Salam Jumaat : Kuliah Dhuha Pertama Di Tahun 2020 Tajuk "Sabar" - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Salam Jumaat : Kuliah Dhuha Pertama Di Tahun 2020 Tajuk "Sabar"

10 Januari 2020

Salam Jumaat : Kuliah Dhuha Pertama Di Tahun 2020 Tajuk "Sabar"

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat : Kuliah Dhuha Pertama Di Tahun 2020 Tajuk "Sabar". Alhamdulillah pagi tadi Mrs. A dengan izinNYA dapat hadir ke Kuliah Dhuha yang pertama di tahun 2020. Telah menjadi rutin syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini mengadakan kuliah Dhuha percuma untuk kakitangan yang berkelapangan dan yang sudi hadir. #tiadapaksaan

Kuliah Dhuha anjuran office ni kebiasaannya diadakan pada hari Jumaat samada sekali ataupun dua kali sebulan. Mrs. A dah pernah post entry berkenaan kuliah Dhuha anjuran office ni dahulu [SINI]
tapi tu jelah sekali kot muahahhaaa... walaupun dah berkali-kali kuliah Dhuha dan macam-macam tajuk ustaz kongsikan tapi tulah fiil malas Mrs. A nak memblog tu amat sukar nak diubati. Tetapi sempena tahun 2020 ini Mrs. A berazam setiap kali kuliah Dhuha yang Mrs. A dapat join InSyaAllah Mrs. A nak kongsi di blog picisan Mrs. A ini. [oppsss! jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah ya Mrs. A ooiii!]

Salam Jumaat : Kuliah Dhuha Pertama Di Tahun 2020 Tajuk "Sabar".

salam-jumaat
Penceramah jemputan masih sama iaitu YBhg. Dato' Ustaz Rashidy Jamil Al-Rashid
Adoiiila dah nak habis Jumaat dah pun muahhhaaaaa... lunch hour tadi draft tapi tak sempat post. Okay takpe sambung citer kuliah Dhuha tajuk "Sabar" secara ringkas ajelah yang Mrs. A ingat menurut ustaz sabar itu adalah salah satu sifat mahmudah yang wajib ada dalam setiap diri umat Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kenapa kita perlu bersabar itu memang ada dinyatakan dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah: ayat 153).

Dalam setiap ujian yang Allah berikan kepada kita wajib kita bersabar dan redho. Contoh kata ustaz sekiranya kita diuji dengan ditimpa sakit hendaklah berbanyak-banyak istighifar dan redho kerana ia telah ditakdirkan. Dengan sifat sabar menerima takdir itulah kita akan mendapat pahala tapi sekiranya kita marah-marah dan tidak dapat menerima dengan redho takdir tetap berlaku, telah berlaku dan sedang berlaku,kita pulak langsung tak dapat apa-apa pahala ada kemungkinan pulak menambah dosa lagi katanya. Kita juga hendaklah istiqamah dalam bersabar selagi ianya tidak menyalahi hukum islam.

Tetapi kata ustaz ada juga sesetengah perkara kita tak perlu bersabar dah, contohnya macam bila kita tahu ada orang yang menghina islam ataupun menghina Nabi kita wajib kita pertahankan dengan apa cara sekalipun. Pastu sempat pulak ustaz melawak bagi contoh yang tak perlu sabar tu iaitu kalau orang peluk bini kita ha! takkan kita nak bersabar jugak kot. Apa lagi kita ajarlah cukup-cukup biar padan muka orang yang kurang ajar tu ehh! hahahaaa....

Okay itulah antara yang Mrs. A ingat ceramah ustaz berkenaan tajuk "Sabar". So dear readers sabar yolah dah tengah malam baru Mrs. A nak publish kisah Salam Jumaat : Kuliah Dhuha Pertama Di Tahun 2020 Tajuk "Sabar".



21 ulasan:

  1. Alhamdulillah Mrs A , seronok kan kalau dapat sertai majlis ilmu macam ni

    BalasPadam
  2. Sabar pada ujian-Nya
    Ada hikmah di sebalik kesabaran itu

    BalasPadam
  3. waalaikumussalam. alhamdulillah terima kasih sudi kongsi info ^_^

    BalasPadam
  4. Selalu datang marah dulu baru sabar. Tu payah.

    BalasPadam
  5. Tulah nak sabar dan kurang marah-marah untuk tahun ini.

    BalasPadam
  6. Bgs opis ada buat majlis ilmu mcm ni

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..bagus ada kelas agama mcm ni..

    BalasPadam
  8. Permulaan tahun baru yg bagus

    BalasPadam
  9. assalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sm mcm sebelum ni.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...

    BalasPadam
  10. Sebenarnya besar hikmah orang yang bersabar ni kan. Kadang kita cuba sedaya upaya jadi ornag yang sabar tapi manusia biasa kan. Faham faham sajalah. Kadang hilang juga sabar tu tapi bila tersedar kena cepat cepat sedar.

    Done follow blog😊

    BalasPadam
  11. Bestnay dapat ilmu...salam singgah dan salam kenal :)

    BalasPadam
  12. hai , salam perkenalan , datang singgah dan follow , jom follow sys balik https://bondayana393.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. Sabar memang perlu tapi mestilah kena pada tempatnya..
    Hahaha pandai juga ustaz buat lawak..

    BalasPadam
  14. Betul.. Sabar kena ada tempat..

    BalasPadam
  15. bagus Mrs.A share dalam blog. Boleh panjangkan ilmu dan bila kita taip balik, lagi kuat dalam ingatan. semoga tercapai impian nak share setiap kali lepas kuliah dhuha or apa2 majlis ilmu.

    BalasPadam
  16. kalu dekat nk jg sy join kuliah ni

    BalasPadam
  17. Kelakar juga part yang tak boleh bersabar tu. Haha.. Bagus bila dapat dengar kuliah macam ni. Sebab rohani kita pun perlukan 'makanan' juga, kan. Hihi. Semoga dapatkan kongsikan lagi kuliah-kuliah yang akan datang. =)

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah.. tq Mrs A atas perkongsian ini..

    BalasPadam
  19. terbaek.. semoga lebih banyak lagi majlis ilmu mcm ni..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©