Mykori Senawang - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mykori Senawang

19 Januari 2020

Mykori Senawang

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Mykori Senawang. Selepas balik dari klinik veterinar semalam Adik dengan Aryssa duk hebohlah mengajak Mrs. A pi Mykori Senawang. Mulanya Mrs. A kata babah suruh ibu masak acaner nak pergi esok ajelah. Tapi depa dua punyalah cekap cepat-cepat cakap kat babahnya nak ajak ibu pergi Mykori Senawang pastu babahnya boleh pulak kata pergilah. So kekdahnya Mrs. A pun pergilah memenuhi permintaan anak-anak sibuk sangat nak pergi Mykori Senawanglah pulak dah duk nyanyi-nyanyi dari minggu neneknya ada dulu tu.

Ini adalah pertama kali Mrs. A pergi Mykori Senawang. Mykori Senawang ni terletak berdekatan area Mydin Senawang dan jugak area Jakel Senawang tu baharu Mrs. A tahu di area shoplot Mykori Senawang inilah terletaknya jugak Butik Telekung Siti Khadijah #SK selama hari ini duklah fikir SK yang kat Senawang tu dimana ya? rupanya di sini aja eh!

Mykori Senawang.

Mykori Senawang
Mykori Senawang, Seremban
Mykori Senawang
Mykori - Popcorn Mini Kakigori pilihan Aryssa
Mykori Senawang
Mykori - Chocolate Tiramisu Mini Kakigori pilihan Adik
Mykori Senawang
Kenko Kakigori yang ni pilihan Mrs. A
Kenko Kakigori tu isi kandungan ikut pilihan kita step 1 pilih nak susu atau yogurt, step 2 pilih 2 fruits dan step last pilih 3 jenis cereal pulak. Mrs. A suka yang kenko lagi dari yang kakigori biasa cause Mrs.A suka manis cuma tulah patutnya semalam pilih susu tapi Mrs.A pilih yogurt pulak so dapatlah rasa yogurt yang tak semanis susu tu kans... tapi tak kisahlah yang penting berjaya dihabiskan alhamdulillah.

Mykori Senawang.

Semalam tu Adik dan Aryssa ada jugak order Taiyaki. Ntah apo ko bondo ea Mrs. A layan jelah..

Mykori Senawang
Kiri Aryssa punya chicken slice & cheese taiyaki
Kanan Adik punya chocolate banana taiyaki
Tengok dalam gambar macam kek tapi bila dapat tepung biasa jer ghupernya tapi depa modified serupa ikan ha gitteww... dari segi rasa pulak bolehlah lembut dan boleh layan.

Okay itu sahaja kisah Mrs. A melayan permintaan anak-anak nak pergi Mykori Senawang. Kisah Mykori Seremban 2 [SINI]





29 ulasan:

  1. Wah sorang satu mykori dan kakigori ye. Habis tak semua?

    BalasPadam
  2. makan lak sekarang ni kan panas memang bestla layan sekerim tu kak ye...
    bijak betul 2 beradik tu, ayahnya mesti benarkan punya demi anak-anak
    dana ingatkan taiyaki tu jenis macam bahulu inti kaya atau jem macam yang korea punya tu... jenis macam bahulu yg dalam ada inti...

    BalasPadam
  3. aida x cuba lagi mykori ni.
    nampak satu outlet ada kat bkt beruang tu hah.
    sebab anak-beranak kurang skit ke arah dessert sejuk gini, mrsA.
    keluarga semput ler kata kan :) ha ha ha ha...

    BalasPadam
  4. sedapnyeeeeee.. kat tmpt sy ade satu mykori.. dekat je tp xpernah singgah lg.. haha

    BalasPadam
  5. slalu kalo p mykori mmg order yg kakigori je..yg mcm ada healty menu ala2 diet tu tk mkn ..yg ikan tu pn tk kesempatan try

    BalasPadam
  6. Alamak...Dania dah berzikir ajak SA lepak sini plak..blom ada masa nak pi je lagi...eh butik SK kat senawang..hahaha..SA baru tau..

    BalasPadam
  7. antara febret gak ni kalo sesekali teringin...

    BalasPadam
  8. mykori baru kali pertama aritu pegi...
    jenis kakigori dia kena pandai pilih, sbb aritu nieyl terpilh yg masam adeh...xleh makan nasib baiklah anak buah suka yg masam2 dia la yang habis kan hehehe

    BalasPadam
  9. ohoohoi tengah2 cuaca panas ni sedapnyaa lahai makan es..

    BalasPadam
  10. bestnyaa. lama teringin nak pergi. ada halal jakim tak sis?

    BalasPadam
  11. memang dessert feveret kami ni mrs A :) kak ana suka kakigori tu

    BalasPadam
  12. bila lg nk layan permintaan wak nih.. hehehe

    BalasPadam
  13. mykori ini asyik tgk kawan-lawan share je..blum singgah wpun dekat je dengan rumah

    BalasPadam
  14. Sedapnya.. Sha tergoda tengok Kenko Kakigori yang Mrs A pilih tu.. Sebab ada kuaci.. kikiki..

    BalasPadam
  15. teringin betul nak try makan ni. nampak sedap.

    BalasPadam
  16. Sedapnya. Belum lagi makan kat Mykori ni. huhu

    BalasPadam
  17. Semua menu sedap ooo Dan sejukk je

    BalasPadam
  18. musim panas2 gini mmg sedap layan mykori ni

    BalasPadam
  19. hari tu lalu, iris heboh ajak singgah. nanti2 la yer...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©