As Salam and greetings to dear readers.
Mesyuarat Final Pembahagian Tugas. Ammvoiii serius bebenor bunyinya tu muahahhaaa.... dah lama kejadian mesyuarat final pembahagian tugas sempena kakngah N (niece) nak kahwin ini iaitu pada cuti umum Thaipusam 18012022 yang lalu. Actually pada hari Sabtu sebelumnya dah diadakan mesyuarat juga tapi time tu hanya makcik-makcik sahaja yang bermesyuarat pakcik-pakcik ea ntah mano 😖
Mesyuarat Final Pembahagian Tugas.
Serius bebenor muka memasing ngeh! ngeh! ngeh! |
Pada mesyuarat yang betul-betul final ini boleh dikatakan cukup kuorum pakcik-pakcik semua hadir gittewww... Mesyuarat dipengerusikan oleh bapak pengantin perempuan iaitu Along (brother in-law)
Kerja Along lebih mudah actually beliau hanya ulang sahaja skrip minit yang dah dibincang semasa mesyuarat mak-makcik pada hari Sabtu sebelum tu.
Cuma mesyuarat kali ini lebih serius berbanding time mesyuarat makcik-makcik yang asyik duk ketawa gurau senda (eh! gurau senda pun kerja lancar tau). Ada ketika Abah (f.i.l) akan mencelah-mencelah juga memberi sepatah dua kata bila mana pengerusi mesyuarat terpaksa berdebat dengan ahli-ahli mesyuarat muahahhaaa... Apa-apa pun alhamdulillah tujuan mesyuarat tetap mencapai maksudnya.
Setelah settle mesyuarat final pembahagian tugas tersebut. Makcik-makcik masih ada aktiviti lain lagi iaitu nak pergi membeli belah barang-barang keperluan. Sementara tu Mrs. A dan biras N pergi ambil baju tema Mrs. A dan Aryssa yang dah siap ditempah. Kami tempah dikedai jahit yang sama. Kedai jahit tersbut tempat s.i.l selalu tempah baju. Tengok baju-baju s.i.l cantik aje cara potongnya so Mrs. A pun sajalah nak cuba tempah di situ. Setelah ambil baju, Mrs. A dan biras N pergi join yang lain membeli belah.
Nak beli secara borong kena pergi ke bahagian yang ini di NSK |
Alhammdulillah hampir kesemua barang yang dalam senarai hendak dibeli telah berjaya dibeli pada ketika ini. Kemudian setelah settle urusan membeli barang-barang bakal pengantin ajak makan-makan di Food Republik Dataran Centrio.
Girls only 😍😍😍 |
Terima kasih bakal pengantin lanjer we all makan-makan. Didoakan majlis berjalan lancar dan diberkati olehNYA. Gambar food nya tu di SINI
Semoga majlis berjalan lancar kekdahnya
BalasPadamseronok adik beradik sanak saudara bergotong-royong buat majlis..tak sabau nak tengok hari kejadian..
BalasPadamhehe.mesyuarat kena ada pakcik jugak. kalau makcik-makcik aje nanti jadi lari topik
BalasPadamMacam ada tugas rasmi. Hehe penat-penat buat kerja dibelanja makan oleh banal pengantin.
BalasPadamSeronoknya bila bergotong royong untuk kerja kahwin.. Sekarang macam dah jarang ada kenduri secara gotong royong ini..
BalasPadam