As Salam and greetings to dear readers.
Tinggalkan Kucing Di Rumah Semasa Bercuti. Ada officemate dan juga kawan lama Mrs. A tanya bila pergi bercuti kucing-kucing macam mana? Sejujurnya Mrs. A tinggalkan aje bulus-bulus itu di rumah. Sewaktu di rumah lama. Kucing-kucing Mrs. A jenis yang indoor dan outdoor. Ketika bercuti Mrs. A akan biarkan mereka outdoor.
Ketika itu memang minta jasa baik jiran sebelah yang mesra disape uncle Gaza oleh anak-anak Mrs. A untuk bagi makan. Biasanya Mrs.A akan sediakan stok makanan secukupnya kemudian uncle Gaza akan top up 2 kali sehari 😐😐😐 sekali di waktu pagi dan sekali lagi selepas magrib. Kira macam pet sitter gitteww... beliau masuk kat area porch Mrs. A dan letak makanan dalam bekas yang biasa Mrs. A bagi makan untuk kucing-kucing Mrs. A. Tapi bukan setakat uncle Gaza je yang tolong top-up anak-anak dia pun join sekali muahahhaaa... Anak-anak uncle Gaza memang mesra dengan Koko depa pun suka aje panggil-panggil Koko kekadang sampai buat Aryssa dan Mrs. A jeles hahahaa... Tapi itu semua dah tinggal kenangan.
Setelah berpindah ke rumah sekarang [SINI] kucing Mrs.A tinggal 6 ekor indoor dan seekor tu indoor dan outdoor. Enam ekor tu adalah warga rumah baharu iaitu rumah sekarang ini yang seekor lagi tu si Marble adalah dari rumah lama dan satu-satunya yang masih tinggal sementara Koko, Awanikenet, Tiga, Kuning, Oren dan Bobo telah hilang (mia) 😭😭😭. Yang tinggal hanyalah kenangan.
Eh! hai masuk habuk pulak mata ni nak meneruskan citer. Okay back on track tinggalkan kucing di rumah semasa bercuti. Mrs. A sediakan automatic food feeder dan isi feeder tu dengan food mereka banyak-banyak agak-agaklah banyaknya tu kira berapa hari kita nak tinggalkan semasa bercuti.
Tinggalkan Kucing Di Rumah Semasa Bercuti.
Ketiga-tiga food feeder nih! beli online. Dua serupa tu di Shopee, satu di Lazada |
Untuk air dia ekor pulak Mrs. A sediakan di tiga tempat berlainan. Yang sebelah corner food feeder ni pun ada bekas air tapi tak snap gambar pulak.
Ini air yang di atas kabinet dry kitchen |
Walaupun Mrs. A selalu marah dia ekor minum kat sini tapi isi jugak penuh-penuh biarlah lantak dia ekor situ muahahhaaa.... |
Setakat ini paling lama Mrs. A tinggalkan pun adalah 4 hari sahaja iaitu ketika ke Kuantan baru-baru ni. Kalau lama lagi tak sesuai kot. Rasanya kalau lebih dari 4 atau 5 hari Mrs. A akan panggil pet sitter datang rumah.
Tinggalkan Kucing Di Rumah Ketika Bercuti.
Cat litter dia ekor tapi Mrs. A panggil jamban jerrr.....😄😄😄 |
Ketika hari-hari ada orang di rumah jamban dia ekor tu tiga sahaja bila hendak pergi bercuti Mrs. A tambah satu lagi jadi empat. Jamban dia ekor ni Mrs. A letak di bilik air dapur. Bila malam lampu bilik air memang dibiarkan buka (switch on) sama jugak ketika bercuti lampu dibiarkan buka. Bilik air ni jarang guna untuk mandi-manda. Guna setakat basuh kaki, basuh mop dan membuat pelaburan ngeh! ngeh! ngeh!
Lazimnya jika Mrs. A pergi bercuti atau balik kampung 6 ekor indoor tu Mrs. A biarkan aje bebas di dalam rumah kecuali bilik. Bilik memang tak dibenarkan masuk kecuali sekali sekala atau ada orang kat dalam bilik. Manakala seekor lagi yang indoor dan outdoor si Marble namanya Mrs. A akan biarkan outdoor. Sama seperti yang indoor yang outdoor juga Mrs. A sediakan automatik food feeder dan air minum di beberapa tempat. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Marble lebih suka berada di luar apabila tiada orang di dalam rumah. Jika dia keluar merayau pun dia pandai balik. Selalunya Marble akan lepak atas bumbung kereta dan tidur je kerjanya.
Tingkap-tingkap memang Mrs. A tutup terus. Tak mahu mengulangi kesilapan lalu. Pernah dahulu ketika bercuti ke Penang (September 2020) Mrs. A biarkan satu tingkap terbuka sedikit tujuannya untuk kucing-kucing yang indoor dan outdoor tu keluar masuk kerana mereka memang pandai keluar masuk ikut tingkap iaitu Koko, Awanikenet dan Marble pada masa itu Koko dan Awanikenet belum hilang.
