Mr. A telah selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah. - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mr. A telah selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah.

5 Januari 2022

Mr. A telah selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah.

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Mr. A telah selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah. Late post huhhuhu.. Actually beliau telah pun selamat kembali ke tanahair pada Ahad 26122021 yang lalu touch down di KLIA lebih kurang pukul 9.30 malam. Rasanya macam baharu sangat hantar ke KLIA [SINI] know-know dah balik 😀😀😀

Kuarantin di rumah a.k.a Home Surveilance Order (HSO) pun telah selesai dilalui. Selamat potong gelang terpaling mahal itu pada sebelah pagi Saturday 01012022. Terdapat 36 orang dalam rombongan umrah beliau dua orang sangkut di Jeddah (swab test result positif covid19) kena menjalani tempoh kuarantin 10 hari di sana. Selebihnya ada yang positif covid ketika telah sampai di KLIA dan ada juga positif setelah dua ke tiga hari berada di rumah. Jemaah yang dibenarkan pulang ke rumah untuk (HSO) (negative Antigen Rapid Test Kit-RTK) telah juga menjalani swab test di KLIA (result 3 hari selepas itu). Namun dinasihatkan juga untuk membuat RTK sendiri setiap hari di rumah. Syukur keputusan RTK Mr. A hampir setiap hari adalah negative. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Mr. A dilindungiNYA dari virus Covid19. Dah! dah! cukuplah citer SOP nih! jom layan gambar pulak 

Mr. A telah selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah.

Mr.A-Umrah
Ketika melawat muzium di Mekah

Mr.A umrah
Buat umrah

Mr.A umrah
Umrah lagi

Ini bukanlah kali pertama Mr. A pergi umrah sebelum ini telah dua kali beliau ke sana cuma ini adalah yang pertama setelah dunia dibadai virus covid19. Menurut Mr. A yang baiknya ketika ini adalah tidak ramai sangat orang lebih mudah untuk menunaikan segala rukun umrah. Paling bersyukur katanya dapat solat betul-betul dihadapan kaabah. Yang tidak berapa disukai pun ada juga iaitu banyak sangat SOP yang terpaksa dipatuhi. Kalau di Malaysia kita kena ada applikasi MySejahtera di Arab Saudi pula kena ada applikasi Tawakkalna dan juga aplikasi Eatmama. Dua applikasi ini mempunyai peranan bagi memudahkan urusan untuk check-in di mana-mana sama jugalah sebagaimana peranan MySejahtera.

Kata Mr. A lagi hanya mereka yang hendak menunaikan ibadah umrah sahaja boleh memasuki kawasan Kaabah kalau saja-saja dari hotel terus nak solat di kawasan depan Kaabah tidak dibenarkan 😭😭😭 Sebelum masuk ke kawasan Kaabah tersebut kena scan applikasi terlebih dahulu.

Mr. A umrah
Lambaian Kaabah tengok gambar ni terasa macam sebelah kaki Mrs. A pulak dah sampai sana InSyaAllah doa-doakan ya

Mr. A umrah
Motif apa ntah bergambar cenggini hahaha... melawat tempat perang Badar

Mr.A umrah
Di Taif last day sebelum pulang ke tanahair

Subhanallah memang rezeki betullah Mr. A ni, pergi tak dirancang balik sihat-sihat sahaja. Sepanjang 10 hari termasuk di Madinah dan Mekah beliau sihat-sihat sahaja lebih sihat dari di Malaysia katanya. Bila tengok gambar-gambar yang beliau kirim memang teringin sangat nak ke sana. Ya Allah jemputlah kami menjadi tetamuMu pada tahun ini.

Dah berkira-kira jugaklah dengan biras Mrs.A nak pergi sesama tiba-tiba kerajaan umum ibadah umrah telah ditangguhkan semula sehingga satu tempoh masa yang akan dimaklumkan kemudian. 😭😭😭 Itulah kalau Allah tak izin buat macam mana pun tak jadi jugak. Manusia merancang Allah merancang sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Sabar teruskan berdoa yang baik-baik.



20 ulasan:

  1. Alhamdulillah syukur dah selesai & selamat semuanya.
    Doakan PH juga Mrs A. Mana tau ada rezeki kita dapat gi sama-sama ke aamin

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah selesai umrah nya , selamat pegi dan balik... sihat tubuh badan segalanyaa!! Memang rezeki Mr A la kan semuanya dipermudahkan.. Dan semoga kita smeua bakla di jemput ke sana suatu hari nanti juga :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah syukur selamat semuanya dan lancar dlm ibadah.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Syukur dapat peluang keemasan tunaikan umrah di saat insan lain berebut-rebut untuk ke sana.

    BalasPadam
  5. ALHAMDULILLAH SELAMAT SEMUANYA

    BalasPadam
  6. alhamdulilah, selamat pergi dan selamat kembali.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. Sudah selamat kembali ke tanah air.. Semoga sihat-sihat sahaja.

    BalasPadam
  8. Syukur alhamdulillah..dah selesai ibadah umrahnya..

    BalasPadam
  9. ibu mentua sy pun tertangguh umrahnya. Plan asal nak pi bln depan... sabar je la...

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah. Saya pun rasa macam baru je baca entry hantar ke airport. know know dah balik. Semoga ada rezeki Mrs.A pulak

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah bebas Covid. Kronik juga sebab kebanyakan yang balik dari sana mesti kena.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya

    BalasPadam
  13. insyaallah..ada rezeki kita semua akan ke sana semula.
    ammi pun dah plan..dapat keluar duit KWSP umur 50 nanti nak le buat gi umrah. meronta-ronta dah hati ni..tp kalau diizinkan cepat lagilah seronokkan

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah berpeluang dapat menunaikan umrah ketika zaman covid ni Walaupun dengan SOPnya.

    BalasPadam
  15. Artikel ini menarik dan memberi gambaran jelas tentang pengalaman umrah. Memilih pakej umrah yang tepat pastinya memudahkan perjalanan dan memastikan pengalaman ibadah berjalan lancar. Terima kasih atas perkongsian ini, sangat membantu untuk mereka yang pertama kali menunaikan umrah.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©