we all gerak balik.

Berhari Raya
We are cousins 😍

Berhari Raya
Last sekali gambar beramai-ramai tapi yang gegirls anak Ana dan S tak join tukang snap gambar 

Alhamdulillah masing-masing happy dan excited sangat cause dah lama tak jumpa. Semoga ukhwah yang terjalin bertambah erat dan kekal sampai ke syurga.








11 ulasan:

  1. tak snap gambar makanan takpe, janji sempat snap gambar bersama saudara-mara buat kenangan

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah semoga silaturrahmi tidak putus.

    BalasPadam
  3. selalu je tak ingat nak ambil gambar makanan... bila ingat..makanan dah habis

    BalasPadam
  4. kekdahnya memang meriahlah sambutan raya kali ini

    BalasPadam
  5. MERIAH BERAYA MENYANTUNI SAUDARA MARA

    BalasPadam
  6. Nikmat bila dapat berkumpul. Saling meraikan.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Waktu raya la, dapat jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah dapat kunjung mengunjung..

    BalasPadam
  9. bila dh boleh raya ni pakat2 ke rumah ziarah menziarahi

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, dapat beramah-mesra, berhari raya...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©