Tetapi boleh pulak Ipin yang hilang. Ipin dan Upin tu fully indoor walaupun tingkap terbuka dia ekor tak berani lompat pun ketika itu dia ekor masih budak. Simba, Bobot, Ciki dan Ciko masih kitten lagi baharu seminggu dua lahir kalau tak silap. Sampai-sampai aje seperti biasa Mrs. A akan kira cukup tak bilangan dia ekor tengok-tengok Ipin takde. Allahu kemurungan masing-masing. Tapi mujurlah selepas dua hari Ipin jumpa jalan pulang ditakdirkan masa tu Mr. A ternampak dia mengiau-ngiau kat lorong belakang rumah terus buka pintu alhamdulillah Ipin pun masuk terus.
Tinggalkan Kucing Di Rumah Ketika Bercuti.
Marble |
Upin, Ipin, Simba, Bobot, Ciko dan Ciki |
Hasil pelaburan 4 hari 😵😵😵 |
Maaflah kalau gambar last tu agak mengganggu ketenteraman readers ya... Ha! apa lagi ibu bersihkanlah kah! kah! kah!. Begitulah selalunya balik-balik bercuti aje kena kemaskan jamban dia ekor dan ngecek food dia ekor. Kira jugak cukup tak bilangan dia ekor hiks! Alhamdulillah time Mrs.A balik bercuti tu dia ekor sihat-sihat sahaja maintain gebu-gebas. Rumah biasalah memang kena vacumlah jawapnya. Any woman can be a mother but it takes someone special to be a cat mom. Tiiiberrr...
PC setakat ni kalau balik kampung mesti bawa semua anak-anak bulu kak. Jadi mana umi abi dia pergi semua ngikut. Tapi setakat ni balik kampung jelah perjalanan jauh dan lama. Kalau nak ke mana-mana paling jauh selain kampung KL akan balik hari. hati rasa tak tenang la pulak nak tinggal. Tapi mungkin nak cuba juga tinggal sehari dua tengok macam mana.
BalasPadamSaya ada tinggalkan 3 hari. Kucing luar. Memang sediakan makanan secukupnya di luar.
BalasPadamNi mesti ada Abang Long atau Kak Long masa tuannya takde kat rumah. Berpesta lah nampaknya. 😆
BalasPadamWell behaved ye everyone :D
BalasPadamLepas ni PH kena ikut cara Mrs A juga, sbb selalu minta jiran tlg bagikan food utk depa. Sometimes rasa bersalah gak :(
Yup, you're a good cat mother la Mrs A, salute!
rajin MRSA menguruskan anak bulus dgn sempurna comel semuanya
BalasPadamsemasa pergi umrah rabia tinggalkan beauti di klinik veterinar
BalasPadamtapiii
bila dia balik
mmg dia rindu rabia dan umi ayah rabia
dia mengeow
sebab tak pernah tinggalkan dia pun selama ni
BalasPadamterpaksa tinggal sebab kami nak menunaikan umrah
Canggihnya tempat dispenser makanan tu!
BalasPadamRisau kalau tinggalkan lama2 kan.. baik la tinggalkan dlm tumah
BalasPadambanyaknya kucing! sis kat umah ni ada sekor. baru ni takde kat umah dekat seminggu, minta mertua jagakan. tak berani tinggal dia sendiri.
BalasPadamHehe. Comelnya kucing-kucing Mrs. A. Saya dulu suka bela kucing tapi sebab tak lekat rumah terus mak tak bagi dah. Omeynya Marble tu
BalasPadamtip dan maklumat yang bagus untuk peminat kucing
BalasPadamthanks for the tips. btw, jemput join segment kita
BalasPadamThanks bagi tips. Terfikir jugak nak tinggalkan tapi was was. Setakat ni pergi holiday, Abah yang tolong jaga. Sanggup tak ikut bercuti sbb nak jaga kucing. Adoii
BalasPadamtak semua mampu jadi mak kucing berjaya
BalasPadamBest betul panggil dia ekor hahhaha...Yelah kan MA lain orang lain caranya. Kucing kat rumah ni dah tinggal sekor je..... tapi masa dia ekor ramai dulu , mmg tak pernah pun tinggalkan dia ekor kat dlm rumah.... Mintak tolong jiran bagi makan je... selalunya balik kg je. Tak lama pun. Kerja mengerjakan jamban tu mmg kerja anak bongsu.... i mmg malas hahhaa..... lagipun sebab dia yg nak bela ekor ekor tu
BalasPadamDulu masa bela kucing, kalau cuti balik kampung tu bawaklah. Tapi kalau bercuti tempat lain, letakkan dalam cage dengan makanan dan minuman secukupnya. Behave je dorang cuma tu lah, pelaburan dia memang banyak dan berbau. Sekarang tak ada kucing dah. Apapun bagus share tipsnya :)
BalasPadamleceh mmg nk jaga bulus ni khannnns ;p
BalasPadamTerima kasih perkongsian tipsnya....Risau juga nak tinggal kucing lama-lama
BalasPadam