As Salam and greetings to dear readers.
Kuantan - Day 3. Okay sambung lagi kisah di hari ketiga, [day-2 SINI] bolehlah dikatakan yang day 3 ini adalah hari kemuncak kerana pada hari inilah akan diadakan perlawanan bolasepak jelajah silaturrahim ex-Malaysia u16 ('88/'90). Perlawanan bolasepak ex-Mu16 vs veteren pilihan Pahang dijadualkan sebelah petang di padang sintetik Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)
Sebelum itu disebelah pagi ada light workout dengan ATV monsoon challenge hurmmm... macam-macam aksi dan gelagat mencuit hati time ni muahahhaaaa....Tahniah! penganjur a.k.a tuan rumah terbaek!ππ Puak-puak isteri dan anak-anak suka sangatlah cause excited dapat main ATVπππ. ATV challenge tu ada dua kategori satu kategori khas untuk team ex-Mu16 dan lagi satu kategori special untuk family iaitu untuk anak-anak dan isteri. Lokasi adalah di WSAdventure, Pantai Balok yang juga dimiliki oleh salah seorang team ex-Mu16.
Kuantan - Day 3.
Mrs. A was here ✌ |
Puak isteri-isteri @ mommmies kebaboommm |
ππ |
Mr. A get ready untuk ATV challenge nya |
Lama juga masa dihabiskan ketika ATV monsoon challenge ialah untuk kategori team ex-Mu16 dah 20 orang nak menunggu sorang-sorang punya turn habis macam-macam kejadian berlaku ada yang tersangkutlah, ada yang tergoleklah, tersekat lama dihalangan-halangan yang ada hahahaa... kelakar sungguh tengok gelagat masing-masing dah macam perangai budak remaja. Memang depa tak fikir kot petang tu ada game bola muahahahaaa...
Selesai kategori team ex-Mu16 baharulah kategori family pulak walaupun pada mulanya Mrs.A macam takut nak join cause tak pernah naik ATV pun sebelum ini tapi selepas tengok Mrs. Ujang terus iols excited muahahaaaa...
Kuantan - Day 3.
Tunjuk ajar ku sifu π |
Adoiii!!! berdebar tul time ni hahahaa |
Aryssa pun 1st time mencuba tapi tidak dapat meneruskan challenge kerana ter excident tapi syukur tiada sebarang kecederaan. Good try Aryssa yang penting berani mencuba πͺπͺπͺ |
Go Adik go.... πͺπͺπͺ |
Planning asalnya selepas ATV monsoon challenge tu akan diadakan penyampaian hadiah tapi disebabkan dah tak cukup masa lebih kurang pukul 12.00 tengahari macam tu penganjur kata penyampaian hadiah akan diadakan time dinner di tempat yang sama. Kekdahnya we all semua terus bergerak untuk makan tengahari kemudian pulang ke penginapan masing-masing untuk berehat. Petang nanti nak ke MBK sudah untuk games bola pula. Family Mrs. A dan family Nadzirah lunch di Pak Tam Ayam Golek yang lain-lain tak jumpa dah lagipun lunch sendirian berhad gitttewww...
Sebelah petang ke MBK tu tak ramai pun puak isteri-isteri yang turut serta. Menurut mereka yang dah survey tempat tu katanya petang-petang panas dan takde stand untuk duduk melepak. Tapi Mrs. A dan anak-anak tetap setia follow Mr. A ke padang MBK. Apalah sangat setakat panas tu lautan api sanggup ku renangi choiii!!! muahahaaaaa....
Kuantan - Day 3 Padang Sintetik MBK
Ini aje supporter yang gigih hadir ke padang pada petang tu |
Team U16-Ex Malaysia yang muda anak-anak untuk back-up π |
Yang skin head tu gigih juga join macam we all selalu ada di mana-mana tour yang tengah Mrs. A tak familiar |
Penganjur siap tempah jurukamera daripada SLP Studios tiga gambar kat atas ni Mrs. A amik dari FB pages SLP Studios πππ kredit to them.
Ini Mrs. A yang snap π |
Cuba teka siapa yang menang ? rasanya readers mesti dah boleh agak hahahaa...team U16-Ex Malaysia masih mengekal rekod tanpa menang mereka walaupun dah tour yang ke lapan muahahhaaa.... hurmmm... tak kisahlah janji happy dan ukhwah terjalin katanya.
Dah habis game teruslah bergegas pulang semula ke penginapan di Timur Bay perjalanan pulang time ni agak lama juga disebabkan traffic jam. Kemudian selepas isyak we all ke WS Adventure semula untuk dinner dan penyampaian hadiah dan cenderahati.
Kuantan - Day 3.
Aqil H encem boy. Tahniah anak ibu πππ |
Pemenang untuk kategori team U16-Ex Malaysia adalah saudara Faizal a.k.a Peja gambar ada tapi tak perlulah expose kot hehehee....
Alhamdulillah day 3 yang sungguh padat dengan aktiviti berjalan lancar. Okay itu sahaja next last day InsyaAllah soon.
syok tu main ATV tp tula berdebar juga kan
BalasPadamSelamat beriadah kekdahnya
BalasPadamwahhh bestnya aktiviti kt sana kak, aktif betul suami akak punya geng bola tu ya
BalasPadammeriah berkumpul ramai-ramai. hebat Mrs.A, saya pun tak berani bawak ATV sndiri
BalasPadamAKTIVITI MENYERONOKAN TAK LETIH KAN
BalasPadamBestnya main ATV tu.
BalasPadamTeringin nak try main ATV tu hihi...
BalasPadamBestkan sesekali berkumpul ramai-ramai. Meriah
BalasPadamtak tau kenapa, uncle gayat naik ATV... huhuhu
BalasPadamtahniah kpd semua pemenang..aktiviti padat di hari ke-3, dari pagi sampai malam..
BalasPadamAna pernah cuba sekali naik ATV tu. Takut dan gayat pun ada tp berjaya lah atasi ketakutan tu.
BalasPadamPenuh aktiviti. Hehe semangat bersukan walaupun tidak menang.
BalasPadam