Aryssa dan Keputusan SPM 2021 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Aryssa dan Keputusan SPM 2021

17 Jun 2022

Aryssa dan Keputusan SPM 2021

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Aryssa dan Keputusan SPM 2021. Alhamdulillah. Semalam 16062022 berakhirlah satu penantian keputusan buat pelajar-pelajar SPM 2021. Tamatlah sudah debaran Aryssa Hani anak Mrs. A yang nombor dua tu 😍😍😍 Malam sebelum hari keputusan tu boleh pulak dia tak tidur. Tidur pun 2 jam aje katanya. Haish! lah Aryssa SPM aje kot.

Pada hari kejadian Mrs. A tak hantar pun sama jugaklah sewaktu Along [SINI] cuma beza Aryssa babahnya yang hantar. Dalam group WhatsApp 5K cikgu dah maklumkan jika pelajar dan ibubapa yang hendak hadir digalakkan hadir pada pukul 10 pagi ke atas kerana dalam pukul 9 pagi pihak sekolah ada taklimat terlebih dahulu. Tapi jika nak hadir awal pun boleh juga cikgu maklumkan ada beberapa IPTS ada membuka booth di dewan sekolah. Ibubapa dan pelajar yang hadir awal bolehlah survey-survey jika berminat.

Aryssa dan Keputusan SPM 2021.

keputusan.SPM2021
Gambar curi dari FB Aryssa 😝

Berbeza dengan Along dia sabar aje amik keputusan secara tradisi iaitu pergi sekolah beratur amik sijil dari cikgu baru tahu keputusan. Aryssa sejenis yang tak sabar sebelum ke sekolah tu dia dah sms nak tahu keputusan dia. Bila tak dapat result dia WhatsApp cikgu kelasnya. Cikgu pulak cakap saya dah tahu keputusan awak Aryssa sambil bagi emoji 😭 nak tahu keputusan sebenar cepat datang sekolah kata cikgunya. Lah! hai! cikgu ni pun sampai hati mainkan emosi member muahahaaaa... Aryssa tetap tak puashati try online pulak jeng..jeng..jeng... Alhamdulillah akhirnya dia tahu juga sebelum sampai sekolah. Patutlah Mrs. A pelik dalam pukul 10.04 minit pagi dia dah WhatsApp Mrs. A keputusan dia walhal belum sampai sekolah lagi. Tak lama tu dalam pukul 10.06 minit pagi tersebar sudah keputusan SPM Aryssa Hani dalam group family Giboi oleh babahnya.

Tahniah! Aryssa Hani dapat keputusan yang menggembirakan ibu dan babah serta keluarga. Aduhai! keluar air mata kesyukuran ibu waktu tengok keputusan tu agaknya itulah apa yang cikgu maksudkan dengan emoji cenggini 😭. Mohon rakan bloggers doakan Aryssa dapat sambung belajar di tempat yang dihajati dengan course yang dia mahu.

Kecoh betul Aryssa bercerita semalam tumpang bangga dengan Aliya kawan sekelas dia tu tak sangka dapat straight A dah tu best student adalah datang dari kelas 5K. Gang-gang Aryssa pun semua result baik-baik belaka alhamdulillah anak-anak didoakan terus maju jaya pada masa hadapan kerana SPM hanyalah permulaan untuk satu perjalanan yang masih panjang. 

Sejujurnya Mrs. A terima seadanya apa pun keputusan anak-anak banyak A ke tak banyak A ke tetap diraikan. Buat anak-anak yang telah berusaha sebaik mungkin tapi tidak mendapat keputusan sepertimana yang dimahukan redhakan hati menerimanya, bersangka baik dengan Allah teruskan berusaha jangan kecewa perjuangan masih panjang anda hanya kalah satu pertempuran.

Mrs. A mengikuti jugaklah socmed berkaitan feed-feed yang memberi semangat buat mereka yang tidak mendapat A atau pun banyak A dan Mrs. A bersetuju juga dengan feed tersebut. Pendapat Mrs. A sama bukanlah tidak meraikan mereka yang mendapat A itu cuma ingin menyuburkan semangat para pelajar yang bersungguh-sungguh tetapi pencapaian mereka sederhana dan biasa-biasa sahaja bak kata PHM.

Okay itu sahaja nak share kisah Aryssa dan Keputusan SPM 2021 eh! dah terpanjang pulak ibunya membebel.


PHM = Pahrol Mohamad Juoi


12 ulasan:

  1. Hilang debaran. Masa untuk mohon IPT pula.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, tahniah atas keputusan yang diterima.. Selamat maju jaya Aryssa..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, tahniah Aryssa...masa utk melangkah ke IPT pula..

    BalasPadam
  4. alhamdulillah...tahniah Aryssa..moga semua yg dihajati tercapai..aamiin

    BalasPadam
  5. alhamdulillah. tahniah aryssa & mamanya. Semoga terus cemerlang, dunia dan akhirat. Allahumma ameen.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah tahniah Aryssa & ibu ayahnya juga :)
    Raikan usaha anak, moga bercambah semangat mereka utk terus berusaha di masa depan sbb perjalanan mereka baru bermula kata orang...
    Anyway, all the best Aryssa in your future undertakings!

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Syukur dan tahniah. Semoga selepas ini terus dimudahkan urusan untuk meneruskan ibadah menuntut ilmu diperingkat lebih tinggi. Aamiin.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah. Tahniah untuk Aryssa dan Mrs A juga. :)

    BalasPadam
  9. syukur Alhamdulillah. tahniah! keep it up!

    BalasPadam
  10. Tahniah buat Aryssa dan MRs A... lepas ni insyallah dapat sambung belajar dengan course yg diminatti :)

    BalasPadam
  11. tahniah.
    anak sulung aida, thn depan spm.
    sekarang sedang berkelas tambahan tiap hari.
    benar la tu. sikit A, byk A, alhamdulillah.
    lulus. and dpt peluang ke universiti, in shaa Allah :)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©